Kerjaya guru sangat mulia. Tugas mereka mendidik anak bangsa hingga ada yang berjaya dan memperoleh pangkat dan gaji besar. Tidak hairanlah ramai antara kita cukup mengingati jasa-jasa guru sehingga akhir hayat!
ARTIKEL BERKAITAN : Cikgu Sanggup Redah Hujan Hantar Kertas Latihan, Risau Pelajar SPM Tak Belajar Time PKPB
Menjadi seorang guru bukanlah kerjaya yang mudah, kriteria yang perlu ada semestinya pandai mengambil hati pelajar. Tambahan lagi jika mengajar murid sekolah pendalaman yang serba kekurangan.
Guru Pedalaman Sanggup Hias Kelas Guna Elaun Sendiri, Cipta Suasana Belajar Seperti Kafe!

Inisiatif seorang guru di sekolah pedalaman di Bumi Kenyalang, Cikgu Muhammad Tarmizi Awang@Yaacob , 38, untuk menghias dan mendekorasi kelas di sekolahnya telah menarik perhatian ramai dan menjadi tular di media sosial.
Guna Elaun Sendiri
Seagalanya bertitik tolak daripada keinginan mewujudkan persekitaran kelas sesuai bagi meningkatkan kualiti pembelajaran murid, guru Sekolah Kebangsaan Kampung Kut Daro, Sarawak itu sanggup mengeluarkan wang sendiri untuk dekorasi ala restoran yang unik.
Memuat naik gambar-gambar bilik darjah dan sekolah tersebut di Facebook, projek menghias kelas itu dinamakan The Class Kafe turut berjaya menarik minat muridnya.
“THE CAFE CLASS, KITA BUAT DIA. DARIPADA KELAS BIASA KE YANG LEBIH SELESA. SEMPENA HARI GURU YANG BAKAL TIBA, SAYA KONGSIKAN SEDIKIT DEKO GURU PEDALAMAN BUAT RAKYAT MALAYSIA SEMUA. ADA ORANG TANYA SAYA MANA PERGI GAJI CIKGU?
“SAYA GUNAKAN SEDIKIT ELAUN PEDALAMAN UNTUK MENCANTIKKAN KELAS. ADA REZEKI LEBIH, SAYA BUAT LEBIH.




Guru Pedalaman Sanggup Hias Kelas Guna Elaun Sendiri, Cipta Suasana Belajar Seperti Kafe!
Guru tersebut turut memuat naik foto sebelum dan selepas dekorasi, di mana sentuhan guru Pendidikan Islam yang lulus dari Universiti Perguruan Sultan Idris itu benar-benar telah mengubah suasana ruang kelas tersebut.
Kelas itu kini terasa lebih selesa dengan palet warna hitam putih. Untuk merealisasikan konsep kafe, ruang tingkap kelas dihiasi bagaikan kaunter, sementara meja dan kerusi disusun seakan restoran, lengkap dengan elemen hiasan yang lembut.
Ternyata kedudukan sekolah di pedalaman tidak menjadi faktor penghalang Muhammad Tarmizi melahirkan suasana yang ceria buat pelajarnya. Malah keinginan kuat untuk melihat kemenjadian murid-muridnya adalah penguat semangat.
“Walaupun di sekolah pedalaman, saya jadikan suasana yang kondusif agar murid-murid saya seronok belajar.
Dapat Perhatian MENTERI PENDIDIKAN
Malah, usaha dan pengorbanan Cikgu Muhammad Tarmizi Awang@Yaacob ini turut mendapat perhatian dan pujian daripada warga maya dan pihak tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia selepas tular di media sosial.
“SELAMAT HARI GURU, CIKGU!” TITIP MENTERI PENDIDIKAN, FADHLINA SIDEK DI LAMAN FACEBOOK RASMINYA BAGI MENGHARGAI KESUNGGUHAN MUHAMMAD TARMIZI.

