Pelakon jelita tanah air, Siti Saleha akhirnya mengesahkan bahawa dia kini sedang hamil cahaya mata pertama hasil perkongsian hidup bersama suaminya, Joshua Fitton.
Perkongsian itu dibuat sendiri oleh aktres berusia 35 tahun ini menerusi satu hantaran di Instagram yang memaparkan gambar imbasan bayi sambil memeluk suami tercinta.
Menariknya, kapsyen yang ditulis turut mencuit hati para peminat.
“Josh makan banyak jadi perutnya agak kembung (buncit), jadi saya nak padankan perutnya dan perut saya,” tulisnya.
Meskipun begitu, bintang drama 7 Hari Mencintaiku itu tidak mendedahkan usia kandungan atau sebarang perincian lanjut mengenai kehamilannya.
Ads
Difahamkan, pasangan ini juga sebenarnya telah lama menyimpan berita gembira ini daripada pengetahuan umum.
Sebelum ini, spekulasi mengenai kehamilan Saleha mula bertebaran apabila penampilannya di Malaysia International Film Festival pada Ahad lalu menarik perhatian ramai.
Ads
Ramai yang mendakwa nampak ‘baby bump’ ketika dia menggayakan salah satu busana yang dipakai di acara itu.
Namun begitu, ketika ditanya oleh pihak media, Saleha enggan mengesah atau menidakkan perkara tersebut. Sebaliknya, dia hanya meminta peminat mendoakan yang terbaik buat dirinya.
Dia juga memberi bayangan bahawa dirinya bakal berehat panjang tidak lama lagi.
Sebagai info, Siti Saleha kembali bergelar isteri kepada pereka fesyen, Joshua Fitton pada Februari lalu selepas tiga tahun berstatus ibu tunggal.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aina Abdul menjelaskan konsep persembahan tersebut menerusi akaun Instagram.
“Hati yang berdarah!
“Alhamdulillah, persembahan Aina tadi merupakan kesinambungan video muzik SUMPAH. Persembahan tadi merupakan simbolik kepada hancurnya hati seorang wanita kerana menyesal dengan perbuatannya sendiri terhadap orang yang amat disayanginya.
“Hati yang berdarah melambangkan kesakitan yang ditangggung oleh wanita itu selepas melukakan hati insan yang disayanginya. Aina harap anda semua terhibur dan dapat merasakan apa yang cuba Aina sampaikan,” tulisnya lagi.
Penyanyi, pelakon dan pengacara popular Elly Mazlein tampil berkongsi sisi jujur perjalanan penghijrahan Elly Mazlein yang penuh ujian. Pemilik nama sebenar Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi ini mengakui, selepas mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya, beliau berdepan pelbagai dugaan dalam dunia seni, termasuk kontrak kerja yang tiba-tiba ditamatkan dan projek yang terpaksa ditarik diri.
Namun bagi Elly, yang mesra disapa Kak Lina Pom Pom, setiap ujian itu tidak sedikit pun menggoyahkan tekadnya untuk kekal istiqamah dalam penghijrahan yang dilakukan. Malah, beliau melihat setiap kehilangan sebagai tanda Allah mahu menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik.
“Ada Kontrak Tiba-Tiba Tamat, Tapi Saya Reda”
Dalam satu video yang dimuat naik di akaun Instagramnya, Elly menjelaskan bahawa keputusan untuk berhijab bukan sekadar percubaan atau trend semasa. Beliau juga mengambil kesempatan untuk menjelaskan kekeliruan apabila terdapat video lakonannya yang memaparkan dirinya belum berhijab disiarkan di kaca televisyen dan media sosial.
“Kalau nampak Kak Lina belum berhijab dalam mana-mana video, itu rakaman lama ya. Sekarang Alhamdulillah, Kak Lina sudah berhijab sepenuhnya,” jelasnya.
Namun, di sebalik perubahan positif itu, Elly tidak menafikan bahawa penghijrahan ini turut menguji ketabahannya.
