Kebelakangan ini, tidak dinafikan memang terlalu kerap kita dengar kes cerai yang terjadi melibatkan artis, pempengaruh dan juga masyarakat di sekeliling kita.
Bagi pasangan yang sudah berkeluarga, sudah pasti ia bukanlah sesuatu yang ‘enak’ didengar kerana kadang-kala kita sebagai orang luar juga terfikir apakah nasib anak-anak apabila kedua ibu dan bapa mereka mengambil keputusan untuk tidak lagi bersama duduk sebumbung.
Seperti yang terjadi kepada industri hiburan tanah air baru-baru ini dihidangkan dengan khabar penceraian yang melibatkan beberapa selebriti terkenal sehingga mengundang persoalan “apakah yang sudah terjadi?” kepada orang ramai.
Ini disebabkan majoriti daripada pasangan tersebut nampak bahagia di media sosial tetapi rupa-rupanya ada kisah duka terpendam.
Hal ini, bukan sahaja memberi impak kepada masyarakat bukan sahaja kepada pasangan yang sudah berkahwin. Malah, bagi individu bujang atau masih belum berkahwin juga turut merasa cuak, risau jika hal seperti ini berlaku kepada mereka satu hari kelak.
Sama seperti pelakon terkenal, Azhar Sulaiman yang mengakui hal sama. Beliau menerusi sebuah perkongsian di Instagram miliknya berkata, dirinya mula sedih, bimbang, dan takut apabila memikirkan isu rumah tangga yang melibatkan rakan-rakan artis.
“Tahun 2024 merupakan tahun yang buruk kepada ramai pasangan selebriti yang telah berpisah. Rasa sedih dan takut mula menyakat minda Behar”
Bapa kepada Kasih Iris Leona itu turut mengakui tahun 2024 seolah-olah menjadi tahun malang buat banyak pasangan selebriti yang telah bercerai.
Menerusi perkongsian sama, video bergambar yang dimuat naik oleh Azhar Sulaiman juga dipenuhi dengan kenangan manis bersama isteri tercinta, Chempaka Emalin Pahamin, serta ketiga-tiga cahaya mata mereka yang melengkapkan keluarga kecil itu.
Sementara itu, melihat di ruangan komen, warga internet dan peminat juga mendoakan agar kebahagiaan terus menyelubungi rumah tangga bekas finalis Hero Remaja 1990/1991 itu bersama isteri tersayang.
Sekadar info, Azhar dan Chempaka telah mengikat tali perkahwinan pada 23 Julai 1995 dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Kasih Leia Ixora, Andika Rees Pahamin, dan Kasih Iris Leona.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyerang sensasi Johor Darul Takzim (JDT), Safawi Rasid terus mencatatkan kejayaan di peringkat Asia selepas dipilih sebagai pemenang Gol Terbaik Sedekad Liga Juara-Juara Asia (ACL).
Safawi memberikan aksi terbaik ketika menentang pasukan Shandong Luneng bagi 2019 AFC Champions League bulan April tahun lalu.
Keputusan itu diumumkan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di laman rasmi mereka. Jaringan yang dihasilkan menerusi sepakan lencong menarik itu mendapat undian tertinggi sebanyak 34 peratus, mengalahkan Sembilan lagi calon lain.
Sepanjang tiga minggu tempoh undian dibuka, Safawi Rasid telah menerima sebanyak 19,933 undian keseluruhan dan Abdulaziz Al Dawsari dari Kelab Al Hilal dikedudukan kedua selepas mendapat 14 peratus undian.
Penyerang berusia 23 tahun ini khabarnya dilamar kelab Liga Portugal, Portimonense SC dan akan meneruskan kariernya di Eropah.
Apa-apa pun kami ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Safawi Rasid atas kejayaan yang dimilikinya. Semoga terus sukses dan mengharumkan nama negara.
Miss Universe Malaysia telah mencuri tumpuan ramai mata yang memandang.
Walaupun 2019 menyaksikan ramai wakil Asia yang kuat bertanding sesama mereka. Dan salah satu faktor yang menyebabkan wakil Malaysia menyerlah adalah kerana gaun yang disarungnya.
