Pempengaruh media sosial, Leona atau nama penuhnya Kasih Iris Leona baru-baru ini memberitahu dia nekad untuk memulakan gaya hidup sihat selepas melakukan pemeriksaan kesihatan.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Tiktok, Leona berkata, dia mahu mahu menjadi seorang yang ‘fit’ dan sihat selepas doktor menasihatinya supaya rajin bersenam.
“Saya nak jadi fit dan sihat sebab baru-baru ini ada buat pemeriksaan kesihatan dan doktor minta saya untuk mula bersenam…”
Kredit: Tiktok Leona
Katanya menerusi video yang sama, dia akan cuba menyahut saranan doktor dan demi membakar semangat untuk dirinya sendiri. Leona dilihat membeli beberapa pakaian senaman baru agar dia selesa semasa bersenam.
Ads
“Jadi saya pergi beli beberapa helai baju supaya saya selesa dan akan lebih bersemangat nak bersenam dan korang nak tengok tak?”
Kredit: Tiktok Leona
Anak kepada pelakon terkenal, Azhar Sulaiman itu juga turut menunjukkan beberapa helai pakaian seperti jaket, tshirt, seluar dan sebagainya. Selain itu, dia juga meminta bantuan pengikutnya di media sosial agar memberi rekomendasi pakaian sukan jenama tempatan yang patut dicuba dan pusat gim yang terbaik.
Ads
Di akhir video, Leona juga berharap dia akan bertindak seperti yang sepatutnya dan niatnya untuk menjalani gaya hidup sihat bukanlah sekadar niat…
Ads
Apa pun all the best Leona! Orang kata slowly but surely!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Wanita Islam yang berhijab bukan berhijrah, tetapi mereka sebenarnya kembali kepada Islam. Fenomena penghijrahan artis adalah sesuatu yang amat baik dan positif apatah lagi artis merupakan role model yang sentiasa menjadi perhatian masyarakat.
Penghijrahan yang dilakukan ini diharap akan berkekalan agar dapat membuka mata masyarakat sekeliling untuk kembali ke jalan yang benar sekaligus memilih gaya hidup yang positif.
Mari kita lihat antara selebriti yang berhijrah imej baru-baru ini.
Walaupun posting di laman Instagramnya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan.
Pemenang tempat kedua pencarian Dewi Remaja 2009/2010 itu bukan saja memuat naik empat keping foto baharu yang menyaksikannya berjubah dan mengenakan hijab labuh dalam tona bumi. Izara juga didapati telah memadamkan kesemua foto lamanya kecuali yang melibatkan suaminya, Muhammad Adib Khalid dan anaknya, Irisa Alaia serta beberapa posting lain yang tidak memperlihatkan ‘mahkotanya’ itu.
Benar hidayah itu milik Allah, seleberiti terkenal ini mengakui niatnya untuk berhijab sudah lama sejak tahun lalu lagi. Akhirnya apa yang diimpikan menjadi kenyataan. Dalam pada itu, Nana berkata dalam video yang dikongsi di laman Instagramnya, dia kini terasa begitu tenang semenjak mengenakan hijab.
3. Vicha Saywho
Foto Kredit : Via Harian Metro
Menerusi kenyataannya di media sosial baru-baru ini, Vicha mengambil keputusan untuk mengenakan hijab pada Awal Muharram tahun ini.
Menurut Vicha, dia masih dalam proses untuk membiasakan diri dengan imej berkenaan dan mengharapkan orang ramai mendoakan yang terbaik.
“Bismillah ya Allah. Saya minta tolong kepada untuk doakan yang baik2 yaa saya budak masih belajar insyaallah”
Tampil anggun ayu, selebriti Betty Rahmat kini mengikut jejak kakak-kakaknya dengan mengenakan hijab.
Penghijarahannya bermula selepas mengikuti kelas pengajian agama atas talian, Betty akhirnya terbuka hati untuk menutup aurat sepenuhnya pada awal bulan Ogos lalu.
