Apple telah mengumumkan akan menamatkan peranti iPod Touch yang pernah menjadi kegilaan dalam revolusi mendengar muzik satu ketika dahulu. iPod pertama dilancarkan sekitar tahun 2002 dan ia boleh menyimpan sehingga 1,000 trek lagu. Kini, lebih daripada 90 juta lagu yang terdapat pada perkhidmatan penstriman Apple.
IPod Touch telah direka oleh pasukan sama yang kemudiannya mencipta iPhone, sekali gus membayangi fungsi yang ada pada iPod. Kali terakhir, Apple mengemas kini iPod adalah pada tahun 2019.
Apple tidak akan lagi mengeluarkan produk baharu iPod dan hanya sekadar menawarkan iPod Touch sehingga stok sedia ada habis dijual. Terdapat pelbagai model iPod termasuklah Nano dan Shuffle, tetapi iPod Touch yang dilancarkan pada 2007 adalah model terakhir yang akan dihentikan.
Ramai pengguna iPod berkongsi pendapat di media sosial tentang khabar berita ini dan masing-masing meluahkan rasa serta pengalaman mereka menggunakan peranti muzik tersebut.
To me, the IPOD is the most innovative product of our lifetimes. It led to the changes in the way we communicate, function, and collaborate. It was not 1st in class but it was the most efficient.
— Bhrett McCabe, PhD (@DrBhrettMcCabe) May 10, 2022
Ads
Farewell, #iPod. This was my first Apple device. So many good memories connected with it. Bought it while I was in the UK for the first time in my life as a kid. Had some pocket money saved and on the first city trip got it from the first shop I saw. pic.twitter.com/wvm0x22B1D
— Dmytro Kryvenko (he/him) (@kryvenko) May 10, 2022
Hari demi hari membuatkan ramai pengguna Apple yang beralih kepada iPhone dan ini secara tidak langsung menjadi sebab mengapa jenama ini menghentikan pengeluaran iPod. Pastinya ia memberi nilai sentimental buat pengguna iPod dan jika korang ingin menyimpan gajet ini sebagai kenangan, bolehlah beli iPod Touch selagi stok masih ada.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada asalnya, penulis sekadar ingin meluangkan masa melihat apakah berita dan trend terbaru di Twitter pada hari ini.
Tidak sangka pula, ada fungsi baharu yang muncul di bahagian atas aplikasi tersebut dan ia dikenali sebagai Spaces.
Selepas memperkenalkan Fleets pada tahun lalu sebagai pengganti ‘Instagram Story’ versi Twitter, kini satu lagi fungsi baru mula diuji pada Disember 2020 di kalangan pengguna iOS dan android.
Hanya beberapa pengguna Twitter terpilih dari Barat yang mula mencubanya dan hari ini, barulah kali pertama penulis melihat ia muncul di halaman Twitter peribadi.
Okay, apa sebenarnya Spaces ini?
Jika korang telah memuat turun aplikasi Clubhouse yang membolehkan sekumpulan penggunanya menyertai perbualan audio, Spaces menyerupai fungsi aplikasi tersebut.
Pada halaman timeline korang, Spaces akan muncul bersebelahan dengan Fleets dan ia menunjukkan akaun seseorang yang telah memulakan sesi Space sebagai hos.
Seorang hos boleh menjemput pengikut mereka untuk menyertai perbualan audio di antara hos, ‘speaker’ dan ‘listener’. Hanya 11 orang termasuk hos saja yang dibenarkan bercakap pada satu-satu masa.
Sebagai follower, kita boleh menyertai perbualan tersebut sebagai listener. Sekiranya kita berminat untuk bercakap, kita boleh menekan butang ‘request’ dan memerlukan hos untuk membenarkan kita menjadi salah seorang daripada speaker.
Hos juga dikatakan boleh menarik semula kebenaran untuk seseorang bercakap.
