Aktres jelita, Datin Intan Najuwa meluahkan rasa kecewa dan berang terhadap sekumpulan individu yang didakwa memukul seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) kategori mental di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, Terengganu, baru-baru ini.
Menurut Intan, kejadian tersebut adalah tidak berperikemanusiaan dan tidak sepatutnya berlaku. Dalam satu hantaran di Instagram, dia menyifatkan tindakan tersebut sebagai kejam dan tidak berperasaan.
“Ya Allah, sakit dada tengok video ini. Teringat ayah sendiri.
“Kalau pun pak cik ini salah, kalian semua tiada hak nak pukul, tendang dekat muka, seret dan pijak dia. Kejam. Mana ihsan kalian sesama manusia?” tulisnya.
Ads
Ibu kepada seorang cahaya mata itu turut berharap agar lelaki tersebut mendapat keadilan, dan pelaku diambil tindakan undang-undang yang sewajarnya.
“Tak mengapa. Allah Maha Adil. Semoga yang pukul pak cik ini semua akan dapat balasan setimpal. Sumbat semua dalam lokap.
“Yang pukul ini semua terpaling hebat. Dengan mak cik mulut puaka itu semua sekali, semoga Allah beri balasan pada kalian semua, amin,” katanya lagi.
Sekadar info, satu rakaman video yang tular di media sosial memaparkan kejadian di mana seorang lelaki OKU dipukul dan disepak oleh beberapa individu yang dipercayai peniaga dan pelanggan di Pasar Tani Padang Astaka Chukai.
Ads
Kejadian itu dikatakan berlaku selepas motosikal yang ditunggang mangsa didakwa terlanggar sebuah gerai, menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan peniaga.
Rentetan itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhamad Wan Ja’afar mengesahkan tiga lelaki, termasuk seorang peniaga, telah ditahan untuk membantu siasatan kes tersebut. Kesemua suspek yang berusia antara 18 hingga 60 tahun itu ditahan baru-baru ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Intan Najuwa
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mi je pun, tapi bukan sebarang mi. Mi Bandung dari Malaysia kini tersenarai dalam 100 mi terbaik dunia! Fuhh, satu dunia dah tahu kehebatan mi orang kita.
TasteAtlas 2024/2025 baru sahaja mendedahkan keputusan bagi jenis dan hidangan mi terbaik seluruh dunia. Kalau anda nak tahu, Malaysia menamakan lapan jenis mi dalam carta 100 teratas itu.
Mendahului carta ialah Mi Bandung dari Muar, Johor yang melonjak ke tempat ke-5 keseluruhan dunia dengan penarafan cemerlang iaitu rating 4.6. Senarai ini pastinya membuatkan orang ramai khususnya geng foodie di negara luar tertanya-tanya apa itu Mi Bandung?
Asal Usul Mi Bandung – Bukan Dari Bandung Indonesia Tau!
Ramai yang ingat Mi Bandung ni berasal dari Bandung, Indonesia. Tapi jangan terpedaya dengan namanya. Mi Bandung sebenarnya berasal dari JOHOR, Malaysia. Perkataan “Bandung” dalam konteks makanan Melayu bukan merujuk kepada tempat, tapi maksudnya adalah “gabungan” atau mix.
Dulu-dulu, Mi Bandung hanya menggunakan bahan asas seperti mi kuning, telur dan kuah cili. Tapi lama-lama, resipi ni makin ‘naik pangkat’ dengan tambahan bahan mewah seperti daging, udang, sotong dan sayur-sayuran. Bila dah masuk bab kuah pula — memang padu! Pekat, pedas, lemak dan kaya dengan rasa manis semula jadi dari udang dan daging.
Kenapa Mi Bandung Jadi Pilihan Dunia?
Mi Bandung telah masuk senarai 100 mi terbaik dunia oleh laman makanan antarabangsa TasteAtlas. Bukan kaleng-kaleng! Senarai ini bukan dibuat sembarangan — ia berdasarkan undian, penilaian pengguna dan pakar makanan global. Mi Bandung diiktiraf kerana:
Kuah pekat berempah yang unik
Gabungan bahan laut dan darat (surf & turf vibes!)
