
Percaya atau tidak, kini gaya rambut 90-an kembali popular di laman TikTok.
Sejak kebelakangan ini ramai selebriti dan influencer mengayakan fesyen rambut jenis ‘Butterfly Cut’. Nama pun ‘Butterfly Cut’ jadi mestilah rambut kena kelihatan bertingkat yang memberi ilusi rambut lebih tebal dan beralun.
ARTIKEL BERKAITAN : Rajin Warna Dan Luruskan Rambut Lebih Berisiko Hidap Kanser Payudara

Bahagian belakng rambut dibiar panjang sehingga bahu dan bahagian hadapan pula dipotong sehingga bawah dagu. ‘Butterfly cut’ pilihan yang terbaik untuk anda yang ingin rambut tampil sihat dan mudah dijaga.
Untuk info, fesyen rambut ini pernah popular dahulu namun di panggil sebagai ‘thousand layer’ atau ‘octopus haircut’. Malah, ia dipopularkan semula oleh Adisson Rae, Matilda Djerf diikuti oleh Sydney Sweeney dan model Kaia Gerber.
Video dibawah ini, Remaja kongsikan untuk korang ikuti cara penjagaan dan rutin hair-do dari tutorial ini.
@thelaraandres #butterflyhair is a thing in 2022 they say 💖 #hairtutorial #fypシ #seamanswife #trendy #hairstyle #layeredhaircut #2022 ♬ BORN FOR THIS – Foxxi
Bahagian belakang rambut dibiar panjang sehingga bahu dan bahagian hadapan pula dipotong sehingga bawah dagu. ‘Butterfly cut’ pilihan yang terbaik untuk anda yang ingin rambut tampil sihat dan mudah dijaga.
Malah ia terbukti sesuai untuk semua jenis wajah, jangan risau!
@novablonde The trick to the butterfly cut, is cutting round layers at the crown at a 90° then concave layers on the side at a 90°, face frame from the eyebrows down to the perimeter and traditional curtain bangs, comment if I should do a tutorial on this #butterflycut #blondespecialist #hairtok #hairstylistsoftiktok ♬ Butterfly – Crazy Town
Namun begitu, ada yang berpendapat hanya rambut tebal dan ikal mayang paling terbaik untuk potongan ini. Betul juga sebab kelebatan rambut menjadi faktor utama untuk mencapai potongan lapisan yang banyak.
BACA LAGI : Guna Bahan Alami Rawat Masalah Rambut Gugur, Mudah & Jimat Kos
Seperti trend fesyen akan berulang mengikut zaman, tidak hairanlah bila fesyen rambut ini kembali ‘in’ semula di tahun 2022 ini. Tapi, kena rajin dan konsisten tau. Kalau malas nak susah-susah pergi salon rambut je…hehe
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Shawn Mendes Pula Jalani Terapi Psikiatri, Ikut Jejak Langkah 3 Selebriti Muda Lain

Nampaknya, memang tidak mudah untuk selebriti Hollywood mengawal emosi mereka daripada diganggu.
Terbaru, penyanyi kacak berusia 19 tahun, Shawn Mendes mengejutkan banyak pihak apabila dia mengakui sedang menjalani rawatan terapi untuk menstabilkan emosi dan mentalitinya.
Walaupun dari luaran, Shawn kelihatan gembira dan keeping-it-together, rupa-rupanya dia mengadapi isu selalu memendamkan perasaan dan emosi sehinggakan ia membuak-buak di dalam.

“Selama ini, saya selalu menutupi masalah daripada pengetahuan semua orang. Tetapi sekarang saya sedar, cara terbaik untuk menyelesaikan gangguan emosi adalah untuk meluahkan apa yang saya pendamkan kepada orang yang dekat dengan saya,” katanya ketika ditemu ramah oleh akhbar The Sun.
Tidak hairanlah, single terbaru Shawn iaitu In My Blood kedengaran sedih jika korang betul-betul amati liriknya.
Buat masa sekarang, Shawn telah bertemu therapist beberapa kali untuk mengalihkan perhatian daripada masalah emosi dalaman.
* * * * *
Shawn Mendes bukanlah selebriti remaja pertama yang memerlukan bantuan terapi untuk masalah emosi. Ada ramai lagi sebenarnya, namun tiga orang selebriti ini adalah antara yang paling diperkatakan.

Selena Gomez
Pada usia 24 tahun, penyanyi Hands To Myself ini telah banyak menghabiskan masa dalam radar Hollywood setelah dia menceburi bidang lakonan melalui Disney pada usia yang cukup muda.
Selena merupakan Instagrammer dengan pengikut paling ramai di dunia. Namun itu tidak bermakna dia merasa bahagia secara dalaman. “I was depressed, anxious and lonely. Saya mula hadapi panic attack sebelum menaiki pentas atau selepas turun dari pentas.
Lalu, Selena mengambil keputusan untuk mendaftarkan diri di sebuah pusat rawatan di Tennessee selama 90 hari untuk terapi individu, berkumpulan dan menggunakan sukan berkuda untuk mententeramkan emosi.

