Demam drama tempatan,Takdir Yang Tertulis (TY) nampaknya masih belum berakhir setelah drama tersebut berlabuh siaran di TV3 pada hari Selasa lalu. Kini, ramai yang kembali menontonnya di platform atas talian.
REMAJA berkesempatan untuk mengadakan sesi secara langsung bersama salah seorang pelakonnya, Iman Suhana yang kini popular dengan watak sebagai Rozita atau Ita ‘Ting Tong’.
Kata Iman, dia bersyukur apabila dapat kembali memasuki set pengarah Shahrulezad Mohameddin (Budak Ijat) setelah kali terakhir membintangi drama arahan pengarah tersebut, Monalisa pada tahun 2018.
“Seronoklah apabila dapat bersama-sama wajah familiar seperti Ijat dan Nazim Othman. Saya juga gembira sekali apabila dapat bergandingan untuk kali pertama dengan para pelakon lain dalam drama TYT terutamanya Mummy Didie Alias.
“Saya sudah lama melihat lakonan mantapnya selama ini dan apabila mempunyai banyak babak dengan beliau, saya rasa kerdil sangat. Tapi beliau, pelakon lain dan kru membuatkan saya merasa selesa sepanjang berada di set,” kongsi graduan jurusan persembahan teater ini.
Ads
Menyusuri kejayaan TYT yang tidak pernah gagal menduduki senarai topik trending setiap malam ia keudara, momen paling diperkatakan oleh penonton tentulah episod finale yang diadun dengan plot twist.
Menariknya, Iman semasa ditemubual mengatakan bahawa dia ‘mungkin’ sudah mengetahui mengenai perancangan pengarah TYT itu.
“Saya berada di set pada masa itu tanpa pelakon lain. Hanya ada kru saja. Biasalah dalam produksi drama, skrip sentiasa diolah, ditambah dan dihasilkan di set penggambaran. Jadi semasa mereka berbincang itu, saya terdengar juga yang Mika itu akan dijadikan anak Hakim.
“Cuma saya tidaklah mengambil serius mengenainya kerana skrip sentiasa berubah kan. Tapi mereka pernah lontarkan idea itu.”
Mengenai kejayaan Iman membawakan watak Ita ‘Ting Tong’, Iman merasakan dirinya dan karakter itu tidaklah terlalu banyak berbeza. Cuma ‘level ting-tong’ yang diinginkan oleh pengarah yang berbeza.
“Dengan kawan-kawan, biasalah kita pun jadi ‘ting tong’. Tapi untuk merealisasikan keinganan produksi, tentulah ada perbezaan yang wujud antara diri saya dan Rozita demi elemen dramatize itu.
“Kelakar juga apabila saya imbas kembali beberapa babak yang saya lakonkan untuk TYT. Terlalu ‘ting tong’ sehinggakan jurukamera pun tidak pasti sama ada saya sedang berlakon ataupun serupa orang tidak betul. (ketawa) Terutamanya semasa babak bercakap dengan suami imaginasi di meja makan,” imbas pelakon berusia 31 tahun itu.
Apapun, Remaja ucapkan tahniah buat Iman Suhana kerana berjaya menghiburkan penonton dengan berjayanya. Menyentuh mengenai projek lakonan seterusnya, tidak lama lagi, Iman akan muncul dengan satu telemovie di Astri Citra berjudul ‘6 Langkah Menghancurkan Ex Boyfriend’ arahan Syahid Johan.
Untuk menonton sesi #RemajaDengarKata penuh bersama Iman Suhana, klik video di bawah.
Sejak kecil lagi, kita telah didedahkan dengan cerita-cerita fairytale oleh Walt Disney.
Sama ada korang pernah melihatnya menerusi filem, animasi, siri televisyen, cerita spin-off ataupun melalui video game, kami sure korang mengenali kesemua Disney Princess yang ada di dalam cerita Disney.
Kalau tak kenal semua pun, mesti korang kenal watak popular seperti Cinderella dan Snow White, kan? Semuanya cantik!
Tak boleh nak gambarkan macam manalah mereka ini kalau berjumpa depan mata. Haa, korang tak perlu nak bayangkan lagi kerana seorang illustrator berbakat telahpun merealisasikan gambaran itu.
Bagaimana jika Disney Princesses hidup pada zaman sekarang, memakai baju seperti kita dan kelihatan – well, seperti remaja biasa..?
Tak nak jadi macam orang biasa!
Fernanda Suarez telah menyiapkan koleksi modern princesses seperti 10 watak popular ini. Ada yang serupa dengan wajah Emma Watson & Nicole Scherzinger tau! Watak mana satu paling korang suka?
Dalam pada semua orang teruja dengan pertunangan pelakon, model dan juara Dewi Remaja 2014/2015, Raysha Rizrose dengan kekasih ‘highschool sweetheart’ yang juga merupakan pelumba kereta Formula 3, Nabil Jeffri, tak kurang juga yang memuji teknik dandanan rambut dan solekannya.
Sama cantik, sama padan – ramai yang tertarik dengan solekan yang dirias pada wajah pelakon tersebut serta memuji sentuhan jurusolek.
Wajah cantik milik Raysha Rizrose memerlukan solekan natural bagi membangkit seri. Lantas, jurusolek melaksanakannya dengan penuh jaya. Solekannya dihasilkan oleh jurusolek profesional, Fiqqi Abdullah manakala dandanannya disempurnakan oleh Juno Ko.
Menurut Fiqqi Abdullah melalui laman instagramnya, permintaannya Raysha begitu ringkas dan telus;.
Maka, Fiqqi sekali lagi menggalas tanggungjawab menyolek wajah si cantik jelita ini tanpa ada perasaan kekok walau perjumpaan kami adalah buat kali pertama di majlis itu.
Rata-rata memuji sentuhan magis jurusolek ini
Clean dan polos, ia bukan hanya sesuai untuk majlis pertunangan, resepsi dan akad nikah. Malah ia juga sesuai untuk everyday look korang. Penulis suka betul dengan sentuhan ringkas sebegini.
Congrats Raysha dan pasangan atas pertunangan ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pempengaruh dan pelakon, Aya Amiruddin baru-baru ini mengesahkan sudah putus tunang dengan Eronmose Sleem sejak sebulan lalu.
Aya (27) yang juga gadis kacukan Melayu dan Afrika ini berkata, dia menganggap mereka tiada jodoh walaupun sudah merancang untuk berkahwin pada hujung tahun ini.
“Saya sudah kembali single sekarang. Kami berpisah secara baik, tiada gaduh-gaduh dan sebagainya. Ia juga bukan berpunca daripada orang ketiga. Kami sudah berkawan selama 4 tahun dan bertunang pun lebih kurang 2 tahun. Kalau ikut perancangan hujung tahun ini atau awal tahun depan sepatutnya kami mahu berkahwin. Tapi nampaknya tiada rezeki”
Kredit: xtra
Menurut Aya, hubungannya dengan bekas tunang masih baik sehingga kini dan dia tidak mempunyai masalah jika perlu bekerjasama lagi
“Kami berpisah kerana tiada persefahaman dan bukan disebabkan orang ketiga. Mungkin saya banyak kekurangan dalam hubungan kami. Namun, kami masih berkawan baik dan boleh bekerjasama lagi. Malah, bekas tunang juga selalu membantu saya untuk buat content di media sosial”
Sebelum ini, Aya pernah memaklumkan bekas tunangnya adalah individu yang mendorongnya untuk aktif sebagai content creator atau pencipta kandungan sebelum ini. Eronmose juga adalah tulang belakang untuk pelakon itu mengorak langkah menjadikan dirinya dikenali ramai seperti hari ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Muhammad Mikail Ghazali mencuri tumpuan di Sukan SEA Thailand 2025 apabila meraih pingat emas Muay Thai dan memikat hati peminat tuan rumah dengan aksi berkelas dunia.