Penyanyi dan pelakon terkenal, Cha Eun Woo baru-baru ini tampil memberikan kenyataan berhubung kontroversi cukai yang mengaitkan namanya sebelum ini.
Menerusi sebuah perkongsian di Instagram Story milik Eun Woo atau nama sebenarnya Lee Dong-min (29) berkata, beliau memohon maaf secara terbuka kepada peminat serta orang ramai atas kekeliruan dan kekecewaan yang timbul susulan isu tersebut.
Terdahulu, laporan media mendedahkan bahawa selebriti itu telah disiasat oleh pihak berkuasa cukai Korea Selatan pada tahun lalu atas dakwaan berkaitan pengelakan cukai, selain dikenakan taksiran tambahan mencecah lebih 20 bilion Korea Won atau kira-kira RM54,791,860.
Mengulas lanjut, Eun Woo menjelaskan bahawa kelewatan untuk bersuara adalah disebabkan beberapa prosedur pentadbiran yang masih berjalan, sekaligus memerlukan dirinya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.
“Saya dengan tulus ikhlas memohon maaf kepada para peminat dan semua pihak atas kekecewaan serta kekeliruan yang timbul susulan kontroversi ini,” katanya.
Ads
Pada masa yang sama, beliau turut menegaskan bahawa semua cukai yang berkaitan telah dilunaskan sepenuhnya dan akan terus memberikan kerjasama terhadap sebarang proses yang masih berbaki.
“Saya menghormati segala prosedur pihak berkuasa dan bagi mengelakkan kekeliruan lanjut, saya telah membayar sepenuhnya cukai yang berkaitan,” jelasnya lagi.
Ads
Di samping itu, Eun Woo turut mengakui bahawa sebagai individu yang menerima sokongan besar daripada peminat, beliau tidak seharusnya mengambil ringan perkara tersebut dan akan lebih teliti dalam setiap aspek pengurusan kerjayanya selepas ini.
“Saya tidak akan mengelak daripada tanggungjawab dan akan memastikan perkara seperti ini tidak berulang,” tambahnya, sambil menzahirkan rasa kesal kerana mengecewakan peminat setianya yang dikenali sebagai AROHA.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dadah nyata mampu merosakkan imej dan kehidupan seseorang. Terbaru Ilhoon, selebriti terkenal Korea yang merupakan salah seorang ahli kumpulan BTOB telah diumumkan tidak lagi menjadi angota kumpulan terbabit.
Dikaitkan dengan kes dadah jenis ganja, menurut pihak pengurusannya selebriti berusia 26 tahun itu sendiri yang meminta dikeluarkan dari kumpulan tersebut kerana tidak mahu merosakkan nama ahli kumpulan yang lain.
Perkara ini telah dijelaskan dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Cube Entertainment pada 31 Disember 2020.
“Helo.
Ini adalah Cube Entertainment.
Pertama sekali, kami ingin meminta maaf kerana menimbulkan kebimbangan terhadap isu yang melibatkan artis yang berada bawah naungan agensi kami, Jung Ilhoon.
Jung Ilhoon berasa bertanggungjawab kerana telah mengecewakan kepercayaan peminat dan seteleh memikirkan hal ini secara mendalam, dia membuat keputusan untuk menarik diri dari kumpulan ini dan keputusan yang dilakukankannya ini amat kami hormati.
Kami merasa bertanggungjawab terhadap kejadian baru-baru ini, dan kami akan menjalankan tugas kami agar dia memberi kerjasama dalam siasatan yang akan datang.
BTOB kini akan meneruskan aktiviti dengan enam anggota, dan kami akan memberikan usaha terbaik kami dan sokongan yang tidak berbelah bahagi untuk BTOB mempamerkan muzik dan persembahan yang lebih matang.
Kami sekali lagi meminta maaf kepada peminat yang menyokong dan menghargai BTOB selama ini.”
Berikutan hal ini, Ilhoon Ketika ini sedang berada dalam siasatan polis kerana membeli dadah terlarang termasuklah melibatkan penggunaan dadah yang haram.
Kalau itu yang korang rasa, REMAJA rasakannya 100 kali ganda.
