
Manisan pencuci mulut sering kali menjadi pilihan masyarakat di Malaysia kerana kita sudah terbiasa menikmati makanan manis selepas selesai menjamu selera. Tambah pula dalam waktu-waktu panas sekarang, sudah tentu makanan manis yang sejuk dapat menyegarkan dan membasahkan tekak.
Jadi kali ini, Remaja nak kongsikan dengan korang satu resipi menyegarkan Mango Milk Cheese yang telah dikongsi oleh cookingwithhel.
Selamat mencuba!
Bahan isian (sesuaikan ikut selera korang)
– 3 biji mangga dipotong dadu
– Jelly mangga dipotong dadu
– Nata de coco (boleh juga diganti dengan jeli kelapa)
– Biji selasih (direndam)

Bahan milk cheese
– Isi mangga (1 biji)
– 170 gram creamcheese
– 500 ml susu full cream
– 380 ml susu sejat
– Susu pekat

Cara menyediakan:
1. Campur bahan milk cheese ke dalam mesin pengisar dan kisarkan sehingga halus.
2. Kemudian, campurkan milk cheese tadi dengan bahan isi dan tuangkan ada bekas.
3. Masukkan dalam peti ais untuk dinikmati sewaktu sejuk. Lebih nikmat katanya. Hiks!

Mudah sahaja kan resipinya?
Sumber: cookingwithhel
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Wow! 5 Resort Di Malaysia Tersenarai 25 Terbaik Di Asia

Berseronok di kawasan pantai sememangnya menjadi pilihan masyarakat Malaysia. Kita cukup bertuah kerana negara kita dikelilingi oleh kawasan pantai sama ada di Semenanjung mahupun di Sabah & Sarawak.
Bukan saja kita mudah merasa tenang apabila ombak menghempas pantai. Macam-macam aktiviti pun ada ditawarkan di kawasan pantai Malaysia lalu menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara.
Untuk pengetahuan korang, baru-baru ini empat daripada 25 resort terbaik di benua Asia khabarnya terletak di Malaysia. Fuh…bangga tak?
Menurut pengiktirafan Condé Nast Traveler’s 2021 Readers’ Choice Awards, keputusan ini dibuat melalui undian orang ramai. Jom kita tengok resort mana yang tersenarai!
Desaru Coast, Johor
Ranking: #6

Dengan keluasan 3,900 ekar, pelbagai pusat penginapan premium dengan jalan keluar pantai sendiri ada terletak di sini. Ia termasuklah cawangan Anantara Desaru Coast Resort and Villas pertama di Malaysia, cawangan One & Only Desaru Coast Resort yang pertama di Asia, The Westin Desaru Coast Resort dan Hard Rock Hotel Desaru Coast.
Terdapat 4 jenis suite yang ditawarkan iaitu rainforest junior suite, ocean junior suite, rainforest grand pool suite dan juga ocean grand suite. Memang padan dengan namanya, setiap bilik dihidangkan dengan permandangan ke arah laut.
The Ritz-Carlton, Langkawi
Ranking: #7

Ritz-Carlton Langkawi popular dalam kalangan golongan elit yang sukakan lokasi penginapan mewah dengan layanan berkelas 5 bintang. Terletak di dalam kawasan hutan lebat berusia hampir 10 juta tahun, resort ini menawarkan pengalaman menenangkan sewaktu bercuti Rainforest Villa, Beach Villa dan Ocean Front Villa.
Mereka turut menawarkan fasiliti terbaik seperti kawasan pantai tertutup, gelanggang tenia, pusat gymnasium, kolam renang dan banyak lagi.
Four Seasons Resort Langkawi
Ranking : #14

Terletak di Tanjung Rhu, Four Seasons Resort Langkawi dikelilingi alam semulajadi yang cukup indah danmenawarkan kemudahan menarik seperti kolam renang, 3 pilihan tempat makan, bar dan juga spa.
Setiap unit bilik pula didekorasi dengan seni bina Melayu dan Moorish menjadikan bilik anda lebih menarik dan sedap dipandang.
The Datai Langkawi
Ranking: #15