Menurut Betty dalam satu rakaman di Instagramnya, dia mula terdetik apabila melihat anaknya yang baru usia satu tahun lebih sudah pandai mengaji dan dari situ dia mula mencari sesuatu pada dirinya sehinggalah dia menyedari tanggungjawabnya sebagai wanita Islam untuk menutup aurat.
Fazura juga tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai hijrahnya imejnya namun seperti yang ramai sedia maklum, perubahan imej Nur Fazura Sharifuddin atau Fazura tampak lebih manis sekarang selepas imejnya berhijab. Fasa kehidupan terbaru Fazura itu membiakkan aura positif di media sosial,
Penyanyi lagu Kalis Rindu ini mula berhijab pada pertengahan tahun ini sejak bulan Ramadan lalu. Sejak dari itu, Elyana mengenakan tudung sepanjang postingnya di laman Instagram. Rata-rata peminatnya dan orang ramai mendoakan kesihatannya dan moga penghijrahan ini lebih baik untuknya.
Moga dengan penghijrahan mereka ini dapat membuka hati ramai wanita di luar sana untuk turut bersama menutup aurat. Kami dari pihak REMAJA ingin mengucapkan tahniah dan diharap perubahan mereka dapat menggalakkan ramai lagi wanita mendekati ajaran Islam sebenar.
Sumber: Instagram
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Musuh akhlak remaja bukan lagi pedang tapi skrin di tangan. Begitulah peringatan tegas yang disampaikan dalam Khutbah Jumaat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) minggu ini, yang menyentuh terus ke jantung realiti hidup generasi muda masa kini bahawa ancaman terbesar terhadap akhlak bukan datang dari luar, tetapi dari skrin kecil yang sentiasa digenggam.
Gambar Hiasan Solat Jumaat
Dalam khutbah bertajuk “Akhlak Mulia Pelindung Remaja”, Jakim menegaskan bahawa media sosial kini menjadi ruang utama yang membentuk cara fikir, nilai dan tingkah laku remaja. Apa yang mereka lihat, tonton dan kongsi setiap hari membentuk siapa mereka akan jadi pada masa depan.
“Musuh akhlak tidak lagi datang dengan pedang, tetapi dengan skrin di tangan… Dalam satu hari, ribuan mesej, gambar dan video menembusi hati dan membentuk nilai mereka sebelum kita sempat menegur,” demikian petikan khutbah yang mengajak kita semua berfikir tentang cabaran akhlak remaja zaman digital.
Skrin: Cermin Jiwa Zaman Baharu
Remaja hari ini membesar dalam dunia digital yang serba pantas. Dalam satu klik, mereka boleh berhubung dengan seluruh dunia. Namun, dalam keseronokan itu, ramai yang tidak sedar bahawa skrin juga mampu menjadi racun halus yang menghakis nilai diri.
Jakim mengingatkan bahawa dunia berubah dengan sangat cepat, tetapi nilai moral sedang pudar perlahan. Jika dahulu musuh datang dengan senjata, hari ini ia hadir dalam bentuk hiburan, pengaruh media dan budaya tular yang tanpa sempadan.
Peranan Bersama Mendidik Generasi
Khutbah turut menekankan bahawa fasa remaja adalah waktu pembentukan identiti dan prinsip hidup. Oleh itu, pendekatan mendidik harus berasaskan kasih sayang dan hikmah, bukan kecaman semata-mata.
Memetik Surah At-Tahrim ayat 6, khutbah menyeru agar tanggungjawab membentuk akhlak remaja zaman digital bukan hanya terletak pada sekolah, tetapi juga di bahu ibu bapa dan masyarakat.
Data Kementerian Pendidikan Malaysia menunjukkan peningkatan membimbangkan dalam kes salah laku pelajar — 7,681 kes direkodkan pada 2024 berbanding 3,883 kes pada 2022, dan hampir 70 peratus melibatkan kes buli di sekolah menengah.
