Baru-baru ini, anak sulung kepada pelakon Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin sekali lagi meraih perhatian apabila mendapat pencapaian cemerlang dalam pelajaran sekaligus meraih Anugerah Pengetua.
Kejayaan yang menggembirakan tersebut dikongsi sendiri oleh Rita Rudaini Mohammad Mokhtar (49) menerusi Instagram dan beliau turut meluahkan rasa bersyukur di atas pencapaian anaknya mendapat gred purata nilai 3.78 pada peperiksaan semester di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar, Selangor.
Kata pelakon wanita itu, tingkatan empat adalah fasa sukar buat Rayyan kerana perlu menghadapi rintangan bagi mengekalkan kejayaan dalam bidang akademik.
Dalam kesempatan itu, Rita sempat menitipkan nasihat buat anaknya agar tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah SWT dan menjadikan kitab suci al-Quran sebagai sahabat baik jika ingin berjaya di dunia dan akhirat.
“Anugerah Pengetua MRSM SUBES hari ini, alhamdulilah 3.78, tahun ini tingkatan 4 adalah tahun yang paling mencabar kata Rayyan”
“InshaAllah dengar cakap Mommy, dengar cakap ustazah Nor Faiza dan guru-guru. Jangan tinggal solat, bersahabat dengan al-Quran, insya-Allah berjaya dunia dan akhirat.
Ads
“Fly high Airit Rayyan, ingat mommy ni awan nano awak,” tulisnya.
Sementara itu, di ruangan komen, ramai peminat dan rakan selebriti turut mengucapkan tahniah kepada Rayyan atas kejayaannya yang mengekalkan keputusan cemerlang.
Selain itu, mereka turut mendoakan agar Rayyan akan terus membanggakan ibunya dan memberi inspirasi kepada golongan muda di luar sana.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, penyanyi nasyid dan pensyarah terkenal, Fitri UNIC atau nama sebenar Ts. Dr. Mohamad Fitri Mohamad Haris (41) mencipta detik bersejarah tersendiri apabila lima pelajar pengajian Doktor Falsafah (PhD) seliaan beliau berjaya menamatkan pengajian mereka secara serentak. Pencapaian itu dianggap cukup luar biasa memandangkan proses melahirkan graduan di peringkat berkenaan lazimnya menuntut masa, komitmen dan ketelitian penyeliaan yang tinggi.
Menerusi sebuah perkongsian dari Facebook rasmi Universiti Utara Malaysia (UUM), pihaknya menyatakan kejayaan itu bukan sahaja menyerlahkan dedikasi para pelajar, malah memperlihatkan kecekapan Fitri UNIC sebagai penyelia akademik.
Lebih menarik lagi, beliau juga baru sahaja menerima pengiktirafan tertinggi apabila dianugerahkan Anugerah Akademik Negara (AAN) bagi Kategori Seni dan Kreativiti (Kelompok Seni Persembahan) yang disampaikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 24 Oktober lalu.
Kredit foto: FB Dr.Fitri
Kejayaan Unik Dalam Kerjaya Akademik
Mengulas pencapaian tersebut, Fitri UNIC menerusi Facebook peribadi miliknya menyifatkan tahun ini sebagai antara yang paling istimewa dalam perjalanan kerjayanya di universiti. Beliau menzahirkan rasa syukur serta terharu dengan usaha gigih kesemua pelajar seliaannya yang berjaya menamatkan pengajian pada tempoh yang sama.
“Alhamdulillah, tahun ini amat istimewa kerana seramai lima orang pelajar PhD saya telah bergraduasi.”
“Terima kasih atas kepercayaan kalian menjadikan saya sebagai penyelia dan membenarkan saya menemani perjalanan akademik ini bersama anda semua. Saya amat berbangga dengan segala pencapaian anda,” tulisnya.