Sejak menyertai pencarian Hero Remaja 2017, Harris merupakan antara personaliti yang cukup murah dengan senyuman. Dia jelas mudah didekati dan keikhlasan itu kita semua tak boleh fake okay.
Hari ini menandakan episod terakhir drama popular Lelaki Kiriman Tuhan yang dibintangi oleh Harris di samping pelakon berbakat seperti Remy Ishak, Mira Filzah dan Uyaina. Cuma kami tanyakan kembali kepada Harris, what is next?
Saya nak naikkan lagi nama saya dan berikan all out. Harapan saya agar tawaran berlakon akan datang secara berterusan untuk saya terus mengasah bakat dan tonjolkan diri.
Confident ke depan director?
Mula-mula memang rasa kecil sangat diri ni kalau nak digandingkan dengan pelakon senor seperti Fattah Amin, Tiz Zaqyah (menerusi drama Isteri Untuk Disewa), Remy Ishak dan Mira Filzah. Tapi bila dah dapat rhythm senang sikit nak dapat keyakinan.
Cara saya adalah dengan melupakan tentang junior-senior ketika kamera sedang roll dan letakkan diri sebaris dengan pelakon senior. Bila mudah berkomunikasi melalui skrip, saya mudah bekerja dan bersedia dari segi mental.
Apa yang Harris belajar daripada mereka?
Mereka sangat relaks dan chill!
Pada setiap babak, mereka tak rasa tertekan dan nampak bersedia kerana dah berpengalaman kan. At the same time, mereka sangat merendah diri dan mesra.
Saya masih akan teruskan karier sebagai pelakon cuma saya berharap dapat diberikan watak yang memberi lebih kesan dari semasa ke semasa. Contohnya kalau dapat watak antagonis sekalipun, saya ingin penonton ingat lakonan saya dan bukan setakat membenci watak itu kerana ia jahat.
Kepada supporters..
Terima kasih kerana melayan karenah saya di media sosial (ketawa). Terima kasih juga kerana terus memberikan sokongan kepada saya. InsyaAllah akan lebih banyak projek lakonan dan video media sosial terbaru daripada saya!
Majalah Remaja isu Jan-Mac 2019. Class of 2019
Jangan lupa saksikan episod terakhir Lelaki Kiriman Tuhan pada jam 9.00 malam ni di Astro RIA.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penjagaan tulang belakang mungkin dipandang ringan oleh generasi muda kerana menganggap ianya lebih perlu diutamakan bagi mereka yang sudah berumur.
Nah guys, tolong jangan fikir macam tu sebab dari muda lagi korang sebenarnya dah perlu menjaga tulang belakang sebab ia penting untuk mengurangkan masalah seperti sakit belakang, sakit tengkuk, rasa letih lesu serta dapat membuatkan kita merasa sihat cergas dan berkeyakinan.
Gambar hiasan
Salah satu cara yang paling penting adalah dengan menjaga postur badan. Cara berdiri, duduk, baring dan mengangkat barang adalah sangat perlu diberi perhatian. Akibat postur yang salah ketika melakukan aktiviti-aktiviti ini, korang boleh mendapat sakit belakang yang berpanjangan.
Jadi kali ini, kami nak kongsikan dengan korang cara-cara menjaga tulang belakang menurut Dr Kamarul Ariffin.
• Duduk paha 90 darjah, lutut 90 darjah, belakang sandar
• Elakkan bongkok, elakkan melunjur
• Duduk tegak semasa guna komputer di riba
• Semasa memandu, jangan duduk terlalu melunjur
• Ambil barang di lantai dengan mencangkung
• Bawa rapat ke tubuh, jangan bongkok
• Gunakan troli jika beban terlalu berat
• Apabila pindahkan barang, elak pusing badan
Jika sebelum ini korang telah melakukan kesalahan semasa melakukan aktiviti-aktiviti tersebut, selepas ini perbaiki postur dan cuba amalkan seperti apa yang telah dinasihatkan oleh doktor ini.
Bukan apa, untuk kebaikan korang juga kan? Supaya nanti bila dah berusia, tak ada la selalu sakit pinggang. Hiks!
Jaslinda Saludin dibenarkan pulang selepas tiga hari menerima rawatan di Hospital Tapah. Beliau turut menafikan spekulasi yang tersebar dan akan mengeluarkan kenyataan media selepas berehat.