So do not get on the host’s nerves, people!
Beberapa fungsi Spaces yang sempat penulis terokai adalah butang ‘Share via Tweet’ dan ‘Copy Link’ yang memberikan gambaran sesi tersebut boleh disimpan sebagai post di akaun Twitter hos. Bagaimanapun, penulis masih tidak begitu pasti mengenainya.
Korang juga boleh berikan emoji, mirip dalam Instagram Live.
Butang ‘View Captions’ pula membenarkan ‘live chat’ dalam sesi Space, mirip chatroom dalam Instagram Live dan sesi Zoom.
*
Banyak betul fungsi yang sama dengan fungsi yang telah sedia ada wujud di aplikasi lain.
Namun, satu kelebihannya berbanding Clubhouse adalah ia membenarkan pengguna iOS dan Android untuk mencuba, tidak seperti Clubhouse yang masih eksklusif kepada iOS saja buat masa ini.
Beberapa hari lalu, Apple telah pun melancarkan iOS 14 dengan memperkenalkan 10 ciri terbaharu yang bakal digunakan secara rasmi untuk iPhone 12 dan beberapa generasi iPhone terdahulu.
iPhone 6S, 6S Plus dan iPhone SE Generasi Pertama akan mendapat kemas kini sistem operasi berkenaan diikuti iPhone 7 serta iPhone 7 Plus. Pengguna peranti iPhone 8, iPhone 8 Plus, iPhone X sehingga kepada iPhone SE Generasi kedua akan mendapat kemas kini berkenaan apabila ia dilancarkan secara meluas.
Namun begitu, ramai yang berpendapat sejumlah ciri baharu yang diperkenalkan oleh Apple sebenarnya telah lama wujud di dalam sistem operasi Android.
Jom kita lihat antara 10 ciri iOS 14 yang dikatakan hampir sama dengan sistem Android.
1. Mod Picture-in-Picture
Fungsi -in-picture (PIP) adalah ciri baru yang disediakan oleh Apple ke dalam versi iOS 14. Pengguna boleh membuka dua aplikasi sekaligus. Sebagai contoh, korang boleh menonton video dan menggunakan aplikasi lain pada waktu yang sama, di mana video tersebut berubah menjadi kecil dan anda boleh meleretnya ke mana-mana sudut mengikut keselesaan.
Tetapi, kalau korang pengguna Android, anda pasti sudah terbiasa dengan fungsi ini. Fungsi ini telah diperkenalkan secara terbina sejak Android Oreo yang dilancarkan hampir tiga tahun yang lalu.
2. App Library
Apple menambah fungsi App Library dimana ia dilihat sebagai jawapan pihak mereka untuk talam aplikasi yang ada pada peranti Android. Jika diperhati, ia dilihat menggunakan idea asas yang sama dengan talam aplikasi pada peranti Android tetapi diperkembangkan. Melalui fungsi ini, aplikasi akan dikumpulkan secara automatik mengikut kategori dalam satu folder khas. Folder khas untuk aplikasi yang baru dimuat turun, yang kerap digunakan, media sosial, penstriman dan banyak lagi.
Daripada hasil tinjauan amanz.my, didapati ciri ini mirip seperti yang disokong pada talam aplikasi Poco Launcher pada Poco F1 berasaskan Android 8.1 Oreo dua tahun yang lalu. Ciri yang sama turut boleh ditemui pada pelancar Lawnchair tetapi perlu dilakukan secara manual.
3. App Clips
App Clips diaktifkan menerusi imbasan kod QR atau sentuhan NFC sahaja. Demo yang diperlihatkan menunjukkan App Clips digunakan untuk menyewa skuter elektrik dengan pantas tanpa pengguna perlu memasang aplikasi terlebih dahulu. Ciri App Clips adalah sama seperti Instant Apps yang diperkenalkan oleh Google pada tahun 2016 tetapi implementasinya masih belum dapat dilihat secara meluas sehingga hari ini.