Demi Lovato
Seorang lagi bintang Disney yang dilanda masalah emosi, Demi merupakan antara selebriti yang begitu terbuka untuk berkongsi pengalamannya semasa menghadiri sesi terapi.
Dia masih berkunjung ke pusat terapi sekerap dua kali seminggu. Bukan hanya untuk menstabilkan emosinya malah untuk membantu pengunjung lain yang menghadapi masalah yang sama.
“Kadangkala, saya renungkan semula dan saya bersyukur kerana masih hidup,” katanya kepada Teen Vogue.

Tyler Posey
Pelakon kacak ini juga mengakui dia berdepan dengan pelbagai isu dalaman setiap hari sehinggakan dia perlukan bantuan terapi.
“Seperti pesakit lain, saya juga berdepan dengan banyak isu dalaman walaupun ketika berada di pusat terapi. Ini kerana stigma ‘berada di pusat terapi’ seolah-olah kamu berpenyakit seperti orang gila.
“Namun, jujurnya saya merasa semakin selesa apabila dapat berkongsi masalah dengan seseorang yang sudi mendengar. Seseorang yang tidak mempunyai kaitan dengan saya. I think everyone should try it out,” katanya.
* * * * *

Apa yang pasti, masalah emosi dan mental bukanlah penyakit yang tidak boleh dirawati. Kalau korang menghadapi tekanan emosi secara tiba-tiba, jangan teragak-agak untuk mendapatkan khidmat bantuan seperti Shawn Mendes dan tiga selebriti lain ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila Start Kerja, Ini Perkara No 1 Yang Perlu Dielakkan Kalau Tak Nak Masuk Lokap

Untuk lepasan ijazah yang baru dapat kerja tu tahniah diucapkan. Penat lelah korang belajar akhirnya berbaloi. Tulah nikmat paling bahagia penat mengadap buku bila dapat gaji pertamakan.
Ada orang mulakan kerjaya lebih awal, dari SPM atau diploma. Pendek kata rezeki setiap orang tu berbeza. Tak kisah berapa gaji yang korang dapat, lompat dari satu keje ke satu kerja lain, paling penting berkat.
Tapi di sebalik keghairahan untuk menunjukkan skill di tempat kerja, silalah elak satu perkara ini. Sebabnya kali pertama buat, seronok. Dua kali buat makin seronok dan lama-kelamaan, dah jadi darah daging. Walaupun kadang ada rasa takut sebab takut kena serbu…

Keinginan untuk hidup mewah dengan cara paling mudah ini sebenarnya satu barah yang terlalu susah hendak dihapuskan sama sekali. Isu beberapa pegawai imigresen yang ditangkap akibat pembolosan buruh Bangladesh di KLIA yang dilaporkan akhbar beberapa hari lalu nyata bukti, rasuah satu keseronokan yang akhirnya memakan diri.
Rasuah bukan saja menjadi barah dalam diri tetapi mampu merosakkan negara kerana dunia pun boleh tergadai jika rasuah berleluasa. Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi pernah menyuarakan agar pemberi rasuah juga diberi perhatian kerana kegiatan ini tak mungkin terjadi jika tiada orang yang memulakannya.
Di sebalik isu rasuah yang dilaporkan di akhbar, korang nak tahu tak, kerjaya apa yang paling terdedah kepada gejala rasuah.
Kenyataan ini dinyatakan oleh Presiden Transparency International Malaysia, Datuk Akhbar Satar dalam laman web Tranparency Internasional Malaysia pada April 2017 lalu.

Barometer Rasuah Global – Asia Pasifik 2017
April lalu, Transparency International-Malaysia (TI-M) melancarkan Barometer Rasuah Global (GCB) – Asia Pasifik 2017 untuk meninjau persepsi rasuah dan keberkesanan kerajaan dalam mengatasi rasuah.
GCB juga meninjau pengalaman dan pandangan orang ramai tentang rasuah dan kesediaan mereka untuk membanteras isu tersebut.
21,861 orang di 16 negara di Rantau Asia Pasifik dari Julai 2015 hingga Januari 2017 menyertai tinjauan ini. Negara-negara yang ditinjau adalah: Australia, Korea, Jepun, Kemboja, Indonesia, Thailand, Vietnam, Taiwan, Hong Kong, China, India, Pakistan, Myanmar, Sri Lanka, Malaysia dan Mongolia.
Temubual telah dijalankan di seluruh 13 negeri di Malaysia menggunakan persampelan secara rawak. Sejumlah 1009 responden telah ditemuramah antara September 2016 dan Disember 2016 dan taburan jantina adalah 50% lelaki dan 50% perempuan.
Berkenaan dengan tahap rasuah yang dirasakan, hasil GCB mendapati bahawa 60% responden merasakan tahap korupsi meningkat dan hanya 11% mengatakan bahawa korupsi telah menurun sedikit.

