Bahulu merupakan antara juadah kuih tradisional yang sangat populardan wajib ada kalau tiba perayaan AidilFitri. Tetapi, kalau diikutkan prosedur asal pembuatan bahulu agak rumit juga kerana perlu dibakar menggunakan oven atau lebih tradisional menggunakan sabut kelapa.
Jangan risau, zaman sudah semakin moden dan terdapat pelbagai teknik untuk korang buat sendiri kuih kegemaran ini. Yang penting adalah ada sedikit kerajinan.hehe
So hari ini kami kongsikan satu resepi bahulu mudah perkongsian Puan Azirah Mukhtar di laman facebooknya.
BAHAN-BAHAN BAHULU SANDWICH YANG DIPERLUKAN
Belek-belek dalam album mahn jumpa la resepi bahulu sandwich maker. Senang tak payah nak keluar sabut bakar. Saya edit kat sini jelah ye. Saya guna blender je.
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula (boleh kurangkan klu xnak manis)
3 biji telur
CARA-CARA
Ads
Ads
1. Blend telur dan gula sampai gebu skit. Baru masukkan tepung..
2. Panaskan sandwich maker, sapu minyak kemudian masukkan adunan tadi..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Facebook Azirah Mukhtar
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sambutan hari ulangtahun kelahiran biasanya diraikan dengan dekorasi kek yang indah bagi menjamu para tetamu yang hadir. Namun, dah jadi trend sekarang apabila muncul pembuat kek yang kreatif dapat menghasilkan pelbagai bentuk dan reka cipta sesuai dengan kehendak pelanggan.
Dapat pula kawan-kawan yang suka menyakat, mahu taknya kek korang nanti macam-macam bentuk jadinya. Hiks!
Terbaru, seorang home baker di Ipoh telah tular di media sosial kerana menghasilkan kek dengan dekorasi cicak atas permintaan pelanggannya.
Perkongsian gambar kek tersebut telah mendapat lebih daripada 12 ribu shares dan 7.2 ribu komen di laman Facebook.
Rata-rata netizen memberikan reaksi mereka di ruangan komen.
Walau bagaimanapun, menurut Halal Foodie, The Slice Ipoh tidak mempunyai sijil halal dan sebahagian kek mengandungi alkohol.
Untuk pelanggan bukan Muslim mungkin tidak ada masalah bagi mereka untuk memesan atau membuat permintaan seperti kek cicak ini. Jadi, tidak perlulah untuk kita timbulkan isu halal atau tidak kerana pelanggan mereka bukan hanya daripada individu yang beragama Islam.
Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan insiden letupan besar yang telah menggegarkan Beirut, Lubnan jelas mengejutkan penduduk dunia, terutama di negara sesaudara Islam seperti Malaysia.
Lebih 100 orang nyawa tak bersalah terkorban dan menyebabkan kecederaan kepada 5,000 rakyat Lubnan.
Malah kejadian yang berlaku di pelabuhan akibat letupan di baja ammonia itu telah mengakibatkan seluruh ibu kota itu terjejas dengan gegaran dan bunyi kuat, sehingga bekalan elektrik terputus di beberapa buah daerah berdekatan.
Terbaru, akibat insiden yang berlaku ini kerajaan Lubnan dibubarkan apabila Perdana Menteri Hassan Diab meletakkan jawatan semalam di tengah-tengah kemarahan di dalam dan di luar kerajaannya berhubung letupan bom ini.
Hassan Diab mempersalahkan ketidakcekapan serta endemik korupsi yang berlaku selama berdekad dalam kelas pemerintahan sebagai punca kejadian tersebut berlaku.
“Hari ini kami tunduk kepada rakyat dan tuntutan mereka supaya mempertanggungjawabkan mereka yang bertanggungjawab kepada bencana yang disembunyikan selama tujuh tahun,” katanya pada perutusan disiarkan saluran televisyen negara itu.
Beliau turut menyalahkan kumpulan elit politik yang ‘korup’ kerana letupan 4 Ogos lalu.
“Kerana itulah hari ini saya mengumumkan pengunduran kerajaan.”
