Yes guys, domestic violence is real and it is happening.
Walau se-happy mana sekalipun imej sesebuah perhubungan itu di mata masyarakat, hanya mereka berdua yang tahu akan masalah yang berlaku di sebalik foto-foto dan video-video di media sosial.
Dakwaan yang melanda pasangan sensasi YouTube Sugu Pavithra pada hari ini telah mencemarkan kepercayaan kami terhadap ketulusan percintaan dua insan.
Menurut laporan pihak polis Ipoh yang diwakili oleh Asst Comm A. Asmadi Abdul Aziz, mereka mengesahkan penangkapan Sugu iaitu suami kepada tukang masak YouTube terkenal, Pavithra semalam.
Ia berikutan dakwaan bahawa Sugu telah pulang dalam keadaan mabuk, terlibat dalam pertengkaran dengan isterinya sekaligus mencederakan Pavithra.
Insiden ini berlaku gara-gara Pavithra tidak menyebut nama suaminya semasa menerima anugerah “Ikon Bandar Ipoh” kelmarin daripada Datuk Bandaraya, Datuk Rumaizi Baharin.
Sumber: The Star
TBH gaiss, penderaan dalam sesebuah perhubungan bukan lagi satu isu baru di Malaysia. Jangan cakapkan pasangan yang telah berkahwin. Yang belum berkahwin pun dah terlibat dalam penderaan domestik. Harus diingat, penderaan bukan saja bersifat fizikal tetapi ada banyak lagi cara seseorang itu didera.
Jom lihat sekiranya korang tahu sesiapa yang pernah menjadi mangsa 5 jenis penderaan domestik ini.
01
Pecah Atau Rosak Harta Benda
Ads
Pernah tak dengar kes di mana pasangan tidak diapa-apakan. Namun, barangan peribadi pasangan akan dirosakkan oleh si pelaku sebagai tindakan untuk mengertak pasangan ataupun sebagai tanda marah.
Ia adalah satu tindakan penderaan secara emosi dan ia boleh menganggu ketenteraman pasangan walaupun dia tidak diapa-apakan secara fizikal.
02
Ugutan
Tak kiralah sama ada ugutan diberikan secara lisan, surat, emel ataupun mesej teks, ugutan adalah satu cara yang salah di sisi undang-undang. Babak ugut-mengugut yang kita selalu tonton dalam drama televisyen itu ada kebenaran sebenarnya.
Selalunya si pelaku akan mengugut jika pasangan nekad untuk break up. Malah ada juga yang bertindak mengugut membunuh diri sendiri.
Ads
03
Tak Tetap Pendirian
Situasi “Dr Jeckyll dan Mr Hyde” bukanlah satu situasi baru dalam isu hubungan bermasalah.
Satu hari, si dia boleh menjadi pasangan paling sweet di dalam dunia. Hari berikutnya, emosi si dia boleh berubah 180 darjah dan bertindak bagai orang yang tidak waras. Jangan cuba untuk menidakkan situasi ini dengan alasan mood swing si dia. Kalau dah selalu sangat terjadi, ini bukan sesuatu yang boleh dibawa main.
04
Penderaan Lisan
Seperti yang kami cakapkan tadi, penderaan itu bukan hanya berbentuk fizikal. Penderaan lisan umpamanya selalu dipandang remeh oleh masyarakat kerana sesiapa saja boleh bercakap perkataan yang kesat dan tidak senonoh, bukan? Namun apabila yang bercakap adalah pasangan yang kita percaya dan cintai, ia adalah satu bentuk penderaan yang boleh menganggu emosi.
Penderaan lisan juga tidak berhenti di situ, si pelaku yang suka memutar belit ‘story’ dan menipu demi menyelamatkan diri sendiri di mata masyarakat juga boleh dianggap melakukan penderaan lisan kepada pasangan.
Gambar hiasan.
