
Selepas ramai mengharapkan agar PKPB akhirnya akan berakhir pada 9 November ini, kerajaan berfikiran sebaliknya dan memutuskan untuk menyambung tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 6 Disember kelak.
Ini adalah setelah penelitian Kementerian Kesihatan Malaysia terhadap risiko peningkatan bilangan kes Covid-19 untuk tempoh sebulan ini.
ARTIKEL BERAKAITAN: Do’s & Dont’s Sewaktu Musim PKPB
Menariknya, arahan PKPB tersebut tidak hanya tertakluk kepada negeri seperti Sabah, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sahaja. Akan tetapi, kerajaan memutuskan agar PKPB dilaksanakan ke semua negeri di Semenanjung Malaysia kecuali di negeri Perlis, Pahang dan Kelantan.
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, KKM mendapati terdapat peningkatan di negeri-negeri selain 3 buah negeri tersebut dan mempunyai kadar kebolehjangkitan yang ingin dielakkan. Tambah beliau, prosedur SOP PKPB kekal sama seperti yang pernah dilaksanakan sebelum ini.
Sementara itu, bagi negeri Sarawak, pergerakan rentas negeri dari Semenanjung, Sabah dan Labuan maish tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Bagaimanapun, pergerakan rentas daerah dalam negeri Sarawak dibenarkan kecuali ke daerah Kuching.
*
Pada pertengahan minggu ini, Datuk Seri Ismail Sabri telah mengingatkan rakyat mengenai SOP menyambut perayaan Deepavali, minggu hadapan.
https://www.remaja.my/bolehkah-kita-ziarah-rumah-sempena-cuti-deepavali-ini-sop-korang-kena-tahu/
20 Ciri Rumah Yang Takkan Dimasuki Malaikat. Fakta No 8 Pasti Korang Terkejut

Isi Kandungan
ToggleRumah merupakan tempat berlindung dari panas dan hujan. Ia satu keperluan asas manusia abad ini. Tak kisahlah rumah bagaimana kita duduki, janji penghuninya bahagia di dalam. Betul tak?
Tapi kenapa sebahagian remaja bosan duduk di rumah sendiri? Kenapa suka lepak di luar dengan kawan-kawan?
Semak, 20 ciri rumah yang tidak dimasuki malaikat. Apa tanda-tandanya?. Mesti korang terkejut kalau tahu faktanya? Bagaimana kita nak pastikan rumah yang dihuni sekarang ini dipenuhi rasa bahagia dan malaikat pun tak segan-segan singgah di rumah kita.
Sedikit info, malaikat adalah ciptaan Allah yang ghaib. Yang tidak mempunyai nafsu dan fkiran. Tidak berbapa dan tidak beribu. Juga tidak beranak. Malaikat hanya mengerjakan apa yang diperintahkan Allah kepada mereka. Malaikat ada banyak tetapi ada 10 wajib diketahui.
Keimanan kepada malaikat termasuk dalam rukun Iman yang kedua. Maka setiap orang Islam yang mengaku muslim harus mengimani keberadaan Malaikat.
Ini ciri-ciri rumah yang malaikat sama sekali tak akan singgah.

Biasakan kita dengar hal ini di mana malaikat takkan singgah kalau dalam rumah itu ada menyimpan patung-patung seperti teady bear. Banyak kekasih suka nampak sweet menghadiahkan patung ini tapi kalau boleh jangan simpan di dalam rumah (lainlah kalau teady bear itu jadi mainan anak-anak kecil, dipijak-pijak atau dilempar-lempar. Ini tak mengapa).

Keduanya, di rumah kita suka menggantung gambar manusia hidup yang telah dipotretkan. Memang nampak macam bestkan framekan gambar terima ijazah dan sebagainya tapi malaikat memang takkan memasuki rumah sebegini.
Ketiga, rumah yang penghuninya ada memelihara anjing.
Apa lagi ciri-ciri rumah yang tidak dimasuki malaikat?. Baca seterusnya dengan teliti. Kalau boleh disimpan, dibuang atau sebagainya, terpulanglah bagaimana nak buat.
Ke empat, rumah yang penghuninya suka makan harta anak yatim. Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang terdapat di dalamnya anak yatim yang diperlakukan (diasuh) dengan baik, dan seburuk-buruk rumah kaum muslimin ialah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim tapi anak itu diperlakukan dengan buruk. (HR. Ibnu Majah) “Sesungguhnya orang-orang yang makan harta-harta anak yatim dengan cara penganiayaan, maka apa yang mereka makan di akhirat kelak adalah api neraka dan mereka akan masuk dalam neraka Sa’ir.” (an-Nisa’: 10).
Kelima, rumah orang yang suka makan harta riba. Jauhilah oleh kalian tujuh perkara yang menghancurkan (maksudnya tujuh dosa besar). Mereka (para sahabat) bertanya; ‘Apa saja, wahai Rasulullah?’ Beliau bersabda; ‘Menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan Allah, memakan riba, makan harta anak yatim, berpaling dari medan perang, dan menuduh wanita mukminah yang baik-baik berbuat kekejian (zina).” (HR. al-Bukhari dan Muslim).Larangan memakan harta hasil riba juga berlaku bagi orang yang membayar atau memberi riba kepada orang lain, baik secara individu mahupun keuntungan seperti faedah bank, gadaian dan sebagainya.
Keenam, rumah yang penghuninya tak pernah berselawat dan berzikir. Daripada Jabir berkata, bahawa dia mendengar Rasulullah bersabda maksudnya: “Apabila seorang masuk ke rumahnya dengan berzikir kepada Allah ketika memasukinya dan ketika makan, syaitan berkata: “Aku tidak makan dan tidak menginap di tempat kamu, dan apabila dia masuk tidak berzikir kepada Allah ketika masuk, maka syaitan mengatakan: “Aku boleh menginap dan apabila tidak berzikir ketika makan, syaitan berkata: “Aku boleh bermalam dan makan malam.” – (Riwayat Muslim).
Ketujuh, penghuni rumah suka bergaduh. Mengeluarkan perkataan caci maki dan bahasa kesat. Nabi saw seperti diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a “dua orang yang saling mencaci bertanggungjawab atas kata-katanya. Maka dosa orang yang mengawalinya itu akan muncul hingga yang dicaci maki melampaui batas dalam membela diri.

Kelapan, rumah yang penghuninya suka memasang dan mendengar lagu yang melalaikan. Contoh suka berkaraoke, lagu cinta, rock, dangdut dan sebagainya. Hati-hati ya dengan ciri ke lapan ini kerana siaran radio dan tv banyak menjurus kepada kelalaian ini. Ini memang banyak dilakukan konon untuk berseronok tapi tak sangka malaikat pun tak suka singgah.
Kesembilan rumah yang ada loceng. Malaikat rahmat tidak akan mendampingi suatu kaum yang terdiri atas orang-orang yang berteman dengan anjing. Abu Hurairah r.a mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang artinya) : “Malaikat tidak akan menemani kelompok manusia yang di tengah-tengah mereka terdapat anjing”. [hdis riwayat Muslim]
Imam Nawawi dalam pendapatnya : “Hadis di atas memberikan petunjuk bahawa membawa anjing dan loceng pada perjalanan merupakan perbuatan yang dibenci dan malaikat tidak akan menemani perjalanan mereka.
Ciri 10, rumah yang penghuninya suka minum arak. Walau hanya setitik dan tidak memabukkan, arak tetap haram. “Hai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, berhala dan undian adalah kotor dari perbuatan syaitan. Oleh kerana itu jauhilah dia supaya kamu bahagia. Syaitan hanya bermaksud untuk mendatangkan permusuhan dan kebencian di antara kamu disebabkan khamar (arak) dan judi, serta menghalangi kamu ingat kepada Allah dan sembahyang. Apakah kamu tidak mau berhenti?” (al-Maidah: 90-91).
Ciri 11, rumah yang dijadikan tempat bermain judi dan menyembah berhala. Hukum bermain judi jelas haram tetapi tetap digemari oleh kebanyakan mereka yang mahu hidup kaya dengan mudah. Semoga kita menjauhi perbuatan ini.
Ciri 12, rumah yang dijadikan tempat bacaan mentera dan perbuatan syirik.
Ciri 13, rumah yang ada bau yang kurang menyenangkan. Contoh melumurkan kunyit di seluruh tubuh, penggunaan colok, orang yang berlumuran minyak wangi khaluq dan sebagainya.
Ciri 14, rumah yang penghuninya hidup boros. “Sesungguhnya Allah meredhai tiga hal bagi kalian dan murka apabila kalian melakukan tiga hal. Allah redha jika kalian menyembah-Nya dan tidak mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apapun, dan (Allah redha) jika kalian berpegang pada tali Allah seluruhnya dan kalian saling menasihati terhadap para penguasa yang mengatur urusan kalian. Allah murka jika kalian sibuk dengan desas-desus, banyak mengemukakan pertanyaan yang tidak berguna serta membuang-buang harta.” (HR. Muslim)

