Episod 6 menerusi cabaran Dark Tourism menyaksikan empat finalis sekali gus menamatkan perjalanan mereka dalam Hero Dewi Remaja 2023.
Hero Razin dan Jaysong, Dewi Qist dan Azqa harus menerima hakikat untuk giliran mereka pula yang meninggalkan program Hero Dewi Remaja 2023. Ya, sudah tentu mengejutkan ramai penonton terutama para peminat mereka.
Lagi sekali ‘tewas’ memikat hati para juri, Razin yang pernah tersingkir menerusi episod 3 yang lepas, sudah menerima hati yang terbuka apabila dirinya sebagai salah seorang finalis yang tersingkir pada malam ini.
“Pada mulanya, saya rasa puas apabila produksi memanggil untuk penyerapan semula iaitu bagi melakukan cabaran dark tourism. Saya suka sangat lakukan cabaran ini dan tetapi bukan rezeki saya untuk nama diserap semula.
“Lagi pun kak Scha ada cakap tadi saya sudah ada ‘lock job’ untuk berlakon. Ya, InsyaAllah saya akan buat yang terbaik di luar sana kerana program ini memanglah kita masuk untuk menjadi juara, tetapi ia bukan rezeki kita di sini dan kami akan lakukan yang terbaik di luar nanti,” katanya.
Ads
Bagi Qist pula, dirinya pada awal lagi sudah reda dan menjangka namanya pula untuk disingkirkan kerana mendedahkan dia gagal untuk bersinar dalam cabaran pada kali ini.
Qist bagaimanapun menerima hati yang terbuka dan percaya rezeki dalam bidang seni ada di luar sana selepas keluar daripada rancangan ini.
“Bagi saya pula, saya sudah reda yang saya gagal untuk cabaran kali ini. Tetapi seperti Aqza kata, saya tidak berputus asa kerana di luar sana lagi besar dan banyak peluang.
Ads
“Untuk peserta yang dapat diserap semula, bagi saya adalah adil kerana jika hendak dibandingkan video saya dan Myra, videonya lagi menarik dan dia pun dapat yang terbaik. Jadi, dia layak untuk dapat semula tempat dalam program ini,” tuturnya.
Menurut salah satu peserta berbangsa Cina ini, Jaysong, dia akan terus berjuang dan mengekalkan momentumnya untuk lebih cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburinya.
Ads
“Selepas ini saya akan teruskan untuk bekerja keras sama seperti dalam program ini dan sentiasa keluar daripada zon selesa saya,” jawabnya ringkas.
Sedih dengan keputusan juri dan prestasinya dalam episod 6, anak jati negeri di bawah bayu ini bagaimanapun tidak akan berputus asa untuk melakukan yang terbaik di luar sana.
“Saya sedih juga dengan prestasi saya dalam episod pada kali ini. Bagaimanapun saya tidak berputus asa seperti mana juri dan senior kita katakan, cabaran bukan di sini malah cabaran sebenar adalah di luar sana. Jadi, saya berpegang teguh dan positif sahaja,” jelasnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kemenangan Hanee Haneesya menggondol gelaran Dewi Remaja 2018/19 disambut baik oleh rata-rata masyarakat Malaysia.
Melihatkan sisi kelainan dalam personaliti gadis ini, Haneesya yang dahulunya sering diejek kerana berkulit gelap, kini telah membuktikan bahawa tidak ada yang mustahil untuk seseorang individu itu berjaya dan menjadi contoh kepada masyarakat.
Ramai yang mengucapkan tahniah dan memberikan pujian serta kata-kata semangat untuk Haneesya. Jelas sekali masih ada yang tidak memandang warna kulit sebagai satu halangan untuk menceburkan diri dalam industri hiburan Malaysia.
Jom kita lihat apa komen netizen..
Malah ada juga yang menggelarkan Haneesya sebagai ‘Kim Kardashian’ Malaysia.
Tak kurang juga ramai yang menasihatkan agar orang ramai tidak lagi menggunakan produk pemutih dan timbang kilo yang ada di pasaran sebab terbukti, individu kulit gelap pun manis orangnya.
Haneesya jadi inspirasi remaja..
Send her to any international beauty pageant contest. Wow!!
Terima kasih kami ucapkan kepada semua penyokong Pencarian Dewi Remaja 2018/19 yang sentiasa memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada finalis-finalis dan team Remaja.
