Aktres dan bekas model, Zahnita Wilson, memaklumkan dia bersedia untuk kembali ke pentas peragaan yang pernah menjadi ‘padang permainannya’ suatu ketika dahulu.
Menerusi laporan media tempatan, Zahnita atau nama sebenar, Zahnita Dorothy Hussein Wilson, mengakui bahawa selain rindu dengan dunia peragaan, bidang tersebut juga menjadi cara untuk meredakan tekanan.
“Insya-Allah saya ada perancangan kembali ke dunia peragaan sebab terlalu rindu. Jadi model bukan sekadar beraksi di depan kamera, apa yang penting, saya seronok,” katanya.
Zahnita turut memberitahu kerjaya dalam peragaan cukup dekat di hatinya, namun dia perlu mencari masa yang sesuai serta seseorang yang boleh membantu menguruskan kerjaya tersebut.
“Perancangan ini perlu dibuat secara teliti kerana buat masa ini, saya bergerak sendiri.
Ads
“Saya harap akan ada seseorang yang boleh bantu uruskan kerjaya supaya semuanya lancar,” ujar Zahnita.
Sebagai langkah permulaan, Zahnita yang terkenal dengan lakonannya dalam filem Gila-Gila Pengantin Remaja sudah menerima tawaran untuk menjayakan sesi fotografi untuk majalah fesyen dan kempen produk.
“Setakat ini, saya belum terima kontrak ‘solid’ jadi duta dan sebagainya.
Ads
“Cuma saya ada bekerjasama dengan jenama kosmetik tempatan untuk menjayakan kempen mereka,” katanya lagi.
Meskipun belum menerima kontrak besar, Zahnita turut memaklumkan kemungkinan untuk tampil di pentas peragaan pada Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) yang akan datang.
Mengenai soal kemungkinan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur bagi memudahkan urusan kerjaya, Zahnita mengakui bahawa dia belum bersedia untuk melakukannya.
Ads
“Siapa tahu mungkin KLFW akan datang bakal menyaksikan saya beraksi di pentas peragaan.
“Keinginan untuk kembali menetap di Kuala Lumpur memang ada. Cuma anak-anak lebih selesa menetap di Kuantan, Pahang.
“Mungkin sebab faktor sekolah dan kawan-kawan mereka ramai di Kuantan. Insya-Allah mungkin kena tunggu lagi tiga tahun untuk tunaikan hasrat itu,” tambahnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi peminat animasi ‘Minions’, filem sekuel siri ini sudah pun ditayangkan di pawagam dengan judul Minions: The Rise Of Gru. Dibesarkan pada tahun 1970-an, Gru merupakan peminat kumpulan penjahat Vicious 6 yang diketuai oleh legenda Wild Knuckles.
Apabila kumpulan itu menyingkirkan ketua mereka, Gru menyimpan cita-cita untuk menjadi penjahat dan menyertai kumpulan mereka. Dibantu oleh pengikutnya, Kevin, Stuart, Bob dan Otto, Gru berjaya membina sarang penjahat pertama mereka.
Foto: United International Pictures
Malangnya, Gru tidak berjaya menarik perhatian Vicious 6 sewaktu temu duga mencari penjahat baharu dan sebaliknya kanak-kanak itu telah menjadi musuh kumpulan itu. Gru kemudiannya menyedari penjahat juga memerlukan bantuan daripada rakannya dan tidak mempunyai pilihan untuk beralih kepada sekutu yg lain, Wild Knuckles.
Foto: United International Pictures
Secara keseluruhannya, jalan cerita filem ini agak ringan dan sepertinya memang dijadikan sasaran untuk menarik perhatian kanak-kanak untuk ke pawagam. Unsur komedi yang diselitkan menghiburkan, lebih-lebih dengan kemunculan watak Otto.
Foto: United International Pictures
Kemunculan anak kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh yang memegang watak sebagai Kung Fu Master Chow turut menjadi perhatian. Dialog-dialog spontan Minions juga berjaya mencuit hati lebih-lebih lagi ada perkataan bahasa Melayu yang disebut seperti ‘Terima Kasih’.
Walaupun hanya berdurasi selama 1 jam 30 minit, tetapi apa yang kami boleh katakan ia sesuai dengan jalan cerita yang ringkas tetapi tetap menghiburkan. Pendek kata, memang berbaloi untuk ditonton di pawagam lebih-lebih lagi bersama kanak-kanak.