05
Salahkan Pasangan Untuk Semua Masalah
Oh guys, kalau ini terjadi kepada korang, larilah. Lari cepat! Ini adalah salah satu faktor penderaan yang membuatkan hubungan itu bertukar toksik. Si pelaku gemar untuk menjatuhkan hukuman terhadap pasangan kerana merasakan hanya dirinya saja yang betul.
Si pelaku bersifat manipulatif dan merasakan dirinya adalah ketua dalam sesebuah hubungan itu. Apa lagi, dia pun beranilah untuk pijak kepala dan salahkan pasangan sentiasa.
*
Daripada kita mengecam Encik Sugu atas dakwaan tersebut, lebih baik kita jadikan insiden ini sebagai satu pengajaran.
Iyalah, mana tau kita akan terlibat dalam satu hubungan yang toksik penuh penderaan.
Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina tampil mengenang semula majlis perkahwinannya bersama suami tercinta, Essam Muhammad, yang berlangsung pada September lalu.
Menerusi satu hantaran di entri Instagram miliknya, Mizz Nina berkata penyatuan mereka bagaikan saling melengkapi satu sama lain, terutama masing-masing saling bertujuan kerana yang Maha Esa.
“Apabila melihat keluarga dan teman-teman datang bersama dan berkumpul kerana Allah, tiada apa kecuali keindahan dan kebaikan. Ia juga sudah tertulis bahawa penyatuan kami ini adalah untuk tujuan yang indah.
“Untuk saling melengkapi agama, beribadah kerana Allah, untuk saling mencintai, berkasih sayang. Bahkan untuk sama-sama berpimpin tangan sehingga kita melangkah ke pintu syurga, untuk bertemu dengan Allah dan Nabi Muhammad.
“Saya juga mendoakan agar kita dapat meninggalkan satu legasi yang meneruskan usaha menyebarkan dakwah Islam, mengangkat dan memberi makna kepada ummah dan kemanusiaan dalam apa jua usaha yang mampu dilakukan,” katanya.
Menerusi hantaran yang sama, penyanyi lagu popular Takeover itu juga berkesempatan mengingatkan kepada para peminatnya agar sentiasa menghargai setiap momen bersama orang yang tersayang.
“Adalah sangat penting untuk kita saling mengingatkan diri untuk sentiasa bersyukur atas setiap kurniaan waktu yang diberikan.
“Kalau boleh, luangkan lebih banyak masa dengan orang-orang tersayang sebab kita mungkin tidak tahu bila kali terakhir dapat bertemu atau berbual lagi,” ujarnya lagi.
Mizz Nina juga sempat menzahirkan penghargaan buat semua tetamu yang hadir ke majlis resepsinya sebelum ini termasuk yang sanggup datang dari luar negara.
Sekadar info, Mizz Nina sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, pada Julai 2011. Bagaimanapun kedua-duanya memilih jalan perpisahan pada Ogos 2022.
Mizz Nina kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan penyanyi rap asal Amerika Syarikat (AS), Essam pada Jun tahun lalu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bak kata pepatah, hendak pilih isteri jangan hanya dilihat pada kecantikan wajah sahaja. Seelokanya, biarlah si dia indah luar dan dalam.
Okay, siapa dekat sini maish single? Kami ada berita baik untuk korang, hehe..
Bagi mereka yang selalu ‘menghadap’ Facebook, pastinya korang perasan pengumuman istimewa yang dilakukan oleh pendakwah kontroversi dari India, Dr Zakir Naik mengenai pencarian calon isteri buat anak lelakinya, Fariq Naik.
Sumber foto : BERNAMA (2017)
Menerusi catatan ringkas di akaun Facebook miliknya, Dr Zakir memuat naik ciri-ciri wanita yang ingin dicarinya serta biodata anaknya bagi tatapan umum.