4. Widget pada Home Screen
Sebelum ini widget yang disokong sejak iOS 8 pada iPhone dan iPad hanya dipaparkan pada Notification Center. Kini pengguna bebas meletakkan widget di mana-mana skrin yang diingini. Akhirnya pada tahun 2020, iOS mengikuti sistem widget yang telah disokong sejak Android 1.0 lagi.
5. Wind Down Mode
Apple juga membuat peningkatan utama pada iOS 14 dengan memperkenalkan fungsi Wind Down Mode yang direka khas untuk memastikan pengguna mendapatkan tidur yang cukup. Melaluinya, pengguna boleh menetapkan waktu tidur dan bangun mengikut masa yang diinginkan dan peranti akan mengaktifkan mod ‘Do not disturb’ secara automatik.
Ia akan kembali ke mod normal pada waktu pagi ketika pengguna bangun daripada tidur. Difahamkan, terdapat juga pilihan akses pintas untuk meditasi dan bermain muzik yang santai pada fungsi ini.
fungsi ini kelihatan sama dengan fungsi Bedtime Mode menerusi tetapan Digital Wellbeing pada peranti Android sejak 2018. Yang menarik di sini ialah sebelum menggunakan nama Bedtime Mode, ia menggunakan nama Wind Down, dengan kata lain bukan sahaja ciri tetapi namanya juga dipinjam Apple dari Android, Fungsi yang disertakan Bedtime Mode juga lebih pelbagai seperti kemampuan menukar skrin ke monokrom bagi memaksa lagi anda untuk tidur.
6. Translate App
Translate App membolehkan pengguna boleh membuat terjemahan bahasa melalui percakapan dengan mudah. Ia boleh mendengar perbualan dan terus memberikan alih bahasa secara bertulis atau sebaliknya. Ia sama seperti fungsi yang ditawarkan pada Google Translate.
Tetapi Android dilihat lebih setapak ke hadapan kerana telah menawarkan 108 bahasa. berbanding 11 bahasa sahaja di Translate App buat masa ini. Google Translate sudah wujud sejak 2006 dengan aplikasi telefon pintarnya dilancarkan pula pada tahun 2011.
7. Notifikasi panggilan telefon lebih kecil
Apple juga telah mengemaskini untuk paparan notifikasi panggilan masuk dengan saiz yang lebih kecil pada bahagian atas skrin. JSebelum ini, pengguna iPhone akan berhadapan dengan paparan penuh skrin, sekaligus mengganggu pengalaman penggunaan ketika melayari web.
Paparan notifikasi yang bersaiz kecil ini telah disokong pada Android sejak 2014 menerusi Android 5 Lollipop yang diberi nama Heads Up Notification.
8. Antaramuka siri lebih kompak
Apabila diseru, sebuah ikon Siri beranimasi akan dipaparkan pada bahagian bawah skrin yang tidak lagi menutup keseluruhan skrin. Sekiranya pertanyaan diberikan, sebuah skrin kecil pop naik akan memaparkan maklumat yang relevan sekali lagi tidak menutup keseluruhan skrin peranti.
Sekali lagi antaramuka pembantu maya yang lebih kompak ini dipinjam dari Google Assistant yang dilancarkan pada tahun 2016 bagi menggantikan Google Now menerusi Google Pixel. Ia kemudiannya diberikan kepada kesemua peranti Android 6.0 Marshmellow dan ke atas yang menyokong GMS.
9. Menukar aplikasi default pelayar web dan emel
Di iOS 14, Apple akhirnya membenarkan pengguna menukar aplikasi lalai (default) pelayar web dan emel. Selepas 14 iterasi perisian akhirnya ia diberikan sedangkan telah diminta oleh pengguna iOS sejak sekurang-kurangnya 12 tahun yang lalu. Di Android pengguna bebas mengubah aplikasi lalai mereka sejak Android 2.2 Froyo sedekad yang lalu.
