Susulan isu empat pelajar yang didakwa terlibat dengan kes jenayah serius, termasuk rogol, namun masih dibenarkan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini telah mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan masyarakat.
Kes ini timbul selepas empat pelajar lelaki berusia 17 tahun di Alor Gajah, Melaka didakwa merogol rakan seorang pelajar perempuan Tingkatan 3 di sebuah sekolah menengah. Walaupun berdepan pertuduhan di mahkamah dan ditahan reman, mereka dilaporkan akan tetap diberi ruang untuk menduduki peperiksaan utama itu.
Kredit foto: FB KPM
Jaminan Hak Pendidikan Semua Pelajar
Menurut sebuah kenyataan rasmi yang dikongsikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 12 Oktober lalu menegaskan, bahawa hak pendidikan tidak boleh dinafikan kepada mana-mana pelajar.
Selain itu, jelas hak tersebut dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan (Perkara 12) serta Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), termasuk kepada mereka yang sedang menunggu proses perbicaraan, tahanan penjara, atau yang berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Walaupun begitu, masyarakat awam mula membanjiri media sosial dengan pelbagai reaksi yang memperlihatkan kebimbangan mereka. Ramai berpendapat, jika benar pelajar berkenaan perlu menduduki peperiksaan, ia harus dijalankan di lokasi khas seperti penjara atau sekolah pemulihan Henry Gurney, bukan di sekolah asal mereka.
Ads
Memetik komentar salah seorang pengguna media sosial seperti @nyssapotter_ memberi pendapatnya berbunyi, “Jangan sesekali bagi mereka jejak sekolah mereka. Biarlah ambil peperiksaan di tempat khas.”
Seorang lagi pengguna, @ernyfazleena juga turut menyuarakan pendapat senada, “Nak jawab SPM boleh, tapi dalam Henry Gurney la, bukan dekat sekolah yang sama. Baru ada keinsafan sikit.” Di mana, pandangan ini turut disokong oleh orang ramai yang bimbang keselamatan serta kesejahteraan pelajar lain, khususnya pelajar perempuan.
Hak Pendidikan Di Bawah Perlembagaan
Namun, terdapat juga suara yang cuba meluruskan perbincangan seperti seorang pengguna bernama Mohd Firdaus Jailan mengingatkan orang ramai bahawa hak pendidikan dilindungi perlembagaan.
Ads
“Kepada yang salahkan menteri, bacalah perlembagaan dahulu. Sebab itu, banduan dalam penjara pun boleh dapat ijazah sampai PhD. Nak marah guna otaklah,” katanya.
Pada masa yang sama, terdapat beberapa pihak yang meluahkan ketidakpuasan hati terhadap pendekatan KPM yang dianggap terlalu ‘lembut’.
Tuntutan Ketegasan Terhadap KPM
Pengguna @rosearaslan yang menerima ratusan tanda sokongan di media sosial pula menegaskan, “SPM nak ambil, ambil di balai polis, jangan sekali dengan budak lain. Kau sanggup ke kalau anak perempuan kau sekelas dengan rapist?”
Ads
Sebahagian lain pula mempersoalkan keutamaan KPM dalam mengeluarkan kenyataan terbuka mengenai perkara ini.
“Sepatutnya dia tak perlu sebut sesuatu yang bermanfaat buat pesalah. Talk more about punishment, talk more about plan for the mangsa,” kata seorang pengguna bernama @hasif_one.
Sementara itu, walaupun undang-undang jelas menetapkan hak pendidikan, perdebatan ini menunjukkan jurang besar antara prinsip perlembagaan dengan realiti sosial masyarakat. Bagi sesetengah pihak, isu keselamatan dan keadilan terhadap mangsa harus diangkat seiring dengan hak pendidikan tertuduh.
Intihanya, kes ini bukan sahaja menimbulkan persoalan tentang pelaksanaan hak pendidikan, tetapi juga mencabar KPM untuk mencari keseimbangan antara memberi peluang kepada pelajar yang sedang berdepan pertuduhan dan memastikan perlindungan serta keadilan kepada mangsa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai yang menganggap vending machine atau lebih dikenali sebagai mesin ‘gedegang’ adalah tempat menjual air atau makanan ringan yang praktikal, tapi sebenarnya ia adalah mesin layan diri.
Di Malaysia, mungkin kita sudah terbiasa melihat minuman atau makanan segera yang dijual melalui mesin ‘gedegang’ ini tetapi jika di luar negara, sebenarnya ada banyak lagi benda yang dijual di vending machine ini termasuklah barang keperluan harian seperti bahan masakan atau penjagaan diri.