Ciri 15, penghuninya melakukan maksiat secara berterusan. Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam” (Hadis riwayat Ibn Majah).
Ciri 16, rumah yang dijadikan tempat melakukan dosa besar seperti pelacuran. Banyak orang mengambil jalan mudah kerana mengejar wang tanpa menyedari diri dan rumah semakin jauh dari rahmat Allah.
Ciri 17, derhaka kepada ibu bapa. Derhaka kepada ibu bapa termasuk dalam empat dosa besar. Keadaan ini jelas berdasarkan kata-kata nabi yang dinyatakan Bukhari: “Sebesar-besar (daripada) dosa besar adalah menyekutukan Allah, membunuh manusia, derhaka kepada ibu bapa dan menjadi saksi palsu.”.
So guy n girl, jangan lakukan ini langsung kerana bukan saja malaikat tak masuk ke rumah, hidup pun tak akan mendapat rahmat Allah di dunia dan akhirat.
Ciri 18, penghuni rumahnya dalam keadaan berhadas besar@tidak mandi menyucikan diri dari hadas besar. Rasulullah saw bersabda, “Tiga orang yang tidak didekati oleh malaikat (rahmat): orang junub, orang mabuk dan orang yang berlumuran minyak wangi khaluq.” (HR. Al Bazzar; shahih).
Ciri 19, rumah yang penghuninya suka memutuskan silaturahim. Orang yang suka memutuskan silaturahim ini tidak akan masuk syurga, sebagaimana sabda Nabi saw: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan.” (Hadis riwayat Muslim).
Ciri 20, rumah yang penghuninya langsung tidak bersolat. “Ulama bersepakat bahawa meninggalkan solat lima waktu dengan sengaja adalah dosa besar yang paling besar dan dosanya lebih besar dari dosa membunuh, merampas harta orang lain, berzina, mencuri dan minum minuman keras. Orang yang meninggalkannya akan mendapat hukuman dan kemurkaan Allah serta mendapatkan kehinaan di dunia dan akhirat.”
Sebagaimana kita mahukan keredhaan Allah di akhirat, kita juga harus memperolehnya di dunia dahulu. Jika ada 20 ciri di atas, segeralah alert ya. Jangan sampai hidup ini sia-sia sahaja.
Tutorial Jahit Kain Duyung Ruffle Yang Korang Boleh Buat Sendiri Di Rumah, Senang Je Rupanya

