Baru-baru ini, pasukan Roboticist Malaysia sekali lagi mengharumkan nama negara apabila berjaya meraih Inspire Award (Tempat Ketiga) pada pertandingan FIRST Tech Challenge (FTC) Nusantara musim 2025/26 yang berlangsung di Universitas Indonesia, Depok, Jawa Barat, pada 7 hingga 9 Februari lalu.

Memetik laporan Astro Awani, kejayaan tersebut menjadi pengiktirafan terhadap keupayaan teknikal dan inovasi pasukan muda Malaysia, sekaligus membuktikan kemampuan pelajar tempatan untuk bersaing secara kompetitif di pentas antarabangsa.

Untuk pengetahuan, FTC merupakan pertandingan robotik berprestij bagi peserta berusia 13 hingga 18 tahun yang menuntut pembinaan robot berkeupayaan autonomi dan tele-operasi untuk beraksi dalam format perlawanan dua lawan dua.

Roboticist Malaysia Harumkan Nama Negara! Raih Tempat Ketiga Inspire Award Di FTC Nusantara Roboticist Malaysia Harumkan Nama Negara! Raih Tempat Ketiga Inspire Award Di FTC Nusantara

Ads

Bertemakan ‘Decode’, cabaran musim ini memberi fokus kepada elemen arkeologi dan penyiasatan artifak, serta menguji ketepatan teknikal, kemahiran menyelesaikan masalah dan kreativiti dalam reka bentuk kejuruteraan.

Difahamkan, lebih 40 pasukan dari seluruh Nusantara menyertai pertandingan ini yang turut berperanan sebagai medan kelayakan ke FTC peringkat dunia, dijadualkan berlangsung di Amerika Syarikat pada bulan hadapan.

Sementara itu, menurut penganjur, FTC juga menekankan konsep kerjasama ‘alliance’ apabila setiap pasukan perlu bekerjasama dengan rakan dari sekolah, daerah dan negara berbeza bagi setiap pusingan perlawanan, sekaligus menguji kemahiran komunikasi, profesionalisme dan kepimpinan peserta.

Ads

Roboticist Malaysia Harumkan Nama Negara! Raih Tempat Ketiga Inspire Award Di FTC Nusantara

Pasukan Roboticist Malaysia diwakili oleh Muhammad Razique selaku pembangun robot, dibantu Muhammad Najmi, bersama Ridhwan Izz Irwan sebagai pengaturcara dan Nayli Bazla Irdina selaku pengendali media, di bawah bimbingan Ku Muhammad Amir serta pengurusan Roboticist Malaysia.

Ads

Untuk rekod, Inspire Award merupakan antara pengiktirafan tertinggi dalam FTC yang menilai pencapaian pasukan secara holistik merangkumi inovasi reka bentuk robot, keupayaan teknikal, dokumentasi, kerjasama dan profesionalisme, sekaligus membuktikan pelajar Malaysia memiliki potensi besar untuk bersaing di peringkat global.

Sumber: Astro Awani

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads