Patut la kening orang India semuanya cantik macam dicacah tatu, rupanya 6,000 tahun lalu dorang dah praktik!
Bulu Kening ni boleh dikatakan menjadi faktor paling utama untuk menyerlahkan penampilan korang tiap hari. Apalah gunanya solekan tebal sekalipun kalau bahagian bulu kening tak diberikan keutamaan betul tak?
Sama ada kamu membentuknya dengan mencabut sendiri, mencukurnya, menggunakan kaedah waxing atau juga threading. Teknik threading kening ini antara teknik tradisional dalam membuang bulu wajah berlebihan (yang bersifat sementara) dengan hanya menggunakan benang kapas dan pergerakan tangan.
Ads
Teknik Tradisi Wanita India Sejak 6,000 Tahun Lalu
Tahu tak teknik threading bulu kening ini dah digunakan oleh wanita India sejak 6,000 tahun yang lalu lagi, kemudian teknik ini tersebar ke negara di timur tengah sehinggalah ke negara-negara barat yang lain. Teknik threading sejak zaman kuno ini masih diguna pakai sehingga hari ini.
Peragawati adik-beradik popular, Bella Hadid dan Gigi Hadid merupakan sebahagian daripada model yang memberanikan diri dengan gaya rambut terbaru di pertunjukan fesyen Marc Jacobs musim luruh 2022.
Bertempat di perpustakaan awam New York City, model-model yang berjalan untuk Jacobs telah memeranjatkan ramai tetamu di sana dan mereka yang menontonnya secara live menerusi media sosial; bukan disebabkan stail koleksi yang mereka sarungkan tetapi kerana gaya rambut futuristik.
Bella HadidGigi Hadid
Ia merupakan kombinasi gaya mullet dengan bahagian sisi yang dicukur kemas. Sekali imbas, penulis terus teringat dengan imej karakter dalam filem ‘Girl With The Dragon Tattoo’!
Bella HadidGigi Hadid
Adakah sememangnya Bella, Gigi dan model lain sanggup komited untuk menukar kepada gaya rambut mullet?
Well, ia hanyalah rambut palsu yang ditata rias oleh penata gaya popular merangkap artis protestik, Duffy yang bertugas untuk pertunjukan fesyen Marc Jacobs ini. Prosesnya memerlukan model untuk dipakaikan ‘kulit sintetik’ untuk mendapatkan imej botak dahulu.
Kemudian barulah rambut palsu khas ditempatkan pada kepala. Namun, ia memang nampak seperti rambut asli kan!
Tambahan pula, cara Bella dan Gigi yang menutup kepala dengan ikatan jaket serta topi sewaktu pulang menyemarakkan lagi spekulasi para model di pertunjukan fesyen Marc Jacobs benar-benar mencukur rambut.
Selain gaya rambut lain daripada lain ini, kening model juga dilunturkan warnanya (satu trend yang semakin boleh diterima sekarang) demi membiarkan wajah serta pakaian mereka tambah menonjol.
Ini bukanlah kali pertama gaya model di pertunjukan fesyen mengejutkan tetamu yang hadir. Januari lalu, koleksi Viktor & Rolf juga telah menarik tumpuan disebabkan gaya bahu seakan pakaian watak Drakulanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kecantikan dan kaum hawa memang tidak dapat dipisahkan.
REMAJA terpanggil untuk berkongsikan ‘rahsia’, tip dan amalan kecantikan secara semulajadi yang boleh diamalkan mengikut anjuran Islam tanpa perlu mengeluarkan sebarang ‘kos’.
Malah, pastinya memberikan ‘result’ yang didambakan sekiranya korang rajin dan konsisten melakukannya!
1. Amalkan Bangun Pagi Dan Mandi Sebelum Subuh
Ramai antara kita yang terlepas pandang ‘hikmah’ disebalik bangun seawal pagi dan amalan mandi sebelum subuh, malah perkara ini amat dianjurkan oleh Islam.
Jika hijabi memiliki lingkaran hitam di bawah mata, adalah disarankan untuk mandi dengan menggunakan air sejuk. Ini demikian kerana ia dipercayai dapat mengurangkan kegelapan di bahagian bawah mata.
Selain itu, mandi diawal pagi ini akan memberi manfaat kepada kuku, dengan menjadikan kuku lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Malah, kulit juga akan menjadi lebih lembut dan halus.
2. Minum Segelas Air Putih Sebelum Menggosok Gigi
Satu lagi tip yang patut menjadi amalan dan sangat disyorkan dalam Islam adalah, minum segelas air masak bersuhu bilik sebelum dan selepas bangun tidur, untuk lebih mujarab lagi, air tersebut perlulah diminum sebelum menggosok gigi. Ini kerana enzim-enzim di dalam mulut sebaik sahaja kita bangun tidur mengandungi khasiat yang buaik untuk kulit.
Caranya, kemam seketika air tegukan pertama di dalam mulut. Baca selawat sebanyak tiga kali di dalam hati, kemudian barulah disusuli dengan menelan air didalam mulut dan habiskan meneguk air di dalam gelas tadi.
3. Tadah Air Sambil Baca Selawat
Untuk mendapatkan kulit wajah yang bersih tanpa cela pula, Hijabi boleh amalkan membaca selawat terlebih dahulu sebelum menadah air pada telapak tangan. Amalan ini boleh dilakukan ketika mahu membasuh muka atau sewaktu mengambil wudhu’.
Baca selawat terlebih dahulu sebanyak tiga kali, kemudian hembuskan bacaan tersebut pada air dan usap air itu pada wajah bermula dari dagu naik ke atas hingga dahi. Ulang langkah sama tiga kali. InshaaAllah jika diamlkan pasti nampak perbezaanya kelak!
Nak cantik kena ada usaha sis! Jom sama-sama kita amalkan, InshaAllah pahala dapat cantik pun dapat.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah persediaan yang memakan masa berbulan lamanya, akhirnya pereka fesyen Hatta Dolmat boleh menarik nafas lega pada hari ini.
Pada acara anjuran organisasi Miss Universe Malaysia pada hari ini, Hatta, 39 telah diumumkan sebagai pereka fesyen terpilih bagi mempersiapkan kostum kebangsaan dan busana gaun untuk Miss Universe Malaysia 2022, Lesley Cheam yang bakal bertanding tidak lama lagi.
Ini merupakan kali pertama Hatta terlibat dalam dunia ratu cantik dan platform apa lagi yang lebih eksklusif melainkan pentas Miss Universe.
Sewaktu ditemui oleh REMAJA pada acara berkenaan, Hatta menjelaskan serba sedikit mengenai inspirasi di sebalik rekaan kostum kebangsaan yang dinanti-nantikan oleh ramai pihak ini.
“Pada peringkat awal, saya telah siapkan beberapa lakaran dengan mengambil idea wayang kulit, wau bulan, burung Kenyalang, rama-rama, Raja Brookes (dari Sarawak). Akhirnya apabila difikirkan semula, kita sebenarnya mempunyai satu mercu tanda semulajadi yang cantik iaitu Gunung Kinabalu di Sabah.”
“Sebagai salah satu daripada puncak tertinggi di dunia, saya rasakan pertandingan Miss Universe adalah momen terbaik untuk memperkenalkannya kepada masyarakat dunia. Lagipun, saya baru sahaja balik dari Sabah dan terus terinspirasi dengannya.
“Tapi, saya tidaklah nak bawa batu ke apa ke atas pentas. Gunung Kinabalu itu hanyalah simbolik kepada elemen dan penceritaan yang ada pada kostum tersebut.
“Antaranya seperti mesej kemampanan (sustainability), kitar semula (recycle), guna semula (upcycle) dan matlamat pembangunan mampan (Sustainable Development Goals atau SDG). Kita nak bawa mesej-mesej ini ke peringkat universe supaya mereka tahu kita adalah komuniti yang cintakan alam semulajadi.
Dalam dunia fesyen di Malaysia, sememangnya Hatta Dolmat merupakan di antara pelopor gerakan fesyen lestari.
Pada Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 Ogos lalu, Hatta telah memperkenalkan penggunaan fabrik yang diperbuat daripada botol plastik kitar semula demi menyahut inisiatif Program Alam Sekitar oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta Badan Penyelaras di Laut Asia Timur (COBSEA) dalam menyelesaikan isu pencemaran plastik.
Bagi kostum kebangsaan ini, Hatta secara kreatif telah menggunakan bahan seperti plastik terbuang, kayu terbuang dan fabrik lama dari Kloth yang pernah digunakannnya bagi koleksi Minggu Fesyen Kuala Lumpur.
Berkenaan kerjasamanya dengan Lesley Cheam, Hatta menggambarkan gelaran yang dibawa oleh Lesley itu begitu dekat dengan idea memperkenalkan Gunung Kinabalu di mata dunia. Baginya, puncak gunung setinggi 4,095m dari paras laut itu selari dengan Lesley yang berada pada kedudukan tertinggi sebagai seorang wanita setelah dinobatkan Miss Universe Malaysia 2022.
“Kita cuba cari apa yang tertinggi di Malaysia. Bila dia (Lesley) pakai, dialah yang tertinggi di Malaysia. Kita juga cuba untuk lari daripada kostum-kostum yang pernah dicipta untuk wakil negara terdahulu. Selain makanan dan unsur kebudayaan, kita terlupa yang Malaysia juga mempunyai landmark secantik Gunung Kinabalu,” jelasnya.
“Bila bercakap tentang harapan, mestilah semua orang berharap Malaysia akan membawa pulang kejuaraan dan mahkota Miss Universe itu. Tapi saya cuma berharap Lesley untuk menjadi diri sendiri dan melakukan yang terbaik di New Orleans kelak.
“Tentang kategori Kostum Kebangsaan terbaik pula, saya tidak pernah pun terfikir untuk menang memandangkan ini adalah perlibatan pertama saya bagi persediaan pertandingan ratu cantik. Bila saya langkah keluar dari butik pagi tadi, saya sudah tetapkan mindset untuk menerima apa saja pandangan orang ramai,” ujar Hatta.
Tambahnya lagi kepada REMAJA, beberapa sentuhan akhir bakal dilakukannya pada kostum nasional dan gaun Lesley Cheam sebelum dia ‘terbang’ ke Amerika Syarikat tak lama lagi. Sama-sama kita nantikan sentuhan tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, akhirnya sah bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, selepas pasangan itu selamat diijabkabulkan dengan...