Nampak aneh tetapi itulah realiti jalan raya di ibu negara Qatar, Doha.

Sejak tahun 2019, laluan Abdullah bin Jassim yang terletak berhampiran Souq Waqif telahpun berubah wajah daripada tar hitam menjadi warna biru vibran.

Lebih kurang 200 meter daripada situ di Katara Cultural Village, jalan raya di sana juga telah dicat biru bagi laluan pejalan kaki dan penunggang basikal.

Realitinya, jalan raya di Doha, Qatar mendapat sentuhan ‘makeover’ sebegini bukan semata-mata atas tujuan estetik tetapi ia adalah satu projek eksperimentasi negara itu bagi memastikan suhu laluan jalan raya dan jalan kaki di sana dapat dikawal dalam keadaan cuaca di sana yang kadangkala terlampau panas.

Projek yang dimulakan oleh Jabatan Kerja Raya (Ashgal) itu pada asalnya adalah satu percubaan bagi tempoh 18 bulan untuk mereka laksanakan kajian sekiranya ada perbezaan pada suhu jalan raya tar (asphalt) biasa dan jalan raya yang dicat baru setebal 1mm ini.

Jalan Raya Doha, Qatar Dicat Biru Sejak 2019 Sebabkan Suhu Panas Melampau. Malaysia Sudah Bersedia? Jalan Raya Doha, Qatar Dicat Biru Sejak 2019 Sebabkan Suhu Panas Melampau. Malaysia Sudah Bersedia?

Bukan cat biru biasa yang digunakan. Sebaliknya, ia direka untuk mempunyai pigmen khas yang mudah memantulkan haba. Cat tersebut juga mempunyai mikrosfera seramik berongga yang berfungsi untuk memantulkan radiasi infrared.

IKLAN

Justeru, laluan berwarna biru ini mampu mempengaruhi suhu purata udara di kawasan berkenaan secara ketara; iaitu sehingga 15 ke 20 darjah Celsium lebih rendah!

Ini kerana ia memantulkan semula haba daripada matahari, haba daripada refleksi bangunan dan haba kenderaan, pendingin hawa dan pelbagai lagi punca perlepasan haba.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jaseem (@j7seem)

Sebagai info, laluan jalan raya dan jalan kaki di Doha ini bukanlah satu-satunya projek eksperimentasi oleh kerajaan sesebuah negara bagi mencari jalan penyelesaian terhadap cuaca panas ekstrem yang mereka hadapi terutama pada – well – musim panas.

IKLAN

Di Los Angeles, Amerika Syarikat, mereka telah mencuba lapisan ‘CoolSeal’ berwarna kelabu keputihan untuk menurunkan suhu jalan tar sehingga 5 darjah Celsius.

Tokyo, Jepun juga khabarnya cuba melakukan inisiatif yang sama tetapi dengan misi menurunkan suhu sehingga 8 darjah Celsius! Di kota Makkah sendiri, kerajaan Arab Saudi pernah menjalin kolaborasi bersama syarikat Jepun, Sumitomo untuk tujuan sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Cuaca Panas : Lelaki Kreatif Sejukkan Rumah Dengan Sistem Sembur Air Atas Bumbung – REMAJA

IKLAN

BACA LAGI: Guna ‘Aircond’ Setiap Hari Gara-Gara Cuaca Panas, TNB Kongsi Tip Jimat Elektrik – REMAJA

Persoalannya, adakah jalan raya di Malaysia sudah bersedia untuk bertukar wajah kepada warna baharu.

Setidaknya, jalan raya ini bukan saja boleh menyelesaikan isu suhu melampau terutamanya bagi pejalan kaki tetapi juga menjadi tarikan baharu pelancong kerana warnanya yang unik.

BACA LAGI: Sejukkan Kulit Ketika Cuaca Panas Lit-Lit Dengan ‘FACE MIST’ Timun, Senang Je DIY! – REMAJA

SUMBER: (1)

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI