Bukan mudah untuk membawa pulang sebuah trofi di acara Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH), inikan lagi untuk melakukan ‘hatrik’ seperti si cantik manis, Anna Jobling pada Jumaat lalu.
Pemilik nama penuh Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 22 ini berjaya menang besar menerusi kesemua kategori yang mencalonkannya termasuklah BBNU Wanita popular, Aktres TV Popular dan Couple TV Popular.
Sewaktu Anna ditemubual bagi program Wanita Hari Ini pada 24 Julai, pemenang tempat keempat pencarian Dewi Remaja 2018/2019 ini menzahirkan rasa syukurnya kepada Ilahi dan mendedikasikan kemenangan tersebut kepada para peminat dari pelbagai negara.
“Oh my God, Alhamdulillah. Saya bersyukur sangat-sangat.
“Kepada kesemua peminat Anna yang berada di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand dan di mana sahaja anda berada, terima kasih banyak-banyak kerana mengundi untuk Anna.
Ads
“Saya sayang anda semua dan anugerah-anugerah ini adalah disebabkan oleh undian anda. Tanpa sokongan anda semua, saya tidak akan berada di sini,” katanya.
Pertama Kali Ke Acara ABPBH Sudah Tempah Kemenangan
“Saya amat gembira kerana ini merupakan kali pertama saya tercalon untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH ke-35). Pertama kali juga pergi!
“Apabila dapat tercalon pun saya sudah bersyukur. Tetapi untuk memenangi dalam kesemua kategori yang mencalonkan saya.. tiada perasaan untuk saya gambarkan. Speechless,” ujarnya lagi.
Ads
Semua tahu fenomena drama Melur Untuk Firdaus menerusi gandingan Anna bersama pelakon kacak yang juga pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2020, Meerqeen berjaya melonjakkan lagi Anna menjadi nama household rebutan ramai pihak.
“Saya tidak menafikan Melur Untuk Firdaus telah menaikkan nama saya. Saya pun sudah lima tahun berada dalam industri. Jadi sekiranya tidak menjadi ‘popular’ disebabkan drama ini, saya merasakan saya masih akan berusaha keras untuk cuba menaikkan nama saya menerusi kerjaya lakonan.”
Bercakap mengenai perancangannya selepas ini Anna berkongsi jadual lakonnya untuk tahun 2023 sudahpun padat dengan pelbagai projek baharu! Wah tak sabarnya. Adakah ia bergenre aksi, seram atau thriller seperti yang diidamkan oleh Anna sendiri?
Ads
“Selepas ini, saya dijadualkan untuk berlakon di Indonesia pula. Dan kemudian, saya akan muncul dalam sebuah lagi drama di Malaysia. Jadi saya akan cuba bertapak di kedua-dua buah negara dalam waktu sama,” kongsinya lagi yang teringin untuk berlakon dengan pemenang kategori Aktor Filem Popular, Beto Kusyairi dan rakan gandingannya menerusi filem Mat Kilau, Datuk Adi Putra satu hari nanti,” simpulnya.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mungkin ramai yang tertanya-tanya apakah yang dilalui oleh seorang peragawati yang mula menceburkan dalam bidang ini dalam usia yang muda.
Adakah ia sentiasa dipenuhi dengan pelbagai elemen glamor semata atau sebaliknya. Salah seorang Finalis Pencarian Dewi Remaja 2018/19, Anna Jobling atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Binti Abdul Rahman merupakan seorang peragawati yang telah terlibat dengan dunia fesyen sejak usia belasan tahun lagi.
Gadis yang memiliki darah kacukan Inggeris dan Portugis Melaka ini mula menunjukkan minatnya dengan dunia peragaan sejak berusia lima tahun lagi. Jelas Anna, dia pernah menerima tawaran untuk menjalani uji bakat ketika berusia lima tahun. Namun pada ketika itu masih kecil dan sangat malu.
Ibunya yang menjadi pendorong utama kariernya telah mengambil keputusan untuk menunggu masa yang sesuai untuk Anna mula bergoat aktif dalam dunia peragaan.
