Sana sini orang post minuman viral, Dalgona Coffee. Ditambah senang untuk membuatnya iaitu cuma perlukan 2 sudu nescafe, dua sudu gula dan susu segar selain dua sudu air panas yang mana kesemua perlu dikacau menggunakan sudu, pemukul atau elektrik hand mixer (kecuali susu ya).
Lepas kacau, tuang atas susu sedia ada dan letak ais. Minuman ini dikatakan amat sedap dan tak hairanlah begitu ramai mencubanya dan memuat naik di post di fb, insta dan twitter masing-masing.
Namun selepas minuman ini mulai viral, ada netizen mengadu sukar untuk tidur malam selepas itu. Dah mula menyesal pulak sebab try minum & taubat tak nak buat lagi. Alamak, apa sudah jadi, maybe kafien yang berlebihan kot.
Untuk pengetahuan korang, kafein ini ada baik dan buruknya. Baiknya ialah kafein menenangkan minda. Ia meningkatkan ingatan dan melegakan keletihan.
Pelbagai kajian telah membuktikan bahawa kafein sangat bermanfaat untuk fungsi mental. Satu dos minuman berkafein meningkatkan memori jangka pendek dan meningkatkan kelajuan reaksi anda.
Penyelidik percaya bahawa tiga hingga empat cawan kopi (bersamaan 300 atau 400 miligram kafein) menimbulkan sedikit risiko kesihatan semasa menggalakkan beberapa manfaat kesihatan.
Bukti menunjukkan penggunaan kafein dapat membantu mencegah banyak keadaan kesihatan seperti diabetes jenis 2, penyakit Parkinson, dan penyakit hati.
Ads
Bagaimanapun, orang yang mempunyai tekanan darah tinggi, kanak-kanak, remaja, dan warga tua mungkin lebih cenderung kepada kesan sampingan kafein.
Keburukan kafein
Kajian juga mendapati bahawa kafein dapat meningkatkan tekanan darah seseorang.
Walaupun kenaikan sementara ini tidak disedari, ia mungkin mempunyai kesan buruk apabila mengambil kira kenaikan ini berlaku agak kerap.
Pengambilan kafein selalunya bersama dengan paras glukosa darah yang tinggi. Faktor-faktor ini boleh menyebabkan seseorang mengalami peningkatan risiko penyakit jantung.
Ads
Mengikut pendedahan kajian itu, di samping itu wanita yang minum minuman berkafein mungkin berisiko kehilangan ketumpatan tulang.
Satu lagi masalah dengan kafein adalah potensi penyalahgunaan bahan.
Semakin banyak produk dibungkus dengan kepekatan kafein yang lebih tinggi. Saiz minuman tenaga juga semakin besar dan lebih besar. Masalah ini kelihatan lebih serius dalam kalangan remaja.
Ramai yang telah dimasukkan ke hospital kerana mengambil terlalu banyak kafein tambahan. Simptom penyalahgunaan kafein termasuk gangguan tidur, menggigil, sakit perut, muntah, sakit dada, dan berdebar-debar.
Ads
Apa yang boleh dilakukan mengenai pengambilan kafein anda?
Soalan yang paling penting ialah bagaimana tubuh anda bertindak balas terhadap kafein.
Anda harus bertanya kepada diri sendiri sama ada kafein membuat anda berasa gelisah, cemas atau keletihan. Bagaimanakah corak tidur anda akhir-akhir ini? Bagaimana keadaan kesihatan anda? Adakah anda bergantung kepada kafein?
Apabila ia melibatkan kafein, kesederhanaan adalah perkara terbaik yang boleh anda lakukan.
Jika anda perlu mengambil empat hingga lima cawan kopi hanya untuk melewati hari anda dan masih berasa sia-sia, mungkin sudah tiba masanya untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan.
Jika anda juga mengalami tanda-tanda penuaan yang mengerikan ketika cuba berhenti daripada kafein, pasti ada masalah yang perlu diperhatikan.
Jika kita merasa kehidupan kita susah, ingatlah masih ramai lagi yang diuji dengan kesusahan yang mungkin kita sendiri belum tentu boleh menghadapinya.
Sumber Gambar : Polis Daerah Petaling Jaya
Jika remaja seusianya sedang seronok berehat di rumah ketika musim cuti sekolah tetapi tidak buat adik Muhammad Faisal Nor Faizal Nordin. Baru berusia 14 tahun, remaja ini mengambil peluang cuti persekolahan untuk berniaga burger di tepi jalan di Petaling Jaya untuk mencari duit poket sendiri.
Namun, usaha murninya ini ditimpa malang apabila remaja ini mengalami kerugian selepas beberapa barangan di gerainya dicuri.
Hal ini terjadi sekitar pukul satu pagi baru-baru ini apabila adik Faisal meninggalkan gerainya sebentar untuk ke tandas. Apabila pulang ke gerai semula, didapati telefon bimbit, sejumlah wang tunai dipercayai hasil jualan serta barang-barang niaga didakwa telah dicuri oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Sumber : Facebook Polis Daerah Petaling Jayapolis
Bagi adik ini, apalah lagi yang mahu diharapkannya untuk dijadikan sumber pendapatan, melainkan wang hasil jualan burgernya itu.
Langit tidak sentiasanya mendung, bagaimanapun kes kecurian ini sampai ke pengetahuan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal.