“Ada yang tanya macam mana kerja selepas berhijrah. Selepas perhijrahan ini, ada kontrak tiba-tiba ditamatkan. Lepas itu, ada yang kita dah bincang, tiba-tiba tarik diri. Pelbagai dugaan selepas berhijab,” katanya dengan nada reda.
“Saya Percaya Rezeki Datang Dari Allah”
Walau terkesan dengan situasi itu, Elly memilih untuk tidak menyalahkan mana-mana pihak. Sebaliknya, beliau percaya bahawa setiap rezeki sudah tertulis dan Allah tidak akan menzalimi hamba-Nya.
“Kak Lina percaya rezeki datangnya daripada ALLAH dalam pelbagai cara dan bentuk,” katanya penuh yakin.
Sebagai seorang isteri dan ibu kepada dua cahaya mata, Elly menjadikan ujian ini sebagai semangat untuk terus melangkah. Baginya, penghijrahan Elly Mazlein bukan pengakhiran, tetapi permulaan kepada fasa hidup yang lebih tenang dan bermakna.
“Setiap kerja yang hilang, Insya-ALLAH akan diganti dengan rezeki yang lebih baik tanpa disangka,” ujarnya lagi.
Mohon Doa Dan Sokongan
Elly turut menzahirkan rasa syukur atas sokongan peminat dan masyarakat yang sentiasa memberi semangat kepadanya sejak berhijrah. Beliau berharap agar orang ramai terus mendoakan agar dirinya kekal istiqamah dan diberi kekuatan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan baharu ini.
“Doakan Kak Lina dan anda semua juga. Semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, dan dikelilingi orang yang baik-baik. Jangan takut untuk berubah, Insya-ALLAH ada rezeki kita,” pesan Elly.
Inspirasi Buat Remaja – Jangan Takut Untuk Berubah
Kisah penghijrahan Elly Mazlein menjadi inspirasi kepada ramai remaja — bahawa setiap langkah menuju kebaikan pasti datang dengan ujian. Dalam dunia yang sering menilai berdasarkan imej dan populariti, Elly membuktikan bahawa keyakinan diri dan keikhlasan hati lebih bernilai daripada segala kemewahan dunia seni.
Bagi pembaca Majalah Remaja, mesej Kak Lina cukup jelas: “Jangan takut untuk berubah.” Setiap perubahan yang dilakukan kerana Allah akan membuka pintu rezeki dan ketenangan yang tak terjangka.
Selepas filter menukarkan wajah menjadi obes, kini pengguna media sosial ‘dihiburkan’ pula dengan kewujudan filter yang mampu menjadikan wajah korang seakan-akan karakter kartun Disney.
Dengan bentuk mata yang bulat dan ‘galak’, ia jelas menunjukkan kecomelan seseorang itu apabila menggunakan filter tersebut. Wajah menjadi seakan-akan watak fantasi yang diidamkan dan kerana itu ramai yang mencuba bagi melihat hasil wajah mereka selepas ditukar menjadi watak Disney.
Antara yang menjadi perhatian apabila selebriti Korea turut digambarkan melalui filter tersebut dan hasilnya memang cukup comel. Hiks!
Jom kita lihat antara selebriti Korea yang telah ditukarkan wajahnya menjadi karakter Disney.
1. Taeyeon Girls’ Generation
2. IU
3. Bae Suzy
4. Nayeon Twice
5. Yuna ITZY
6. Jang Wonyoung IZ*ONE
7. Jennie Blackpink
8. Rose Blackpink
9. Joy Red Velvet
10. Karina Aaespa
Warganet turut meninggalkan komen apabila melihat idola k-pop mereka bertukar menjadi kartun Disney.
Korang tak teringin ke nak lihat muka sendiri bila ditukarkan menjadi karakter kartun popular ini? Jom try!
JALEN Star Chef 2 melabuhkan tirai dengan penuh gemilang di UiTM Puncak Alam apabila Nur Syafikah Nazurah dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan sembilan finalis terbaik dari seluruh negara.