Kemudia pada usia 15 tahun, Anna mula menceburkan diri dengan dunia peragaan terutamanya dalam bidang peragaan fesyen majalah dan iklan komersial televisyen.
Bila ditanya tentang pengalaman paling memeritkan bergelar sebagai peragawati, Anna berkongsi tentang satu ketika dia terpaksa menjalani tiga sesi penggambaran dengan tiga majalah berbeza dalam masa satu hari.
“Memang rasa penat sangat tapi dalam masa yang sama saya cukup teruja untuk melihat foto-foto itu keluar dalam majalah. Segala penat lelah sangat berbaloi bila melihat hasil yang memuaskan hati saya bila keluar dalam kesmeua majalah itu. Walaupun terpaksa bangun awal pagi hingga ke malam ia cukup berbaloi bagi saya yang bergelar sebagai peragawati,” jelas Anna yang merupakan seorang peminat sambal tempe sebagai makanan kegemarannya.
Orang yang bertanggungjawab memperkenalkan bidang modelling dalam hidupnya tidak lain tidak bukan ibunya yang tersayang. Sejak kecil dia sudah menunjukkan minat dengan fesyen dan sering bermain dressing up, memakai mekap dan mengambil foto dengan posing seperti model.
Selepas hampir tiga tahun aktif sebagai peragawati Anna kini ingin mencari satu cabaran yang baru. Dan disebabkan itulah dia memilih Dewi Remaja kerana dia yakin ini merupakan platform yang terbaik untuk dirinya mencungkil petensi diri yang ada dalam diri.
“Menjadi seorang model bukanlah senang seperti yang orang sangka. Mungkin ornag orang yang tidak pernah terlibat mengetahui selok-belok apa yang berlaku disebalik tabir tidak tahu tentang betapa sukarnya bidang ini. Ia memerlukan komitmen dan kesabaran yang tinggi. Sebagai model saya harus sentiasa menghadiri sesi casting. Dan bila sudah dapat job harus ikut pergi ke lokasi shooting walaupun jauh. Ini bukanlah kerja yang glamor semata-mata,” tambahnya lagi.
Membesar dalam sebuah keluarga berbeza budaya dan latar bekalang juga menjadikan Anna sebagai seorang gadis yang istimewa. Sejak kecil dia membesar dengan dua dunia berbeza iaitu budaya Malaysia dan Inggeris.
“Saya membesar dengan makanan dari dua budaya berbeza. Tambahan pula ibu dan ayah saya memang suka memasak. Tapi sejujurnya saya lebih suka makanan Malaysia namun lebih suka cuaca di England. Dibesarkan di dalam famili campuran menjadikan saya lebih berfikiran terbuka dan mempunyai sikap tolenransi yang tinggi”, jelas Anna yang mempunyai sebanyak 14 ekor kucing peliharaan.
All the best Anna on your journey in Dewi Remaja!
Tonton Episod Kedua Dewi Remaja 2018/2019 pada 2 Disember (Ahad) ini di saluran Astri RIA (104) dan RIA HD (132). Kemudian, sit back dan ikuti LIVE Facebook serta Instagram bersama para finalis pada jam 11.30pm di akaun majalahremaja.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Salah seorang finalis Dewi Remaja 2014/15 iaitu Fify Azmi telah membuktikan kemampuannya apabila dia mampu membawa watak 100 peratus berbeza dari personalitinya.
Ketika diberi peluang untuk membintangi filem aksi “Wira”, Fify tak terfikir dia diberikan rezeki sebesar ini, apatah lagi peluang menerajui salah satu watak penting dalam filem arahan Adrian Tan tersebut
Wira yang kini ditayangkan di pawagam seluruh negara memerlukan komitmen Fify untuk melakonkan watak Zain, seorang gadis lasak, degil, kasar dan hebat berlawan.
Lalui Latihan Yang Padat Dan Kental
“Pertama kali ditawarkan watak utama dalam filem, saya akui berlakon sambil berlawan bukanlah perkara yang mudah.
“Sepanjang proses penggambaran, saya perlu menjalani latihan ‘fighting and choreography’ di luar set untuk membiasakan diri bergerak secara natural.
