Kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan atau Movement Control Order bermula esok, selama 14 hari iaitu (Rabu 18 Mac) sehingga 31 Mac 2020 di seluruh negara bagi mengekang penularan Covid-19.
Namun apa yang diperhatikan, ramai tersalah anggap dan menggunakan istilah ‘lockdown’ walhal apa yang dikuatkuasakan bukanlah lockdown tetapi hanya kawalan pergerakan.
Jadi korang tak perlu risau kena ikat perut sebab kedai makan dan restoran semua akan ditutup. Ini kerana semua kedai makan dan restoren di seluruh negara akan beroperasi seperti biasa esok dan hari-hari seterusnya.
Ads
Menurut Sinar Harian, restoran dan kedai makan boleh meneruskan operasi mereka ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan bermula tengah malam ini.
Bagaimanapun, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, pelanggan hanya dibenarkan membungkus atau membuat permintaan penghantaran makanan ke tempat masing-masing.
Ads
“Kita galakkan pemilik restoran membuat perkhidmatan penghantaran bagi memudahkan orang awam,” katanya.
Menurutnya, jarak sosial yang selamat antara individu merupakan kunci utama pelaksanaan perintah tersebut.
Ads
Namun pasar malam tidak dibenarkan beroperasi kerana ia mengundang perjumpaan orang ramai. Selain memberi jaminan bahawa bekalan makanan mencukupi bagi menampung keperluan rakyat.
“Kita arahkan peniaga segera menambah bekalan keperluan semasa,” katanya.
Justeru katanya, rakyat tidak perlu bimbang dan membuat pembelian panik kerana seramai 2,500 penguat kuasa KPDNHEP turut diarahkan untuk menjalankan pemantauan di lokasi tertentu.
Sumber : Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bumi berdepan situasi getir apabila ada berita yang tersebar luas mengenai sebuah asteroid bersaiz bangunan Burj Khalifa yang akan melintasi Bumi. Ada juga menambah dengan mengatakan ia berpotensi akan berlanggar dengan Bumi esok?
Serius la apa yang akan berlaku pada bumi?
Agensi Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) secara rasmi mengklasifikasikan ‘asteroid pembunuh’ yang bakal berselisih dengan bumi pada Sabtu, 15 Februari, sebagai Asteroid Yang Berpotensi Menyebabkan Bahaya (PHA).
Bagaimanapun menurut NASA, asteroid itu dijangka berselisih dengan bumi pada jarak sekitar 0.038 mengikut unit astronomi, dimana pergerakkan itu tidak akan menyentuh bumi.
“Tiada bahaya,” kata pengarah Pusat Pengajian Objek Berhampiran Bumi di NASA, Paul Chodas kepada Herald.
“Kami telah memantau asteroid ini bertahun lamanya, dan kami arif tentang orbit laluannya,” katanya lagi.
Pertembungan asteroid seterusnya dijangka berlaku pada Jumaat, 13 April 2029 selepas asteroid Apophas bersaiz 300 meter menghampiri bumi, namun ia tidak menghentam bumi seterusnya menyebabkan kemusnahan.
So kita sebagai seorang Islam mari la berdoa di hari Jumaat ini agar tiada apa yang buruk akan berlaku pada bumi ini esok…
Sumber: AWANI
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini memberitahu bahawa bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan mula diagihkan hari ini.
Bantuan SARA yang diagihkan bermula 15 Januari 2025 akan dibayar menerusi penggunaan MyKad secara bulanan kepada 700,000 penerima miskin dan miskin tegar, manakala bantuan STR dibayar mulai April 2025.
Penyaluran SARA adalah lebih tinggi berbanding tahun lalu iaitu sebanyak RM13 billion seperti dijelaskan dalam Belanjawan 2025.
Kadar bantuan SARA ditingkatkan dengan isi rumah miskin dan miskin tegar dalam rekod eKasih bakal menerima sejumlah RM2,100 bagi tahun 2025 berbanding RM1,200 pada 2024.
“Bantuan SARA sebanyak RM100 sebulan akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima bagi bulan Januari hingga Mac 2025. Bermula April 2025, kadar bantuan ini akan ditingkatkan kepada RM200 sebulan,” kata kementerian itu.
Selain itu, MOF turut menyatakan, sebanyak 5.4 juta penerima STR akan turut menerima bantuan tambahan SARA mulai April 2025.
Bilangan tersebut merangkumi masing-masing 700,000 penerima SARA dan 4.7 juta penerima STR sedia ada yang tiada dalam rekod eKasih.
Bagi kategori isi rumah pula, kata MOF, tambahan sumbangan SARA adalah sebanyak RM100 sebulan. Golongan warga emas pula, mereka yang tiada pasangan akan menerima sumbangan tambahan SARA sebanyak RM50 sebulan.