“Ini bukan sekadar masalah disiplin yang kita bimbangkan, tetapi tanda ada hati yang sedang sakit dan iman yang sedang melemah,” jelas khutbah itu.
Akhlak Itu Perisai Jiwa
Masyarakat tidak boleh hanya menuding jari kepada remaja. Sebaliknya, semua pihak perlu menilai semula cara kita membimbing dan menjadi contoh. Akhlak tidak lahir dari nasihat semata, tetapi daripada teladan dan kasih sayang yang ditunjukkan setiap hari.
Khutbah turut mengingatkan tentang sabda Rasulullah SAW bahawa Baginda diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Akhlak yang baik bukan sekadar sopan santun di luar, tetapi kekuatan dalaman untuk menolak yang salah dan berani berpegang pada kebenaran walaupun diuji.
“Marah bukan tanda benci, tetapi tanda sayang. Mendidik bukan menghukum, tetapi menyelamatkan,” pesan khutbah itu lagi mengingatkan bahawa mendidik dengan kasih sayang ialah senjata paling berkesan untuk menundukkan godaan dunia digital.
Bangkit Dengan Akhlak, Bukan Ikut Arus
Tanpa akhlak, remaja akan mudah hanyut dalam arus hiburan dan budaya hedonisme. Tetapi jika iman dijadikan panduan, akhlak akan menjadi perisai yang melindungi maruah diri walau di tengah dunia yang penuh ujian.
Khutbah Jumaat ini menutup pesanan dengan nasihat bermakna buat remaja yang menjaga hubungan dengan Allah akan terpelihara maruah dan masa depannya. Akhlak remaja zaman digital perlu dibina atas asas iman, disiplin dan tanggungjawab bersama keluarga, sekolah dan masyarakat.
Dalam dunia di mana skrin menjadi ‘dunia kedua’, pesanan Jakim ini wajar dijadikan peringatan. Remaja bukan sekadar perlu bijak menavigasi teknologi, tetapi juga perlu kuat jiwa, teguh prinsip dan berakhlak mulia. Kerana di tangan yang menggenggam skrin itu, ada dua pilihan menjadi alat untuk kebaikan, atau senjata yang perlahan-lahan merosakkan diri.
Setiap tahun, kuih tepung pelita pasti menjadi pilihan kebanyakan masyarakat Malaysia sepanjang bulan Ramadan. Lebih-lebih lagi Tepung Pelita Paya Jaras yang selalu mendapat permintaan tinggi tatkala bulan puasa.
Namun, masih ramai yang keliru dan tersalah beli kuih ini kerana ia tidak jauh beza dengan kuih-kuih seperti limas dan tako. Ketiga-tiga kuih tradisional ini mempunyai rupa bentuk yang agak sama namun rasanya tetap berbeza.
Apa perbezaan bagi ketiga-ketiga kuih ini?
Kuih Tepung Pelita
Berasal dari Pantai Timur. Diatasnya adalah tepung beras, santan dan garam, manakala bahagian bawah pula tepung beras, gula serta pandan. Cara memasak kuih ini di dalam periuk, tuang ke atas bekas (daun pisang). Teksturnya juga lembut dan cair di mulut.
Berasal dari Selatan Semenanjung, diatasnya tepung jagung, santan dan garam. Dibawah kuih ini pula adalah tepung jagung, gula, pandan dan sengkuang. Cara memasak, tuangkan ke dalam bekas (daun pandan) dan teksturnya pula seperti agar-agar lembut.
Berasal dari Perak, bahan-bahan yang digunakan di atas kuih ini adalah tepung gandum, santan dan garam, manakala dibawahnya tepung gandum, gula dan pandan. Cara membuat, kukus di dalam bekas (daun pisang). Teksturnya lembut dan cair di mulut.
Ha, dah nampakkan perbezaannya? Jadi selepas ini sebelum membeli ada baiknya jika korang tanya terlebih dahulu kepada penjual bahan-bahan kuih yang digunakan. Barulah tak menyesal beli. Hiks!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.