Sedih, tapi itulah…tak ada peluang nak menonton Westlife di hadapan mata.
Menurut kenyataan rasmi pihak penganjur iaitu MacpiePro Sdn Bhd, KESEMUA tiket bagi konsert ‘Westlife The Twenty Tour 2019 LIVE In Kuala Lumpur’ sememangnya telah habis dijual dalam tempoh 32 jam saja.
Bermakna spekulasi awal para peminat dan REMAJA sendiri pada hari Ahad lalu terbukti benar. Kami semua tidak dapat membeli tiket secara online selepas jam 11 pagi namun tidak pasti sama ada server laman web tersebut terlalu ‘berat’ dengan pengunjung ataupun tiket telah habis terjual.
“Tiket pre-sale telah habis dijual di Atria Shopping Gallery pada 13 April (Sabtu). Sepanjang tempoh 9 jam, peminat telah bermalam, beratur dan menerima goodies daripada penaja makanan dan minuman kami.
“Pada keesokan harinya, tiket mula dijual di laman web macpiepro.com dan di aplikasi MMspot. Sekitar jam 11 pagi (15 April), kesemua 14,700 tiket habis terjual untuk konsert ini.”
Hhm, nampaknya harapan dak-dak 90’s untuk melihat Westlife hancurlah..
Kami pun memahami situasi peminat kumpulan tersebut yang datang daripada generasi berlainan. Bukan saja Gen X dan Gen Y yang meminati mereka, remaja muda seperti korang pun masih mendengar lagu nyanyian Westlife.
Mungkin ada beberapa cara yang boleh dilakukan oleh mana-mana pihak penganjur sekiranya penyanyi sepopular Westlife datang ke Malaysia selepas ini.
Tentukan Hari Berbeza Jualan Tiket
Daripada jumlah tiket 14,000 itu, mungkin ia boleh dibahagikan kepada beberapa slot/hari berbeza. Sehari untuk 3,000 jualan tiket sebagai contoh. Dengan cara itu, peluang untuk peminat SEBENAR yang bukannya berstatus reseller mendapatkan tiket lebih cerah.
Ads
Jualan Tiket Mengikut Kategori
Selain itu, penganjur juga boleh membuka jualan mengikut kategori berbeza pada hari berbeza. Sebagai contoh yang pernah dilakukan sebelum ini, penganjur menjual dahulu tiket berharga paling rendah, kemudian yang sederhana dan akhirnya zon VIP dan Rock.
Hadkan Pembelian Tiket
Bagi setiap pembeli, mereka boleh dihadkan untuk mendapat hanya 5 tiket, sebagai contoh. Sama seperti yang pernah dilakukan semasa perlawanan bola sepak Malaysia.
Ads
Venue Lebih Luas
Akhir sekali, kami masih berpendapat penganjur wajar memikirkan faktor venue yang lebih luas seperti Stadium Nasional Bukit Jalil atau Axiata Arena, seperti yang dilakukan untuk konsert Ed Sheeran tempoh hari. Kan senang, semua orang pun selesa untuk menonton.
Ads
Jadi, korang dapat tiket Westlife ke tak?
Bagi yang gagal, korang boleh usha beberapa bandar lain di sekitar ASEAN seperti Singapura, Jakarta, Jawa Tengah, Quezon City Filipina dan Bangkok.
Pelakon wanita drama Business Proposal telah disahkan positif COVID-19 dan pihak pengurusannya, Jellyfish Entertainment telah pun membuat kenyataan rasmi bahawa Kim Sejeong akan menghentikan sementara semua aktivitinya.
Kim Sejeong kini sedang menjalani kuarantin kendiri dan terpaksa menangguhkan pertemuan bersama peminat yang akan datang “Sejeong’s Sesang Diary” yang dijadualkan berlangsung pada 26 Mac 2022. Walau bagaimanapun, pelakon itu telah pun menyelesaikan penggambaran drama Business Proposal dan hal ini tidak akan menjejaskan waktu siaran rancangan tersebut.
Dalam satu kenyataan rasmi yang telah dibuat, pihak pengurusannya menjelaskan bahawa pelakon itu disahkan positif selepas melakukan ujian PCR. Kim Sejeong turut dinyatakan telah menerima dua dos vaksin dan kini sedang dalam proses pemulihan.
