Saban tahun, pasti akan ada jualan murah atau warehouse yang dilakukan secara senyap-senyap melibatkan jenama high street.
Lebih-lebih lagi apabila kita semakin menghampiri penghujung tahun. Bagi korang yang mungkin tidak tahu, pihak RSH Malaysia telahpun memulakan jualan gudang mereka bermula hari ini sehingga hari Jumaat (7 Disember).
Ia berdasarkan paparan email yang dilayangkan oleh seorang rakan kami. Tertera tersebut lokasi, masa dan jenama pakaian yang terlibat sama.
Ads
Kalau korang merupakan peminat setia jenama seperti Zara, Massimo Dutti, Pull&Bear dan Bershka, pasti korang tahu bagaimana ‘gilanya’ harga barangan mereka jatuh semasa jualan gudang.
Ads
Lihat sajalah kepada senarai barangan yang ditawarkan ini. Baju T dijual semuran RM6 ke RM10, seluar dari RM20 manakala pakaian ‘eksklusif’ seperti blazer dan kot luar pula dijual dari harga RM40.
Kalau mengikut harga normal Zara, lebih kurang 75% diskaun atau lebih yang ditawarkan kepada pembeli yang sempat merebut peluang! Fuhh..
Ramai yang cukup terharu dengan pengorbanan arwah Abdul Bari Asyraf Mohd, 31 yang terkorban ketika menyelamatkan lima sekeluarga yang hampir mati lemas dalam kejadian pacuan empat roda terjatuh ke dalam Sungai Terengganu dekat Pulau Warisan dua hari lalu.
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli menyifatkan tindakan arwah amat mulia dan dipandang tinggi dalam Islam. Jenazah pemuda mulia ini telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Merbau Patah di sini semalam selepas ditemukan pada jam 7.24 pagi dalam keadaan terapung kira-kira 2.5 kilometer daripada tempat dia dilaporkan lemas.
Arwah Bari sudah selamat dikebumikan semalam selepas mati syahid menolong lima sekeluarga mati lemas
Di sebalik kisah meruntun hati rakyat Malaysia ini, tentu ramai yang tertanya-tanya apa di sebalik kisah yang berlaku pada malam kejadian.
Seorang saksi yang turut terjun ke dalam sungai, Saiful Anuar bin Mohd, 36 tahun berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan untuk berniaga.
Saiful Anuar berkata dia sempat memaut tangan kanak-kanak kecil sebelum lihat satu tangan tenggelam. Namun ketika itu dia tidak tahu tangan itu milik siapa kerana kegelapan malam
“Ketika itu ada orang menjerit meminta tolong sesiapa yang pandai berenang untuk terjun selamatkan mangsa hampir lemas.
“Saya pergi ke tebing dan berenang sebelum sempat mencapai seorang kanak-kanak, Iman Nur Hana Luthia Mohd Amiruddin, 3 tahun. Kemudian saya nampak tangan itu mulai tenggelam.
“Siapa yang beri ketika itu tidak pasti kerana cuaca gelap cuma saya nampak tangannya terus tenggelam selepas serahkan kanak-kanak itu,” kata Saiful ketika dihubungi REMAJA.
Mengakui kakinya sendiri hampir kejang ketika membantu itu, jelas Saiful, suasana agak cemas kerana kebanyakan mangsa sudah mulai tertelan air sungai malah arusnya juga sudah membawa mangsa ke tengah yang mana kedalaman sungai itu dianggarkan sedalam 7 meter.
Menyifatkan tindakan spontannya itu kerana Lillahitaala, Saiful berkata, ia satu pengalaman sukar dilupakan.
Nurdiana sempat meminta maaf dan memeluk ibu arwah Bari selepas pemuda itu lemas dalam tragedi menyelamatkan dirinya sekeluarga. Gambar Utusan
Dalam satu laporan sebelum ini, wanita yang keretanya mengundur selepas tersalah menekan gear undur itu, Nordiana Alwani, allahyarham Abdul Bari Asyraf merupakan orang pertama terjun untuk menyelamatkan mereka berlima yang terperangkap dalam kenderaan akibat terjunam.
Katanya, Abdul Bari Asyraf membawanya dan anak Iman Nur Hana Luthfia Mohd. Amiruddin, 3, ke tebing selepas mereka berjaya keluar dari kereta sebelum terjun semula bagi menyelamatkan yang lain.
Asadullah berkata, arus sungai yang kuat membuatkan mangsa tertolak ke tengah sungai. Malah ketika dia menyelamatkan dua darinya pun mangsa sudah banyak tertelan air sungai
Bagi Asadullah yang juga turut sama terjun ke dalam Sungai Terengganu menjelaskan selain arwah Bari, dirinya antara orang ramai yang berada awal di lokasi kejadian.
Menurut Asadullah, ketika kejadian dia sedang membawa anak kecilnya meronda di sekitar kawasan tersebut. Ketika itu suasana di situ agak kecoh dan semasa saya terjun ke dalam sungai, kereta sudah dibawa arus dan mulai tenggelam.
“Ketika saya ke tebing, saya nampak keseluruhan bumbung kereta sudah tenggelam. Saya dapat nampak dua dari mangsa terkapai-kapai di tengah sungai. Mereka sudah banyak terminum air sungai dan pernafasan juga mulai cungap-cungap. Dalam pekat malam, ada orang campakkan tong air. Saya berenang sebelum beri kepada mereka untuk berpaut. Masa yang sama katanya, mangsa sudah mulai muntah-muntah air.
Kereta pacuan empat roda ini terjatuh ke dalam sungai selepas pemiliknya tertekan gear mengundur
Selamatkan anak sendiri minggu sebelumnya
Jelas Asadullah lagi, seminggu sebelum tragedi, dia sendiri sempat menyelamatkan anak lelakinya yang berusia tiga tahun dari mati lemas.