Bagi kaji selidik GCB 2013, 39% responden merasakan rasuah meningkat. 54% rakyat Malaysia merasakan bahawa pengurusan ekonomi adalah masalah paling penting yang perlu ditangani oleh kerajaan.
62% rakyat Malaysia merasakan bahawa kerajaan sekarang sedang mengendalikan perjuangan menentang rasuah dengan teruk.
41% rakyat Malaysia mengatakan bahawa ketidakcekapan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam memerangi rasuah. Juga, 53% rakyat Malaysia merasakan bahawa Kerajaan tidak berkesan dalam menangani perjuangan menentang rasuah.

Siapa paling mudah terima rasuah?
Kerjaya sebagai anggota keselamatan iaitu Polis (57%) menduduki carta utama paling mudah terdedah dengan rasuah. Diikuti Kerajaan Tempatan dan Ahli Majlis (48%), Pegawai Cukai (48%), Eksekutif Perniagaan (46%), Pegawai Kerajaan (45%), Wakil Badan Perundangan (41%), Perdana Menteri dan para pegawainya (41%), Hakim dan Majistret (33%), dan terakhir pemimpin agama (31%).
Polis telah diperhatikan sebagai mempunyai risiko rasuah yang tertinggi dan secara seriusnya akan menjejaskan kualiti dan keadilan institusi penguatkuasaan undang-undang.
Kajian GCB juga menyentuh tentang pengalaman beberapa orang dalam mengakses perkhidmatan kerajaan seperti berikut: – pendidikan, perkhidmatan perubatan / penjagaan kesihatan, pendaftaran / permit / perkhidmatan identiti, perkhidmatan utiliti, polis dan mahkamah.

Tiga perkhidmatan awam utama yang diwawancara yang dibayar boleh dirasuah di Malaysia polis (13%), perkhidmatan pendaftaran / permit / identiti (10%) dan perubatan / penjagaan kesihatan (10%).
Kadar rasuah: 23% responden di Malaysia mengakui telah membayar rasuah untuk membolehkan mereka mengakses ke perkhidmatan awam dengan mudah. Didapati 39% pembayar rasuah berusia 35 tahun ke bawah. Kadar rasuah juga berbeza-beza antara negara-negara di Rantau Asia Pasifik.
Negara paling tinggi kadar rasuah?
Negara-negara dengan kadar rasuah tertinggi (30% dan lebih tinggi) adalah Indonesia (32%), Kemboja (40%), Pakistan (40%), Myanmar (40% Thailand (41%), Vietnam (65%), India (69%).
Di Malaysia, tindakan yang paling berkesan untuk membantu memerangi rasuah ialah dengan cara “jangan membayar rasuah”, “mengundi calon-calon yang menentang rasuah” dan “melaporkan kejadian rasuah” (17 peratus, 14 peratus dan 12 peratus).
Takut untuk membuat laporan
Laporan ini turut menyebut, kebimbingan untuk melaporkan rasuah ialah setinggi 15 peratus. Ini menunjukkan ketakutan terhadap tindak balas atau tindak balas negatif (seperti kehilangan kerja seseorang) adalah penghalang utama kepada lebih ramai orang tampil menangani isu rasuah.
Inilah sebab utama diberikan oleh rakyat Malaysia mengenai isu rasuah. Alasan kedua yang paling biasa dinyatakan ialah orang tidak tahu di mana melaporkan korupsi (12%).
Ini skandal rasuah paling gempar pernah dilaporkan di Malaysia

Oktober tahun lalu, pengarah jabatan Jabatan Air Sabah Negeri Sabah, Awang Mohd Tahir Mohd Talib, 54, telah ditahan oleh pihak SPRM.
Semasa penggeledahan dilakukan di pejabatnya, wang tunai sebanyak RM45 juta ditemui berkepuk di dalam laci sehingga memaksa SPRM terpaksa mengambil masa panjang mengira jumlah wang tunai yang terlampau banyak.
Turut ditahan dalam skandal rasual berkenaan ialah Timbalan pengarahnya, Teo Chee Kong. Wang tunai RM7 juta turut ditemui bersamanya.

Ekoran wang tunai terlampau banyak ini, penggeledahan SPRM turut menemui barangan kemas, wang tunai di dalam beberapa akaun di luar negara serta geran-geran tanah yang keseluruhannya bernilai kira-kira RM180 juta termasuk wang tunai.
Lebih setahun senyap tanpa khabar berita, minggu ini bekas Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah itu telah didakwa di mahkamah terhadap 146 pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram berjumlah lebih RM32 juta.
Chee Kong, 52, bagaimana pun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Nixon Kennedy Kumbong.

