Bintang K-Pop terkenal, BTS baru-baru ini kembali mencuri perhatian selepas mencipta sejarah sebagai kumpulan pertama di dunia yang berjaya meraih lebih 10 bilion strim di platform penstriman muzik Spotify dalam tempoh setahun.

Menerusi sebuah kenyataan yang dimaklumkan oleh agensi pengurusan, BigHit Music, pada 16 Oktober, BTS yang dianggotai RM, Jin, SUGA, j-hope, Jimin, V dan Jung Kook telah melepasi angka berkenaan menerusi jumlah strim terkumpul sepanjang tahun ini.

Difahamkan, pencapaian itu cukup membanggakan apabila beberapa penyanyi solo antarabangsa seperti Taylor Swift, Ariana Grande dan Bad Bunny sebelum ini turut berjaya mencatatkan lebih 10 bilion strim tahunan. Bagaimanapun, BTS menjadi kumpulan pertama yang berjaya mencapai angka tersebut, sekaligus mengukuhkan kedudukan mereka dalam industri muzik global.

Album 'ARIRANG' Jadi Fenomena, BTS Jadi Kumpulan Pertama Catat 10 Bilion Strim Tahunan Di Spotify Album 'ARIRANG' Jadi Fenomena, BTS Jadi Kumpulan Pertama Catat 10 Bilion Strim Tahunan Di Spotify

Ads

Lebih menarik, jumlah strim BTS tahun ini meningkat kira-kira 122 peratus berbanding 4.5 bilion strim yang direkodkan sepanjang tahun lalu. Album studio kelima mereka, ‘ARIRANG’, yang dilancarkan pada Mac lalu menjadi antara penyumbang utama apabila meraih lebih lima bilion strim.

Kejayaan album tersebut turut menyaksikan lonjakan ketara dalam jumlah strim harian kumpulan berkenaan. Daripada sekitar 23 juta strim sehari sebelum pelancarannya, angka itu meningkat kepada 130 juta pada 20 Mac, manakala kesemua 14 lagu dalam album tersebut menguasai kedudukan pertama hingga ke-14 carta ‘Daily Top Songs Global’ Spotify.

Ads

Lagu utama album berkenaan ‘SWIM’, turut mencipta rekod tersendiri apabila meraih kira-kira 14 juta strim pada hari pertama pelancarannya. Angka itu menjadi jumlah strim harian tertinggi bagi mana-mana lagu yang dilancarkan sepanjang tahun 2026.

Album 'ARIRANG' Jadi Fenomena, BTS Jadi Kumpulan Pertama Catat 10 Bilion Strim Tahunan Di Spotify

Ads

Sehingga 14 Oktober, ‘ARIRANG’ telah mengumpulkan lima bilion strim di Spotify, sekaligus muncul sebagai album dengan jumlah strim tertinggi bagi keluaran tahun ini di platform tersebut. Album itu turut mendahului karya studio ketiga Olivia Rodrigo yang berada di tempat kedua dengan perbezaan kira-kira dua bilion strim.

Dalam perkembangan lain, BTS turut dinobatkan sebagai pemenang anugerah ‘Artist of the Year’ pada acara ‘2026 MTV Video Music Awards Japan’ yang diumumkan pada 14 Oktober lalu. Majlis kemuncak anugerah berkenaan dijadualkan berlangsung di Tokyo Dome pada 29 Oktober ini.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads