Dari Allah kita datang dan Kepada-Nya jua kita kembali
Aktres TV Wanita Popular, Anna Jobling dimaklumkan telah kehilangan bapa tersayang, Allahyarham Abdul Rahman Jobling Abdullah akibat penyakit jantung di United Kingdom (UK), semalam.
Pemergian Allahyarham Abdul Rahman disahkan bintang utama drama Melur Untuk Firdaus itu menerusi Instagram, sebentar tadi.
“Ayah saya, Abdul Rahman Jobling Abdullah menghembuskan nafas terakhir, malam tadi,” tulisnya.
Ads
Menurut Berita Harian, Anna turut memohon peminat menghadiahkan bacaan al-Fatihah buat arwah bapanya, sambil menyifatkan lelaki itu sebagai bapa yang baik kerana sentiasa memberi sokongan kepadanya.
Ads
Sementara itu, pengurus Anna, Shawn Amer berkata, Anna tidak dapat menatap jenazah arwah bapanya buat kali terakhir berikutan berada di Bali, Indonesia atas urusan kerja.
“Allahyarham meninggal dunia di UK akibat penyakit jantung, semalam. Bagaimanapun, Anna tidak dapat bersama arwah buat kali terakhir kerana terikat dengan jadual penggambaran di Bali,” katanya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO & ARTIKEL: Instagram Anna Jobling & Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bekas ratu cantik negara yang kini bergelar pelakon meningkat naik, Sanjna Suri menyuarakan pandangannya berkenaan isu video tular baru-baru ini melibatkan trio penyampai radio ERA iaitu Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin Amir Effendy.
Sanjna, 32 menerusi satu entri di bahagian Instagram Story berkongsi bahawa dirinya pernah bekerjasama bersama mereka bertiga. Sepanjangan perkenalan, ketiga-tiganya menurut Sanjna telah bersikap profesional, baik dan menghormatinya sebagai rakan seindustri serta sebagai seorang selebriti daripada kaum India.
Disebabkan terpalit dengan kontroversi video yang menunjukkan kelakuan yang mencuit sensitiviti masyarakat beragama Hindu pada awal minggu lepas, Sanjna merasa sedikit terkilan apabila trio tersebut terpaksa berdepan serangan warganet daripada segelintir pihak sehingga ada yang mengugut menjatuhkan karier mereka menerusi budaya ‘cancel culture’.
Pelakon dan Miss Supranational Malaysia 2018, Sanjna Suri.
“Kesilapan selalu terjadi, kita semua adalah manusia biasa. Mereka juga telah memohon maaf. Saya faham ada pihak yang terkesan dengan apa yang terjadi namun saya benar-benar percaya ia tidak berlaku dengan niat yang tidak baik.
“Usahlah kita terlalu menekan budaya ‘cancel culture’ terutama terhadap mereka yang tidak pernah berniat untuk mewujudkan sifat perkauman. Keharmonian dan kasih sayang terhadap satu sama lain sekian lama menjadi tunjang menjadi sebahagian daripada rakyat Malaysia,” ulasnya.
Pelakon yang menempa nama menerusi filem Pulau itu juga meminta maaf sekiranya pandangannya ini tidak boleh diterima oleh sesetengah pihak. Jauh sekali niatnya untuk mencurah minyak ke bara api.
Namun sebagai penggiat seni dan pempengaruh, Sanjna merasakan adalah tanggungjawabnya untuk merapatkan kembali hubungan yang mungkin sedikit goyah sesama kaum di Malaysia akibat isu tular berkenaan.
“Lelaki-lelaki ini adalah orang terakhir yang ingin menjadi rasis. Malah, orang yang benar-benar menyimpan sikap rasis tidak akan secara sengaja melakukan sebegitu rupa di depan kamera. Ia jelas merupakan satu kesilapan yang tidak disengajakan.
“Saya tidak sabar untuk semua ini berakhir dengan baik,” katanya lagi.
Terdahulu semalam; Nabil, Azad dan Radin dilaporkan tidak akan dikenakan tindakan kompaun oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Sebaliknya, hanya pengendali stesen radio ERA iaitu Maestra Broadcast yang dikenakan kompaun berjumlah RM250,000 oleh MCMC.
Malam anugerah Gempak Most Wanted Awards (GMWA) akan kembali menggegarkan landskap hiburan digital tanah air pada 15 Februari 2026, hujung minggu ini.
Memasuki tahun keempat penganjurannya, GMWA 2025 membawakan tema ‘Re-Culture‘ di mana ia akan mengiktiraf para pemenang yang berjaya mencetuskan fenomena sepanjang tahun lepas menerusi 12 kategori yang dipertandingkan.
Seperti kebiasaan, pemenang GMWA ditentukan sepenuhnya hasil undian peminat. Maka, kita tahu pemilihan mereka bertepatan dengan siapa yang selayaknya diangkat dari pandangan pengguna media sosial.
Signifikan Tema ‘Re-Culture’
Antara budaya slanga yang kebiasaannya digunakan pengguna platform digital pada era ini adalah seperti ‘6-7’ yang berasal daripada lagu popular, Doot Doot nyanyian asal rapper Skrilla; ‘Aura’, ‘Sigma’, ‘Rizz’ dan mungkin juga ‘Cooked’.
Tetapi, apa pula yan cuba disampaikan oleh GMWA 2025 menerusi tema ‘Re-Culture’?