Memetik Borneo Network, Muhammad Tarmizi berkongsi kenangan ketika mula melapor diri. Beliau dijemput menaiki bot oleh Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Daro, Mukah untuk ke sekolah yang mengambil masa tiga jam dengan arus sungai deras.
Anda mungkin berminat dengan
Bagaimanapun, di sebalik cabaran itu, beliau mengakui menyimpan banyak kenangan manis termasuk di luar bilik darjah antaranya kerap menangkap udang galah di sungai bersama orang kampung.
Menurutnya, ketika di Sekolah Kebangsaan Kampung Bruit dia bersama beberapa guru lain sentiasa mencari idea untuk memberi pengalaman baru kepada murid pedalaman.
Pada akhir tahun 2019, Muhamad Tarmizi dipindahkan ke SK Kampung Kut Daro yang masih lagi terletak dalam pulau Bruit dan juga sekolah pedalaman.
**Hebat cikgu ini, Terima kasih cikgu. Moga semua amal kebaikan cikgu diganti dengan pahala di akhirat kelak.
Sumber: Facebook, Borneo Network
BACA LAGI : Kenderaan Terjunam Di Gaung Laluan Balak, Niat Guru Kembali Mengajar Tidak Kesampaian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Sudah menjadi kebiasaan masyarakat kita apabila ingin mengirimkan barang atau parcel, mereka akan menggunakan perkhidmatan kurier. Namun begitu, jika korang ingin menghantar barangan dengan lebih cepat dan berbaloi, ia juga boleh dilakukan menerusi pos penerbangan kapal terbang.
Seperti yang dilakukan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Hazalina Hamzah, dia mengepos barangan dari Kelantan kepada adiknya yang tinggal di Kuala Lumpur. Penghantaran ini dibuat sewaktu hari raya Aidilfitri lalu.


Dengan menggunakan khidmat Firefly, ia sangat mudah dan menjimatkan. Bagaimanakah caranya? Jom kita semak langkah-langkah berikut:
1. Call Firefly Centre untuk bertanyakan tentang penghantaran ini dan pihak mereka mengesahkan boleh pos barang (korang boleh call sendiri untuk dapatkan kepastian)
2. Semak di laman web Firefly untuk dapatkan jadual penerbangan dari destinasi korang ke tempat tujuan

3. Sediakan barang-barang untuk dihantar
4. Kemudian, terus ke kaunter Firefly dan isi form untuk pengeposan
5. Timbang, bayar dan check-in barang. Ada nombor tracking flight yang ditampal pada kotak

6. 1 jam saja barang sampai
7. Pengirim dan penerima akan menerima mesej dari Firefly apabila barang selamat berlepas dan tiba ke destinasi
8. Tunggu di lapangan terbang untuk ambil barang
Mudah sahaja kan? Hanya RM21.20 untuk 5.2 kilogram, sangat berbaloi!

Sesuai bagi mereka yang mempunyai keluarga yang tinggal berjauhan dan boleh dipos melalui penerbangan, cara ini amat mudah untuk keluarga korang mendapatkan barangan dengan segera, lebih-lebih lagi di musim perayaan.
Betul tak?
Sumber: Hazalina Hamzah
∞
Umum mengetahui Usain Bolt adalah manusia terpantas di dunia selepas mencatatkan masa 9.58 saat untuk larian jarak 100 meter pada 2009.
Rekod tersebut berjaya dicatatkan Bolt di Kejohanan Dunia Berlin dengan kelajuan 44.72 km/j.

Namun, rekod yang berusia lebih 10 tahun itu dikhabarkan berjaya diatasi oleh seorang atlet pecut Amerika Syarikat (AS)
Noah Lyles berjaya memecahkan rekod dunia milik Usian Bolt dalam acara 200 meter, beliau tetap kecewa dengan ‘kejayaan’nya.

