Ramai masih membicarakan isu Muhammad Sajjat bin Kamaruz Zaman yang dilihat bertelekung ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci. Di saat ramai membicarakan soal aurat kerana dirinya bersolat di ruang wanita, orang ramai pastinya mahu satu pengesahan adakah jantina sebenar dirinya. Khunsa atau lelaki?
Semalam, Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Dato' Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri turut mengadakan pertemuan bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi menjawap semua persoalan mengenai jantina ahli perniagaan tersebut.
Bacalah penerangan penuh dari Mufti Wilayah Persekutuan ini. Semoga apa yang menimpa Sajjat juga menjadi asbab untuk menjadi pengajaran juga buat kita semua.
INGATAN UNTUK SAJAT DAN SEMUA UMAT ISLAM
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat Baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Saya doakan saudara Sajat berada dalam taufiq, hidayah dan ‘afiah sentiasa. Isu ini menjadi hangat sehingga tempiasnya kena juga kepada Mufti Wilayah Persekutuan. Jika dijawab, akan ada yang bertanya, “Kenapa begitu, kenapa tidak begini?”. Jika tidak dijawab, akan ada yang bertanya, “Mengapa berdiam diri?”. Itulah kelazimannya.
Berhubung isu berkaitan Transgender, kami telah mengulasnya dengan panjang lebar dalam beberapa buah artikel di laman web sejak tahun 2015:
1. QALAM MUFTI SIRI KE-29: WASPADA ANCAMAN NORMALISASI LGBT . 2. AL-KAFI SIRI KE-578 : BUDAYA LGBT, HADAPILAH DENGAN ILMU 3. BAYAN LINNAS SIRI KE-5: ISU TRANSGENDER, TASYABBUH ATAU PENYERUPAAN 4. IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-202: HUKUM HAKAM BERKAITAN KHUNSA
Disamping memberikan penjelasan melalui penulisan, saya juga mengadakan lawatan berkala untuk bertemu komuniti Transgender bagi menyampaikan mesej dakwah dan rahmah Islam. Dalam masa yang sama, kami juga tidak lupa untuk menegaskan kewajipan untuk mereka kembali ke pangkal jalan.
Ads
Saya mengambil maklum isu yang sedang berlaku berhubung Sajat pada sebelum, semasa menunaikan umrah di Mekah dan kini di Madinah. Untuk makluman, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) tidak pernah terlibat dalam pengesahan identiti jantina beliau yang diuruskan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada tahun 2018. Justeru, jika berhubung pengesahan jantina melibatkan pakar perubatan, ianya berada di bawah urusan pihak JAKIM.
Nasihat Saya nasihatkan seperti berikut: 1. Fahamilah maksud sebenar ibadah umrah. • Imam al-Nawawi pada awal mukadimah kitabnya menyeru kepada bakal haji dan umrah supaya bertaubat daripada segala maksiat dan segala perkara yang makruh serta berusaha mengislahkan diri. (Lihat al-Idhah fi Manasik al-Hajj wa al-Umrah, hlm. 48) • Apakah niat kita menunaikan umrah? Ambil waktu yang sunyi, hening di tengah malam semasa bermunajat kepada Allah SWT untuk bertanya kepada diri kita soalan tersebut. Saya amat pasti, tidak ada yang menunaikan umrah hanya untuk melancong dan berseronok. Umrah adalah pengembaraan rohani seseorang untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.
2. Fikir terlebih dahulu sebelum bertindak. Adakah tindakan itu menguntungkan diri, keluarga dan negara atau sebaliknya? Dalam urusan ibadah, kita wajib mengikut syarak, bukannya mengikut hati dan perasaan. Apatah lagi jika seseorang itu dikenali ramai, sudah tentu apa jua bentuk tindakannya akan diperhatikan. Yahya bin Sa’id al-Ansari berkata:
لا تفعل فإنك إمام منظور إليك
Maksudnya: “Jangan berbuat sesuatu tanpa berfikir terlebih dahulu, kerana anda di hadapan mereka yang memerhati anda.” (Lihat Tarikh Dimasyq, 50/357)
3. Agensi pengelola umrah wajib bertanggungjawab sepenuhnya. Mereka hendaklah memelihara dan membimbing jemaah supaya mereka mengikut hukum syarak dan undang-undang setempat. Sepatutnya sentiasa memberi panduan dan peringatan kepada jemaah seliaan mereka agar menepati kehendak ibadat itu sendiri.
4. Allah SWT Maha Kuasa Allah SWT tidak perlu tunduk kepada kehendak sesiapa untuk memberikan dosa atau pahala. Dia boleh melaksanakannya pada bila-bila masa, tempat dan keadaan yang dikehendaki-Nya. Sedikit firman-Nya untuk renungan kita: وَلَوْ يُؤَاخِذُ اللَّـهُ النَّاسَ بِمَا كَسَبُوا مَا تَرَكَ عَلَىٰ ظَهْرِهَا مِن دَابَّةٍ وَلَـٰكِن يُؤَخِّرُهُمْ إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى ۖ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ فَإِنَّ اللَّـهَ كَانَ بِعِبَادِهِ بَصِيرًا
Maksudnya: “Dan kalaulah Allah mengirakan kesalahan manusia serta terus menyeksa mereka disebabkan amal-amal jahat yang mereka telah kerjakan, tentulah la tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi (dia tidak bertindak dengan serta merta, bahkan) Ia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka (maka Allah akan membalas masing-masing dengan adilnya), kerana sesungguhnya Allah sentiasa Melihat keadaan hamba-hambaNya.”
(Surah Fatir: 45)
Ads
5. Jujurlah kepada diri sendiri. Seseorang itu lebih tahu hakikat dirinya. Justeru, jadilah kita sebagai diri kita yang hakiki, bukan dibuat-buat. Allah SWT berfirman: إِنْ أَحْسَنتُمْ أَحْسَنتُمْ لِأَنفُسِكُمْ ۖ وَإِنْ أَسَأْتُمْ فَلَهَا
Maksudnya: “Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.”
(Surah al-Isra’: 7)
6. Jangan mudah memberi komen. Hal ini saya tujukan kepada semua termasuk diri ini terutamanya netizen supaya memahami latarbelakang isu terlebih dahulu disamping meraikan adab, tabayyun (selidik) dan uslub (gaya) dakwah yang akan memberi banyak kesan samada positif atau negatif. Gunakan bahasa yang baik atau teguran yang membina. Budayakan dan amalkan prinsip al-din al-nasihah (agama itu adalah nasihat) mengikut kehendak Nabi SAW.
Pendirian (Mauqif) Dalam Isu Jantina Atas rasa amanah dan tanggungjawab, PMWP mengambil inisiatif untuk bertemu pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada 3 Februari 2020 bagi mendapatkan pengesahan butiran lengkap beliau yang tersebar di media sosial.
Berdasarkan maklumat pengesahan daftar kad pengenalan penama yang diperoleh melalui JPN, nama yang tertera adalah Muhammad Sajjad bin Kamaruz Zaman. Jantina penama didaftarkan sebagai lelaki. Semakan lanjut pada sijil kelahiran beliau juga mendapati penama dilahirkan sebagai lelaki.
Sehingga kini, tidak ada dokumen rasmi perubatan yang dikemukakan oleh Muhammad Sajjad bagi membuktikan bahawa beliau adalah wanita. Berdasarkan Arahan Jabatan Pendaftaran Negara Bil. 9/2007 perenggan 5.7.1., pindaan jantina dalam kad pengenalan adalah tidak dibenarkan kecuali atas perintah mahkamah. Dokumen yang diperlukan adalah: • Perintah mahkamah yang mengandungi butir-butir pengisytiharan jantina baru pemohon.
• Surat pengesahan doktor kerajaan (jika ada)
• Surat pengesahan pembedahan penukaran jantina yang dikeluarkan oleh hospital berkenaan
• Sijil lahir (asal dan salinan) Sila rujuk keputusan Nanthan Balan Tan vs Jabatan Pendaftaran Negara.
Ads
Terdapat kaedah fiqh yang masyhur menyatakan: نحن نَحْكُم بالظواهر والله يتولى السرائر
Maksudnya: “Kita menghukum berdasarkan apa yang terzahir, dan Allah menguruskan apa yang tersembunyi.” Selain itu, saya juga berpegang dengan kaedah berikut:
الأصل بقاء ما كان على ما كان
Maksudnya: “Asal kepada sesuatu perkara kekal seperti sebelumnya” Maka, pendirian PMWP berkenaan jantina beliau adalah berdasarkan apa yang tertera dalam daftar kad pengenalannya dan sijil kelahirannya. Justeru, segala hukum hakam ibadat hendaklah diikut secara lelaki.
Hukum Umrah Transgender Saya nyatakan seperti berikut: • Wajib bagi seorang transgender (mukhannas) menunaikan umrah dengan jantina asalnya. Walaupun umrahnya sah jika mematuhi rukun umrah, perbuatannya tetap haram dan dikira berdosa. Malah, dia boleh dikenakan dam kerana melanggar wajib umrah. Masalah ini disebut oleh para fuqaha sebagai infikak al-jihah (hukum yang terpecah kepada beberapa bahagian).
• Ini juga bertepatan dengan Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke 28 Musim Haji 1433H pada kertas kerja bertajuk Khunsa Dan Mukhannas Dalam Permasalahan Ibadat Haji.
Muzakarah menyimpulkan bahawa bagi mukhannas semulajadi atau yang disengajakan, telah melakukan pembedahan tukar jantina atau tidak dan kes menukar jantina dengan melakukan pembedahan bukan disebabkan keharusan syarak, maka hukum individu tersebut termasuk ibadat haji dan umrah hendaklah mengikut hukum asal kejadian dirinya. Dalam konteks isu ini, Muhammad Sajjad wajib secara syarak sebagaimana yang termaktub dalam al-Qur’an dan Hadith untuk beribadah dan berpakaian seperti lelaki.
Hormatilah Negara dan Undang-Undang Kita Seluruh dunia Islam menghormati Malaysia kerana pengurusan haji dan umrah yang amat sistematik. Imej Malaysia sebagai negara yang disegani dari sudut pengurusan haji dan umrah perlulah terus dipelihara. Sebarang tindakan yang dilakukan oleh jemaah haji dan umrah, boleh memberi impak kepada hubungan baik dan kerjasama Malaysia – Arab Saudi. Oleh itu, jangan sesekali menyebabkan tercetusnya sangkaan yang buruk kepada Malaysia.
Peruntukan undang-undang syariah berhubung kesalahan wanita menyerupai lelaki (pengkid) dan hukum lelaki menyerupai perempuan (pondan dan mak nyah) telah sedia diperuntukkan di dalam akta dan enakmen negeri-negeri. Maka, menjadi tanggungjawab pihak berautoriti untuk melaksanakannya dengan penuh amanah, berhemah dan bijaksana.
Ambillah Peluang Sementara saudara Muhammad Sajjad berada di Tanah Suci Mekah dan Madinah, saya syorkan agar zahirkan diri sebagai seorang lelaki dan beribadatlah kepada Allah dengan sungguh-sungguh disamping mengisi masa dengan acara-acara ibadat seperti berikut: • Banyakkan bertaubat dan beristighfar
• Banyakkan berselawat ke atas Nabi SAW
• Banyakkan solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi Saya doakan semoga Allah SWT kurniakan kebaikan, taufiq dan hidayah kepada saudara Muhammad Sajjad bin Kamaruz Zaman dan jadikanlah umrah kali ini sebagai satu titik perubahan dalam kehidupaan anda, amin. Bak kata HAMKA, “Hidup hanya sekali, justeru biarlah bererti.”
Saya akhiri dengan doa: اَللَّهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقًّا وَارْزُقْنَا إتِّبَاعَه وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَا اِجْتِنَابَه Maksudnya: Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami kebenaran itu sebagai kebenaran, dan rezekikan kami untuk mengikutinya. Ya Allah tunjukkanlah kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan rezekikan kepada kami untuk menjauhinya.
Sahibus Samahah Dato' Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Jabatan Perdana Menteri
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terkini, komitmen peribadi yang tinggi terhadap amalan dermawan seperti pendidikan dan alam sekitar oleh Brahmal Vasudevan dan pasangannya Shanthi Kandiah membuahkan hasil.
Hal ini apabila mereka tersenarai dalam Wira Dermawan (Heroes of Philanthropy) 2022 Forbes Asia bersama 14 tokoh lain termasuk individu terkaya India Gautam Adani dan jutawan ekuiti swasta yang berpangkalan di Hong Kong, Jean Salata.
Brahmal Vasudevan dan Shanthi Kandiah tersenarai dalam edisi ke 16 ini selepas menunjukkan komitmen peribadi yang tinggi terhadap amalan dermawan seperti pendidikan dan alam sekitar.