Menurut kertas pendakwaan, 78 pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001 iaitu kesalahan memiliki 70 bidang tanah hasil aktiviti haram melalui 78 transaksi bernilai RM12,705,203.
Sejumlah 68 pertuduhan di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATPUAA) 2001 iaitu enam kesalahan memiliki wang tunai hasil aktiviti haram berjumlah RM7,930,810 dan 62 kesalahan memiliki wang dalam akaun bank hasil aktiviti haram di lapan institusi kewangan berjumlah RM12,287,240.
Tertuduh didakwa melakukan pengubahan wang haram melalui penerimaan wang rasuah yang melibatkan projek di Jabatan Air Negeri Sabah sejak 2010 hingga 2016.
Pendakwaan dilakukan timbalan pendakwa raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman dan Mohd Hafiz Hashim manakala tertuduh diwakili peguam Roland Cheng dan Hamid Ismail.
Terdahulu, semasa berhujah, Tengku Amir meminta mahkamah menetapkan nilai jaminan RM10 juta sebagai syarat pembebasan tertuduh, bagaimanapun perkara tersebut dibantah oleh pihak pembelaan.
Nixon kemudiannya memerintahkan tertuduh diikat jamin RM1.5 juta dengan dua penjamin tempatan manakala pasportnya diserahkan kepada mahkamah serta menetapkan tarikh pengurusan kes pada 16 Januari tahun depan.Sumber BERNAMA.

Apa pun, duit haram tetap haram hukumnya. Kita tak akan boleh mencuci darah jika selalu makan duit haram sebaliknya perlu mencuci hati untuk ada rasa takut kepada Allah.
Bagi yang mula kerja tu, ingatlah, kerjalah dengan penuh keberkatan walau gaji tak banyak mana.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Trend ‘Samping Instant’ Kembali Hangat Raya Tahun Ini, 3 Pereka Fesyen Ini Mudahkan Pemakai Lelaki

Setibanya musim perayaan saban tahun, pastinya tidak lekang kemeriahan persediaan berhari raya dengan bermacam-macam trend fesyen terbaru yang diperkenalkan oleh jenama lokal.
Pada tahun 2024, REMAJA tertarik dengan trend samping instant yang kembali dihangatkan semula oleh beberapa rumah fesyen. Jika dahulu, samping instant popular dalam kalangan kanak-kanak lelaki. Selari dengan peredaran zaman dan kehendak berbeza si pemakai. kaedah samping yang menggunakan velcro fastener dan waist band.
Tiga jenama fesyen yang mengambil langkah tersebut ialah Behati, Petra RTW dan Fiziwoo.
Behati misalnya memperkenalkan rangkaian ‘Sampin Re-Engineered’ bagi koleksi lebaran ‘S U C I’. Selain menyediakan butang sebagai penyatu samping, Behati juga menggunakan mekanisma waistband yang kemudian dilengkapi dengan tali pinggang ataupun brooch keemasan.
Menariknya juga, Behati turut menyelitkan elemen poket mini pada bahagian in-seam bagi memudahkan korang membawa sampul duit raya, misalnya ke mana-mana.



Tidak ketinggalan menyediakan elemen poket di bahagian hadapan dan belakang samping ialah jenama Fiziwoo menerusi koleksi Riveira Raya 2024.
Diinspirasikan daripada rona vibran serta rekaan bumi Mediterranean, Fiziwoo menawarkan ‘Shantung Printed Instant Samping’ yang menggunakan fabrik jenis Shantung Jacquard.
Rekaan samping ringkas two-sided ini hanya perlu dilipat dan disatukan dengan velcro boleh-ubah. Macam-macam boleh korang ‘angkut’ dengan samping yang satu ini.
Antara warna-warna yang ditawarkan termasuklah Monochrome, Brown Beige, Greying Blue dan Olive Green.


Tidak ketinggalan, jenama Petra RTW turut memperkenalkan ‘samping instant’ dalam rekaan ala kain pelekat. Samping Abraham ini cukup senang untuk dipakai, korang hanya perlu mencantumkan bahagian velcro sahaja mengikut keselesaan masing-masing.
Yang penting, ia menggunakan fabrik polycrepe yang tidak mudah berkedut.
Khabarnya, samping Abraham ini telahpun sold out! Apa kata korang nantikan update terbaru daripada Petra sekiranya mereka akan menambah stok baharu.

Yang mana satu menjadi idaman korang?
ARTIKEL BERKAITAN: Baju Melayu ‘Transparent’ Sesuai Untuk Cuaca Malaysia, ARMA COUTURE Boleh ‘Alter’ Jika Pemakai Tidak Selesa Seksi – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