Tak terkecuali buat keluarga finalis yang juga turut menyokong dari awal hingga ke pentas final. Kita jumpa lagi dalam Pencarian Dewi Remaja edisi akan datang. InsyaAllah..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Juara Pencarian Hero Remaja 2017, Alif Muhaimin kini mula mengorak langkahnya di dalam industri seni tanah air dengan cukup baik. Penampilan pertamanya sebagai pelakon menerusi drama ‘Tak Ada Cinta Seperti Mu’ yang ditayangkan di Astro Ria mula mencuri perhatian peminat-peminat drama tempatan.
Remaja berkesempatan mnecuri sedikit masa Alif yang semakin hari semakin padat jadual hariannya untuk ditemu bual. Dan seperti biasa panggilan telefon penulis disambut dengan penuh keceriaan.
Itulah Alif Muhaimin bakat muda yang cukup merendah diri, ceria dan kadangkala boleh tahan ‘masuk air’ juga telatah kelakarnya. Siapa sangka dalam tempoh tidak sampai setahun selepas bergelar juara Hero Remaja, dia kini bergelar sebagai pelakon.
Menerusi drama ‘Tak Ada Cinta Seperti Mu’, Alif memegang watak sebagai Hayuzi yang merupakan adik kepada pelakon utama iaitu Syafiq Kyle (Hazran). Drama yang kini memasuki minggu terakhirnya dengan durasi sebanyak 16 buah episod merupakan karya arahan Jamal Khan dan diterbitkan oleh Suhan Movie.
Pengalaman pertama membintangi drama oleh Alif merupakan sesuatu yang sangat istimewa baginya.
“Sebelum mula penggabaran saya expect berlakon hanya perlu hafal skrip dan baca. Rupanya ia jauh berbeza dengan expectation saya. Lakonan bukanlah satu perkara semudah itu. Banyak perkara baru yang saya kena belajar. Contohnya bagaimana nak zahirkan emosi dan ekspresi wajah yang betul, keserasian dengan pelakon-pelakon lain dan paling penting kena sabar dengan proses penggambaran yang selalunya ambil masa lama,” jelas Alif yang kini bergelar sebagai pelakon di bawah syarikat Rocketfuel Entertaiment.
Pada minggu pertama di lokasi merupakan tempoh cukup mencabar baginya. Apa tidaknya kerana pada waktu itu juga dia berdepan dengan peperiksaan akhir semester di universiti. Dia yang kini masih belajar dalam jurusan Ijazah sarjanan Muda Sains Aktuari di Universiti Teknologi MARA.
Alif Muhaimin bersama salah seorang pelakon utama ‘Tak Ada Cinta Sepertimu’, Zahirah Macwilson
Selain itu, sebagai pelakon baru juga Alif juga disakat oleh krew-krew penggambaran. “Kadangkala saya disuruh untuk keluar membeli cendol. Kadang-kadang kena keluar pergi beli air. Tapi mengikut senior saya, Syafiq Kyle benda itu perkara normal untuk pelakon baru seperti saya. Walaupun rasa macam kena buli tapi sebenarnya itu adalah cara bagaimana mereka ingin melatih pelakon baru macam saya untuk lebih berdisiplin. Bila dah habis shooting saya memang jadi rapat dengan mereka,” tambah Alif lagi.
Peluang berlakon dengan Syafiq Kyle yang juga merupakan bekas peserta Hero Remaja digunakan sebaiknya oleh Alif. Menurutnya, Syafiq Kyle merupakan senior yang tidak kedekut ilmu dan sering berkongsi tips bagaimana untuk menjadi pelakon lebih baik. Dia juga sering memberikan galakan dan dorongan.
Penerimaan peminat drama ini terhadap Alif juga agak baik. Tetapi biasalah pasti akan ada kritikan sama ada yang membina atau tidak. Jelas Alif, ada juga peminat yang menghantar mesej menerusi direct message di Instagram dan memberikan komen tentang lakonannya. Dan ia merupakan satu interaksi yang sangat dihargai oleh Alif sendiri.
Remaja berasa cukup gembira dan bangga melihat Hero Remaja kami mula melebarkan sayapnya di dalam dunia seni lakonan. Semoga Alif akan terus berjaya di masa akan datang!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tentulah kami turut merasa bangga apabila Scha Alyahya mencipta sejarah dinobatkan sebagai Wanita Paling Berstail 2019 oleh majalah Malaysia Tatler, pada minggu ini.
