Fenomena filem berbahasa Korea, Thai dan Jepun memang kita tahu tidak pernah surut sejak dulu lagi.
Namun sejak kebelakangan ini, semakin ramai remaja Malaysia yang menyukai filem dari negara Taiwan pula.
Ini kerana penerbit filem remaja di sana bijak untuk bermain dengan jalan cerita yang tidak klise, unexpected dan mempunyai elemen romantik, kelakar serta sedih dalam waktu yang sama.
Jom lihat 4 filem Taiwan yang boleh korang tonton sebagai permulaan.
01
You Are The Apple Of My Eye (2011)
Ia mengisahkan bagaimana seorang pelajar nakal bernama Ko Ching-teng akhinya menjadi seorang penulis. Shen Chia-yi pula merupakan seorang pelajar pintar yang amat popular di kalangan pelajar lelaki dalam kelas mereka.
Walaupun tidak mempunyai perasaan sesama mereka di sekolah, hubungan mereka berkembang termasuklah semasa mereka berpisah untuk 2 tahun hinggalah Chia-Yi akan berkahwin dengan lelaki lain.
Ads
02
Our Times (2015)
Apa terjadi apabila korang jatuh cinta dengan orang yang kita tak sangkakan?
Itu yang terjadi apabila Zhen-xin kecewa setelah mendapat crush-nya Ouyang menyukai pelajar lain. Dia membuat pakatan dengan ketua gangster sekolah, Tai-yu untuk memisahkan Ouyang dan Min-min tanpa menyedari mereka berdua mula menyimpan perasaan kepada diri masing-masing.
Tai-yu bagaimanapun perlu terbang ke luar negara untuk merawat darah beku yang berada dekat dengan otaknya akibat suatu kemalangan jalan raya.
Ads
03
More Than Blue (2018)
Ini merupakan filem adaptasi daripada versi Korea yang diterbitkan pada tahun 2009.
Ia mengisahkan bagaimana seorang pegawai muzik, K yang sedang berdepan dengan leukaemia menyimpan rahsianya itu daripada orang di sekeliling – termasuklah daripada rakan baiknya, Cream.
K cuba untuk mencari calon suami sesuai untuk Cream walaupun mereka mempunyai perasan terhadap diri masing-masing.
04
Fall In Love At First Kiss (2019)
Ads
Amboi, baru kenal dah mesra seperti ini eh..
Kisah di antara Xiangqin dan Zhishu ini menjadi kegemaran di kalangan peminat filem Taiwan kerana ramai yang boleh relate dengan jalan ceritanya.
Filem ini adalah tentang Zhishu yang merupakan pelajar pintar dan Xiangqin yang meminatinya selepas insiden ‘tercium’ di tangga. Xiangqin meluahkan rasa cinta kepada Zhishu namun ia ditolak di hadapan semua pelajar di sekolah.
Peliknya, mereka berdua semakin rapat selepas kejadian di-reject itu.
*
Serius, kalau layan filem keluaran Taiwan ini memang guarantee boleh marathon beberapa filem sekaligus.
Tapi jika sukakan filem yang lebih deep, mungkin ini adalah senarai filem yang sesuai untuk ditonton.
Setelah lama mendiamkan diri, pelakon dan pengarah filem terkenal, Syamsul Yusof kini kembali berkongsi perkembangan terbaru di sosial media sehingga menarik perhatian ramai.
Menerusi gambar yang dimuat naik di Instagram peribadi miliknya, Syamsul dilihat kembali bekerja dengan wajah ceria dan tenang bersama beberapa individu lain.
Dalam pada itu, melihat pada ruangan komen, rata-rata rakan artis meluahkan rasa gembira selepas melihat pengarah filem Munafik itu kembali aktif walaupun masih berdepan kemelut rumah tangga.
Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof buat masa kini berdepan konflik rumah tangga dengan isterinya, Ira Kazar.
Bapa kepada sepasang cahaya mata itu memfailkan perceraian terhadap Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini binti Kazaruddin atas alasan tiada lagi persefahaman.
Menurut laporan sebelum ini, Syamsul bersedia untuk melafazkan cerai terhadapnya isterinya pada 27 Ogos lalu, namun perkara itu tertangguh selepas Ira melantik peguam bagi urusan penceraian berkenaan.
