Sempena ulang tahun ke-10 penerbitan The Muslim 500 untuk tahun 2019, remaja Palestin yang viral selepas video menampar seorang ahli tentera Israel iaitu Ahed Tamimi diangkat sebagai wanita Islam paling berpengaruh.
Ahed yang baru berusia 17 tahun menerima anugerah ‘Muslim Woman of the Year’ atas keberaniannya berdepan dengan pencerobohan haram tanah di Palestin.
Kisah Ahed yang viral disebabkan penyebaran video tersebut dan kemudian kisahnya yang dipenjarakan untuk sementara waktu oleh tentera rejim itu berjaya membuka mata dunia akan masalah yang dihadapi oleh warga Palestin pada setiap hari.
Ini kerana bukan Ahed saja yang menjadi mangsa tangkapan. Pada tahun 2018 saja, seamai 6,489 orang penduduk Palestin telah ditangkap oleh tentera Israel. Dan daripada jumlah tersebut, 140 orang daripada terdiri daripada wanita manakala 1,063 orang merupakan remaja bawah usia.
Ads
Ahed bersama ayahnya, Bassam dan ibu, Nariman pada Julai tahun ini.
Kisah Ahed tidak sia-sia apabila ia menjadi punca pembongkaran tangkapan tak berdosa di bawah kuasa rejim dan disebabkan itulah, banyak negara seluruh dunia menggesa agar Israel dikenakan tindakan.
*****
Remaja yang bercita-cita menjadi seorang peguam ini terdahulu menjadi viral sebagai seorang ikon aktivism pada tahun 2012 apabila foto dia menggertak tentera dengan satu tumbukan tersebar.
Ads
Ia terjadi apabila tentera Israel cuba untuk menangkap adiknya, dan rentetan daripada peristiwa itu, Perdana Menteri Turki pada iaitu Recep Tayyp Erdogan menjemput Ahed ke Istanbul untuk menganugerahkan sekalung pingat.
Ahed Tarmimi bersama Erdogan.
Pada tahun 2015 pula, timbul video Ahed mengigit tangan ahli tentera kerana adiknya tadi dicekik. Jelas tentera Israel terkejut dengan tindakan Ahed di dalam video tersebut.
Dan kini, Ahed belum berhenti daripada menjadi seorang aktivis remaja. Masih ramai remaja Palestin yang dipenjarakan termasuklah adik-beradiknya sendiri.
Dalam pada itu, The Muslim 500 juga memilih Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Lelaki Muslim Paling Berpengaruh Dunia setelah kecemerlangan beliau kembali memegang tanggung jawab sebagai Perdana Menteri buat kali kedua.
Tun Mahathir berucap di perhimpunan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun ini.
Tahniah Tun & Ahed Tamimi!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mesti ramai yang tertanya-tanya bila agaknya pemberian 150,000 komputer riba bernilai RM150 juta kepada pelajar yang memerlukan ketika belanjawan 2021 diumumkan dulu diterima?
Yelah, sejak kebelakangan ini banyak sekolah yang mula ditutup semula dengan peningkatan jangkitan COVID-19. Hal ini juga membimbangkan ibu bapa dan juga pihak guru.
Terbaru, akhirnya CERDIK mengumumkan sebanyak 13,000 peranti telah diedarkan oleh Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) kepada Pejabat Pendidikan Daerah di beberapa negeri. Dari jumlah ini 1000 telahpun diberikan kepada pelajar yang layak. CERDIK menyasarkan sekurang-kurangnya 50,000 peranti akan diberikan kepada pelajar menjelang penghujung Mei ini dengan bakal 100,000 lagi peranti akan diberikan menjelang September.
Untuk info, CERDIK merupakan inisiatif perintis tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) bertujuan untuk menyediakan akses digital yang terdiri daripada komputer riba, tablet, dan sambungan data kepada murid-murid daripada keluarga berpendapatan rendah.
Inisiatif ini melibatkan sumbangan bernilai RM150 juta daripada 22 GLCs/GLICs.
Alhamdulillah…so lepas ini tak ada la lagi orang ramai mempersoalkan pemberian komputer riba ini dan moga pembelajaran para pelajar pun akan lebih mudah dan lancar.
