Kumpulan Media Karangkraf antara sebuah syarikat media terbesar di Malaysia. Bermula pada tahun 1978 sebagai sebuah perniagaan penerbitan kecil di lot kedai dengan mencetak terbitan pertamanya iaitu Mingguan Kanak Kanak, kini jenama yang dihasilkan oleh syarikat ini kukuh di dunia penerbitan dan digital sebagai gergasi media sohor kini.
Kelmarin dalam satu pengumuman korporat yang disampaikan kepada pihak media, pucuk pimpinan Kumpulan Media Karangkraf kini beralih tangan kepada generasi lebih muda. Dato’ Hussamuddin Bin Haji Yaacub mengumumkan persaraan sebagai Pengerusi dan Penerbit berkuat kuasa 1 November 2022.
Turut mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa pada tarikh yang sama, ialah Timbalan Pengerusi, Datuk Muhammad Nasir Bin Haji Hamzah. Susulan daripada perletakan jawatan tersebut, kedua-dua mereka, Dato’ Hussamuddin dan Datuk Muhammad Nasir masing-masing akan berperanan sebagai Penasihat dan Penasihat Bersama syarikat.
Kiri: Datuk Hussamuddin Yaacub, Kanan: Datuk Muhammad Nasir Bin Haji Hamzah
Kedua-duanya juga akan melepaskan jawatan dalam Lembaga Pengarah dan syarikat akan melantik lima Ahli Lembaga yang baharu. Mereka adalah Puan Firdaus Binti Hussamuddin, Encik Akmal Eirfan Bin Mohamed Fauzi, Puan Farah Binti Hussamuddin, Encik Azizi Bin Fikry dan Encik Izzat Izhar Bin Muhammad Nasir.
Kekosongan yang ditinggalkan oleh Dato’ Hussamuddin akan diisi oleh Puan Firdaus Binti Hussamuddin yang akan menggantikan beliau sebagai Pengerusi Kumpulan yang baharu. Sebelum ini, Firdaus adalah Ketua Pegawai Eksekutif untuk Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd.
Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Pemasaran) dari Western Michigan University dan telah bersama Kumpulan Media Karangkraf sejak tahun 2005.
Ads
PENSTRUKTURAN PENGURUSAN
“Sejak empat dekad lalu, Karangkraf telah berkembang dengan kukuh. Syarikat telah berjaya bertahan dalam gelombang digital yang melanda dunia sejak 2013 yang menggoncangkan banyak industri media terutama media cetak. Kini, saya rasa sudah tiba masanya untuk kami berundur dan menyerahkan baton kepada generasi yang lebih muda kerana generasi mereka boleh membawa syarikat ke tahap yang lebih tinggi,” ujar Datuk Hussamuddin.
Puan Firdaus Hussamuddin bakal menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Kumpulan berkuatkuasa 1 November 2022.
Sehubungan dengan penyerahan itu, Kumpulan Media Karangkraf juga ingin mengumumkan beberapa perubahan struktur dalam syarikat yang juga akan berkuat kuasa pada 1 November 2022.
Ads
Di peringkat Kumpulan, Encik Akmal Eirfan Mohamed Fauzi akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan (Korporat, Kewangan dan Pengurusan Risiko). Beliau sebelum ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif untuk Ultimate Print Sdn Bhd.
Manakala, bagi tiga bahagian perniagaan utama Kumpulan, perubahan adalah seperti berikut:
Puan Farah Binti Hussamuddin akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/Penerbit/CEO Divisi Media yang merangkumi Sinar Harian, Sinar Daily dan semua aset media milik Karangkraf. Beliau sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Karangkraf Sdn Bhd.
Ads
Puan Farah Hussamuddin.
Encik Azizi Bin Fikry akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/CEO Bahagian Percetakan dan Pembuatan, yang merangkumi Ultimate Print Sdn Bhd dan Karangkraf Medicare Sdn Bhd. Beliau sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pegawai Operasi Ultimate Print Sdn Bhd.
Selain bertindak sebagai Pengurusi, Puan Firdaus Hussamuddin juga akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/CEO/Penerbit Kumpulan Buku dan Penerbitan Al-Quran, yang merangkumi Karya Bestari, Grup Buku Karangkraf dan anak syarikatnya. Beliau akan dibantu oleh En Izzat Izhar Bin Muhammad Nasir yang akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/Ketua Pegawai Operasi bahagian.
