Pelakon dan usahawan terkenal, Fazura baru-baru ini menjadi perhatian pengguna media sosial apabila ada peminat tampil bertanyakan rahsia kecantikan yang membuatkan beliau sentiasa kelihatan berseri dan awet muda meskipun kini di usia 40-an.
Menerusi perkongsian di platform Threads, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin (43) secara terbuka menjawab dan berkongsi rutin harian yang diamalkannya sambil menegaskan kepentingan penjagaan asas untuk memastikan kulit kekal sihat dan terhidrat.
“Air putih 2.5 litre sehari, skincare cari yang tak harsh, hydration and moisture is key,” katanya.
Dalam hantaran sama, ibu kepada Nur Fatima Aisya itu turut menyentuh soal gaya hidup aktif dan pemakanan seimbang serta mengingatkan para peminat untuk kurang mengambil makanan berminyak.
“Exercise, keluar peluh itu penting, eliminate toxins dari badan. Kulit akan selalu glow. Jaga pemakanan, everyday must ada buah dan sayur. Kurangkan pisang goreng (ni paling mencabar tapi cuba jgn makan selalu),” jelasnya lagi.
Ads
Selain aspek fizikal, Fazura turut menekankan kepentingan menjaga emosi dan pemikiran positif dalam kehidupan seharian. Beliau percaya pengurusan tekanan yang baik serta rasa kasih terhadap diri sendiri mampu memberi kesan besar terhadap penampilan dan keyakinan diri seseorang.
Menurutnya, cara seseorang bercakap tentang usia juga memainkan peranan penting. Beliau menasihatkan agar tidak mudah melabel diri semakin tua, sebaliknya melihat peningkatan usia sebagai proses menjadi lebih matang dan berdaya saing.
Ads
Sementara itu, dalam perkongsian berasingan, pelakon filem ‘Pisau Cukur’ dan ‘Gol & Gincu’ itu turut mendedahkan beberapa suplemen yang diambil setiap hari antaranya Habbatus Sauda, Omega 3, CoQ10 100mg, Vitamin K2 bersama D3, asid folik, probiotik dan prebiotik, magnesium serta potassium, Biotin 5000mg dan Advanced Antioxidant Formula.
Susulan pendedahan tersebut, ramai peminat memuji sikap terbuka Fazura yang tidak lokek berkongsi amalan peribadi. Selain itu, rata-rata warga internet menyifatkan rutin yang dikongsikan sebagai realistik dan sesuai untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.
Sementara itu, tidak kurang juga yang mengucapkan terima kasih atas perkongsian tersebut serta mengakui hasrat untuk mula mengamalkan gaya hidup lebih sihat seperti yang disarankan, sekaligus menjadikan Fazura sebagai inspirasi kecantikan dan kesejahteraan holistik.
Sumber: Threads Fazura
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kumpulan popular Indonesia, Dewa 19 akhirnya sah akan beraksi di Axiata Arena Bukit Jalil sempena Konsert Ulang Tahun ke-30 Dewa 19 pada 10 September depan.
Dewa 19 akan menjelajah 30 kota dengan membawakan sebanyak 30 lagu dan Kuala Lumpur turut tersenarai dalam salah satu kota konsert jelajah ini. Sebelumnya, kumpulan legend ini menjelajah di kota Indonesia termasuklah di Semarang, Malang, Lampung dan Surabaya.
Apa yang paling menarik, khabarnya buat pertama kali Dewa 19 bakal menghimpunkan empat vokalis handalan mereka, Ari Lasso, Once Mekel, Virzha serta Ello untuk beraksi di atas satu pentas.
Pembelian tiket sudah pun mula dijual pada pukul 11 pagi (18 Julai) di laman web ticket2u.com.my/dewa19.
Korang boleh dapatkan harga tiket serendah RM148 untuk early bird di level 4 dan paling mahal hanya RM488 di level 3.
So guys, jangan lepaskan peluang untuk melihat idola korang beraksi secara langsung di atas pentas dan korang boleh dapatkan tiket dengan segera sebelum ia habis dijual okay. Hiks!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Inilah padahnya jika terlalu kuat berjenaka. Bukan tak kenal macam mana Knetz memandang serius apabila artis kegemaran mereka tidak dilayan baik oleh syarikat.
Terbaru, Seungri salah seorang ahli kumpulan terkemuka Asia, Big Bang mendapat perhatian dari VIP (fanclub peminat Big Bang) setelah menjalankan konsert di Hong Kong di mana ketika konsert berlangsung, tiada penyanyi dan penari latar. Menurutnya ketika konsert, semua penyanyi dan penari latar sudah ke konsert Blackpink yang diadakan di Thailand. Difahamkan juga, YG tidak tahu yang Seungri bakal mengadakan konsert tersebut.
Hadoi! Mengada sungguh si Seungri ni bergurau sehingga papa YG kena serang. Ekoran dari itu, peminat mula berang kerana menganggap Yang Hyun Suk pengasas kepada YG Entertaiment itu berat sebelah terhadap ahli termuda kumpulan Big Bang itu, sehinggakan VIP membuat petisyen di laman social agar Seungri dilayan lebih baik.
As usual lah kan, YG memang selalu dipertikaikan oleh peminat kerana ramai dah artis bawah jagaannya tidak mendapat layanan sama rata. Tengok saja apa yang terjadi terhadap Blackpink. Ada yang menyatakan bahawa ahli Blackpink selain Jennie tidak mendapat layanan istimewa seperti pemilik lagu SOLO itu.
Tapi jangan sangka Papa YG ni nak diam je dengan netizen. Setelah lama menyepi, YG memuat naik screenshot perbualannya dengan Seungri menerusi laman Instagram.
“Saya akan menghentikan segala kontroversi ini. Saya minta maaf untuk segala-galanya. Niat saya hanya bergurau, tapi tak sangka melampau pula.”
Dalam pada itu, Sungri turut menyatakan bahawa dia bersedia jika dipanggil untuk ke tingkat tujuh bangunan YG yang terletakknya pejabat bos besar itu. Jika anda perhatikan setiap temu bual bersama selebriti YG, mereka sering menyatakan bahawa mereka hanya akan ke tingkat tujuh jika mereka melakukan kesilapan besar, dan antara yang kerap ke pejabat YG adalah Seungri!
Macam-macam lah Seungri ni, Namun, konsert yang diadakan memang awesome! Dan VIP Malaysia tak sabar nak tengok comeback Big Bang!
Sumber: k-variety Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilanjutkan selama 4 minggu lagi (WHOA!) sehingga 9 Jun kelak.
Walaupun kelonggaran telah diberikan kepada rakyat, namun PKPB masih diutamakan bagi membendung sebarang kemungkinan berkaitan penularan wabak Covid-19.
Menerusi PKPB, kebanyakan perniagaan dapat beroperasi semula mengikut SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Cumanya, satu perkara yang membuatkan ramai terkilan adalah larangan balik ke kampung sempena musim perayaan utama yang ditetapkan oleh kerajaan.
Ini termasuuklah perayaan Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.
“Minta maaf banyak-banyak. Saya mohon ampun, demi menjaga keselamatan dan kesihatan kita semua. Perjalanan balik kampung merentas sempadan negeri untuk beraya tidak dibenarkan.
“Walaupun negara kita sudah mencatatkan perkembangan positif dalam memerangi wabak Covid-19, kita masih belum berjaya sepenuhnya.
“Stesen TV dan radio bolehlah mainkan lagu Dendang Perantau sekali-sekala. Kalau dimainkan selalu, saya pun berasa sayu juga. Saya tahu ramai yang sedih tak dapat balik berhari raya di kampung. Bersabarlah, bila keadaan kembali pulih sedikit masa lagi, saudari-saudara bolehlah balik ke kampung halaman.
“Saya percaya, rakyat akan memahami keputusan ini dan berharap kerajaan terus mengambil langkah yang wajar untuk memerangi wabak ini,” jelasnya lagi.
Bersabarlah gaiss, ada rezeki kita akan bertemu juga dengan ahli keluarga masing-masing okay.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isu Cha Eun Woo cukai jadi perhatian ramai apabila beliau tampil memohon maaf dan menjelaskan kontroversi serta bayaran cukai yang telah dilunaskan sepenuhnya.