Kredit foto: FB Dr.FitriKredit foto: FB Dr.Fitri
Pesanan Buat Para Graduan
Pada masa yang sama, pelantun lagu ‘Ainul Mardhiah’ itu sempat menitipkan pesan agar segala ilmu yang diraih para graduan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin demi memberi nilai kepada masyarakat. Doanya agar mereka terus melangkah ke hadapan dengan hati yang ikhlas, tujuan yang murni dan penuh rendah diri.
Lima pelajar berkenaan terdiri daripada Dr. Zhang Yifeng, Dr. Pan Yuan Yuan, Dr. Xiong Qin, Dr. Liu Shu dan Dr. Shen Du. Kesemua mereka diraikan dalam majlis konvokesyen yang berlangsung di kampus induk UUM baru-baru ini.
Kredit foto: FB Dr.FitriKredit foto: FB Dr.Fitri
Reputasi Akademik Terus Diperkukuh
Di samping itu, pihak universiti juga menyifatkan kejayaan lima pelajar tersebut sebagai refleksi komitmen berterusan Fitri UNIC dalam memastikan kecemerlangan akademik. Gabungan kepakaran akademik dan penglibatan aktif beliau dalam dunia seni menjadikan kejayaan ini lebih signifikan.
Menerusi rekod baru yang dicapai pada konvokesyen kali ini, pencapaian tersebut sekaligus mengangkat lagi nama UUM di persada akademik selain memperkukuh reputasi Fitri UNIC sebagai tokoh pendidikan dan seni yang seimbang dalam dua dunia berbeza tetapi saling melengkapi.
Kredit foto: FB Dr.Fitri
Sumbangan Lebih Luas Dalam Dunia Pendidikan
Kejayaan ini turut membuka ruang lebih besar untuk melihat bagaimana seorang tokoh seni seperti Fitri UNIC mampu memberi impak yang mendalam dalam dunia akademik. Ramai pihak berpendapat bahawa pencapaian beliau menjadi inspirasi kepada tenaga pengajar lain untuk terus melahirkan graduan berkualiti tinggi, terutama dalam bidang penyelidikan yang mencabar.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, nama Fitri UNIC semakin menonjol sebagai ikon akademik berbakat yang berjaya mengimbangi kerjaya seni dan kerjaya pendidikan. Penerimaan beliau di peringkat nasional melalui Anugerah Akademik Negara mengukuhkan lagi reputasi tersebut, menjadikannya antara figura paling berpengaruh dalam kedua-dua bidang.
Selain itu, kejayaan lima pelajar seliaan beliau menamatkan tesis PhD secara serentak menimbulkan rasa bangga dalam kalangan warga akademik kerana ia menunjukkan tahap penyeliaan yang teratur, tersusun dan berkesan. Kebolehan beliau mengendalikan pelajar antarabangsa turut mencerminkan keupayaan Fitri UNIC membawa perspektif global dalam amalan penyelidikannya.
Secara keseluruhannya, kisah kejayaan ini bukan sekadar meraikan lima graduan PhD, tetapi juga menonjolkan keutuhan seorang figura akademik yang berjaya meletakkan dirinya sebagai penyelia berprestasi tinggi. Fitri UNIC bukan sahaja mencipta sejarah peribadi tetapi turut mengangkat nama institusi tempat beliau berbakti.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa je peminat fesyen yang tak pernah tonton filem The Devil Wears Prada?
Setelah mendapatkan kejayaan hebat dari segi respon penonton, filem yang diadaptasi daripada novel nukilan Anna D. Shapira itu kini bakal diangkat sebagai projek teater muzikal di Chicago, Amerika Syarikat.
Menurut Chicago Tribune, ia akan dipentaskan pada musim panas 2020 di Teater James M. Nederlander dan akan ditulis bersama oleh Anna dan – wait for it – Elton John!
Untuk pengetahuan, Elton juga terkenal sebagai komposer untuk beberapa persembahan teater antarabangsa seperti The Lion King dan Billy Elliot. Cuma satu je yang membuatkan kami tertanya-tanya, mengapa memilih Chicago dan bukannya di Broadway, New York?
