Aktres dan bekas model, Zahnita Wilson meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada orang ramai yang telah memberi sokongan buatnya selepas membuat pendedahan menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
“Assalamualaikum, terima kasih atas ucapan dan sokongan. Saya akan bersama anda sebentar lagi,” coretnya di ruangan kapsyen.
Selain itu, Zahnita yang juga seorang usahawan, sempat mempromosikan perniagaannya dalam hantaran tersebut.
“Tempahan sekarang sudah dibuka ‘i love you 3000’,” katanya lagi.
Ads
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan dan meniupkan kata-kata semangat buat pelakon filem popular Kuliah Cinta itu.
Mereka juga berharap wanita berusia 39 tahun itu akan diberi ketabahan dalam menghadapi segala ujian yang mendatang.
Ads
Sebelum ini, Zahnita mengejutkan ramai pihak apabila berkongsi foto matanya yang lebam, sambil mendakwa kecederaan tersebut akibat dipukul oleh suaminya, Abdul Zackery Ghouse.
Pendedahan ini mendapat perhatian ramai, termasuk mereka yang mengecam tindakan keganasan rumah tangga.
Sekadar info, Zahnita dan Abdul Zackery mendirikan rumah tangga pada tahun 2005 dan dikurniakan empat orang anak.
Pasangan ini pernah berdepan dengan masalah rumah tangga, dan pada tahun 2013, Zahnita pernah memfailkan permohonan cerai. Walaupun begitu, mereka masih bersama sehingga kini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Zahnita
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa cakap golongan remaja tidak suka menghias kediaman? Bukan semua anak muda meletakkan tanggungjawab mengemas dan memilih rekaan dalaman rumah kepada keluarga mereka, sebaliknya masih ramai yang ambil peduli tentang konsep ruangan kediaman.
Lebih-lebih lagi mereka yang tinggal sendiri dan berjauhan dengan keluarga. Walaupun mungkin duduk di rumah sewa, tetapi rasa keinginan untuk menghias kediaman tetap ada. Mana tidaknya, korang mesti inginkan rumah yang selesa dan cantik kan?
Tambahan pula, lebih kurang tiga bulan sahaja lagi kita nak menyambut Aidilfitri, mesti ada yang dah tercari-cari langsir serta kelengkapan rumah untuk raya nanti.
Bagi korang yang inginkan sentuhan moden dengan gabungan keunikan warisan tempatan, Avon akan mengeluarkan koleksi langsir, linen, set hidangan dan dekor terbaru yang akan dijual pada April nanti.
Tak semestinya anak muda nak konsep hipster saja, mungkin raya tahun ni pula korang boleh pilih ciri-ciri klasik untuk menghiasi ruang kediaman.
Diinspirasikan oleh seni halus songket, koleksi ini menggabungkan corak tradisi bunga-bungaan dan geometri. Paling penting, harganya tidak terlalu mahal dan mampu milik.
Set bilik tidur bujang, Ratu & Raja Casa Kayangan
Deko Casa Kayangan
So guys, dah dapat idea raya ni nak deko rumah macam mana?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam tempoh kurang dua minggu selepas Adele mengeluarkan teaser pertama untuk Easy On Me, banyak info baharu yang telah dikongsikan olehnya. Antaranya termasuklah mengesahkan bahawa album keempatnya akan berjudul ‘30’ sempena usianya semasa dia memulakan pembikinannya.
Adele juga sempat melakukan sesi Instagram Live PERTAMANYA dan berkongsi beberapa lagi perkara menarik termasuklah impresinya terhadap enam orang penyanyi wanita popular yang selayaknya digelar diva disebabkan populariti, kejayaan dan kehebatan mereka.
Tidak sangka, Adele langsung tidak menyimpan rasa iri hati terhadap mereka semua dan sebaliknya, menyokong mereka daripada belakang serta mengasihi mereka sepenuh hati. Jom lihat siapakah yang dimaksudkannya itu.
Beyonce
“Tidak, saya tidak mempunyai lagu baharu dengan Beyonce. Saya tidak tahu mengapa ramai betul yang bertanyakan perkara sama. Tentunya saya sayangkan dia dan ya, saya teruja menantikan album Beyonce seterusnya. Awak gila?”
Amy Winehouse
“Lagu kegemaran saya daripada Amy? Hhm, mungkin Take The Box daripada album pertamanya. Obviously, saya menggemari Back To Black juga seperti orang lain. Tapi Take The Box daripada album pertama itu, fuh!”
Britney Spears
“Tentunya saya menyokong (kempen) #FreeBritney. Saya sayangkan Britney, pernah bertemu dengannya beberapa kali. Saya amat sayanginya dan saya amat gembira untuknya.”
Taylor Swift
“Saya sayangkan Taylor Swift!”
Lana Del Rey
“Saya suka Lana Del Rey.”
Doja Cat
“Saya sukakan Doja Cat juga.”
Harry Styles
Okay, okay. Kami tahu kami nyatakan hanya penyanyi wanita. But you have to give the last spot to Harry Styles because.. it is Harry!
“Ya saya kenali Harry. Dia hebat, dia baik. He is a very, very sweet boy. Ramai betul peminat Harry Styles (di dalam Live Instagram).”
*
Tonton sesi Instagram Live penuh itu di bawah dan jangan lupa strim Easy On Me pada 15 Oktober ini!
Kemenangan program realiti nyanyian, Big Stage musim kelima yang berpihak kepada penyanyi bersuara lantang, Nadeera Zaini semalam sememangnya telahpun diramalkan oleh ramai pihak.
Bak kata juri tetap program iaitu Ajai sendiri, kekuatan Nadeera terletak pada konsistensi dalam persembahan dan ternyata, semalam beliau telah melakukan yang terbaik bagi meletakkan dirinya di kedudukan ranking teratas.
Bagaimanapun, kejayaan tersebut tidak datang bergolek apabila Nadeera terpaksa berdepan banyak dugaan sepanjang 10 minggu pertandingan termasuklah isu diherdik kerana paras rupanya. Nadeera tidak terlepas daripada menjadi mangsa face shaming dan menurutnya, isu tersebut bertambah perit apabila memasuki minggu ketiga.
“Ia terjadi bila saya sedang melihat handphone. Saya memang tidak mahu baca komen selepas saya dikecam teruk (mengenai imej) pada minggu ketiga, ketika persembahan Rahmatulil Al Amin. Balik ke rumah pada minggu itu, saya hanya lihat gambar-gambar saya saja tanpa melihat bahagian komen.
“Sekali, notifikasi saya terkeluar dan ia berbunyi, ‘Muka itu macam b*b*.” Mak ayah saya adalah info pertama saya setiap kali perkara sebegini terjadi. Ia hanya akan membuatkan saya sedih dan down; oleh itu saya enggan membaca komen,” katanya dalam nada kesal.
“Mak ayah saya menangis. Makcik saya pun menangis dan menelefon. Katanya, ‘Kenapa ramai saya orang menghina kau sampai macam ini’. Memang sedih bila mereka adalah individu paling terkesan, tetapi saya cuba tabahkan mereka kerana ini adalah asam garam perjalanan saya sebagai seorang anak seni.
“Saya pantang kalau orang bergurau mengenai soal rupa kerana bagi saya itu Allah SWT yang cipta. Jadi saya ingin bertanya semula kepada anda semua yang berkata begitu kepada saya, kalaulah ia terjadi kepada ahli keluarga anda atau diri anda sendiri, macam mana perasaan anda?” ulasnya.
Bercakap lanjut mengenai persembahan mantapnya menerusi lagu Never Enough dan persembahan duet bersama Waode menerusi mesh-up lagu Gundah dan Semalam; Nadeera mengakui dirinya dilanda sedikit emosi ketika persembahan solo. Namun dia bangkit semula untuk ‘bertarung’ dengan Waode lantas membuktikan dirinya layak bergelar juara.
“Saya sebenarnya hampir menangis juga. Lagu Never Enough ini adalah tentang diri dan perjuangan saya. Saya tidak pernah puas menyanyi dan sentiasa ingin menonjolkan bakat yang Allah SWT telah berikan pada saya.”
Nadeera turut sempat menghubungi keluarganya sejurus Big Stage musim kelima melabuhkan tirai semalam. Ujarnya, mereka cukup berbangga dengan kejayaan ini. Hanya mereka yang tahu tentang kesusahan dan struggle Nadeera sepanjang bergelar anak seni..
“Selama ini orang tindas, orang tipu, ada masalah kewangan pula, bekerja pun di lounge hotel untuk mencari duit makan. Ini adalah hasil titik peluh saya selama ini. Tangisan saya, marah saya telah menghasilkan trofi kemenangan ini,” simpulnya.
Tahniah sekali lagi REMAJA ucapkan kepada juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini!
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...