Memetik kenyataan penganjur, Re-Culture merukjuk kepada kelahiran semula cinta, minat dan penerapan budaya dalam hidup anak muda.
Warisan bukan sekadar untuk dikenang, sebaliknya boleh dihidupkan semula mengikut kesesuaian peredaran zaman.
Tentunya menerusi GMWA 2025, penonton boleh menjangkakan gabungan muzik, visual, gaya persembahan dan inovasi digital yang menerapkan elemen tradisi yang tidak lapuk dek zaman. Nak tahu bagaimana barisan pengibur di GMWA 2025 akan terjemahkan karya masing-masing bertemakan Re-Culture kali ini, haa, korang kenalah tune in!
12 Kategori Jadi Rebutan
Selari dengan reputasinya, GMWA 2025 terus mengukuhkan Astro sebagai Home of Live Entertainment bagi meraikan kandungan digital dan personaliti berpengaruh yang mencorakkan budaya hiburan semasa.
12 kategori tersebut terdiri daripada Selebriti Tergempak, Drama Tergempak, Program Digital Tergempak, Video Muzik Tergempak,Lagu Era Tergempak, Hos Program Digital Tergempak,Digital Creator (Sports) Tergempak, Digital Creator (Motivation & Education) Tergempak,Digital Creator (Lifestyle) Tergempak,Digital Creator (Foodie) Tergempak, Digital Creator (Beauty & Fashion) Tergempakdan Digital Creator (Entertainment) Tergempak.
Antara pemenang GMWA pada tahun lepas termasuklah Ryan Bakery & Sir Fathi Hussein.
Kepelbagaian kategori yang diperkenalkan secara konsisten oleh GMWA mencerminkan landskap hiburan digital yang semakin luas dan inklusif serta membuka ruang pertemuan antara legenda dan suara generasi baharu.
Tanpa yang lama, tidak mungkin ada yang baharu, bukan? Lebih-lebih lagi dengan penerapan budaya dan warisan hiburan negara di pentas GMWA 2025 kali ini.
Ia sekaligus mewujudkan satu naratif hiburan yang dinamik serta mencerminkan bagaimana budaya di Malaysia mampu terus berkembang dipacu oleh kreativiti digital serta ‘ekspresi baharu’ (new form & way of expression) yang lahir daripada komuniti dalam talian.
Ramai Selebriti Hangatkan GMWA 2025
Untuk pengetahuan korang juga, malam kemuncuak edisi kali ini bertambah istimewa apabila ia bakal diserikan dengan persembahan istimewa daripada barisan penyanyi tersohor tanah air seperti Dayang Nurfaizah, Aisha Retno & Noraniza Idris (watch out for this!), Hael Husaini, Marsha Milan, Aina Abdul,ALPHA, Nadeera, Thalita, Zaki Yamani, Fahimi Rahmat & Nazu, The Fabulous Cat (hi OG!), Zynakal & ZamirHarith, Fadilahdan ramai lagi.
So, DO NOT forget our date! GMWA 2025 akan berlangsung secara siaran langsung dari Dewan MBSA, Shah Alam pada jam 9 malam menerusi Astro One serta platform penstriman sooka.
Untuk mengetahui apa yang sedang berlaku di sana pada hari Ahad ini, REMAJA akan bawakan update terkini menerusi media sosial dan laman web kami.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Memasuki minggu akhir Ramadan iaitu bulan penuh keampunan dan keberkatan ini, pastinya waktu berbuka adalah yang paling dinantikan selain melakukan pecutan amal ibadah.
Berbuka merupakan nikmat sebenar bagi orang yang berpuasa. Sementara menunggu waktu berbuka, ramai di kalangan kita yang rajin untuk menyediakan resipi-resipi mudah.
Bukan saja jimat duit, korang juga boleh dapat dalam kuantiti banyak. Ditambah pula dengan musim PKPB yang mengenakan sekatan perjalanan, jadi resipi DIY sememangnya digalakkan.
Jom kita cuba siapkan resipi sos cili thai yang dikongsi oleh Siti Zubaidah Ibrahim ini. Senang je untuk dapatkan bahannya di dalam dapur.
Inilah sos cicah ThaiYummy, sotong sumbat untuk menu berbukaSedap tu buat cicah sotong sumbat
Ini saya sempat kongsikan untuk semua. Saya siapakan ini untuk kuantiti yang banyak agar senang dimasukkan ke dalam botol dan disimpan dalam peti sejuk.
SOS PENCICAH THAI
Bahan-bahannya:-
1) Bawang putih: 7-8 ulas
2) Cili bergantung kepada tahap kepedasan masing-masing
3) Akar pakchi ataupun ketumbar
Semua bahan di atas ditumbuk. Saya gunakan chopper kerana kuantiti yang banyak.
4) 6-7 biji limau nipis
5) 2 1/2 sudu besar sos ikan
Kemudian perah limau nipis. Masukkan sos ikan, letakkan gula, garam sedikit saja kerana sos ikan sudah masin dan mempunyai perasa.
Potongkan daun ketumbar dan gaulkan saja. Tak nak potong pun tak apa. Nak lagi senang chopper-kan sekali daun ketumbar.
Jika sos pencicah tu terlalu pekat, bolehlah tambahkan sedikit air suam. Siap!
Sos pencicah thai ini sesuai untuk dinikmati dengan menu kerang, udang, sotong, ikan dan ayam; sama ada yang telah direbus atau dubakar.
Selamat mencuba!
Kredit : Siti Zubaidah Ibrahim
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!