AMAZÉ Atelier merupakan pereka fesyen yang semakin meningkat naik semenjak dua tahun kebelakangan ini. Bukan saja kerana idea dan kreativiti yang tidak pernah kering dalam rekaan mereka, malah kami juga menggemari hasil kerja tangan dan detailing kemas terperinci oleh team pereka tersebut.
Maka, tidak hairanlah apabila Miss Universe Malaysia Organization telah memilih AMAZÉ Atelier sebagai pereka fesyen gaun petang yang disarungkan kepada Miss Universe Malaysia 2018, Jane Teoh.
Selalunya, team pereka AMAZÉ Atelier menyiapkan sendiri setiap sulaman pada bahagian bodice dan bawah gaun. Malah, kami juga terdengar yang proses beading pada panel di hadapan bagi gaun ini saja sudah mengambil masa selama sebulan!
Dengan potongan sweet heart neckline dan warna kuning canary, Jane nyata telah mencuri banyak tumpuan di kalangan penonton dan peminat dunia pageantry. Pemilihan warna tersebut membuatkannya menonjol berbanding kebanyakan gaun berwarna perak, rose gold dan keemasan.
Jane juga dilihat bijak membawa diri serta ekspresi wajah di peringkat pemilihan (preliminary round) kelmarin. Congrats Jane! You did us proud.
Selain daripada Jane, tidak ramai peserta lain yang memilih kuning sebagai warna gaun mereka kecuali tiga orang wanita cantik ini. Jom tengok siapa yang menyerlah.
Kami harapkan Jane telah enjoy segala pengalaman yang dikutipnya sepanjang beberapa minggu di Bangkok Thailand. Persediaan pada kali ini nyata semakin baik berbanding tahun-tahun lalu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Poster perlantikan penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai pakar di Universiti Malaya Centre for Continuing Education (UMCced) telah mencetuskan perdebatan ramai pihak di media sosial.
Ini kerana, segelintir netizen beranggapan tidak bersesuaian apabila gelaran itu diberikan kepada Siti Nurhaliza atau lebih dikenali dengan nama Tokti susulan tidak memiliki pencapaian akademik yang tinggi.
Namun beberapa pengguna di media sosial tampil menjelaskan pendapat negatif mereka yang berasa gelaran itu seolah-olah akan merendahkan martabat Universiti Malaya (UM).
Bagi seorang pengguna, Khairunnisa Abdul Karim mempertahankan pelantikan berkenaan walaupun Siti Nurhaliza hanya mempunyai SPM namun ada pengalaman yang banyak dalam industri.
“Ini masterclass bukan program diploma, ijazah atau sarjana. Masterclass banyak diajar oleh “pakar” dalam industri.
“Ada penulis (bukan ada ijazah penulisan), ada pengarah filem (tanpa ijazah perfileman), ada penceramah motivasi (tak ada ijazah psikologi pun). DS Siti dijemput untuk ajar seni vokal bukan ajar teknologi rakaman audio.
“Sama juga dengan penyanyi G-Dragon yang baru-baru ini dilantik jadi pensyarah jemputan di Fakulti Kejuruteraan CIAST untuk ajar subjek kepimpinan bukan ajar teknologi kejuruteraan. Berpada-padalah mengutuk. Tahniah DS Siti Nurhaliza,” katanya.
Bagi pengguna Dem Rembul pula, pakar maksudnya seseorang yang ahli dalam sesuatu bidang sama ada dari aspek pengetahuan atau kemahiran, atau merangkumi kedua-duanya iaitu pakar ilmu dan praktis sekaligus.
“Seseorang yang sudah mengusahakan ladang durian dengan jaya selama 20 hingga 30 tahun boleh dianggap pakar perladangan. Tapi mungkin belum boleh dianggap pakar agrotani.
“Sebab kepakaran praktikal tidak sama dengan kepakaran ilmu yang menuntut asas saintifik yang lebih sistematik. Begitu juga. Seorang pakar sains agrotani berkelulusan PhD belum tentu layak dipanggil pakar perladangan.
“Kerana mempunyai ilmu tani yang tinggi, belum tentu memiliki kemahiran berladang yang efektif,” tulisnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!