10. Carian emoji terbina pada papan kekunci
Ia adalah ciri yang amat-amat diperlukan kerana setakat ini sebanyak 3304 emoji telah diluluskan oleh Unicode. Angka ini akan bertambah setiap tahun sehingga sukar untuk mengikuti perkembangan. Selama ini di iOS pengguna perlu melakukan carian emoji secara manual. Dengan kotak carian emoji terbina, pengguna iOS 14 dapat mencari emoji paling sesuai dengan mesej yang ingin disampaikan.
Bagaimana pula dengan Android? Ciri ini telah disokong di papan kekunci Gboard sejak 2016 dan boleh digunakan peranti Android 4.4 dan ke atas. Gboard lebih maju boleh melakukan carian emoji dan GIF beranimasi serentak.
Walau bagaimanapun, perbandingan ini bukanlah untuk melaga-lagakan pengguna Android mahu pun iOS. Hiks! Ia adalah sebagai info yang mungkin ramai ingin tahu, lebih-lebih lagi kepada pengguna Apple yang bakal menggunakan sistem iOS 14 ini.
Apa-apa pun, sama ada menggunakan iOS atau pun Android, pilihan tetap ditangan korang.
Dalam waktu PKP sekarang ini, kami pasti perkara paling penting yang masyarakat perlukan selain makanan adalah talian internet yang mencukupi bagi memudahkan urusan pekerjaan mahu pun pembelajaran.
Bukan seorang dua yang nak menggunakan internet, malah boleh dikatakan satu rumah bergantung kepada talian internet ketika musim PKP ini.
Untuk melanggan internet di rumah, harganya agak mahal dan bukan semua masyarakat kita mampu untuk membayar komitmen bulanan, malah kebanyakan syarikat telekomunikasi yang menawarkan internet jalur lebar ini mengenakan kontrak selama 2 tahun bagi perkhidmatan mereka.
Namun jangan risau, selain daripada mendapatkan internet jalur lebar daripada syarikat telekomunikasi, korang juga sebenarnya boleh mencuba inisiatif lain seperti yang telah dilakukan oleh seorang pengguna Facebook ini.
Fizie Joe telah pun berkongsi senarai model modem wifi modified unlimited yang korang boleh beli di Shopee atau Lazada dengan harga yang lebih mampu milik, sekitar RM150-RM190.
Apa yang menariknya tentang modem wifi modified unlimited ini adalah korang boleh masukkan sim kad prepaid yang ada langganan unlimited internet. Biasanya, sim kad prepaid unlimited ini tidak boleh digunakan untuk hotspot, atau pun sangat terhad dengan kadar minimum yang ditawarkan. Jadi, memang tidak cukup untuk digunakan seisi keluarga.
Namun, sekiranya sim kad itu dimasukkan pada modem wifi modified unlimited ini, ia secara automatic boleh dikongsi internet tersebut bersama yang lain. Modem wifi ini juga dikatakan boleh support maksimum 30 device. Kalau korang nak connect android box TV juga boleh, capaian internetnya stabil berbanding portable wifi yang kecil.
Antara sim kad yang boleh support dalam modem wifi modified unlimited ini adalah seperti berikut:
Apa yang menariknya jika menggunakan modem wifi ini, korang hanya keluarkan modal sekali sahaja, kira-kira dalam RM150-RM190 untuk beli modem tersebut, selepas itu hanya perlu maintain top-up untuk langganan internet.
Ada pakej internert serendah RM35 setiap bulan, jadi jika korang guna modem wifi ni memang sangat jimat dan berbaloi.
Waktu pandemik sekarang kita kenalah berbelanja dengan bijak. Kalau ada yang lebih murah dan berbaloi, tak salah kita gunakan cara tersebut. Asalkan bukan curi line internet orang kan. Hiks!
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...