The Datai Langkawi merupakan resort berkelas 5 bintang yang dihiasi dengan penuh elegan pada setiap bilik dan suite.
Bagi korang yang sukakan hutan hijau dan masih inginkan penginapan moden bolehlah menginap di The Datai Langkawi.
The Datai menawarkan penginapan mewah dengan kemudahan kolam renang, spa dan padang golf.
Setiap bilik di The Datai mempunyai balkoni ke arah pemandangan indah hutan hujan tropika dan juga mempunyai ruangan rehat untuk anda bersantai bersama keluarga.
Pangkor Laut Resort, Perak
Ranking: #23

Pangkor Laut Resort ditemani laut biru Selat Melaka yang sangat memukau. Amat sesuai untuk mereka yang sukakan alam semula-jadi atau mereka yang memerlukan lokasi yang penuh ketenangan.
Setiap villa dan suite dibina di atas permukaan laut dan dilengkapi kemudahan asas, wi-fi dan juga ‘in-room climate control’.
*
Antara resort lain yang tersenarai dalam Condé Nast Traveler’s 2021 Readers’ Choice Awards ialah :
1. Six Senses Bhutan
2. COMO Bhutan Uma Punakha
#3. Shinta Mani Wild Ou Bak Roteh, Cambodia
Shinta Mani Wild
#4. Cape Weligama
#5. Six Senses Ninh Van Bay, Vietnam
#6. Desaru Coast, Johor
#7. The Ritz-Carlton, Langkawi
#8 Ceylon Tea Trails Hatton, Sri Lanka
#9 El Nido Resorts (Lagen Island, Apulit Island, Pangulasian Island and Miniloc Island)
#10 Amankora Bhutan (Paro, Thimpu, Gangtey, Bumthang and Punakha)
#11 Shangri-La’s Boracay Resort & Spa, Philippines Boracay, Philippines
#12 Capella Sanya, China
#13 Azerai Can Tho, Vietnam
#14 Four Seasons Resort Langkawi, Malaysia
#15 The Datai Langkawi, Malaysia
#16 JW Marriott Phu Quoc Emerald Bay Resort Spa
#17 Discovery Shores Boracay, Philippines
#18 Taj Exotica Resort & Spa, Goa Benaulim, India
#19 Ahilya by the Sea Nerul, India
#20 InterContinental Danang Sun Peninsula Resort Da Nang, Vietnam
#21 Wild Coast Tented Lodge Yala, Sri Lanka
#22 Anantara Peace Haven Tangalle Resort
#23 Pangkor Laut Resort Pangkor Laut, Malaysia
#24 Topas Ecolodge Sapa, Vietnam
#25 The Anam Nha Trang, Vietnam
Sumber : cntraveler.com
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Perjalanan Lebih 10 Kilometer Tidak Dibenarkan” – Perdana Menteri

Bagi penduduk di 6 buah negeri yang disenaraikan sebagai kawasan di bawah arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Rabu ini, ada sesuatu yang perlu korang patuhi.
Ia berkenaan perjalanan dalam negeri itu sendiri yang kini telah disekat pada jarak tertentu.
Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin lewat petang tadi, perjalanan merentas negeri di dalam negera kini disekat sama sekali, seperti satu ketika dahulu.
Manakala dalam kawasan negeri di bawah arahan PKP seperti Selangor, Pulau pinang, Melaka, Johor, Sabah dan ketiga-tiga buah Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), penduduk tidak dibenarkan untuk merentas daerah.
Kongsi beliau, sekatan jalan raya akan mula dilakukan bermula tengah malam pada 13 Januari (Rabu) ini demi memastikan rakyat (kembali) mematuhi arahan yang lebih ketat. Ini demi mengekang kenaikan kes positif COVID-19 baharu selepas ia mencecah angka 3,000 baru-baru ini.
“Bagi negeri di bawah PKP, pergerakan anda telah dihadkan dalam lingkungan 10 kilometer radius. Untuk tujuan pembelian barangan keperluan dari pasaraya atau kedai serbaguna yang terdekat, hanya dua orang ahli keluarga saja yang dibenarkan keluar dan berada dalam kenderaan pada satu-satu masa.
“Sesiapa yang didapati melanggar sekatan ini boleh didenda sehinggan RM1000 maksimum,” jelas beliau.
ARTIKEL BERKAITAN: Semakin Sukar Dikawal, PM Umum Tindakan Tegas PKP 14 Hari Di 6 Negeri – REMAJA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Markus Villig: Keberanian Remaja Di Sebalik Kejayaan Bolt Yang Menginspirasikan Dunia