Segala urusan kerja dan sesi bertemu peminat dibatalkan, pihak mereka turut meminta maaf dan akan membuat susulan dengan lebih terperinci berhubung perkara tersebut melalui satu kenyataan lain.
Get well soon Kim Sejeong!
**Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Filem lakonan Hairul Azreen dan Iedil Dzuhrie Alaudin aka Iedil Putra, The Assistant telah disenarai pendek dalam Far East Film Festival (FEFF) secara rasmi dan juga dijadualkan mengadakan tayangan perdana di Itali tidak lama lagi.
Menurut Pengerusi MIFFest, Joanne berkata dia benar-benar teruja apabila mengetahui filem The Assistant telah disenarai pendek dan bakal mengadakan tayangan perdana di sana.
Pengarah filem ini, Adrian Teh turut meluahkan rasa bangga kerana ini merupakan satu pengiktirafan terhadap hasil kerja mereka.
Beliau juga berterima kasih kepada MIFFest atas bantuan dan sokongan yang diberikan serta tidak sabar untuk menantikan tayangan perdana filem itu.
The Assistant menceritakan tentang Zafik (Iedil Dzuhrie), seorang lelaki yang terpaksa meringkuk di dalam penjara atas kesalahan yang tidak dilakukan olehnya. Selepas hilang segalanya, dia bertemu Feroz (Hairul Azreen). Filem aksi tempatan ini adalah kolaborasi Sony Pictures Entertainment Malaysia bersama Act 2 Pictures yang diarah, ditulis dan diterbitkan oleh Adrian Teh.
Hairul Azreen turut memuat naik berita gembira ini di laman instagram dan rata-rata warganet mengucapkan tahniah atas pencapaian ini.
Tahniah diucapkan kepada semua team produksi dan semoga dapat mengharumkan nama negara di mata dunia.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak pernah sekali pun rasa menyesal kehilangan zaman remajanya kerana memilih untuk memfokuskan diri dalam menempa nama di industri muzik.
Menerusi podcast Apa Cerita?, ibu kepada sepasang cahaya mata itu mendedahkan dia melalui zaman remaja yang berbeza berikutan tuntutan kerja yang sangat sibuk.
“Saya melalui zaman remaja yang tak sama macam orang lain. Saya tak ada masa nak melepak, nak keluar dengan kawan-kawan untuk berseronok. Umur 17 tahun terus fokus jadi anak seni dan tak berhenti.
“Pergi disko waktu remaja untuk have fun memang tak pernah dalam hidup saya. Saya tak rasa bosan pun. Saya tak pernah rasa rugi tak pernah pergi ke sana sebab jadual saya penuh dengan kerja,” katanya.
Penyanyi lagu popular Kau Kekasih itu turut berkongsi, dia sama sekali tidak merasa menyesal kerana tidak pernah menjejakkan kaki ke tempat hiburan malah bersyukur kerana dikelilingi oleh insan-insan yang banyak memberi nasihat.
Bagaimanapun sebagai manusia biasa, Siti pernah berasa penat dengan kerjayanya namun atas nasihat ibu, dia tetap teruskan menggalas tanggungjawab sebagai anak seni pada ketika itu.
“Penyesalan untuk menikmati keseronokan itu tak ada. Alhamdulillah saya bersyukur sangat sebab dijaga baik oleh orang sekeliling. Jadi setiap kali bersama mereka, saya sering dinasihati. Bohong la kalau kata tak ada keadaan di mana saya rasa nak berehat.
“Tapi ini adalah keputusan yang saya pilih dan tanggungjawab. Jadi tak boleh nak merungut. Pernah dulu saya kena pergi ke Indonesia untuk promosi lagu Aku Cinta Padamu dan saya mengadu dekat mak, ‘penat mak, Siti tak nak’.
“Mak kata, ‘kamu pergilah sekejap, selesaikan kerja-kerja tu nanti kamu rehat lah,” dedahnya lagi. Pujukan itu membuatkan saya lakukan juga. Tapi bila tengok sekarang, itulah kesusahan dan pengorbanan yang saya buat dan saya boleh berada di keadaan sekarang,” dedah Siti lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.