Suasana tenang di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama pagi tadi bertukar menjadi detik tragis apabila seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat maut selepas ditikam oleh pelajar lelaki Tingkatan Dua, sekitar jam 9.30 pagi.
Menurut sumber Sinar Harian, pelajar lelaki berusia 14 tahun itu dipercayai membawa senjata tajam jenis pisau ke sekolah sebelum menikam mangsa di luar kelas, dalam kawasan sekolah tersebut.
Tragedi di waktu pagi
Insiden yang berlaku ketika waktu persekolahan itu menyebabkan pelajar dan guru yang berada berhampiran panik dan cuba membantu mangsa. Namun, pelajar perempuan terbabit disahkan meninggal dunia akibat kecederaan serius sebelum sempat diselamatkan.
Difahamkan, suspek turut menikam seorang lagi pelajar, namun mangsa kedua dilaporkan sedang menerima rawatan lanjut di hospital.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, mengesahkan kejadian dan menyifatkannya sebagai sesuatu yang “sangat menyedihkan dan mengejutkan”.
Ads
“Kita sahkan mangsa merupakan pelajar berusia 16 tahun yang meninggal dunia akibat tikaman.
Suspek sudah ditahan, dan motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Kempen Anti Buli hari ini.
Siasatan masih dijalankan
Ketika ini, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat bersama pasukan penyiasat berada di lokasi untuk menjalankan siasatan lanjut.
Ads
Pihak polis belum mendedahkan sebarang motif sebenar, namun menegaskan bahawa kes ini akan disiasat secara menyeluruh termasuk aspek latar belakang suspek, hubungan antara mangsa dan suspek, serta kemungkinan faktor tekanan emosi.
Remaja dan realiti yang semakin menakutkan
Kes seumpama ini membuka semula perbincangan besar tentang kesihatan mental, pengurusan emosi, dan keselamatan sekolah.
Ads
Bila pelajar semuda 14 tahun mampu membawa senjata tajam dan mencederakan rakan sendiri, ia bukan sekadar isu disiplin — ini amaran keras bahawa sistem sokongan emosi remaja kita sedang longgar.
Remaja hari ini berdepan tekanan pelbagai arah — media sosial, akademik, persekitaran toksik, dan kadang-kadang, tiada tempat selamat untuk luah rasa.
Kalau perkara sekecil salah faham boleh berakhir dengan kehilangan nyawa, jelas kita perlu tanya semula — adakah sekolah kita benar-benar selamat untuk jiwa anak muda?Titik refleksi untuk semua
Kita selalu dengar tentang kempen “anti-buli” atau “say no to violence”, tapi tragedi hari ini membuktikan — kesedaran sahaja tak cukup.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas hampir tujuh tahun menuntut keadilan, ibu kepada mendiang model Belanda, Ivana Esther Robert Smit akhirnya memperoleh kemenangan dalam saman sivil yang difailkannya terhadap pihak berkuasa Malaysia.
Menurut laporan Harian Metro, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29 Julai 2025 memutuskan bahawa terdapat unsur kecuaian dalam siasatan kes kematian anaknya, dan kerajaan diperintahkan membayar ganti rugi berjumlah RM1.1 juta.
Hakim Roz Mawar Rozain dalam penghakimannya menyatakan bahawa pihak polis telah gagal menjalankan tanggungjawab mereka secara telus dan profesional, terutamanya dalam pengurusan tempat kejadian, pemeliharaan bukti dan pelaksanaan siasatan forensik. Kegagalan ini, menurut beliau, bukan sahaja menyebabkan keadilan terabai, malah turut memperlihatkan kelemahan serius dalam sistem siasatan jenayah negara.
Unsur kecuaian dalam siasatan kes
Saman sivil ini difailkan oleh ibu mendiang, Christina Carolina Gerarda Johanna Verstappen, pada 20 November 2020. Antara yang dinamakan sebagai defendan termasuk Ketua Polis Negara (KPN), pegawai penyiasat Asisten Superintendan Faizal Abdullah, Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia.
Lebih mengejutkan, mahkamah turut mendapati bahawa pihak polis tidak mematuhi perintah Mahkamah Tinggi yang dikeluarkan pada tahun 2019, yang mengarahkan siasatan semula dijalankan selepas keputusan inkues terdahulu diklasifikasikan sebagai “kemalangan”.
PEGUAM Datuk SN Nair pada sidang media selepas memenangi kes mendiang Ivana Esther Robert Smit terhadap Polis, Menteri Dalam Negeri di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. FOTO Fathil Asri
Mahkamah pada ketika itu telah menetapkan bahawa kes kematian Ivana perlu diklasifikasikan semula sebagai “kematian akibat perbuatan individu yang dikenali atau tidak dikenali”.
Dalam kes yang mendapat liputan luas antarabangsa ini, Ivana, yang ketika itu berusia 18 tahun, ditemui mati selepas jatuh dari tingkat 20 sebuah kondominium di Kuala Lumpur. Sebelum kejadian, beliau dikatakan menghadiri satu parti bersama sepasang suami isteri warga asing. Namun, banyak persoalan timbul berhubung keadaan sebenar yang membawa kepada kematiannya, termasuk kegagalan pihak berkuasa mengambil kira bukti forensik seperti laporan toksikologi dan keterangan saksi utama.
Hakim Roz Mawar turut menyifatkan bahawa siasatan yang dilakukan adalah “jauh daripada piawaian yang sepatutnya dijangka daripada seorang pegawai penguat kuasa undang-undang.” Tambahnya lagi, tindakan pihak polis dalam kes ini merupakan satu bentuk “penyalahgunaan kuasa dalam jawatan awam” (misfeasance in public office), yang menunjukkan betapa pentingnya integriti dan ketelusan dalam menjalankan siasatan.
Mahkamah juga mengarahkan:
Pegawai penyiasat sedia ada disingkirkan daripada pasukan petugas.
Polis menyambung semula siasatan kes.
Laporan perkembangan siasatan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) setiap tiga bulan.
Sebagai generasi muda, kita perlu sedar bahawa sistem keadilan bukanlah kebal daripada kesilapan. Tetapi dengan ketegasan, keberanian dan fakta yang jelas, kebenaran tetap boleh ditegakkan, walau mengambil masa bertahun.
Kontinjen Malaysia pada temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 baru-baru ini berjaya menuai pingat pertama apabila atlet olahraga, Eddy negara Bernard menyumbang gangsa menerusi acara 100 meter (m) lelaki T44 (kecacatan fizikal) di de de France, hari ini.
Atlet asal Sabah ini, berlari di lorong ketiga bermula dengan baik di awal perlumbaan namun kehilangan sedikit momentum di tengah saingan sebelum berjaya melintasi garisan penamat dengan catatan 11.58 saat (s).
Lebih manis, kejayaan atlet berusia 23 tahun itu pada penampilan sulung di pentas Sukan Paralimpik turut memecahkan rekod Asia milik wakil Sri Lanka, Indika Gamage iaitu 11.75s pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Kobe, Jepun.
Eddy juga mengatasi catatan masa peribadi terbaiknya 11.77s ketika membawa pulang pingat perak pada kejohanan berprestij dunia di Kobe itu.
Dalam pada itu, pingat emas disambar wakil Afrika Selatan, Mpumello Mhlongo dengan catatan 11.12s manakala pingat perak menjadi milik atlet Cuba,Yamel Luis Vives Suares dengan masa 11.20s,
Sekadar info, sukan Paralimpik Paris 2024 bermula 28 Ogos lepas sehingga 8 September ini.
Sumber berita dan gambar: BERNAMA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, anak sulung kepada pelakon Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin sekali lagi meraih perhatian apabila mendapat pencapaian cemerlang dalam pelajaran sekaligus meraih Anugerah Pengetua.
Kejayaan yang menggembirakan tersebut dikongsi sendiri oleh Rita Rudaini (48) menerusi Instagram dan pelakon Mami Jarum itu turut meluahkan rasa bersyukur di atas pencapaian anaknya.
“Alhamdulillah. Rayyan dapat anugerah pengetua lagi hari ini”
“Terima kasih homeroom Rayyan, Mummy Ustazah Nor Faiza, wakilkan untuk Rayyan. Fly high Ryan,” coret Rita menerusi perkongsian gambar di Instagram miliknya.
Bak kata pepatah, sejuk perut ibu mengandung. Turut tercatat keputusan Purata Nilaian Gred (GPA) yang diraih Rayyan iaitu 3.842 menunjukkan dia merupakan seorang yang bijak dan sering mencatat rekod cemerlang bukan sahaja dalam lapangan sukan, malah memiliki pencapaian akademik yang mengagumkan.
Terdahulu, Rayyan yang menuntut mengikuti aliran Ulul Albab di Maktab Rendah Sains MARA Sungai Besar meraih GPA 3.99 dan turut disenaraikan sebagai 10 pelajar terbaik bagi Tingkatan Dua pada tahun lalu.
Dalam pada itu, warga internet turut menitipkan ucapan tahniah buat Rayyan dan Rita serta menjadikan kejayaan diraih remaja itu sebagai inspirasi yang boleh dijadikan contoh untuk rakan sebayanya.
Selain itu, Rayyan juga difahamkan telah meleburkan beberapa rekod balapan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Sabak Bernam 2024 baru-baru ini. Selain mensasarkan keputusan CGPA 4.0, Rayyan juga berdoa agar berjaya bergelar Huffaz Al-Quran dalam tempoh dua tahun lagi semasa di Tingkatan Lima.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!