Rasa asli yang tidak tercemar dengan fusion pelik-pelik
Populariti dalam kalangan pelancong yang datang ke Malaysia
Dengan pengiktirafan ni, Mi Bandung kini berada sebaris dengan Ramen Jepun, Pho Vietnam dan Laksa Singapura. Bangga, kan?
Baru-baru ini, pelakon cantik, Nadia Brian terkejut apabila melihat ‘content’ yang dibuat oleh satu kilang jahit pukal yang merakam dirinya ditengking pemilik kilang tersebut.
Menurut Nadia, dia dimalukan oleh wanita tersebut di laman tiktok itu. Di mana dengan tidak semena-mena wanita terbabit melulu ke arah Nadia sambil menengking-nengking dengan menanyakan soalan adakah Nadia mengenali wanita tersebut.
Perkara tersebut amat memalukan bagi Nadia kerana ditengking dikawasan yang penuh dengan orang lalu lalang. Nadia berkongsikan di tiktok miliknya mengenai bahawa dia akan mengambil tindakan atas kejadian tersebut.
“Ini sudah melebih. Ambil video content tanpa persetujuan saya! Tengking-tengking saya tanya kenal dia tak. Saya tak kenal.
“Ini memalukan saya, apa jenis kandungan ni. Saya akan ambil tindakan!” ujar Nadia yang memuat naik tangkap layar video dari kedai tersebut di TikTok.
Nadia pada masa sama menyelar tindakan wanita yang ‘berduit’ untuk menggunakan maruah dengan percuma.
“Sebab awak ada duit, awak boleh nak buat content macam ni? Gunakan maruah orang dengan percuma!
“Saya datang sana untuk berniaga, mencari rezeki! Bukan dengan cara macam ni! Jangan menindas orang lain demi kepentingan diri sendiri walaupun banyak mana pun duit kita.
“Tak perlu lakukan macam ni walaupun sekadar content,” tambahnya lagi.
Rata-rata netizen memuji tindakan Nadia yang bersabar walaupun sudah ditengking dihadapan orang ramai.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia akibat terjerut tali pengikat langsir di kediamannya di Halaman Meru Impian, Meru Raya, petang tadi.
Kejadian jam 2.15 petang itu berlaku ketika mangsa, berusia dua tahun tiga bulan bermain seorang diri di bahagian ruang tamu rumah.
Ketika kejadian, anak bongsu daripada dua beradik itu tinggal bersama ibu tiri, bapanya berusia 33 tahun yang bekerja sebagai pensyarah keluar atas urusan kerja sementara anak sulung berusia lima tahun berada di tadika.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, sebelum kejadian, kanak-kanak itu ada meminta makanan dan ibu tiri berusia 30 tahun memberikannya biskut sebelum meninggalkan mangsa untuk memasak.
“Wanita itu bagaimanapun mula rasa tidak sedap hati kerana anaknya senyap, dia kemudiannya melihat di ruang tamu dan dapati mangsa berada dalam keadaan tergantung di tali yang digunakan untuk menggantung langsir ke sisi.
“Mangsa ketika diturunkan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya.
Beliau berkata, wanita itu cuba menyelamatkan anaknya melalui bantuan pernafasan, namun denyutan nadi mangsa begitu lemah.
Mangsa yang kemudiannya dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh disahkan meninggal dunia.
“Siasatan awal mendapati, mangsa berkemungkinan berada di kawasan tangga yang terletak bersebelahan dengan pintu dapur sebelum bermain di tali pengikat langsir yang menutup ruang masuk ke dapur berkenaan,” katanya.
Hasil bedah siasat yang dijalankan pada jam 6.55 petang tadi mendapati, kematian mangsa akibat tergantung.
JALEN Star Chef 2 menyaksikan persaingan semakin sengit apabila peserta Taylor’s University berdepan cabaran masa, tekanan kamera dan kreativiti dalam menghasilkan hidangan terbaik menuju Grand Finale.