Siapa saja yang tidak tahu tentang Carousell. Aplikasi yang membolehkan pengguna membuat jual beli barangan preloved dengan mudah.
Penggunaannya lebih kurang seperti Instagram tetapi dalam proses jual beli. Korang perlu menggunakan kamera untuk merakam gambar, membuat suntingan pada gambar serta menambah informasi seperti nama produk dan maklumat lanjut sebelum memuat naik.
Sempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 62, menganjurkan usaha pro-sosial di seluruh negara dengan kempen #MYLocalWira sehingga 31 Ogos.
Ads
Dengan sokongan beberapa individu hebat dan terkenal seperti lagenda skuasy negara, Datuk Nicol David, pejuang seni mempertahankan diri campuran (ONE MMA) wanita yang pertama di Malaysia, Ann Osman, model antarabangsa dan usahawan fesyen Amber Chia, atlet pemotoran professional dan ‘Ratu Drift’ Malaysia, Leona Chin, penerjun kelas dunia Leong Mun Yee serta gimnas nasional Farah Ann, nama-nama besar ini telah menyumbangkan beberapa item peribadi untuk dijual di Carousell, dimana hasilnya akan disalurkan untuk tujuan amal.
Wah, siapa yang tak nak miliki barangan peribadi daripada personaliti tersohor ini kan?
Ads
Hasil kutipan penuh daripada jualan barang-barang ini akan dimanfaatkan kepada Parents without Partners, sebuah organisasi amal yang ditubuhkan bagi membantu ibu bapa tunggal yang memerlukan.
Ini merupakan antara usaha yang korang boleh buat untuk menggandakan ladang pahala, disamping memiliki barangan eksklusif daripada personaliti hebat Malaysia.
Come on guys, let’s support this campaign!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Fenomena suhu sejuk luar biasa yang dirasai di beberapa kawasan di Malaysia sejak beberapa hari lalu dikenal pasti berpunca daripada angin sejuk luruan monsun dari Tanah Besar China.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip, berdasarkan data yang direkodkan, suhu minimum di kebanyakan kawasan di seluruh negara didapati lebih rendah daripada kebiasaan.
Suhu Menurun Antara 3 Hingga 5 Darjah Celsius
Jelas beliau, penurunan suhu antara tiga hingga lima darjah Celsius telah berlaku pada 10 hingga 13 Januari lalu.
Keadaan sama dijangka akan berulang pada 19 hingga 21 Januari ini, bergantung kepada pola angin luruan yang berlaku.
Beberapa Kawasan Catat Suhu 18 Darjah Celsius
“Pagi tadi suhu sudah kembali normal. Bukan di Dungun, Terengganu sahaja tetapi banyak tempat seperti di kawasan pedalaman Dabong dan Gua Musang, masing-masing di Kelantan turut merekodkan suhu 18 darjah Celsius.
“Memang normal sekarang ini suhu di negara ini sejuk sedikit sebab anginnya yang datang dari kawasan sejuk,” katanya kepada pemberita.
Berlaku Pada Waktu Awal Pagi, Orang Ramai Tidak Perlu Bimbang
Tambah Mohd Hisham, suhu rendah tersebut kebanyakannya berlaku pada awal pagi dan orang ramai tidak perlu terlalu bimbang dengan keadaan berkenaan.
Penduduk Dungun Terpaksa Pakai Jaket Tebal
Terdahulu, tinjauan Bernama mendapati penduduk di daerah Dungun, khususnya di kawasan luar bandar, mula merasai suhu yang agak luar biasa sejak Ahad lalu.
Suhu sejuk antara 18 hingga 20 darjah Celsius itu menyebabkan sebahagian penduduk terpaksa mengenakan jaket tebal ketika keluar pada waktu pagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tanpa kita sedari, industri ‘sugar-dating’ yang melibatkan gadis Malaysia muda semakin berkembang walaupun ia dilakukan secara senyap.
Laporan oleh rakan media di News Straits Times baru-baru ini telah mendedahkan kehidupan seorang gadis Malaysia berusia 28 tahun yang terlibat dalam industri sugar-dating demi menjana pendapatan lumayan.
Jenni (bukan nama sebenar) berkongsi bahawa pendapatannya boleh mencecah sehingga SGD14,000 atau kira-kira RM42,800 sebulan dengan bergiat sebagai seorang sugar baby. Pada masa yang sama, dia masih mengekalkan kerjaya hariannya sebagai seorang pegawai pemasaran.
Dalam tempoh 2 tahun bergelar sugar baby, Jenni mengenakan caj SGD500 (RM1,530) untuk bertemu lelaki (aka pelanggan) tetapnya di Singapura. Dia hanya berlagak sekadar seorang ‘peneman’ dan bukannya sebagai ‘pelacur’ seperti yang ramai di antara kita sangkakan selama ini.