“Saya juga mengalami kecederaan sewaktu menjalani latihan itu yang mengakibatkan kepala tersembam di lantai ketika berlatih dengan pelakon Indonesia, Ismee.
”Latihan fizikal yang lasak dan padat perlu saya lakukan setiap hari demi menjayakan watak sebagai Zain,” katanya ketika dihubungi oleh REMAJA.
Hairul Hazreen Seorang yang ‘Slumber’
Bergandingan bersama Hairul Hazreen, Fify banyak belajar daripada pelakon Paskal itu.
“Hairul seorang yang ‘slumber’ dan senang bekerjasama. Saya juga bertuah bila berada dalam filem bersama Josiah Hogan, Dain Said, Dato’ Hilal Azmi dan Yayan yang merupakan choreographer hebat dari negara seberang.”
“Yang pasti, bukan mudah untuk menggalas watak utama. Ia tak seperti yang masyarakt fikirkan. Saya perlu bekerja keras untuk menzahirkan lakonan kepada penonton. Untungnya, saya dikelilingi para pelakon hebat yang tak habis-habis untuk mencurahkan ilmu.”
Keluarga Dewi Remaja
Sebagaimana yang korang tahu, Fify Azmi memulakan kariernya dengan menyertai pencarian Dewi Remaja 2014/15 bersama Raysha Rizrose, Syamim Farid, Balqish Maarof, Mawar Rashid, Puteri Aishah dan ramai lagi.
Pemenang kategori Dewi Persahabatan itu juga sempat memberi nasihat kepada finalis Dewi Remaja 2019.
“Justbe your self dan jangan fake. Semua dewi perlu berbuat baik antara satu sama lain, bantu kawan-kawan yang tengah down atau depress. Dan paling penting bagi sokongan kepada dewi lain seperti keluarga.
”Mana tahu, kamu pula yang memerlukan bantuan selepas ini,” katanya menamatkan perbualan kami.
*
Bagi korang yang belum menonton filem Wira, ini trailer-nya..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menerusi sebuah majlis ‘gender reveal’ yang dilangsungkan baru-baru ini, pelakon dan Dewi Remaja 2014/2015 iaitu Raysha Rizrose berserta suaminya, Nabil Jeffri mengumumkan bahawa mereka bakal menimang bayi perempuan.
Raysha atau nama sebenarnya, Farza Naquraisha Mohd Fariz jelas kelihatan teruja setelah pengumuman tersebut dilakukan menerusi letusan confetti berwarna merah jambu sebagai simbol kepada jantina bakal cahaya mata mereka.
Menerusi perkongsian di Instagram Stories oleh beberapa jemputan yang hadir, Raysha terlebih dahulu dilanda rasa sebak sewaktu menyampaikan ucapannya di hadapan tetamu termasuklah dua orang kakaknya, Nelydia Senrose dan Uqasha Senrose.
Menurut Raysha, dia berterima kasih kepada kedua-dua pasangan ibu bapa mereka kerana telah membesarkan mereka selama ini. Sebagai bakal ibu bapa, Raysha dan Jeffri memahami tanggungjawab besar yang perlu dipikul oleh mereka berdua.
“Saya berharap kami boleh menjadi sebaik anda ketika membesarkan bayi ini (merujuk kepada ibu bapanya dan ibu bapa Nabil).
“Terima kasih di atas semua bantuan yang telah anda berikan kepada kami berdua. Terima kasih kerana telah membesarkan kami berdua hingga hari ini.
“Mama, papa… Nabil has been amazing. Dia merupakan suami yang baik sepanjang saya hamil. Dia sentiasa cuba menjadi seorang Muslim yang lebih baik.
“Dia juga selalu kongsikan impiannya kepada saya pada setiap hari. Dia cakap, ‘Saya ingin membahagiakan kamu. Saya ingin mampu membeli apa sahaja yang kamu inginkan…’,” katanya dalam nada sebak.
Raysha dijangka akan melahirkan bayinya pada hujung tahun ini atau awal tahun hadapan.