Setiap manusia memiliki cara masing-masing untuk menggenggam kejayaan. Ada yang memilih untuk berjaya dalam dunia sukan, akademik, perniagaan dan juga seni.

Berbeza dengan gadis berusia 24 tahun yang dikenali sebagai Iman binti Mohd Asri, dia memilih jalan sebagai seorang hafizah yang menghafal keseluruhan Al-Quran dan menggunakan pengetahuannya untuk menyebarkan ajaran Allah SWT.

Menerusi perkongsian di Facebook oleh Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin, “Tahniah Iman Binti Asri. Sejak dahulu saya kenali beliau sebagai anak remaja yang hebat. Beliau adalah di antara beberapa orang di pemegang ‘Syahadah Ula al-Fateh’, tatkala remaja.

“Beliau lulus dengan jayanya, semakan tahfiz 30 juzuk al Quran oleh 4 orang pemeriksa dalam tempoh 17 jam. Beliau kini memiliki sanad tahfiz 30 juzuk al Quran yang melayakkannya untuk mengajar tahfiz di mana-mana negara di seluruh dunia.”

IKLAN

APAKAH SYAHADAH ULA DALAM HAFAZAN AL-QURAN?

Syahadah ada tiga peringkat dan peringkat yang tertinggi adalah syahadah ula. Ia juga dikenali sebagai Syahadah ulya

IKLAN

Syahadah Thalisah (3) yang mengambil masa 3 hari untuk khatam.  Sehari perlu menghabiskan bacaan 10 juzuk Al-Quran.

Syahadah thaniah (2) memerlukan pelajar untuk membaca 15 juzuk sehari.Selepas lulus syahadah thalisah dan thaniah barulah pelajar boleh menduduki Syahadah Ula.

IKLAN

Untuk mendapat kelulusan dalam Syahadah Ula Al-Fateh para penghafaz Al-Quran perlu menepati tiga kriteria yang ditetapkan seperti beikut:-

  1. Pelajar akan disemak hafazan 30 juzuk Al-Quran dalam masa sekitar 17 jam oleh 4 panel penguji.
  2. Tidak melebihi 10 pembetulan dalam 30 juzuk semakan hafazan.
  3. Tidak melebihi 10 kesilapan bagi setiap juzuk semakan hafazan.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI