Mungkin kalau korang nak masuk sekolah kebangsaan/menengah biasa rasanya tak banyak masalah kerana kebanyakannya diuruskan melalui sistem kerajaan negara.
Namun begitu, bila seseorang memilih untuk masuk sekolah Tahfiz atau mengikuti pengajiam Islam, terutamanya menjadi Tahfiz al-quran, mungkin ada yang tertanya-tanya boleh ke menyambung pengajian dan kerjaya apa yang boleh mereka ceburi. Tidakpun, hanya menjadi seorang tenaga pengajar seperti ustaz, imam masjid atau pegawai agama.
Hmm…salah tanggapan korang itu, sebenarnya, mereka yang mendalami ilmu agama masih boleh memilih kerjaya profesional lain seperti doktor, peguam, jurutera mahupun badan beruniform.
Malah, sejarah Islam juga membuktikan bahawa ramai tokoh ilmuwan Islam berjaya menerokai pelbagai disiplin ilmu dengan mengimbangi keperluan dunia dan akhirat.
Sinar Harian melaporkan, seorang jurutera syarikat pembinaan minyak dan gas luar pesisir antarabangsa membuktikan menjadi hafiz 30 juzuk al-Quran merupakan satu nilai tambah kepadanya untuk mencapai cita-cita yang diimpikan.
Foto Via Sinar Harian
Wan Najran Wan Mohd Noh, 39, mengikuti kursus persijilan tahfiz di Darul Quran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 2001 dan berjaya menghafaz al-Quran dalam tempoh setahun enam bulan sahaja.
Ads
Selepas berjaya menghafaz al-Quran secara fast track, beliau seterusnya lanjutkan pengajian peringkat matrikulasi dan Ijazah Sarjana Muda Pembuatan di UIAM dalam tempoh empat tahun.
Wan Najran yang pernah bersekolah di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAP Kajang) berkata, pembelajaran tahfiz banyak memberi kelebihan kepadanya dalam mengimbangi keperluan agama dan akademik.
“Terlalu banyak kelebihan apabila menjadi hafiz al-Quran dan dalam masa sama kita belajar pengetahuan akademik.
“Salah satu pembelajaran yang saya dapat kutip ialah ilmu agama ini mendidik jiwa kita menjadi individu amanah, berakhlak dan berbudi pekerti mulia dan terpuji kerana kita belajar dan memahami al-Quran,” katanya.
Ads
Di luar kerjaya hakiki, beliau berperanan sebagai imam surau di Saujana Impian Kajang.
Dengan ilmu yang diberi ALLAH ini saya mendapat tauliah daripada JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) untuk mengajar tajwid dan al-Quran di masjid dan surau,” katanya.
Ads
Beliau yang juga salah seorang bekas ahli kumpulan nasyid Saujana berkata, keseimbangan ilmu akademik dan agama penting bagi melahirkan lebih ramai agamawan yang mempunyai pengetahuan tinggi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sudah berbulan lamanya masyarakat Malaysia duduk di rumah kerana terikat dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan. Walaupun ada yang dibenarkan untuk keluar bekerja, namun masih ramai lagi yang melakukan WFH dan menjalani PdPR.
Ramai yang sudah mengeluh disebabkan terlalu lama duduk di rumah dan tidak produktif. Nak keluar bersenam pun jadi takut dek kerana kes positif yang semakin membimbangkan. Ada juga yang memberi alasan berat badan naik mendadak dalam tempoh PKP ini.
Nah guys, semua itu tidak lagi jadi masalah kerana korang boleh lakukan senaman di rumah dengan menggunakan alatan senam seperti yang ada di gymnasium. Jangan risau, korang boleh beli secara dalam talian dan harganya juga tidaklah terlalu mahal dan mampu milik.
Seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @razzigatie telah pun berkongsi antara alatan senaman yang korang boleh dapatkan di Shopee untuk kekal fit di rumah.
Berikut kami senaraikan exercise tools yang boleh digunakan untuk lelaki dan perempuan.
Baru-baru ini, Malaysia menamatkan saingan Kejohanan Wushu Remaja Dunia 2024 di Bandar Seri Begawan, Brunei dengan cemerlang apabila memenangi keseluruhan sembilan emas, 11 perak dan lima gangsa dalam disiplin taolu untuk menduduki tempat kedua terbaik di belakang China Ahad lalu.
Lebih membanggakan kejayaan diraih skuad remaja negara itu merupakan pencapaian terbaik Malaysia di kejohanan berkenaan sejak kali pertama dianjurkan pada 2006.
Presiden Persekutuan Wushu Malaysia (WFM) Datuk Chong Kim Fatt berkata, kejayaan itu amat membanggakan apabila berjaya mengatasi pencapaian lima pingat emas, sembilan perak dan empat gangsa dua tahun lepas.
“Saya sangat bangga dengan kejayaan ini sebab ia menunjukkan satu perkembangan positif terutama untuk atlet muda kita”
Kredit: Wushu Federation of Malaysia
Tambahnya, skuad atlet remaja itu juga bakal mewakili negara di kejohanan-kejohanan antarabangsa, temasya Sukan SEA dan Asia. Malah, ada beberapa atlet yang berjaya meraih emas juga akan pertimbangkan untuk sertai Temasya Olimpik Remaja 2025 di Dakar, Senegal.
Sementara itu, Kim Fatt mengakui sedikit kecewa dengan prestasi dipamerkan atlet dalam disiplin sanda (tempur) di kejohanan itu.
“Kita kali ini ada lima hingga enam atlet sanda tetapi semua gagal apabila kalah pusingan pertama. Mungkin kurang sokongan daripada pihak Majlis Sukan Negara (MSN).
Kredit: Wushu Federation of Malaysia
“Sokongan dari pihak MSN penting untuk kita lahirkan atlet yang berpotensi untuk menang pingat di kejohanan yang mereka sertai,” katanya.
Dalam pada itu, China muncul juara keseluruhan bagi disiplin taolu selepas mengumpul 10 emas dan satu gangsa manakala Indonesia di tempat ketiga dengan sembilan emas, lapan perak dan tujuh gangsa.
Sumber: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kemiskinan dan kesusahan hidup bukan alasan untuk mengalah, malah itulah yang menjadi pembakar semangat buat Mohamad Izuwansah Ishak, hingga berjaya menggenggam Anugerah Pelajaran Dirajasempena Majlis Konvokesyen Ke-23 Universiti Malaysia Terengganu (UMT) baru-baru ini.
Anak kepada seorang buruh binaan ini merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan) dengan Kepujian, dan mendedikasikan kejayaan ini buat kedua ibu bapanya, Ishak Jalil, 60, dan Inn Mindun Damin, 58, yang tidak pernah jemu berkorban demi memastikan dia mendapat pendidikan terbaik.
“Saya bekerja dari Ahad hingga Khamis selama tiga tahun untuk mendapatkan wang saku. Selain itu, saya juga bekerja sebagai penyelaras program khazanah di UMT pada hujung minggu,” katanya kepada media.
Sebagai anak keempat daripada enam beradik, Izuwansah tidak malu mengakui bahawa dia pernah bekerja sambilan sebagai pembuat kopi di sebuah kafe di Kuala Terengganu bagi meringankan beban keluarga, termasuk perbelanjaan harian dan yuran pengajian.
“Pada mulanya agak sukar untuk membahagikan masa antara kerja dan pelajaran. Tetapi saya berpegang pada peribahasa ‘di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’ selain percaya bahawa usaha tangga kejayaan,” ujarnya lagi.
Hasil titik peluh dan kegigihan itu akhirnya membuahkan hasil apabila Izuwansah menerima plak, wang tunai RM7,500 serta sijil penghargaan yang disampaikan oleh Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah, yang juga Canselor UMT.
Umt
Kini, anak kelahiran Sungai Tiram, Johor itu bekerja sebagai pembantu penyelidik projek di Jabatan Perikanan Malaysia Johor, namun impian beliau belum berhenti di situ.
“Saya berhasrat untuk menyambung pelajaran sehingga ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) dan menjadi pensyarah suatu hari nanti,” katanya dengan penuh semangat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, akhirnya sah bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, selepas pasangan itu selamat diijabkabulkan dengan...