Menerusi satu hantaran di laman Facebook Polis Daerah Petaling Jaya malam tadi, difahamkan Nik Ezanee bersama pasukannya telah bertandang ke gerai burger adik Faisal semalam.
Atas dasar kemanusiaan dan ihsan, pihaknya bersetuju memberi sumbangan berupa sebuah telefon bimbit baharu buat anak muda ini.
Difahamkan, pemberian ‘hadiah’ itu adalah sebagai suntikan semangat buatnya agar cekal dan tabah mendepani cabaran hidup.
Kisah adik Faisal dan Nik Ezanee ini mendapat pujian dan penghargaan daripada segenap warganet, rata-rata mereka memuji kecekalan adik Faisal mencari rezeki pada usia muda serta keprihatinan Nik Ezanee selaku anggota polis.
Sumber Gambar : Polis Daerah Petaling Jaya
Situasi ini mengajar kita semua bahawa slogan ‘Polis dan masyarakat berpisah tiada’ itu bukanlah sekadar kata-kata, tapi ia realiti yang perlu dikota.
Semoga urusan adik Faisal ini dan keluarganya dipermudahkan dan teruskan untuk berbakti kepada kedua ibu bapa kerana insyaAllah hidup akan lebih diberkati. Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan buat Nik Ezanee dan pihak IPD Petaling Jaya atas sumbangan ini.
Kalau ada yang lalu di kawasan adik ini berniaga, sama-samalah kita bantu dengan membeli jualan burger dia.
Penulis yakin masyarakat Malaysia ramai yang prihatin kan?
Di tengah-tengah kemelut politik negara yang berlaku sekarang, netizen tempatan yang mengikuti rapat perkembangan berita terkini terharu sebentar apabila melihat sebuah posting di media sosial.
Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerusi pegawai Istana Negara mengerti akan situasi yang dihadapi oleh rakan pengamal media.
Sejak semalam lagi dan bersambung semula sejak pagi tadi, pengamal media telahpun ‘berkampung’ di pintu masuk Istana Negara Jalan Duta bagi memberikan laporan terkini di media sosial, penstriman secara langsung di televisyen dan di media massa.
Lantas apabila sudah hampir 10 jam di sana, pihak Istana telahpun bergerak ke pintu masuk untuk menyerahkan sedikit makanan berupa ayam goreng Kentucky Fried Chicken (KFC) untuk diagihkan kepada mereka bagi mengalas perut.
SESI akademik 2024/2025 universiti awam (UA) baru-baru ini bermula dengan kemasukan pelajar baharu peringkat sarjana muda yang mendaftar di seluruh negara.
Wajah ceria dan kegembiraan terpancar apabila dapat menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. Kejayaan ke universiti diiringi doa dan harapan agar mereka dapat belajar bersungguh hingga mampu mengubah nasib dan masa depan keluarga.
(Gambar hiasan )pelajar masuk universiti
Malah, tempat tinggal baru di asrama universiti seharusnya menjadi tempat yang selesa dan kondusif untuk para pelajar menuntut ilmu dan beristirahat.
Namun, keadaan beberapa fasiliti asrama di universiti terkemuka di Malaysia mencetuskan kebimbangan apabila didapati terdapat masalah kebersihan dan penyelenggaraan yang serius.
Cat Dinding Kusam Dan Kesan Kulat Bertompok, Realiti Keadaan Asrama Universiti Terkemuka
Salah satu masalah yang paling ketara adalah dinding yang kusam dan kesan kulat bertompok di pelbagai sudut bangunan.
Realiti Keadaan Asrama Universiti Terkemuka
Hal ini selepas seorang pengguna TikTok yang dipercayai pelajar semester pertama di sebuah universiti terkemuka telah berkongsi sebuah video yang memperlihatkan keadaan fasiliti asrama yang cukup daif dan nampak menyeramkan.
Menerusi video tersebut, bermula dengan dinding yang catnya sudah kusam di samping mempunyai kesan kulat bertompok padanya di dalam bilik asrama itu.
Masalah dinding berkenaan turut terjadi di kawasan beranda dan juga tandas yang mana menjadikan ia tampak usang seperti sudah lama ditinggalkan.
Kipas dinding tanpa penutup pula bersaiz kecik sekaligus tidak dapat menyejuk keseluruhan bilik seperti yang diharapkan. Ruangan bilik yang kecil ini juga jadi lebih padat apabila barangan mula dibawa masuk.
Cermin tandas yang disediakan juga dipenuhi kesan hitam yang tidak dibersihkan bagi kegunaan pelajar.
Secara keseluruhannya, persekitaran sangat tidak kondusif untuk diduduki apatah lagi fasiliti yang tampak usang menjadikan ia tidak selamat digunakan oleh para pelajar yang menetap di asrama universiti itu.
Pelajar itu langsung menyoal adakah setakat ini sahaja standard universiti dalam menyediakan fasiliti asrama kepada para pelajar di sana. Mana mungkin mereka tidak marah kerana perlu membayar yuran ratusan untuk menduduki astama tetapi setakat ini sahaja kualiti yang diterima.
Perkongsian pelajar bernama Amirah Amri di platform TikTok ini telah meraih perhatian netizen di mana majoritinya sangat terkejut melihat keadaan fasiliti asrama yang disediakan oleh pihak universiti terkenal itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.