Cara Semakan Status Kelayakan MyKasih 2025
SEMAKAN STATUS DI PORTAL MYKASIH
Bagi penerima SARA di Semenanjung Malaysia, anda perlu membuat semakan status melalui Portal MyKasih (*HANYA UNTUK PENERIMA MISKIN / MISKIN TEGAR)
Tentu kita sama sekali tidak akan terfikir di Makkah apatah lagi di hadapan Kaabah akan terjadi penipuan. Ini kerana sebaik menjejakkan kaki di tanah suci Makkah, apa yang terlintas di hati kita pastinya mahu melakukan amal ibadah sebanyak mungkin untuk menambah pahala.
Perkongsian seorang wanita, Nor Fatihahnoor yang berkongsi pengalaman hampir ditipu wanita berniqab yang seolah menyamar sebagai polis yang mengawal situasi di Makkah, ketika menunaikan ibadah umrah baru-baru ini patut diambil perhatian oleh para jemaah yang ada rezeki ke Tanah Suci dalam tempoh terdekat ini.
Adalah lebih baik kita berhati-hati terutama bagi yang pertama kali menjejakkan kaki ke rumah Allah ini. Baca perkongsian di fb miliknya.
Semalam saya berkenalan dgn gadis arab yang sangat baik. Siap hadiahkan saya termos qahwahnya. Beberapa nikmat yang Allah berikan. Alhamdulillah.
Selang beberapa minit kemudian, sedang saya membaca al-Quran. Saya didatangi oleh dua orang perempuan arab yang berniqab meminta saya menunjukkan visa saya. Mereka mengapit saya dari sebelah kiri dan kanan saya.
Saya mencari salinan visa saya dalam beg. Saya nampak mereka berdua seolah-olah tergesa2. Jantung berdegup, rasa tidak sedap hati.
” Kalau kamu polis, tunjukkan kad Polis kamu.” pinta saya kpd mereka. Lalu, salah seorangnya menunjukkan kad Polis. Saya ragu- ragu dgn kad Polis mereka. Nampak seperti kad palsu. Jantung terus berdegup kencang. saya cuba kontrol diri untuk kontrol mereka.
“kenapa perlu saya tunjukkan visa saya. Untuk apa? Saya datang sini untuk umrah. Saya takkan tunjukkan visa saya selagi kamu tidak panggil polis yang lain. Kata saya lagi mencari dalih. Mereka berdua seolah2 teragak2.
Allah.! Allah!
“Kita di hadapan kaabah. Allah ada bersama saya. Tegas saya lagi kepada mereka.
” Atau, tunggu sekejap saya panggil suami saya, kakak saya.” Saya melambai2 tangan ke arah hadapan saya. Walhal saya sendirian ketika itu.
Mereka berdua nampak ketakutan lalu berlalu pergi. Saya terus membuat laporan kepada petugas wanita masjidil haram yang berada di sekitar itu. Ternyata betul sangkaan saya. Mereka tadi cuba ingin memperdaya saya, mungkin dengan mengambil wang.
Petugas masjidil haram yg semuanya berniqab dan berjubah hitam sama spt di Masjid Nabawi menunjukkan kad kerja mereka yang betul. Menurut mereka, polis di masjidil haram hanyalah lelaki. Alhamdulillah. Syukur Ya Allah. Saya tidak terpedaya dgn helah mereka dgn IzinNya. Pada satu masa allah bg saya nikmat dan ujian. Allah tidak jadikan sia-sia melainkan utk saya berfikir sejenak.
Saya muhasabah diri seketika, walaupun sepanjang di sini sy cuba sentiasa positif, jaga hati dan tutur kata2, saya perlu berhati2 & dan benteng utama di bumi barakah ini ialah pohonlah doa setiap detik waktu berulang 2. Ternyata pada malam itu saya terlupa untuk selit membaca doa ini spt kelaziman saya utk protec diri drp pandangan org jahat:
Dan
فَاللَّهُ خَيْرٌ حَافِظًا ۖ وَهُوَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ (64) Yusof ayat 64 Di rumah allah pun, jika iman tidak ada dalam hati. Mereka tetap berkiblatkan syaitan.
Kepada yang datang umrah. Berhati- hati dgn tektik penipuan ini. Jika ada yang meminta pasport atau visa anda jgn serahkan tanpa usul periksa dahulu.
Kedua wanita arab ini tidak berkasar, bertindak memegang tgn atau mengancam saya. Tetapi mereka secara halus cuba memperdaya kita. Jadi hati2. Ramai org Arab yang saya temui sangat baik, kita kena berfikir sebelum bertindak, dan insh Allah kita blh kenal orang yang bertindak jahat atau pun tidak.
Sekadar perkongsian
Dibawah teduh lembayung kaabah
13 Disember 2019
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!