Kes penceraian mereka kini ditetapkan untuk sebutan semula pada 25 September di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Taman Seri Keramat, Selangor.
Sementara itu, bekas isteri Syamsul, Puteri Sarah sekali lagi menegaskan pendiriannya untuk tidak kembali bersama bekas suaminya.
Malah, Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, tidak mahu dirinya dikaitkan lagi dengan pengarah sensasi itu.
Sumber: Sinar Plus
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kecantikan pelakon Emma Maembong tidak perlu disangkal lagi, anak kacukan Malaysia-Scotland ini menangkap mata sesiapa sahaja yang memandangnya.
Baru-baru ini Emma memuat naik rangkaian gambar-gambar maternity shoot yang dilakukan bersama suaminya, Muhammad Shazli Azhar. Foto yang dimuat naik dalam bentuk gambar hitam putih dan berwarna itu mendapat sentuhan jurufoto terkenal, Pinography.
Kredit foto: Pinography
Disolek dan didandan rapi oleh jurusolek, Gabriel Padan, Emma dilihat selesa menggayakan kot labuh kulit rona coklat dan dipadankan bersama gaun labuh berkait.
Melengkapkan keseluruhan gayanya dia mengenakan aksesori terkenal antarabangsa, Swarovski. Menjadikan momen itu lebih menarik, jenama antarabangsa yang berpangkalan di Austria tersebut turut meninggalkan komen berbunyi, “Naturally Stunning.”
Sehingga kini foto tersebut telah menerima lebih 30 ribu tanda suka dan hampir 200 komen. Ramai warganet meninggalkan komen memuji kecantikan Emma yang kini mengandung anak kedua.
“Tengok gaya perut nak dapat babygirl ni. Tu muka makin berseri-seri,” komen seorang warganet.
“Love sangat couple ni, semoga kekal ke Jannah,” ujar seorang lagi pengikut Instagram Emma.
Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan sebelum ini telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Shariq Gabriel yang kini berusia 2 tahun.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Akhirnya, peminat yang ‘gagal menembus’ untuk membeli tiket konsert Jelajah Dunia Coldplay ‘Music Of The Spheres’ boleh menarik nafas lega apabila kumpulan kegilaan ramai itu mengumumkan bakal mengadakan di negara seberang, Singapura.
Kumpulan yang popular dengan lagu Yellow itu bakal membuat persembahan di Stadium Nasional Singapura selama empat malam iaitu pada tanggal 23, 24, 26 dan 27 Januari 2024.
Pengumuman itu dibuat Live Nation Singapore menerusi sebuah hantaran di laman Instagram rasminya, selain ada memuat naik teaser yang memaparkan promosi jelajah Coldplay yang dimainkan di skrin beberapa bangunan di Singapura.
Prajualan tiket konsert itu akan diadakan pada 19 Jun dari 2 petang hingga 11.59 malam. Jualan terbuka kemudiannya akan bermula pada 20 Jun dari 2 petang melalui Ticketmaster, dengan harga tiket bermula dari S$68, tidak termasuk yuran tempahan.
Kumpulan itu juga telah mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan sejumlah tiket Infinity yang terhad, berharga bersamaan dengan AS$20 (S$27), untuk konsert itu nanti.
Selain Singapura, kumpulan yang memenangi Anugerah Grammy itu turut menambah Manila dan Bangkok ke dalam siri jelajah mereka yang sedang berlangsung, masing-masing pada 19 Januari dan 3 Februari tahun depan.
Di Malaysia pula, Coldplay akan beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 22 November ini.
Untuk rekod, Jelajah Dunia ‘Music Of The Spheres’ Coldplay telah terjual lebih tujuh juta tiket iaitu jumlah paling banyak untuk mana-mana jelajah sepanjang dua tahun lepas, dan telah memperoleh kumpulan itu anugerah Artis Jelajah Kegemaran di Anugerah Muzik Amerika 2022.
Sekadar informasi, sebagai sebahagian daripada inisiatif kemampanan kumpulan itu, Jelajah Dunia Music Of The Spheres Coldplay telah menghasilkan 47 peratus kurang pelepasan karbon berbanding jelajah stadium mereka sebelum ini pada 2016/2017. Lima juta pokok juga telah ditanam di seluruh dunia, satu untuk setiap penonton konsert.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.