Foto Via FMT
“Senarai itu menonjolkan dermawan yang menyumbang kekayaan mereka sendiri dan meluangkan masa serta perhatian secara peribadi kepada mana-mana pihak yang menjadi pilihan,” menurut Forbes Asia.
Vasudevan, 54, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) firma ekuiti swasta Creador yang berpangkalan di Kuala Lumpur dan isterinya yang juga seorang peguam Shanthi Kandiah, 53, menyokong komuniti tempatan di Malaysia dan India melalui Yayasan Creador, sebuah syarikat bukan berdasarkan keuntungan yang diasaskan bersama pada 2018.
Pada Mei tahun ini, mereka berikrar untuk menderma RM50 juta bagi membantu membina hospital pengajar di kampus Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) Kampar di Perak.
Pasangan itu membantu menambah pembiayaan setelah mengetahui UTAR hanya dapat mengumpulkan separuh daripada jumlah yang diperlukan untuk membina kemudahan itu. Kemudahan yang dijadual siap pada 2023 itu akan menyediakan penjagaan kesihatan pada kadar berpatutan.
Pada Mei, pasangan itu menderma £25 juta pound (RM133.6 juta) kepada Imperial College London – antara sumbangan terbesar dalam sejarah kolej itu – untuk mewujudkan Institute for Sustainable Aviation Brahmal Vasudevan yang bertujuan merintis teknologi bagi membantu industri penerbangan beralih kepada pencemaran sifar.
Menurut Forbes Asia, senarai itu tidak termasuk dermawan korporat, kecuali syarikat milik persendirian yang mana individu tersebut merupakan pemilik majoriti.
Apa-apa pun Remaja ingin mengucapkan tahniah buat pasangan ini kerana berjaya mengharumkan nama negara ke peringkat antarabangsa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perasan tak di slip gaji korang bulan ini tertulis potongan EIS (Employment Insurance System). Jumlahnya mungkin tidak banyak, cuma RM1.90 bagi yang bergaji RM1000 sebulan dan maksimum RM 7.90 bagi bergaji RM4000 ke atas.
Apa EIS ini? Mungkin ramai dengar tapi tak berapa nak faham atau ambil tahu.
Untuk pemahaman, EIS ialah SISTEM INSURAN PEKERJAAN. Ia adalah faedah insuran terbaru yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesalamatan Sosial atau Sosco untuk kakitangan swasta dan manfaat ini bakal diterima oleh 6.4 juta pekerja swasta di seluruh negara.
Sedikit berbeza faedah yang diterima oleh pencarum Sosco yang biasanya akan menerima faedah atas bencana pekerjaan, EIS pula adalah satu skim insuran berkelompok yang diwajibkan kepada pekerja dan majikan. Menariknya, berapa jumlah yang pekerja bayar, pihak majikan juga perlu membayar jumlah yang sama.
Dalam erti kata paling mudah, kalau kita diberhentikan kerja, dibuang kerja, masih sihat tubuh badan untuk kembali bekerja, Perkeso akan mula membayar wang secara bulanan seawal tujuh hari dari tarikh kita disahkan diberhentikan kerja.
Maksudnya, kita masih akan menerima sebagian gaji dalam tempoh 3 hingga 6 bulan selepas diberhentikan. Kata orang bolehlah bernafas untuk seketika. Lebih best, pihak Perkeso akan membantu mencari pekerjaan baru dan jika perlu memberi kursus yang bersesuaian melalui pihak yang dilantik dan dibayar elaun lagi. Menarikkan.
Dalam pada pihak kerajaan merangka satu makenisme terbaik untuk pekerja swasta, wujud tohmahan kononnya dana potongan insuran EIS ini bakal digunakan untuk projek kerajaan?
Ini tohmahan palsu yang mulai berleluasa mulai semalam
Isu ini bagaimana pun ditepis oleh Dato’ Mohd Sahar bin Darusman yang juga Ketua Sistem Insurans Perlindungan (Employment Insurance System (EIS).
Diharap dengan penjelasan ini tak adalah yang memandai menularkan berita palsu lagi
Jelasnya, Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) adalah satu jaringan keselamatan sosial yang memberi perlindungan kepada pekerja yang kehilangan pekerjaan dalam bentuk bantuan kewangan segera dan perkhidmatan pekerjaan termasuk carian pekerjaan, penempatan pekerjaan, kaunseling kerjaya dan latihan.