“Ketika itu saya menyelam di air terjun Lata Payung dan tidak sedar anak masuk ke dalam air. Sedar-sedar semasa naik ke udara, anak sudah tenggelam timbul dan saya pantas menariknya,” katanya yang membantu keluarga mengusahakan Laksa Muslim di Kuala Terengganu.
Bagi Asadullah, bukan saja anaknya dan lima sekeluarga itu tetapi kejadian menyelamatkan mangsa hampir lemas ini sudah beberapa kali dilakukannya dan kebanyakannya melibatkan ahli keluarganya sendiri.
Menyifatkan ia satu pengalaman sukar dilupakan, bagi Asadullah, pengalaman ini sukar dilupakan seumur hidupnya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Susulan beberapa dakwaan berkaitan kandungan vaksin yang diberikan tidak cukup dos malah ada juga yang mendakwa disuntik dengan picagari kosong.
Rata-rata masyarakat mahu merakam proses tersebut untuk mengelakkan rasa was-was dan gusar sekiranya mendapat picagari kosong. Walaupun pihak berwajib telah mengeluarkan kenyataan bahawa kebarangkalian untuk berlakunya pemberian vaksin kosong adalah amat kecil.
Namun, kerajaan kini membenarkan penerima vaksin mengambil video suntikan mereka, manakala jururawat juga perlu menunjukkan picagari, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, jururawat juga perlu menunjukkan picagari.
Sebaliknya, pemberi vaksin diarahkan untuk menerangkan dan menunjukkan kepada penerima proses mengisi vaksin ke dalam picagari dan penerima juga boleh mengawasi proses tersebut bagi mengelakkan rasa was-was.
Menurut Khairy Jamaluddin lagi jururawat yang mengaku menyuntik penerima vaksin dengan picagari kosong telah diberi amaran. Jelasnya, individu terbabit juga akan menjalani proses tatatertib.
Viral sebelum ini apabila seorang individu membuat laporan polis mendakwa disuntik menggunakan picagari kosong oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas menonton semula video yang dirakamnya semasa proses vaksinasi. Individu terbabit turut mendakwa petugas KKM terbabit memarahinya kerana membuat rakaman dan minta memadam video itu selepas memberi suntikan sekali lagi.
Sebelum ini timbul isu ‘double standard’ daripada netizen apabila para selebriti dibenarkan merakam setiap momen ketika menerima suntikan vaksin, sedangkan rakyat biasa tidak dibenarkan.
Bukan kami nak katakan yang korang tidak perlu fokus pada pelajaran, tapi sebenarnya jika betul-betul rajin dan berusaha, kejayaan pasti akan menyebelahi mereka. InsyaAllah!
Seperti yang dilalui oleh tiga orang anak muda lepasan Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilaah Timur, Muhammad Badiuzaman Ya abu Bakar, Mohd Faizal Ismail dan Muhamad Qamarul Auji Amran apabila berjaya menjadi pelatih kemahiran dalam bidang kimpalan dan jururegah yang memperoleh pendapatan lumayan antara RM15,000 sehingga RM19,000 sebulan.
Kegagalan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak menghalang mereka untuk terus membina empayar dalam kerjaya masing-masing dan turut dilantik sebagai ikon Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Menurut Muhammad Badiuzaman, dia mengambil kursus kimpalan selama dua bulan di ABM selepas melihat arwah abangnya, Muhamad Hasbiallah yang mendapat pendapatan tinggi.
Masa mula-mula kerja, gajinya hanya RM1,400. Beberapa tahun kemudian, dia diberi kepercayaan untuk menjadi jurukimpal di laut syarikat swasta dengan pendapatan RM19,000. Badiuzaman berkhidmat di sebuah syarikat milik Amerika Syarikat di Arab Saudi sejak tiga tahun lalu. Sebelum itu, dia juga pernah merasai pengalaman berkhidmat di China, Hong Kong, Myanmar, Amerika Syarikat dan Dubai.
Pergh, memang hebat. Untung sangat kalau dapat menimba pengalaman di negara orang kan?
Tidak patah semangat
Selain itu, Qamarul Auji dan Faizal Ismail juga turut menerima nasib yang sama. Disebabkan tidak mendapat keputusan cemerlang dalam SPM, sekaligus tidak layak untuk masuk unversiti, mereka pernah juga diejek rakan sebaya kerana mendapat keputusan yang teruk.
Ia langsung tidak mematahkan semangat mereka, malah lebih membuatkan anak muda ini ingin memajukan diri sendiri.
“Sampai satu tahap, saya rasa ingin memajukan diri sendiri jadi saya pun mula mencari jalan dan melakukan pencarian di internet sehinggalah saya terjumpa maklumat mengenai ABM dan sambung belajar di sana,”kata Qamarul yang mengambil sijil dalam bidang perpaipan dan kini sudah mampu untuk membuka syarikatnya sendiri.
Manakala, Mohd Faizal yang juga bekerja di Arab Saudi pernah memperoleh pendapatan lebih RM20 ribu sebulan berkata, bidang kemahiran banyak membuka peluang baru untuk dirinya selepas gagal meraih keputusan cemerlang dalam pelajaran.
Dia kini sudah mampu untuk membantu dan memberi kesenangan kepada keluarga, terutamanya buat si ibu yang sudah melahirkannya.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.
Cari kelebihan yang ada pada diri sendiri dan jangan pernah bandingkan kemampuan korang dengan orang lain. Kalau korang tidak begitu cemerlang dalam pelajaran, pasti ada jalan lain untuk korang.
Paling penting, rajin dan selalu berusaha. Betul tak?