
Memilih menu yang tepat untuk diet adalah sangat penting kerana ia akan menentukan sama ada usaha kita untuk menurunkan berat badan itu berjaya atau tidak. Dalam amalan diet, pengurangan karbohidrat dan gula merupakan perkara asas yang perlu diikuti.
Bukan tidak boleh sentuh langsung makanan tersebut, tetapi perlu diambil dengan jumlah yang sedikit. Maka, semasa melakukan diet ramailah yang ‘craving’ nak makan macam-macam.
Disebabkan oleh itu para pengamal diet telah pun melakukan inovasi terhadap makanan yang diambil bagi mengekalkan jumlah kalori yang dibenarkan.
Mesti korang pernah dengar tentang ‘nasi goreng’ tanpa nasi kan? Bagi mereka yang sedang berdiet, rasanya pasti tahu akan menu ini. Kalau nak makan nasi goreng dengan jumlah yang banyak rasa ‘berdosa’ pula. Jadi, timbullah idea resipi ‘nasi goreng’ tanpa nasi ini.
Macam mana nak buat? Jom kita lihat resipi diet berikut:
Bahan utama
– 2 cawan bunga kobis parut

Bahan bumbu
– 5 biji cili api
– 2 ulas bawang putih
– ½ labu bawang besar
– 2 sudu besar ikan bilis
Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak
2. Tumis bahan bumbu
3. Kemudian, apabila telah aik bau, tambahkan garam, serbuk perasam (dengan jumlah yang sikit)
4. Kacau semuanya hingga sebati
5. Akhir sekali, masukkan bunga kobis yang telah diparut/kisar
6. Goreng sehingga bunga kobis masak. Siap!

Bunga kobis digunakan sebagai alternatif untuk menggantikan nasi dan khabarnya, ramai yang mengatakan rasanya memang seperti makan nasi goreng.
Betul ke? Kalau nak tahu kenalah cuba. Hiks!
Sumber: resepi.my
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelik Rusia Dipanggil Sebagai ROC Di Sukan Olimpik? Ini Sebabnya

Jika diimbas semula pada Sukan Olimpik Rio 2016, Rusia merupakan salah satu kuasa sukan utama (seperti dijangka – duh) apabila ia menduduki posisi keempat dalam kedudukan pingat keseluruhan.
Pada edisi tersebut, Rusia berjaya membawa pulang sejumlah 56 pingat.
Justeru, tentunya peminat sukan yang menonton Sukan Olimpik Tokyo 2020 akan meletakkan Rusia sebagai salah satu pencabar utama untuk menduduki kedudukan Top 5.
Begitupun, agak pelik apabila Rusia tidak tersenarai sebagai negara yang bertanding. Sebaliknya, yang menggantikan Rusia pada kejohanan ini ialah ROC atau lebih dikenali sebagai Russian Olympic Committee (Jawatankuasa Olimpik Rusia). Huh, kenapa pula?

Sebab utama Rusia tidak menggunakan nama negara, bendera dan lagu kebangsaan berjudul Gosudarstvennyy Gimn Rossiyskoy Federatsii di Tokyo 2020 adalah kerana Rusia diharamkan daripada menyertai sebarang kejohanan sukan antarabangsa untuk tempoh empat tahun.
[Hukuman itu kemudiannya dikurangkan kepada dua tahun.]
Keputusan itu dibuat oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) pada tahun lalu apabila Rusia dibuktikan bersalah menyembunyikan program doping (dadah) terancang. Hukuman ini adalah yang paling berat pernah dikenakan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) kerana penipuan dadah. Ia juga sebentuk kesalahan yang belum pernah berlaku sebelum ini.
Dalam laporan yang dikeluarkan oleh Agensi Anti Doping Dunia (WADA) dan dua jawatankuasa siasatan IOC, beberapa atlet Rusia pernah terlibat dalam program penipuan dadah ini dan kali terakhir ia berlaku adalah semasa Sukan Olimpik Musim Sejuk Sochi 2014.
Bukan hanya atlet yang bersalah. Bukti yang dikemukakan juga menunjukkan program tersebut ada melibatkan pegawai kanan kerajaan termasuklah Kementerian Sukannya dengan bantuan agen rahsia negeri!
Fuh, macam plot filem perisikan pula.
Anyway, atlet Rusia yang didapati bersih daripada apa-apa pembabitan skandal dadah masih dibenarkan bertanding pada Sukan Olimpik Tokyo 2020. Cuma mereka perlu mewakili ROC dan bukannya negara Rusia.
Sebagai contoh pada acara pembukaan tempoh hari, kita dapat menyaksikan delegasi Rusia menggunakan bendera ROC yang terdiri daripada lambang nyalaan api dalam warna rasmi bendera Rusia dan hyfa gegelung Olimpik di bawahnya.