Menjadi kelebihan seorang perempuan bila ada yang mempunyai kemahiran dan minat dalam bidang jahitan. Tidak semua wanita suka menjahit, tetapi jika korang boleh menjahit, ia merupakan satu kelebihan besar yang ada dalam diri.
Bayangkanlah harga sepasang baju yang dijual dikedai mencecah ratusan ringgit, itu belum termasuk design yang fancy dan macam-macam lagi. Kalau tak harganya RM400 ke RM500 memang tak sah.
Jadi, bagi mereka yang mempunyai kemahiran menjahit pastinya jadi lebih mudah kerana boleh buat semuanya sendiri.
Cuma, korang kena cari pola yang bersesuaian untuk menjahit mengikut rekaan yang diperlukan.
Kali ni, kami nak kongsikan tutorial kain duyung ruflle daripada Anida Aliyas Anida yang mungkin boleh dijadikan rujukan untuk korang. Nampak macam mudah je. Kalau tak boleh menjahit sekali pun, mungkin korang boleh tunjuk pola ini pada si tukang jahit.
Kain bidang 45’’ 3 meter
Kain bidang 60’’ 2.5 meter
1. Potong radius tersebut sebab nak bagi ruffle tu flowy. Kalau nak ruffle yang banyak, besarkan alunan radius tu
2. Pastikan bahagian kain ini disebelah luar. Sesuaikan dengan jenis kain yang korang pilih. Bahagian cantik, haruslah diluar
3. Jahit baby seam terlebih dahulu pada ukuran ini dan kemudiannya, jahit setengah seperti dalam gambar
4. Bila dah cantum, ia akan jadi seperti ini
5. Susun ruffle bila dah siap cantum. Bahagian atas akan jadi seperti itu dan korang kena potong bagi sama rata
6. Lihat betul-betul susunan ruffle tersebut
7. Potong bahagian atas tadi, bahagi sama rata dan selepas itu, jahit seperti biasa
8. Siap!
Okay, basically ni tutorial untuk membuat ruffle pada kain duyung. Korang boleh pilih nak guna material dan corak kain mengikut taste masing-masing.
Kalau beli dekat butik, kain macam ni confirm harga nak cecah RM100 kan?
Selamat mencuba!
Sugar Level Minuman Sebenarnya Bergantung Pada Pelanggan, Coolblog Pertahan ‘Bubble Tea’

Trend bubble tea tidak akan surut serta-merta, percayalah.
Pada minggu ini, pelopor trend bubble tea di Malaysia iaitu Coolblog Malaysia telahpun melancarkan minuman terbaru mereka iaitu Unicool dalam 3 perisa utama.
REMAJA tak terlepas untuk menjadi antara yang pertama mencubanya.
Come on, dengan lapisan minumannya yang berwarni-warni dari biru ke pink serta topping meriah, penulis tak boleh terlepas daripada mencuba perisa keladi (yam). Korang pun boleh mencuba perisa Coral Blue atau Strawberi.
Apa yang boleh disimpulkan, Coolblog Unicool ini tidaklah terlalu manis (pada yang takut kena potong kaki lepas tengok foto 3 topping Unicool), mempunyai rainbow jelly dan pearl pada dasar cawan serta overall, berbaloi untuk dicuba.
Iyalah, mana lagi nak cari minuman 750ml pada harga RM7.00.
Bercakap tentang ‘manis’, kami tanyakan isu panas minuman bubble tea yang dikatakan tidak sihat, mendatangkan komplikasi sugar level dan pearl dikatakan ‘boleh tersumbat di dalam usus’ kepada Coolblog.
Pengurus Pemasaran dan Pembangunan Perniagaannya, Win Zakaria berkata, “Mana-mana resepi bubble tea memang ada kandungan gula. Tapi apa yang ramai pelanggan tak tahu adalah mereka boleh menentukan kadar gula dalam minuman mereka.
“Nak less sugar, nak normal sugar. Ia terpulang kepada korang. Begitu juga dengan tambahan inti bubble atau jelly, korang boleh pilih atau asingkan. Jadi seharusnya tidak ada isu minuman bubble tea ini ibarat menempah potong kaki.”
Tambahnya lagi, kandungan pearl pada dasar minuman mempunyai banyak kelebihan yang ramai tak tahu. Pearl di Coolblog diperbuat daripada ibu kayu yang merupakan sumber tenaga dan mengenyangkan. Kadangkala korang tak perlu pun makan nasi untuk makan tengah hari jika membeli minuman ber-pearl ini.
“Kami pun sedang dalam proses menghantar pearl ke makmal analisis untuk mengetahui jika ada benda yang boleh kami perbaiki.
“Apa yang kami cuba sampaikan adalah tak semua bubble tea itu tidak sihat. Pelanggan boleh tentukan kandungannya, saya pasti pengusaha jenama bubble tea lain pun menyediakan pilihan manis atau tak.”
Haa, korang dah dengar kan.
Jangan lupa untuk mencuba minuman Unicool baru daripada Coolblog Malaysia dan memuat naik di Instagram!