Scha yang merupakan ikon fesyen kepada ramai remaja muda mula mencuri perhatian peminat fesyen sekitar 3 tahun lalu.
“Bila saya tahu akan menerima penghargaan tersebut, saya amat terkejut kerana saya mewakili selebriti Melayu yang diangkat oleh sebuah majalah Inggeris golongan sosialit. And there I was, Scha hanyalah seorang pelakon.
“Selama ini saya hanya menjadi diri saya. Apabila orang luar mengangkat saya seperti itu, tentunya saya merasa terharu untuk menerimanya,” kata Scha semasa berada di set penggambaran Dewi Remaja 2019. Pada musim ini, Scha diberikan mandat sebagai juri tetap rancangan bersama Yusry Abdul Halim.
“Seperti yang selalu saya tekankan, kena sentiasa menjadi diri sendiri. Kalau you rasa you minimal, jadi minimal. Kalau tergerak hati untuk eksperimen, go for it. Asalkan you selesa menjadi diri sendiri.
“Do not try hard to be someone else.”
“Saya berharap agar anugerah ini boleh menjadi aspirasi kepada all the girls out there untuk menaikkan keyakinan diri dan menjadi lebih positif menerusi fesyen.”
Scha memakai Dior ketika sidang media Dewi Remaja 2019.Scha juga penggemar pereka fesyen tempatan seperti Maarimaia.
Momen Stail Kegemaran Scha Sepanjang 2019
“Bila saya dibawa ke New York Fashion Week dan kemudian dibawa ke Minggu Fesyen Paris serta Milan, itu adalah antara momen yang memorable. Saya akan ingatinya sampai bila-bila.
“Pada tahun ini juga, saya berpeluang bertemu dengan ramai selebriti popular seperti Bella Hadid, Olivia Palermo dan ramai lagi. Saya perhatikan cara mereka berinteraksi dengan orang di sekeliling. Di situ saya pelajari perkara baru untuk menjadi seorang yang lebih baik.”
Scha dalam persalinan Alia Bastamam.
The Real Scha Alyahya Off-Screen
Scha ibaratnya seperti Kate Moss versi Malaysia, dia mampu menjadikan pakaian hariannya sesuatu yang glamor. Nampak ringkas tetapi effortlessly chic.
“Saya selalu memakai seluar jeans dan baju-T. Sebab itulah saya terharu bila mendapat penghargaan Most Stylish Woman 2019 ini. Mereka lihat ada sesuatu yang istimewa walaupun saya selalu minimal.
“Ini juga adalah penghargaan kepada glam squad, stylist dan jurusolek saya. Ini adalah effort sebuah team.”
Baju Untuk Finale Dewi Remaja 2019
“Okay, sekarang saya baru teringat saya belum prepare apa-apa lagi untuk finale Dewi Remaja 2019. (ketawa) Thank you for reminding me!
“Tahun lalu, saya menyarung Dior, Afiq M dan Habib Jewels. Tahun ini saya masih belum merancang apa-apa. Kita bagi kejutan sedikit,” jelas Dewi Remaja 2005/06 itu lagi.
Scha dalam persalinan Afiq M, aksesori daripada Habib Jewels ketika malam finale Dewi Remaja 2018/19.Scha dalam persalinan Dior, aksesori daripada Habib Jewels ketika malam finale Dewi Remaja 2018/19.
Apapun, Scha Alyahya sememangnya layak untuk menerima penghargaan wanita paling berstail 2019 itu.
Tak sabar pula nak tengok gaya Scha Alyahya sepanjang 6 lagi episod Dewi Remaja 2019.
Jangan lupa menonton episod ketiga pada Sabtu, 9 November ini jam 9.00 malam di saluran Astro Ria & Ria HD. Kemudian, saksikan sesi LIVE kami bersama 6 lagi orang finalis pada jam 10.00 malam di Facebook dan Instagram Majalah Remaja.
*
Web Series Dewi Remaja 2019 : Episod 2
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Desas-desus mengenai perkahwinan bintang pop terkenal, Taylor Swift bersama pemain Liga Bola Sepak Kebangsaan (NFL), Travis Kelce semakin hangat diperkatakan apabila laluan menuju ke...