Ketika ramai remaja seusianya sibuk bermain permainan video atau mengejar hobi baharu, Markus Villig pula memilih laluan berbeza. Pada usia 19 tahun, dia membuat keputusan berani untuk meninggalkan pengajian universiti dan mengejar impian membina perniagaan sendiri. Hari ini, Markus dikenali sebagai bilionair muda Eropah hasil strategi bijak membangunkan aplikasi e-hailing terkenal dunia, Bolt.
Kisah Awal Markus Villig dan Permulaan Bolt
Mengikut laporan, Markus ketika itu baru semester pertama dalam bidang Sains Komputer di Universiti Tartu, Estonia. Namun, semangat keusahawanan yang membara membuatkannya yakin bahawa teknologi adalah bidang yang mampu memberi impak besar walaupun dengan pasukan kecil. Dengan modal pinjaman RM25,000 (€5,000) daripada ibu bapanya, Markus menubuhkan syarikat permulaan yang kemudian dikenali sebagai Taxify, sebelum dijenamakan semula menjadi Bolt.

Strategi Kejayaan Markus Villig Bersama Bolt
Apa yang menjadikan Markus Villig berbeza bukan sekadar inovasinya, tetapi cara pelaksanaannya yang bijak. Beliau fokus kepada penyelesaian masalah setempat, menawarkan komisen lebih adil kepada pemandu serta mengutamakan kelestarian dan kecekapan operasi. Tanpa bajet pemasaran besar, Markus sendiri turun ke jalanan di ibu kota Tallinn untuk merekrut pemandu teksi menggambarkan semangat keusahawanan sejati.
Falsafah Perniagaan Markus Villig
Dalam satu wawancara, Markus berkongsi rahsianya, “Pelanggan hanya akan kekal jika mereka rasa berbaloi. Jadi, kalau kita boleh tawarkan harga 20% lebih murah dan beri pemandu pendapatan 20% lebih tinggi, itu kemenangan sebenar.”

Kejayaan Global Bolt di Bawah Kepimpinan Markus Villig
Strategi itu terbukti berhasil. Bolt kini beroperasi di lebih 100 bandar di 30 negara, termasuk Malaysia, dengan lebih 150 juta pengguna dan setengah juta pemandu aktif. Pemandu Bolt juga dilaporkan memperoleh pendapatan purata 10% lebih tinggi berbanding platform pesaing.
Cabaran dan Kejayaan Markus Villig
Walaupun pernah gagal menembusi pasaran London akibat isu perlesenan, Markus Villig tidak berputus asa. Selepas beberapa percubaan dan penambahbaikan, Bolt akhirnya diluluskan beroperasi di United Kingdom pada tahun 2019. Kini, nilai syarikat tersebut dianggarkan melebihi RM39 bilion (AS$8.4 bilion) dan menjadikan Markus antara bilionair muda paling berjaya di dunia teknologi moden.

Inspirasi Kejayaan Markus Villig untuk Remaja
Kisah Markus Villig bukan sekadar tentang kejayaan kewangan, tetapi tentang keberanian mengambil risiko, disiplin dan fokus terhadap matlamat. Dalam dunia yang penuh persaingan, dia membuktikan bahawa usia muda bukan alasan untuk tidak berjaya.
Pengajaran untuk Remaja
💡 Mulakan dari apa yang ada. Walau kecil, langkah pertama itu boleh membuka jalan kepada kejayaan besar. Dengan fokus, strategi dan kerja keras, impian kamu juga boleh jadi realiti seperti Markus Villig dan Bolt.
BACA LAGI : Tahniah! Pesilat Remaja, Raqib Darwisy Raih Pingat Pertama Kontinjen Malaysia Di Bahrain
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