Foto: United International Pictures
Minions: The Rise of Gru telah mendapat kutipan sebanyak AS$127.9 juta di dalam negara selepas empat hari tayangan dan dianggarkan akan menerima kutipan global lebih daripada AS$200 juta.
Bagi yang belum menonton, korang boleh menonton Minions: The Rise of Gru yang kini sedang ditayangkan di seluruh pawagam tanah air.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon veteran, Roslan Saleh dilaporkan meninggal dunia pada usia 69, pagi ini.
Berita sedih itu dikongsikan oleh anak Allahyarham, Farahanis Roslan menerusi hantaran di laman sosial Facebook.
“Dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda saya Roslan Saleh baru saja meninggal dunia sebentar tadi,” tulis Farahanis di Facebooknya.
Difahamkan, kenazah Allahyarham Roslan akan dibawa ke Masjid Kampung Rantau Panjang, Masjid Tanah, untuk dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan sebelum dikebumikan, dijangka selepas solat Jumaat pada hari ini.
Roslan yang mesra disapa Pak Lan, telah lama bergelut dengan penyakit diabetes kronik sejak kira-kira empat tahun lalu, yang memberi kesan terhadap kesihatannya.
Isterinya, Zainun Majid mengesahkan bahawa keadaan kesihatan suaminya tidak banyak berubah sejak beliau terlantar di rumah.
Roslan Saleh yang telah lebih 30 tahun berkecimpung dalam dunia lakonan pernah membintangi pelbagai drama dan filem popular, antaranya Sembilu 2, Gerak Khas The Movie 2, Munafik 2 dan Anak Perjanjian Syaitan.
Namun, beliau tidak lagi aktif dalam dunia lakonan selepas mengalami masalah kencing manis dan diabetes.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Facebook Farahanis Roslan
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Musim peringkat separuh akhir Muzik-Muzik kembali! Setelah 2 minggu bersiaran, semalam tiba giliran sebuah lagi lagu dinobatkan sebagai Lagu Terbaik mingguan.
Dan ia jatuh kepada Sumpah nyanyian Naim Daniel!
Ternyata bukan mudah untuk Sumpah menerima penghargaan tersebut memandangkan persaingan 11 buah lagu semalam adalah amat sengit. Lihat je lah pada senarai yang bertanding: Ku Bersuara (Ernie Zakri), Lembah Kesepian (Haqiem Rusli), Kisah Cinta Kita (Hafiz Suip), Rampah (Akim & The Majistreet) dan Anta Permana (Dato’ Sri Siti Nurhaliza), antaranya.
Malah Naim sendiri terharu dengan penghargaan tersebut. Menurutnya di sebuah appreciation post sebentar tadi, Naim berterima kasih kerana memberi peluang kepada lagu tersebut sampai ke tahap ini.
“Terima kasih kepada team muzik-muzik dan produksi kerana sudi melayan kerenah budak mengada ini.
Kredit: KakiFoto
“Sebagai pendatang baru dalam dunia seni penulisan lirik dan kompisisi, saya akan mencuba sedaya upaya lebih baik pada masa akan datang untuk terus berkarya. Untuk mendapat penghormatan sebegitu malam semalam ada sesuatu yang amat saya hargai sentiasa.
“Kesayangan saya Naimians (kelab peminat) dan ahli keluarga yang tak berhenti memberi sokongan, yang sudi sing along, sorak macam show semalam adalah show kita saja, anda semua memang alien. Tenaga luar biasa dan itu membuatkan saya lebih beremosi di pentas.
Kredit: KakiFoto
“Dan juga kepada abang Omar K yang membantu saya siang malam menyiapkan lagu ini, memang Naim takkan lupa,” katanya yang turut mengucapkan penghargaannya kepada beberapa lagi orang penting di sebalik persembahan Sumpah tersebut.
*
Nyata, penonton juga bersetuju dengan keputusan semalam. Bak kata salah seorang daripada mereka, “Dah macam final AJL lagu-lagu semalam)”.
“Kami doakan Naim sampai ke AJL34”@naimians
“Sumpah is a tearjerker, you deserve it Naim.”@yantisuhaimi
“Kekuatan Sumpah terletak pada melodi dan penghayatan.”@adinaladin2012