SIP berkonsepkan “Solidarity fund, Pooling of Resouces and Sharing of risk” di mana semua pekerja mencarum di dalam satu dana yang sama dan digunakan untuk membantu mereka yang terjejas kesan daripada kehilangan pekerjaan. Berdasarkan konsep ini, setiap tuntutan faedah SIP memerlukan sekurang-kurangnya 38 hingga 146 caruman daripada pencarum lain untuk membiayai tuntutan tersebut.
“Sekiranya tiada tuntutan dan pekerja meminra caruman mereka dipulangkan, konsep solidarity fund tidak lagi boleh diguna pakai dan sebaliknya akan menjadi savings model seperti KWSP. Ini bermakna, pencarum yang kehilangan pekerjaan hanya layak dibayar faedah mengikut carumannya sendiri iaitu serendah RM1.90 x 12 atau x 24 atau RM7.90 x 12 atau x 24 iaitu antara RM22.80 hingga RM189.60. Berbanding faedah di bawah SIP antara RM2,600 hingga RM14,600.
“Konsep SIP mementingkan kebajikan pencarum dan tidak mempunyai elemen keuntungan kepada organisasi. Insurans sosial mempunyai nilai tambah bagi memberi faedah secara maksimum kepada pencarum. Berbeza dengan insurans komersial yang berkonsepkan orientasi perniagaan dengan keutamaan kepada keuntungan maksimum kepada pihak konsesi,”katanya memaklumkan, sebelum sistem ini dilaksanakan, terlalu banyak kajian dilakukan demi kebaikan semua pihak.
“Sepanjang tempoh kajian SIP sejak 2009 hingga 2017, lebih daripada 80 kali sesi libat urus telah diadakan bersama pihak stakeholders (majikan, pekerja dan Kerajaan) termasuk sesi khas dengan YB Menteri Kewangan II dan 3 Menteri yang lain pada 10 Ogos 2017.
“Pihak stakeholders sebulat suara bersetuju untuk dibentang di Parlimen dan melaksanakan SIP pada tahun 2018.
PERKESO telah diberi kepercayaan oleh pihak stakeholders untuk mentadbir urus dana SIP. Pengurusan dana tersebut sentiasa di dalam pemantauan Audit Negara dan Kementerian Kewangan. Laporan tahunan SIP dan kewangan juga akan dibentangkan dalam persidangan Parlimen,” katanya yang memaklumkan, seandainya seorang individu itu tidak pernah dibuang kerja sehingga usianya mencecah 60 tahun, maka tiada tuntutan semula boleh dilakukan.
Contoh faedah caruman bakal diterima pencarum EIS jika diberhentikan kerja..Mana lebih baik, carum atau tidak?
Yang menarik lagi dalam tempoh 12 bulan sebelum pekerja layak menuntut faedah SIP, Kerajaan telah memperuntukkan dana sebanyak RM136 juta bagi menbayar faedah interim kepada pekerja yang diberhentikan mulai januari 2018 hingga disember 2018:
Faedah interim ini akan dibayar selama 3 bulan sebanyak RM600 (atau RM1,800).
APA ITU SIP?
Sistem Insurans Pekerjaan, (SIP) mula dilaksanakan pada Januari 2018 sebagai satu jaringan keselamatan sosial yang bertujuan membantu golongan pekerja yang kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan bantuan kewangan dan mencari pekerjaan baru.
Menyediakan bantuan kewangan segera (7 hari selepas pengesahan hilang kerja) kepada pencarum yang hilang pekerjaan.
Membantu pencarum yang hilang pekerjaan mendapat pekerjaan baharu melalui program penempatan semula pekerjaan termasuk bantuan mobiliti.
Meningkatkan kebolehpekerjaan pencarum yang hilang pekerjaan melalui program latihan & latihan vokasional
LIPUTAN
TAKRIF LIPUTAN
Semua majikan sektor swasta perlu membayar caruman bulanan bagi setiap pekerja. (Dikecualikan kepada penjawat awam, pekhidmat domestik dan yang bekerja sendiri)
Pekerja adalah orang yang diambil bekerja oleh majikan di bawah suatu kontrak perkhidmatan atau perantisan. Kontrak perkhidmatan atau perantisan itu sama ada dalam bentuk bertulis atau secara lisan, nyata atau tersirat.
Semua pekerja yang berumur dari 18 tahun hingga 60 tahun perlu dicarumkan kecuali bagi pekerja yang berumur 57 tahun dan ke atas dan tiada caruman telah kena dibayar sebelum mencapai 57 tahun.
Takrif liputan caruman adalah tertakluk kepada had siling gaji yang diinsurankan (GYD) RM4000.00
KADAR CARUMAN
Kadar caruman bagi Sistem Insuran Pekerjaan (SIP) adalah daripada 0.2% syer majikan dan 0.2% syer pekerja daripada gaji bulanan pekerja.
Kadar caruman adalah tertakluk kepada Jadual Kedua Seksyen 18 Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017. Semua majikan sektor swasta perlu membayar caruman bulanan bagi setiap pekerja. (Dikecualikan kepada penjawat awam, pekhidmat domestik dan yang bekerja sendiri)
KELAYAKAN PEKERJA YANG DIINSURANKAN UNTUK TUNTUTAN
Semua pekerja yang diinsuranskan (dimaksudkan sebagai orang berinsurans) yang kehilangan pekerjaan kecuali:
Perletakan jawatan secara sukarela oleh orang berinsurans;
Tamat tempoh kontrak perkhidmatan orang berinsurans;
Penamatan kontrak perkhidmatan atas persetujuan bersama majikan dan orang berinsurans tanpa terma dan syarat;
Penyiapan kerja mengikut kontrak perkhidmatan;
Persaraan orang berinsurans ; atau
Penamatan kontrak perkhidmatan orang berinsurans disebabkan oleh salah laku.
Syarat kelayakan utama yang perlu dipenuhi oleh penerima faedah adalah mereka mesti mampu bekerja, bersedia untuk bekerja dan mencari pekerjaan secara aktif.
FAEDAH SIP
Penempatan Pekerjaan & Kaunseling Kerjaya
Menyediakan perkhidmatan dan sokongan pekerjaan kepada Orang Berinsurans untuk mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian.
Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)
Menyediakan elaun mencari pekerjaan bagi tempoh 1 – 6 bulan tertakluk kepada syarat kelayakan caruman dan kesediaan untuk bekerja semula
Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA)
Menyediakan elaun bekerja semula awal sebagai insentif bagi menggalakkan Orang Berinsurans untuk kembali bekerja dengan segera.
Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB)
Menyediakan elaun pendapatan berkurangan bagi Orang Berinsurans yang bekerja dengan lebih daripada satu majikan dan telah kehilangan pekerjaan.
Elaun Latihan (EL)
Menyediakan elaun latihan harian sekiranya Orang Berinsurans menjalani latihan
Fi/Yuran Latihan (FL)
Membiayai yuran latihan Orang Berinsurans yang dibayar terus kepada penyedia latihan yang berdaftar
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
‘I have a pen, I have a apple.. Uh! Apple-Pen! (PPAP). Mesti anda masih ingat lagi dengan bait-bait lagu berhantu ni kan?
Percaya atau tidak, penyanyi lagu viral itu Piko Taro telah mendedahkan bahawa dia memperoleh pendapatan untuk lagu PPAP menyamai pendapatan dia bekerja selama 25 tahun.
Perghh, untunglah. Kita berhempas pulas kerja hari-hari tapi Piko Taro hanya dapat untung dengan satu lagu saja dan boleh menyaranya seumur hidup.
Tambahnya lagi menerusi rancangan bual bicara Downtown Now, selepas sebulan lagu itu menjadi viral, dia sudah mendapat pulangan lebih beratus juta yen.
Piko atau nama sebenarnya Daimaoi Kosaka mengakui nilai itu bersamaan dengan angka gaji yang diperolehinya selama 25 tahun bekerja.
Macam mana agaknya pulangan royalti boleh jadi sebanyak itu ya?
Rupa-rupanya lagu PPAP telah banyak menghiasi pelbagai iklan komersial televisyen dan radio serta kolaborasi dengan produk-produk terkenal Jepun.
Piko juga pernah muncul dalam pelbagai muzik video, iklan komersial Softbank dan Sesame Street.
Bukan saja itu, kafe PPAP dan beberapa siri animasi televisyen turut menggunakan jenama milik penyanyi viral ini.
Oh, no wonder la royalti yang dia dapat pun setimpal kan. Memang hebat!