Untuk pengetahuan pembaca, REMAJA juga merupakan salah satu jenama yang bernaung di bawah Kumpulan Media Karangkraf menerusi anak syarikatnya, Nu Ideaktiv Sdn Bhd.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sama seperti Korea, masyarakat di China juga sudah mula taksub dengan pembedahan plastik seperti tidak boleh dipisahkan lagi!
Trend terkini di sana ialah melakukan prosedur telinga “Elf”.
Sumber Gambar : Insider
“Telinga elf” biasanya merujuk kepada kecacatan kelahiran yang mengakibatkan bentuk telinga runcing, tetapi kini menjadi fesyen terbaru di kalangan anak muda China di tengah-tengah pasaran pembedahan kosmetik yang berkembang pesat.
Menjadikan telinga mereka menjadi yang kelihatan seperti satu makluk dalam filem Lord of The Ring yang disebut “Eldar” merupakan satu prosedur yang paling dicari dan popular. Generasi muda berpendapat telinga berbentuk kecil dan tajam ini mempu memberikan efek wajah kelihatan lebih langsing, dan bahkan lebih muda.
Malah, media sosial di China dibanjiri perkongsian mereka yang membuat perubahan pada telingan ini.
“Magik! Saya tidak mengubah apa-apa di wajah saya tetapi semua rakan saya mengatakan bahawa saya kelihatan berbeza pada hari saya menyelesaikannya. (Wajah saya kelihatan lebih kecil, dan saya kelihatan lebih pintar dll.) di platform perkongsian gaya hidup Xiaohongshu pada hujung minggu.
Pencari kecantikan, lelaki dan wanita, telah berpusu-pusu ke hospital untuk mendapatkan prosedur.
“Ini adalah salah satu prosedur yang banyak kami lakukan. Permintaan sangat tinggi sehingga pelanggan harus berbaris untuk mendapatkan prosedur tersebut,” jelas ahli dermatologi Mylike Medical Cosmetic yang berpusat di Shanghai kepada South China Morning Post.
Menurur pakar bedah kecantikan di The Third People’s Hospital di Zhengzhou bernama Wang Jiangyun ,terdapat dua kaedah biasa untuk mendapatkan telinga seperti ini. Salah satu caranya adalah dengan menambahkan sekeping bahan tiruan atau tulang rawan dari bahagian badan yang lain ke kawasan di belakang telinga, yang biasa dilakukan Yu. Yang lain adalah untuk menyuntikkan asid hyaluronik, yang ditawarkan oleh Mylike.
Sumber Gambar : Pinterest
Kesan buruknyam telinga boleh dijangkiti, cicatricial, dan bahkan tidak simetri apabila rawan tambahan ditambahkan. Selain itu, risiko alergi dan darah atau gumpalan kulit juga boleh berlaku.
Untuk pengetahuan semua, pembedahan plastik sedang pesat berkembang di China, didorong oleh pendapatan yang meningkat, pengaruh Barat dan kepentingan untuk kelihatan cantik di media sosial. Bahkan, sesetengah ibu bapa sanggup membayar untuk melakukan pembedahan plastik untuk anak remaja mereka bagi membantu prospek pekerjaan.
Hmm…yelah, cantik tu kan subjektif bagi masyarakat Orang Ulu di Serawak juga menjadikan cuping telinga yang panjang adalah lambang kecantikan bagi gadis dan wanita mereka, sekali gus dikekalkan sebagai amalan tradisi sehingga kini.
Memang sudah terbukti pengambilan susu setiap hari dapat memberikan pelbagai manfaat kepada tubuh badan manusia.
Kebiasaan kita akan minum susu tanpa mengira masa. Jika teringin akan minum begitu saja tanpa kira waktu. Siapa sangka sebenarnya ada 6 waktu yang disarankan untuk minum susu.
Hal ini turut dikongsikan oleh pakar Dr Zubaidi Hj Ahmad ini. Ikuti perkongsian beliau.
Waktu sesuai minum susu
Minum susu setiap hari dapat memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh kita, terutama kalsium dan protein. Namun pilihlah masa yang sesuai mengikut keperluan kita.
1. Untuk mendapat keperluan nutrisi, boleh minum susu pada waktu siang (bersarapan atau makan tengahari) kerana pencernaan susu berlaku dengan lebih sempurna pada waktu siang.
2. Jika kita seorang atlet atau melakukan tugas fizikal yang berat, elok minum susu sewaktu bersarapan kerana susu membekalkan tenaga dan protein yang banyak.