Politik Lubnan dikuasai oleh bekas-bekas panglima perang semasa dalam Perang Saudara yang berlaku pada tahun 1975 hingga 1990 dan mengubah mereka yang berpakaian tentera kepada pakaian sut.
“Rasuah yang mereka lakukan mencipta tragedi ini.
“Antara kita dan perubahan adalah berdirinya dinding yang tebal yang dilindungi oleh taktik kotor,” katanya.
Perkembangan itu berlaku susulan tunjuk perasaan anti-pembaharuan hujung minggu lepas yang ganas yang mana 728 orang cedera dan seorang pegawai polis terbunuh di tengah tindakan keras oleh pasukan keselamatan.
Hassan Diab, yang dilantik pada Disember lalu, adalah Perdana Menteri kedua Lubnan yang meletak jawatan dalam tempoh 10 bulan.
Untuk info, Lubnan merupakan negara terkecil di seluruh benua Asia dengan hanya berukuran 10.452 km persegi.
Letupan 4 Ogos itu berlaku ketika Lubnan sudah pun terheret krisis ekonomi yang menjunamkan nilai mata wang, menyebabkan jutaan rakyatnya hidup dalam kemiskinan dan pada masa sama berdepan wabak COVID-19 yang mengganas.
Jadi mari lah kita doakan agar saudara seIslam kita terus dilindungi oleh NYA.
Siapa sangka muzik atau sebuah lagu boleh menyebabkan rumah tangga menjadi berpecah belah.
Sudah menjadi trend, apabila sesuatu perkara mula trend, ramai turut ingin mengikuti dan meniru trend tersebut tanpa berfikir panjang sama ada ia bakal mendatangkan kebaikan atau sebaliknya.
Jika korang salah seorang penguna aplikasi Tiktok mesti korang perasan dengan sebuah lagu berjudul Mesaytara atau pernah lalu di ‘for your page’ korang.
Awas ya! Lagu sumpahan ini menjadi punca banyak kes penceraian. Halnya hanya sedikit hanya kerana apabila sang isteri memuat naik video pasangan dengan latar lagu Mesaytara ini.
Tapi apa disebalik makna lagu tersebut?
Untuk pengetahuan korang, lagu ini berbentuk provokasi dengan perkataan ‘mesaytara’ ini apabila diterjemahkan membawa maksud‘Saya dominan’yang mana liriknya memberitahu si isteri paling berkuasa dan mampu mengawal serta tundukkan suami
Lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi Syria, Lamis Khan ini pastinya membuatkan si suami berasa malu dan tercabar seolah-olah mereka penakut sehingga mengikut telunjuk isteri lebih-lebih lagi apabila dimuat naik di aplikasi yang menjadi tumpuan untuk berhibur.
Berpunca dengan lagu ini juga di Syria, seorang wanita diceraikan suaminya gara-gara merakam suami yang sedang mencuci pinggan untuk dimuat naik di aplikasi TikTok.
Penyanyi lagu ‘mesaytara’, Lamis Khan
Malah, media melaporkan, rakaman video itu menggunakan latar lagu Mesaytara yang mana apabila diselidik lirik lagu tersebut, ia memberi gambaran seolah-olah lelaki berada di bawah kawalan isteri.
Lagu Mesaytara telah dianggap sebagai lagu sumpahan kerana ini bukan kes pertama berlaku gara-gara sebuah lagu. Di Iraq dan Jordan juga berlaku kes penceraian yang hampir sama apabila si isteri merakam suami membantu melakukan kerja rumah untuk dimuat naik ke TikTok.
Paling tragis, Januari lepas, sebuah majlis perkahwinan di Baghdad juga berakhir dengan penceraian ketika dalam majlis berlangsung apabila isteri memilih lagu ‘Mesaytara’ untuk diperdengarkan khalayak.
Justeru, sebelum upload atau muat naik apa-apa content di media sosial, fikirlah baik buruknya dahulu. Jangan menimbulkan fitnah kepada diri sendiri dan orang lain. Kan tak pasal-pasal kena cerai…huhuhu
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.