Jenni yang tidak menidakkan dirinya yang bergelar sugar baby di Singapura. Sumber Foto: News Straits Times
“Saya lebih sukakan sugar dating berbanding temu janji biasa. Selalunya temu janji dengan mana-mana lelaki akan berakhir tanpa sebarang jaminan. Jika berjaya sekalipun, kemungkinan hubungan itu tidak akan ke mana.
“Cara lama itu membazir masa. Dengan sugar dating, sekurang-kurangnya saya boleh memperolehi pendapatan untuk masa yang saya ‘laburkan’,” kata Jenni.
Dia, bagaimanapun meletakkan batas untuk tidak melayan lelaki yang sudah berkahwin atau yang berusia lebih daripada 45 tahun.
*
Dalam tempoh 5 bulan yang lepas, Jenni telah bersama dengan seorang usahawan 30-an yang mampu memberikan elaun bulanan dari RM25,000 sehingga RM31,000. Itu baru seorang guys, belum lagi hasil daripada sugar daddy lain.
Daripada pendapatan total Jenni bernilai RM42,800 sebulan, Jenni mengasingkan satu pertiga sebagai simpanan dan selebihnya dibelanjakan untuk rawatan muka, kuku dan melancong ke benua Eropah dan ke Amerika Syarikat.
Namun, Jenni tidak sesekali melupakan keluarganya dan masih mengirimkan wang kepada mereka.
Gambar hiasan. Sumber foto: Asia One.
Satu perkara yang penulis rasakan menarik mengenai kehidupan Jenni sebagai seorang sugar baby adalah bagaimana dia mampu membezakan statusnya itu dengan – well – kerjaya sebagai pelacur. Katanya, sugar baby sama sekali berbeza dengan pelacur.
“Pelacur dibayar untuk melakukan tugas mereka, mereka tidak boleh menolak atau mengatakan tidak. Manakala dalam situasi saya, jika saya tidak selesa, saya sentiasa boleh katakan tidak.”
Dia juga mengatakan bahawa pertemuan yang dilakukan tidak melibatkan hubungan seks dan bukan mudah untuk sugar daddy dan dirinya terlibat dalam hubungan sedemikian.
Gambar hiasan. Sumbar foto: Independent Singapore News.
Kehidupan sebagai pelacur (or sugar baby – in this case) di kalangan perempuan bawah 30 tahun sebenarnya bukan lagi satu perkara baru. Apa yang dipertontonkan dalam beberapa drama Melayu sebenarnya ada kebenarannya.
Ingat – walaupun mereka dikaburi dengan wang dan harta lumayan, sekali tersilap langkah, sukar untuk mereka mendapat kehidupan normal semula. Seperkara lagi tentulah faktor larangan agama yang tidak boleh dipermainkan.
Sebelum ini, kontroversi yang melanda pelakon dan pempengaruh berhijab, Alya Iman kononnya dirinya dikaitkan dengan seorang sugar daddy meletus.
Namun, Alya mendakwa dia telah menghentikan hubungan tersebut setelah mendapati lelaki ittu masih belum memberitahu mengenai hubungan mereka kepada isteri pertama.
Ekoran daripada tiga kes positif COVID-19 di Perth Australia, bandar raya berkenaan dikenakan sekatan pergerakan lockdown selama empat hari bagi mengelakkan wujudnya kluster COVID-19.
Pegawai kesihatan di negara itu mengambil langkah berjaga-jaga berikutan penularan varian Delta di negara tersebut.
Lebih dua juta penduduk yang menetap di Perth dan kawasan sekitarnya kini menjalani perintah lockdown bersama-sama penduduk di Sydney dan Darwin.
Penduduk perlu duduk rumah dan hanya dibenarkan keluar untuk membeli barang-barang penting selain dibenarkan menghadiri temu janji perubatan dan mendapat suntikan vaksin COVID-19.
Namun begitu, lockdown itu tidak dikenakan ke atas pekerja-pekerja dalam sektor penting, manakala orang ramai masih dibenarkan untuk melakukan senaman selama satu jam sehari dan bergerak dalam radius lima kilometer sahaja.
ABC Perth telah memuat naik gambar hari ketiga lockdown di Perth dan nampaknya jalan raya sangat lenggang di malam hari dan boleh dikatakan langsung tidak ada kereta di atas jalan raya.
Rata-rata daripada masyarakat di sana menerima baik arahan lockdown tersebut dan dilaporkan gambar-gambar itu diambil pada jam 7 petang.
Namun begitu, masih ada yang mengatakan keadaan di siang hari berlaku seperti kehidupan biasa kerana terdapat individu yang perlu bekerja.
Sama seperti di negara kita, masyarakat di sana juga ada yang mengeluh kerana tidak boleh bekerja dan hilang pendapatan sepanjang lockdown.
Biasalah tidak semua berpuas hati dengan tindakan yang diambil oleh kerajaan pemerintah, namun setidak-tidaknya tindakan pantas diambil bagi mengurangkan penularan wabak COVID-19. Betul tak?