3. Jika mudah berasa lapar, lemak dalam susu dapat mengurangkan rasa lapar. Makan tengahari bersama sandwich yang ada banyak sayur. Hadkan pengambilan roti hanya sekeping untuk sandwich. Pastikan ada sumber protein dari telur.
4. Minum susu juga membantu sesetengah orang untuk mudah tidur. Minum susu hangat bersama minyak zaitun atau serbuk almond atau kayu manis, dapat membantu tubuh dan otak menjadi relaks. Ia memudahkan kita untuk tidur.
5. Bila kita dalam stress, jangan minum kopi yang mengandungi banyak caffine. Minum susu dapat mengurangkan stress kerana susu juga mengandungi asid amino tryptophan yang penting dalam penghasilan serotonin yang membantu kita tenang.
6. Siapa kata kita tak boleh ambil susu ketika berdiet? Pastikan tidak minum susu pada waktu malam. Ambil segelas susu 150-250ml setiap hari bagi membantu mengurangkan rasa lapar. Yang bahaya adalah karbohidrat berproses seperti gula, kek, nasi putih dan banyak lagi. itu yang harus dikurangkan atau dihentikan.
Walaupun susu mempunyai pelbagai khasiat, adalah penting untuk diingat bahawa setiap individu mempunyai keperluan nutrisi yang berbeza. Oleh itu, disarankan untuk berbincang dengan profesional kesihatan untuk menyesuaikan diet secara spesifik kepada keperluan individu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Di zaman tahun 90-an ke bawah, kebanyakan yang mampu membeli motosikal hanya orang kaya. Sekarang di mana-mana orang miliki motosikal malah kereta mewah.
Malah,ibarat sudah menjadi satu trend dalam kalangan pempengaruh popular tempatan untuk memiliki kenderaan mewah sebaik sahaja mereka berjaya menerusi content masing-masing.
Pemandu Kereta ‘Kayangan’ Punya IQ’ Rendah Foto Via Pexels
Tapi korang percaya atau tidak, kajian menunjukkan kemampuan intelektual pemandu kenderaan mewah terutamanya Mercedes berada di kedudukan tiga terendah.
Hal ini selepas sebuah laman web terkemuka di United Kingdom menjalankan satu kajian bagi menyiasat hubungkait antara jenama kenderaan dengan kecerdasan pemandu.
IQ Pemandu Kereta Mewah Rendah
Kajian tersebut mendapati, purata darjah kecerdasan otak (IQ) di kalangan pemandu kereta kayangan itu mendapat markah 91.68 iaitu nilai kedua terendah.
Pemandu kenderaan buatan Republik Czech, pemandu Skodas mengungguli ujian IQ dengan skor purata 99. Pemilik Suzuki tidak ketinggalan (98.09), dengan lima teratas yang lain terdiri daripada Peugeot (97.79), Mini (97.41) dan Mazda (95.91).
Di hujung skala yang lain ialah mereka yang mempunyai BMW (91.68) dan Fiat (90.14), dengan yang ketinggalan adalah pemandu Land Rover, yang tidak sampai ke 90, dengan skor purata 88.58.
Kaji selidik yang dijalankan oleh Scrap Car Comparison itu turut membuat pendedahan bahawa pemilik kenderaan berpetrol lebih pintar berbanding pemilik kenderaan elektrik (EV).
Pemilik Kenderaan Bewarna Putih
Kagum dengan hasil tersebut, pengkaji turut membagikan pemilik kereta mengikut warna bagi menguji tahap IQ berdasarkan pemilihan fizikal kereta.
Pemandu Kereta ‘Kayangan’ Punya IQ’ Rendah. Foto Via Pexels
Hasilnya, pemilik kenderaan bewarna putih mengungguli tempat pertama manakala tempat terakhir diduduki oleh pemandu kereta hijau dengan IQ 88.43.
Ujikaji tersebut hanya melibatkan pemandu kereta yang berasal dari Britain dengan jumlah lebih daripada 2,000 orang respondan. Oleh yang demikian, pemandu Mercedes di Malaysia tidak perlu khuatir akan tahap kecerdasan mereka dengan dapatan kajian tersebut.
Tapi ini hanyalah sekadar kajian yang dibuat, penulis percaya pemandu-pemandu kereta kayangan di Malaysia ni bijak-bijak semuanya..hiks
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!