
Baru-baru ini, KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa kecewa dan kebimbangan terhadap insiden rogol yang dilaporkan berlaku di sebuah sekolah di Alor Gajah, Melaka sekaligus memberi peringatan bahawa sekolah seharusnya menjadi tempat yang selamat dan mendidik, bukannya ruang yang menimbulkan trauma kepada anak-anak.
Menerusi sebuah perkongsian di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan yang berlangsung di Istana Negara pada 14 Oktober apabila Seri Paduka Baginda berkenan menerima menghadap Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek.
Turut hadir dalam sesi itu ialah Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad; Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Dasar dan Kurikulum), Dr Rusmini Ku Ahmad, serta Pengarah Pendidikan Melaka, Mahfudzah Mohamed Noor.
BACA: Kes Rogol Pelajar : KPM Benarkan Calon SPM Terus Menduduki Peperiksaan
BACA: Kes Rogol Pelajar: Netizen Luah Rasa Tidak Puas Hati, Persoal Keputusan KPM Benarkan Empat…


Difahamkan, sesi yang berlangsung hampir dua jam itu bukan sekadar perbincangan rasmi, tetapi satu ruang untuk Baginda berkongsi pandangan jujur dan penuh keprihatinan tentang keadaan semasa dunia pendidikan. Selain itu, Baginda turut menyentuh isu disiplin pelajar, peranan aktif Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), serta pengaruh media sosial yang kian mencabar moral dan fokus pelajar hari ini.
Pada masa yang sama, Raja Permaisuri Agong turut mengimbas kembali kempen TinDak (Tindak Demi Anak Kita) yang dilancarkan oleh Johor Women’s League (JEWEL) pada Mei 2017 iaitu satu inisiatif yang menekankan perlindungan kanak-kanak daripada penganiayaan dan gangguan seksual. Baginda percaya kempen itu boleh dijadikan inspirasi untuk pendekatan baru dalam menangani isu keselamatan pelajar di sekolah.
BACA: Cinta Ditolak Jadi Punca Pelajar 14 Tahun Tikam Rakan Sekolah
BACA: “Dia Cuma Pergi Sekolah…” Pelajar Tingkatan 4 Maut Ditikam Pelajar Tingkatan 2 di Bandar Utama
“Kementerian Pendidikan boleh melihat kepada keberkesanan modul di bawah kempen TinDak dalam usaha mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih selamat serta penglibatan secara bersama ibu bapa,” titah Baginda.


Sementara itu, dalam nada tegas namun berjiwa rakyat, Baginda turut menitahkan agar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk menjalankan kajian mengenai pengaruh media sosial terhadap murid dan pelajar. Langkah ini dilihat penting untuk memahami bagaimana dunia digital membentuk tingkah laku dan kesejahteraan mental generasi muda dalam jangka masa panjang.
Baginda juga sempat menekankan perlunya sekolah dan ibu bapa bergerak seiring dengan perubahan zaman.
“Sekolah juga perlu sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan penggunaan internet serta media sosial di rumah dan sekolah, serta menilai semula cara untuk seiring bersama arus masa kini,” titah Baginda.
Intihanya, titah Baginda menjadi peringatan besar buat semua pihak khususnya isu keselamatan pelajar bukan sekadar angka atau laporan, tetapi soal masa depan anak bangsa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!