Sekiranya ROC memenangi pingat emas dan atletnya menaiki podium, pihak penganjur akan memainkan lagu Piano Concerto No 1 yang digubah oleh komposer Pyotr Tchaikovsky – seperti yang berlaku hari ini.
Petand tadi, ROC telah memperolehi pingat emas pertama mereka menerusi penembak 10 meter air pistol, Vitalina Batsarashkina. Dan semasa acara penganugerahan, lagu Piano Concerto No 1 yang berkumandang di seluruh arena tersebut.


Jika selepas ini korang menonton aksi atlet ROC di kaca televisyen, korang akan perasan pakaian seragam mereka tidak meletakkan bendera Rusia tetapi masih menggunakan warna-warna rasmi bendera Rusia.


Haihh, susah juga jika negara buat hal dalam industri sukan. Terus diharamkan seperti Rusia!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Cadangan Pengisytiharan DARURAT Kepada Agong Tidak Bermaksud ‘Tentera Memerintah’, Cuma..

Perkembangan terbaru yang dikeluarkan oleh pihak Istana Negara menerusi Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara iaitu Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin pada pagi ini telah memaklumkan perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk menerima cadangan Pengisytiharan Proklamasi Darurat daripada YAB Perdana Menteri Malaysia.
Sesi menghadap yang berlangsung pada jam 5.30 malam itu diadakan untuk Tan Sri Muhyidding Yassin menyembah maklum keputusan Mesyuarat Jemaah Kabinet mengenai cadangan tersebut demi melandaikan kes positif COVID-19 harian yang telah mencecah empat angka secara konsisten sejak bulan Disember lalu.
Setelah memperhalusi penjelasan pakar dan setelah rundingan dengan Raja-Raja Melayu diambil kira, maka Al-Sultan Abdullah bersetuju bahawa penularan wabak pada masa ini di Malaysia berada pada tahap yang amat kritikal.
Menurut kenyataan media itu juga, Seri Paduka Baginda memberi perkenan untuk tempoh perlaksanaan darurat itu dilaksanakan sehingga 1 Ogos 2021 atau satu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif COVID-19 dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.
Sebuah jawatankuasa bebas juga akan dibentuk oleh kerajaan untuk menyaksikan perlaksanaan ini berjalan lancar. Jawatankuasa tesebut akan dianggotai oleh ahli-ahli parlimen Kerajaan dan Pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkait.
Memahami sentimen yang dirasai oleh rakyat berkenaan kekeliruan terma ‘darurat’ ni, Al-Sultan Abdullah meminta rakyat supaya bertenang, tabah dan cekal. Apa yang diseru oleh Seri Paduka Baginda adalah agar rakyat berdisplin mematuhi SOP dan segala perintah yang ditetapkan sepanjang perlaksanaan darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
*
Untuk pengetahuan, Pengisytiharan Proklamasi Darurat ini bukanlah bermaksud negara kita akan diperintah oleh anggota tentera secara rampasan seperti khabar angin yang selalu kita dengar. Ia juga tidak bermaksud akan ada perintah berkurung di rumah.
Bukanlah untuk menafikan perkara itu boleh terjadi. Namun dalam kes wabak COVID-19 ini, ancaman yang sedang negara hadapi terletak pada faktor keselamatan negara dan kehidupan ekonomi; bukannya ketenteramaan sejagat yang memaksa pemerintahan ala tentera. Kegiatan ekonomi masih boleh dilakukan dengan syarat ia mengikut norma baharu yang dilaksanakan.
Apabila darurat diisytiharkan, apa yang pasti, segala bentuk Pilihan Raya sama ada Pilihan Raya Kecil, Pilihan Raya Negeri atau Pilihan Raya Umum akan dihalang dan tidak boleh dilakukan dalam tempoh itu.
Selain itu, ia juga membolehkan penggunaan aset hospital swasta, mengambil milikan sementara bangunan, tanah dan harta alih hospital swasta atau membuat permintaan untuk penggunaan sumber hospital swasta DEMI tujuan merawat pesakit COVID-19.
Ini memandangkan lima belas hospital COVID-19 telah mencatatkan kadar penggunaan katil COVID-19 (bukan ICU) melebihi 70 peratus.
Di Lembah Klang saja, katil ICU untuk pesakit COVID-19 telah digunakan 100 peratus di Hospital Kuala Lumpur dan Pusat Perubatan Universiti Malaya. Manakala kebanyakan hospital di negeri lain seperti di Perak, Selangor, Melaka, Terengganu dan Sarawak telah mencapai kadar penggunaan katil melebihi 70 peratus. Maka, kerjasama dari pihak swasta amat diperlukan.
Sumber Foto: AWANI.
Dalam kesempatan kenyataan media oleh pihak Istana Negara, Al Sultan Abdullah, Baginda mengajak rakyat Malaysia untuk sama-sama berdoa agar negara dilindungi daripada segala bentuk ancaman wabak dan ia diakhiri dengan segera.
Baginda turut mengajak rakyat mendoakan agar bencana banjir yang melanda beberapa buah negeri pada waktu ini tidak berpanjangan.
ARTIKEL BERKAITAN : Perdana Menteri Umum Pengumuman Khas Darurat, 9 Perkara Anak Muda Kena Tahu Tentang Situasi Genting Ini – REMAJA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bekas Pemain Bola Sepak Kebangsaan, Robert Choe Meninggal Dunia Pada Usia 85 Tahun