Namun, seorang lelaki yang dikenali sebagai Omar Faayiz telah pun berkongsi informasi tentang vending machine yang dijumpainya menjual produk skincare.
Menggelarkannya ‘mesin tikam skincare’, vending machine ini turut dinyatakan berada di lokasi First Avenue, Penang.
Hal ini mendapat perhatian netizen, dan ada yang menganggap ia merupakan tindakan berani yang dilakukan penjual dengan mempertaruhkan barangan dagangan seperti skincare.
Malah, ada yang menjelaskan bahawa perniagaan hijab juga sudah dibuat melalui vending machine.
Wah, jika banyak lagi vending machine seperti ini di serata Malaysia, sudah tentu ia sangat memudahkan pengguna dan dapat dibeli pada bila-bila masa sahaja.
Tidak hairanlah kerana negara luar banyak yang sudah menggunakan teknologi ini, jadi mengapa tidak ia turut digunakan di negara kita bukan?
Masalah bekalan air sedikit sebanyak boleh membuatkan rakyat Malaysia stres, terutamanya mereka yang tinggal di Lembah Klang dan Selangor. Satu fenomena yang mana kita dapat melihat secara mendadak penjualan tong-tong besar hampir di kesemua kedai dan pasar raya laku keras.
Malah, ada juga peniaga yang mengambil kesempatan untuk menaikkan harga tong-tong ini kerana walau apa saja harga yang ditawarkan pasti akan dibeli oleh pelanggan dek kerana ingin menyimpan stok air dalam kuantiti yang banyak.
Namun perkongsian bijak dari Mohammed Zakir Husin Mohammed Zahid suatu masa dahulu nampaknya masih relevan untuk digunakan sebagai bekas simpanan air demi keperluan sekeluarga. Hanya menggunakan plastik besar, kita dapat menjimatkan wang berpuluh ringgit daripada membeli tong air.
Teringat ketika menghadiri sebuah majlis kenduri kahwin yang menggunakan inisiatif simpanan air dalam plastik kanvas tapi menggunakan batu bata untuk memudahkan kerja membasuh pinggan, Mohammed Zakir Husin mendapat idea untuk menggunakan bakul baju dan plastik yang diikat.
Idea macam ni cukup menjimatkan dan tidak perlu kos yang tinggi kerana hanya menggunakan barangan yang sedia ada di rumah. Tambahnya lagi, dengan simpanan air yang menggunakan enam buah bakul baju mampu bertahan untuk bertahan selama tiga hari.
Dengan perkongsian bijak ini sekurang-kurangnya dapat memberi insipirasi kepada masyarakat dalam menangani masalah bekalan air. Ia juga dilihat sebagai salah satu usaha dalam mengurangkan perbelanjaan yang mungkin mencapai sehingga ratusan ringgit untuk mendapatkan sebuah tong air besar.
Apa lagi, jom buat wey!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kami yakin setiap kali jenama kopi premium Starbucks buat promosi, pasti ramai yang excited nak mendapatkannya kerana harga yang ditawarkan biasanya jauh lebih murah. Betul tak?
Terbaru, Starbucks bersama Touch n Go eWallet telah pun membuat satu promosi dimana korang boleh mendapatkan harga minuman di Starbucks serendah RM2.50 dengan bayaran yang dibuat melalui Touch n Go eWallet.
Menarik bukan?
Bermula 15 September sehingga 14 November 2019, semua pengguna Touch n Go eWallet boleh membeli satu (1) minuman promosi seperti yang disenaraikan di bawah dengan menggunakan fungsi “Pay” pada Touch n Go eWallet.
Green Tea Frappucino Blended Coffee (Grande) RM8.00 nett
Syarat pembelian
• Ianya hanya tertakluk untuk satu (1) pembelian bagi setiap transaksi
• Terhad kepada 230,000 minuman promosi terawal di seluruh cawangan Starbucks
• Tidak sah dengan mana-mana promosi, diskaun, baucar atau Starbucks Rewards
• Tidak termasuk bagi perkhidmatan Starbucks Delivers, Drive Through lane atau untuk menambah minuman lain
Okay la tu, kalau nak tunggu orang belanja macam lambat sangat kan. So, dengan promosi ni korang boleh dapatkan minuman Starbucks dengan harga yang lebih murah. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!