“Saya ingin mencari seorang isteri untuk anak saya Fariq. Seorang wanita solehah supaya kedua-dua mereka mampu menjadi kekuatan antara satu sama lain dalam menjalani kehidupan bersama.
“Jika anda seorang bapa atau saudara kepada wanita yang ingin saya cari ini, serta ingin dinikahkan dengan anak saya, saya dengan rendah diri meminta anda hubungi saya dengan maklumat yang diminta,” kata Dr Zakir dalam catatan tersebut.
Macam menarik juga kan kalau dapat berbapa mertuakan Dr Zakir Naik! Namun apabila kami melihat kriteria yang dicarinya boleh tahan juga terperinci segala keinginan yang ada pada seorang bakal menantunya ini.
Dah macam poster mencari pekerja baru pula.
Bukan itu sahaja, pendakwah ini turut menyenaraikan profil anak lelakinya, Fariq Zakir Naik.
Pada ketinggian 170sm, Fariq rupa-rupanya sedang menetap di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan merupakan seorang graduan daripada Universiti Riyadh Arab Saudi dalam jurusan Shariah.
Fasih berbahasa Inggeris dan Fus’ha Arabic selain bahasa Urdu dan Hindi, Fariq seringkali menyampaikan tazkirah di rancangan televisyen mingguan ‘Teen Star’ dan juga program temu bual bernama ‘Ask Shaikh Fariq’ di Peace TV.
Bukan sekadar berilmu dari sudut agama, Fariq juga aktif bersukan dalam permainan bola sepak, berenang dan menunggang kuda selain pernah mempunyai tali pinggang hitam dalam sukan Taekwondo & Karate.
Sekarang, Fariq sedang mengikuti pengajian sarjana dalam bidang Fiqh & Usul Al Fiqh di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak.
Pergumuman ini secara tidak langsung telah mendapat perhatian warganet dari seluruh dunia disebabkan pengaruh ayahnya, Dr Zakir Naik. Tidak kurang juga ramai yang mendoakan agar urusan mencari jodoh itu dipermudahkan.
Menerusi tembual eksklusif bersama PEOPLE, wakil pengurusan kepada Ariana Grande mengesahkan hari ini bahawa penyanyi pop itu dan tunangnya, Dalton Gomez telah sah berkahwin.
Menurut mereka, majlis perkahwinan itu telah dilangsungkan dalam suasana ringkas dengan hanya dihadiri oleh tetamu tidak melebihi 20 orang.
“Majlis tersebut penuh dengan kegembiraan dan kasih sayang. Pasangan dan kedua-dua belah keluarga amat gembira,” kata kenyataan yang dikeluarkan oleh wakil pengurusan.
Terdahulu, TMZ melaporkan bahawa majlis perkahwinan tersebut telah dilangsungkan di kediaman Ariana dan Dalton di Montecito California. Mereka berdua jatuh cinta dengan lokasi tersebut dan banyak menghabiskan masa di sana; lalu memutuskan untuk menetap di Montesito bersama-sama.
Keputusan untuk berkahwin di kediaman sendiri juga hadir secara natural.
Untuk pengetahuan, Ariana mengumumkan pertunangannya kepada Dalton pada Disember tahun lalu.
Ejen hartanah berusia 25 tahun itu melamar Ariana dengan sebentuk cincin mewah dan berkata mereka telah bersedia untuk hidup bersama setelah setahun saling mengenali diri masing-masing sejak Januari 2020.
Setelah mereka menjalani kuarantin di kediaman mereka di Los Angelas, Ariana dan Dalton bertambah serius dan rapat.
Mungkin sekali kerana masing-masing tidak terlalu menghebahkan mengenai hubungan mereka untuk pengetahuan khalayak ramai. Malah, Dalton muncul buat kali pertama di sisi Ariana semasa video muzik Stuck With U nyanyian Ariana dan Justin Bieber dilancarkan pada bulan Mei tahun lalu.
We are so happy for you Ari (and Dalton)!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!