Siapa tak kenal usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih popular sebagai Nur Sajat yang kini dilaporkan menetap di Canterbury, Australia.
Disebabkan gagal membayar pampasan sebanyak RM 200,000 oleh OWA Resources Sdn. Bhd yang ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum ini, kesemua aset usahawan tersebut terpaksa dilelong bermula 10.30 pagi tadi.
Malah, kelihatan beberapa pembida telah hadir untuk mendapatkan barang-barang dari rumah yang beralamat di Kota Damansara itu. Menerusi laporan Harian Metro, seorang lelaki telah berjaya membida barangan yang disita dengan harga RM132,000. Setakat ini, pihak peguam masih menunggu pembida untuk membuat bayaran sepenuhnya selepas proses lelongan selesai.
Antara barang yang disita untuk lelongan ialah barangan dapur, barangan di ruang tamu dan set bilik tidur di tingkat atas banglo dua tingkat berkenaan.
Sebelum ini, Sajat didapati melanggar kontrak perniagaan kerana gagal membekalkan bengkung dan girdle kepada stokis nya seperti yang dipersetujui. Malah, Nurwati Hussin, 41 dan Mohamed Syakir Hussin, 32 dari OWA Resources yang merupakan bekas stokis utama perniagaan bengkung dan girdle milik Sajat mengambil tindakan menyita ,susulan kegagalan usahawan tersebut membayar jumlah penghakiman pada bulan Disember tahun 2020.
Ads
Sajat dilihat memakai bengkung jenamanya.
Keputusan itu dibuat selepas mahkamah mendapati pelantun lagu Bobo Dimana itu tidak memberi sebarang maklumbalas untuk membayar pampasan setelah gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada April lalu.
Barang-barang yang disita dan dilelong ini bagi menebus pampasan yang perlu dibayar kepada pihak plaintif.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Harian Metro (Raja Noraina Raja Rahim)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas kenaikan harga roti Gardenia akhir tahun lalu, The Italian Baker Sdn Bhd, pengeluar roti jenama Massimo juga telah menyemak semula harga kebanyakan produknya berikutan kenaikan kos bahan mentah.
Menerusi notis yang dikeluarkan kepada peruncit, pihak Massimo menjelaskan bahawa pihak mereka akan sentiasa memastikan produknya kekal konsisten dan tidak berkompromo terhadap kualiti serta keselamatan.
Mengikut notis itu, harga baharu bagi pengguna adalah RM2.80 bagi roti putih sandwich 400gram, berbanding harga runcit sebelum RM2.38, manakala versi 600g dinaikkan daripada RM3.35 kepada RM4.00.
Walau bagaimanapun, kerajaan bercadang untuk memanggil pengeluar roti Massimo untuk menjelaskan alasa menaikkan harga produk mereka. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Rosol Wahid berkata dia mahu penjelasan daripada pembuat roti itu dan alternatif yang boleh ditawarkannya.
Tidak dinafikan kenaikan harga barang di pasaran sedikit sebanyak memberi beban kepada para pengguna, khususnya bagi mereka yang berpendapatan kecil. Diharap agar pihak berwajib dapat memandang perkara ini dengan serius dan mencari solusi membantu meringankan beban rakyat.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sikap ingkar pada arahan agar tidak boleh rentas negeri namun ramai melakukannya dengan pelbagai alasan akhirnya membawa kepada ketegasan dari pihak kerajaan.
Dalam satu sidang akhbar hari ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob , kerajaan sudah bersetuju tidak membuka peluang lagi untuk perjalanan rentas negeri. Yeay, inilah padahnya bila ramai yang curi-curi balik dan beri bermacam-macam alasan asal dapat balik ke kampung untuk menyambut Aidilfitri hinggakan lebuhraya menuju ke utara alami kesesakan mulai pagi tadi.
Memetik laporan Harian Metro, kerajaan tidak benarkan lagi perjalanan rentas negeri dan orang ramai tidak perlu lagi ke balai polis untuk membuat permohonan.
"Mulai hari ini juga, kenderaan yang diarahkan berpatah balik ketika cuba rentas negeri akan dikompaun.
"Kita semua sedia maklum, semalam seorang perempuan positif Covid-19 akibat daripada rentas negeri.
"Oleh itu, sudah tidak ada kompromi dan tidak ada tolak ansur mengenai rentas negeri," katanya ketika sidang media hariannya di Putrajaya hari ini.
Menurutnya, sebanyak 2,412 kenderaan diarahkan berpatah balik kerana cuba rentas negeri untuk pulang ke kampung semalam.
Katanya, minat orang ramai untuk pulang ke kampung pada Aidilfitri masih tidak berubah.
"Kita sudah nasihat, sudah beri peringatan supaya tidak melakukan rentas negeri pada perayaan Aidilfitri ini tetapi masih ada yang cuba berbuat demikian. "Kita terima laporan seramai 1,300 orang berkumpul di IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Kuantan untuk mohon rentas negeri.
"Kita sudah putuskan tiada lagi rentas negeri dan polis tidak akan memberi kebenaran lagi…tak payah lagi beratur panjang-panjang," katanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Makin ramai pelajar Malaysia yang berjaya dalam peperiksaan berperingkat antarabangsa.
Seorang remaja berasal dari Terengganu membuktikan seorang hafizah 30 juzuk al-Quran juga mampu memilih kerjaya profesional lain seperti doktor, peguam, jurutera mahupun akuantan.
Tekad dan usaha bersungguh-sungguh gadis ini membolehkan dia meraih pencapaian cemerlang dalam peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) biarpun mengambil cabang pengajian yang berbeza sebelum ini.
Safwa (tengah) bersama ibunya, Rashidah dan bapanya, Zamri menunjukkan markah tertinggi dalam kertas peperiksaan Recording Financial Transactions (FA1), sesi Mac 2023 ketika ditemui di kediamannya di Kampung Pengkalan Kubur, di Tembila, Besut. Sumber : Sinar Harian
Safwa Zamri, 19 yang bergelar hafizah ketika berusia 14 tahun meraih markah tertinggi dalam kertas peperiksaan Recording Financial Transactions (FA1), sesi Mac 2023 sekali gus melayakkannya mendapat markah tertinggi di Malaysia dan kedua tertinggi dunia dalam peperiksaan itu.
Minat Subjek Matematik
Anak bongsu dari lima beradik itu menerima Top ACCA Foundation in Accountancy (FIA) Prize dengan mendapat keputusan cemerlang 98 peratus. Safwa yang merupakan pelajar semester kedua (program Asasi) Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Terengganu di kampus Dungun itu berkata, dia melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan kerana minat terhadap subjek matematik.
Ditanya mengenai rekod terbaharu yang dicapai, Safwa memberitahu, dia sendiri tidak menyangka akan memperoleh keputusan cemerlang dalam subjek itu kerana baru mempelajarinya dalam tempoh enam bulan.
Sebelum ini bekas pelajar Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Besut itu mengambil Al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab (SUUA) iaitu penggabungan Kurikulum Kebangsaan aliran tahfiz sains dalam Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) dan kitab turath untuk murid tahfiz terpilih pada peringkat menengah atas. Safwa yang mengambil jurusan sains tulen dan agama mendapat 12A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2021.
Untuk info, sejarah Islam juga membuktikan bahawa ramai tokoh ilmuwan Islam berjaya menerokai pelbagai disiplin ilmu dengan mengimbangi keperluan dunia dan akhirat. Moga kisah kejayaan Safwa ini membuka mata remaja diluar sana.
Untuk Safwa, moga terus maju jaya dalam apa sahaja yang diceburi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!