Bekas pemain bola sepak kebangsaan era 1950-an dan 1960-an, Robert Choe Kim Chwee baru-baru ini dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi Selasa di Hospital Melaka pada usia 85 tahun.
Persatuan Bola Sepak Melaka (Melaka FA) dalam satu kenyataan memaklumkan pemergian legenda bola sepak negara itu merupakan satu kehilangan besar buat dunia sukan tanah air.
“Salam takziah kepada keluarga mendiang Robert Choe dan sumbangannya dalam sukan ini tidak akan dilupakan,” menurut kenyataan itu.


Sebagai penyerang utama skuad negara ketika itu, beliau digeruni pihak lawan kerana kehebatannya menjaringkan gol ‘bicycle kick’, tandukan dan kelincahan beraksi meskipun bertubuh kecil.
Dalam pada itu, zaman kegemilangan mendiang bersama pasukan kebangsaan diwarnai kemenangan Pestabola Merdeka tiga kali berturut-turut iaitu pada 1958, 1959 dan 1960 selain merangkul pingat gangsa di Sukan Asia 1962.
Beliau bersara sebagai pemain pada 1966 selepas Sukan Asia kelima yang menjadi kejohanan terakhirnya sebelum menceburi bidang kejurulatihan termasuk pernah memegang peranan sebagai ketua jurulatih pasukan Melaka.


Sementara itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim menyampaikan salam takziah kepada keluarga mendiang menerusi laman Facebooknya.
“Pada 2023, saya bersama Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) berkesempatan menziarahi beliau di kediamannya di Ujong Pasir untuk bertanya khabar dan menyampaikan sedikit sumbangan.
“Pemergian ini adalah satu kehilangan besar buat dunia sukan tanah air dan semoga keluarga mendiang diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan ini…terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan,” katanya.
Sumber: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