Bestnya dapat komputer riba!
Sumber: Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Untuk pengetahuan kamu, ramai yang sudah melakukan persediaan untuk menyambut hari kemenangan umat Islam ini. Dan ada juga yang menyimpan niat untuk fokus sepenuhnya pada bulan ini.
Tapi, seorang ahli astronomi Arab Saudi, Khaled al-Zaqaq menerusi video yang disiarkan di akaun Twitter rasminya menyatakan bahawa umat Islam akan menyambut bulan Ramadan dua kali pada tahun 2030.
Hal ini tentu memeranjatkan korang?
Menurut sumber, perkara itu berlaku disebabkan fakta kalendar Hijrah Islam berdasarkan kitaran bulan, manakala kalendar Gregory menandakan laluan Bumi mengelilingi matahari.
Katanya, perbezaan antara dua-dua kalendar itu menyaksikan Ramadan jatuh dua kali dalam tahun Gregorian. Bulan Ramadan pertama pada 2030, kata beliau, akan disambut sekitar 5 Januari iaitu pada 1451 Hijrah sementara sambutan bulan puasa kedua bagi tahun 1452 Hijrah pula dijangka jatuh pada 26 Disember 2030.
30 Tahun Sekali
Tapi ia bukanlah yang pertama berlaku, perubahan ini akan berlaku setiap 30 tahun dengan kali terakhir adalah pada 1997 manakala sebelum itu, puasa dua kali disambut pada 1965.
Menurutnya, fakta itu menyaksikan umat Islam berpuasa 36 hari pada 2030, iaitu bulan penuh 30 hari untuk 1451 Hijrah dan enam hari untuk 1452 Hijrah.
Kalendar Hijrah berlangsung 354 atau 355 hari, bermakna ia tidak sejajar dengan kalendar Gregorian sebanyak 365 hari.
Ini juga membawa maksud Ramadan jatuh pada musim yang berbeza pada setiap tahun dan mengambil masa selama 32 tahun bagi melengkapan pusingan tersebut.
Lapan tahun lagi korang dah umur berapa ye?hehehe
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tarikh 8 Mac pada setiap tahun memberi makna yang cukup mendalam buat kaum hawa apabila mereka diraikan menerusi sambutan Hari Wanita Sedunia.
Gadis remaja pada hari ini bukan sahaja merupakan seorang anak dan bakal menjadi isteri serta ibu satu hari nanti. Gadis masa kini juga merupakan seorang profesional, pemimpin, pencipta dan boleh memegang apa juga gelaran yang mereka idamkan.
Kecekalan para gadis generasi baharu yang berdiri sama tinggi, duduk sama rendah seiring kaum lelaki kian meluas dalam pelbagai aspek; baik dari sudut pembelajaran, kerjaya, mencipta empayar dan tentunya sebagai individu yang berwibawa dalam menentukan hala tuju kehidupan mereka.
Dalam asyik korang mengejar impian, masih diingatkan juga bahawa kejayaan tidak hadir dengan usaha sendiri. Memetik frasa ‘girls’ girl‘ yang popular digunakan sekarang bagi menggambarkan persahabatan yang dipupuk sesama rakan perempuan, gadis zaman ini diingatkan untuk saling meraikan kejayaan bersama dalam persekitaran yang positif.
Pelakon, model dan pelagak aksi yang semakin meningkat naik, Trisha Ooi baru-baru ini ditemui di acara tahunan UA Stronger TogetHER yang dibawakan oleh pengeluar peralatan dan pakaian sukan dari Amerika Syarikat, Under Armour.
Seiring dengan sambutan Hari Wanita Sedunia, Trisha, 25 berpendapat bahawa wanita di Malaysia boleh mengangkat (uplift) dan menyokong satu sama lain dengan memupuk rasa komuniti serta berpasukan yang kuat.
Pelakon, Trisha Ooi.
“Bagi saya, penting bagi kaum wanita untuk tidak melihat antara satu sama lain sebagai pesaing. Kita sepatutnya mewujudkan persekitaran di mana pencapaian diraikan secara bersama-sama.