Ini kerana tidak berapa lama selepas ‘kejayaan’ tersebut, pihak penganjur mengakui mereka meletakkan Lyles di tempat permulaan yang salah.
Pada awalnya, Lyles dikatakan mencatatkan rekod dengan kepantasan 18.91 saat pada Sukan Inspirasi di Florida, jauh ke depan berbanding rekod yang dipegang Bolt iaitu 19.19 saat pada tahun 2009.

Namun pihak penganjur kemudiannya menjelaskan Noah Lyles hanya menamatkan larian sejauh 185 meter dan bukannya 200 meter disebabkan kesalahan penganjur.
Rekod terbaik Lyles sebelum ini hanya 19.50 saat, dan selepas menamatkan larian dan melihat catatan rekod ialah 18.91 saat, beliau nyata bingung dan tidak percaya.
Kecewa dengan kesalahan tersebut, Lyles menciap menyatakan kekecewaan dengan kesilapan yang dilakukan pihak penganjur.
Alahai siannya Lyles, tak baik betul la penganjur memainkan perasaan dia kan. Tak apa lah cuba lagi di masa akan datang okay!
Sumber: The Guardian
∞
Bila manusia lebih mabuk dari binatang inilah jadinya. Akal yang sepatutnya digunakan untuk berfikir tetapi diletakkan di lutut.
Tiga hari lalu, heboh di negara seberang, Indonesia hingga menimbulkan kemarahan warga kotanya selepas tersiar rakaman sekumpulan remaja sedang bergelak ketawa memberikan minuman alkohol kepada kuda belang, badak sumbu dan rusa yang mana binatang ini dilihat beriya-iya menyedutnya tanpa menyedari minuman itu memabukkan.
https://youtu.be/8dY11eHMaAA
Dalam rakaman tular itu juga menyaksikan pengunjung lelaki menuang minuman keras ke mulut haiwan berkenaan sementara remaja perempuan dan rakan-rakannya di dalam kereta ketawa seolah-olah tidak ingat dunia.
Kejadian itu berlaku di Taman Safari Indonesia yang sangat terkenal di Asia Tenggara kerana pengunjung boleh mendekati haiwan-haiwan liar dan jinak yang dibiarkan bebas lepas ini, bergambar dan memberi makanan sama seperti Taman Safari di Afrika.
Keunikan Taman Safari Indonesia di Cisarua, Jawa Barat ini begitu terkenal malah program realiti tv dari Korea, Running Man pernah mengadakan rakaman di zoo ini sehingga menjadikannya sebagai satu tempat wajib dilawati ketika berkunjung ke Indonesia.
Rakaman salah laku remaja ini mulai tular apabila mereka sendiri menuploadkanya ke Instagram salah seorang remaja yang beranggapan hal ini sesuatu yang seronok untuk dijadikan bahan jenaka ketika mengunjungi zoo berkenaan.
Akibat perbuatan berkenaan, haiwan-haiwan yang diberi minuman keras ini telah mengalami masalah gangguan saraf dan gagal menjalani “kehidupan” akibat mabuk yang tidak hilang-hilang.
Malah Drh Foony Lelus (doktor haiwan) yang memeriksa binatang berkenaan mengakui haiwan-haiwan ini mengalami gangguan saraf selepas kejadian dan perlu menjalani fisioterapi untuk memulihkan mereka kembali seperti biasa.
https://youtu.be/sorWSCf4ezg
Ekoran kejadian tular dan menimbulkan kemarahan ramai itu sehari selepas itu, pelakunya, Philip Biondi dan pasangannya Alyysa Dwi telah meminta maaf di atas perlakuan berkenaan dan bersedia menanggung risiko atas perbuatan yang menurut mereka secara spontan dan tidak disengajakan itu.
Inilah kata orang, beringat sebelum kena. Kalau sudah letak akal di lutut, maka lebih baik jadi binatang kerana itulah yang membezakan antara manusia dan binatang itu sendiri.
∞