Secara logiknya, produser muzikal ini iaitu Kevin McCollum pasti akan memilik tayangan pertama di New York sebagai tanda penghargaan kepada kota fesyen itu yang menjadi lokasi utama filem The Devil Wears Prada..
“Anna yang meminta kami untuk menayangkannya terlebih dahulu di Chicago..”
Ouh okay.
Penulis sendiri tak sabar untuk menantikan klip daripada teater muzikal ini di YouTube. The Devil Wears Prada menemui penonton pada tahun 2006 dan dilakonkan oleh Anne Hathaway, Meryl Streep dan Emily Blunt.
Ia menceritakan tentang bagaimana Andy (Anne) bergelut untuk mengekalkan kerjanya sebagai pembantu Editor majalah fesyen, Runway iaitu Miranda Priestly walaupun Miranda terkenal dengan sikapnya sebagai bos ‘Dragon Lady’.
Mengenai siapakah pelakon yang akan memainkan ketiga-tiga watak tersebut, produksi masih belum melakukan sesi ujibakat dan tarikh ujibakat juga masih belum ditentukan.
*
HEY GIRLS, WE’RE BACK!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Boleh dikatakan apa sahaja makanan yang viral di Korea akan menjadi kegilaan dan ikutan masyarakat di negara kita.
Fuh, Hebat penangan k-pop ni!
Baru-baru ini viral di laman media sosial dengan ‘penangan’ roti korean cheesy garlic bread. Ramai yang kecewa juga bila roti ini selalu out of stok kerana permintaan yang terlalu banyak.
So, kali ini apa kata kita try buat sendiri Korean Cheesy Garlic Bread ni.
Ini resepi dari Amanda Tan yang dikongsikan dalam group Resepi Air Fryer [Malaysia]
RESEPI KOREAN CHEESY GARLIC BREAD
Korean Cheesy Garlic Bread adalah makanan jalanan Korea yang sangat popular. Dengan adunan keju dan sos mentega, ia sangat enak dimakan bila bila masa sahaja. Tak perlu ke Korea untuk menikmatinya. Jom saya kongsikan cara cepat untuk menyediakannya. Selamat mencuba.
NOTA KAKI:
1. Model : Air Fryer Philips HD9216
2. Panaskan dahulu AF pada suhu 180°C selama 5min.
3. Loyang digunakan saiz 6 inchi. Boleh beli di kedai online. Carikan Accessory Air Fryer.
4. Boleh guna pinggan besi yang dijual dikedai Eco.
5. Boleh juga campur sos cili kedalam adunan cheese jika nak rasa yang pedas.
6. Boleh simpan dalam peti sejuk. Panaskan balik keesokan hari.
7. Resepi ini sesuai untuk pengguna ketuhar. Bakar ikut masa tapi kena kerap pantau . Boleh tambah suhu / masa ikut ketuhar.
8. Saya gunakan roti bun yang sedia dijual dikedai. Boleh guna bun biasa, bun kismis, bun wholemeal dan lain lain.
BAHAN BAHAN
Inti
100g Cream Cheese
30ml Whipping Cream
2 sudu besar Madu
Sos
100g Mentega
1 labu Bawang Putih dicincang
2 sudu besar Herba Parsley Kering
2 sudu besar Keju Parmesan
1 biji Telur
Cara Penyediaan setiap bahan:
1. Potong roti bun ke 6 bahagian . Tanpa potong putus dibawah. Ketepikan.
Cairkan mentega pada api kecil / sederhana. Tutup api.
Masukkan bawang putih cincang dan herba parsley kering. Gaul sehingga mentega agak sejuk.
Bila mentega sedikit sejuk, baru masukkan telur dan keju Parmesan. Gaul sebati. Ketepikan. Jangan masukkan telur bila mentega masih panas nanti terjadi pulak telur goreng.