“Berkongsi kejayaan, tidak kira sebesar atau sekecil mana, dapat memupuk sikap positif dan memberi motivasi kepada orang lain untuk terus berusaha mencapai kejayaan.
“Contohnya seperti moto Under Armour ‘Protect This House’ hari ini yang menekankan kepada kepentingan komuniti. Ia memberi motivasi dan sokongan (buat diri sendiri). Bersama-sama, kita boleh menjadi lebih kuat!” sahut Trisha yang menyarungkan persalinan lengkap Under Armour Meridian.
Trisha atau nama sebenarnya, Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi turut menyeru agar wanita di Malaysia termasuklah dirinya sendiri agar saling memupuk antara satu sama lain agar semua orang menyedari potensi yang ada pada diri masing-masing.
Korang mungkin tidak menyedari betapa kuatnya impak ‘words of affirmation’ atau kata-kata semangat daripada orang di sekeliling dalam memberikan kita perspektif minda yang lebih positif. But it definitely is powerful.
“Dengan memupuk keyakinan diri antara satu sama lain, kita boleh mengatasi keraguan diri (self-doubt). Komuniti gadis di Malaysia akan memperoleh manfaat apabila mereka saling menggalakkan gadis lain untuk mengambil risiko, mencuba perkara baru dan mempercayai kebolehan diri. Sama ada melalui kecergasan, pembelajaran atau kesihatan emosi, kita boleh saling memberi inspirasi untuk menjadi versi diri kita yang lebih baik.
“(Sebagai contoh), wanita dalam industri saya pada hari ini bukan lagi sekadar bergelar pelakon. Kami adalah potret yang dapat menunjukkan bagaimana wanita pada masa kini dapat membentuk kerjaya kami, memperjuangkan hak kami dan memberi pengaruh kepada wanita-wanita lain yang menonton kisah karakter lakonan kami,” katanya.
Bagi yang tidak tahu, Trisha Ooi bukan sahaja merupakan pelakon berkaliber yang pernah diangkat sebagai penerima trofi Pelakon Wanita Harapan Festival Filem Malaysia (FFM) 33 pada Disember tahun lalu.
Malah, Trisha juga sebenarnya sudah lama berkecimpung dalam bidang seni mempertahankan diri (martial arts) dan sering melakukan lagak aksi sendiri sekiranya watak lakonan yang diberikan oleh pengarah menuntut aksi sedemikian.
“Rutin kecergasan saya perlu bersifat dinamik, menyeluruh dan disesuaikan untuk memenuhi tuntutan fizikal dan mental pekerjaan saya. Disebabkan itu, saya merasakan Under Armour Meridian benar-benar menyokong gaya hidup aktif saya sebagai pelakon dan martial artist.
“Fabriknya lembut dan boleh memberi keselesaan semasa latihan yang panjang atau semasa saya mempunyai penggambaran di set (yang memakan masa yang panjang). Saya juga merasakan Under Armour Meridian menyediakan fleksibiliti yang saya perlukan untuk berada pada tahap maksimum sepanjang hari,” katanya.
Beralih kepada cara mengekalkan kecergasan staminanya pula, Trisha menggunakan peralatan Under Armour Training terbaru dan membahagikan rutin kepada tiga peringkat.
Pertama, Trisha memulakan dengan pemanasan badan secukupnya selama 10 ke 15 minit.
Kemudian, Trisha meneruskan dengan beberapa latihan tinju selama tiga pusingan, setiap satu selama dua minit. Latihan ini membantu Trisha mengekalkan stamina dan kekuatan sambil memberikan full body workout buatnya.
Akhir sekali, Trisha akan menamatkan rutin dengan latihan ‘Mind-Body Connection’ yang melatih fokus dan pernafasan. Bagi Trisha, ketajaman mental sama pentingnya dengan kekuatan fizikal.
So girls, jangan lupa untuk meluangkan beberapa minit untuk memberi tumpuan kepada kesedaran diri (mindfulness) dan latihan pernafasan, okay!
Selamat Hari Wanita Sedunia kepada korang semua.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi yang masih ingat lagi kisah tular seorang nenek membaca surah Yasin dan berzikir sambil menunggu cucunya yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)...