
Aktres berbakat besar, Qistina Raisah meluahkan rasa syukur selepas berjaya memiliki sebuah kereta idaman, Toyota Yaris, dengan wang simpanannya sendiri.
Yang lebih membanggakan, pencapaian tersebut tercapai pada usia 16 tahun.
ARTIKEL BERKAITAN: Amelia Christie Berjaya Miliki Kereta Kedua Pada Usia 24 Tahun!

Menurut Qistina, pembelian kereta pertama ini adalah pencapaian yang amat bermakna, terutamanya kerana sepanjang perjalanan karier lakonannya, dia sering bergerak ke lokasi penggambaran menggunakan kereta Proton Exora milik ibu tersayangnya.
Namun, aktres muda ini tidak merasa malu walaupun terpaksa menggunakan kereta yang bukan dalam kategori mewah.
“10 tahun ibu bawa Exora manual ni. Ibu pernah cakap, ‘baby jangan malu tau naik Exora.’ Tapi saya tak pernah sekali pun malu saya naik Exora je sebab inilah kereta susah senang saya.

“Saya berjaya ke tahap ini dengan kereta Exora. Walaupun sekarang bukan kereta mewah tapi saya bersyukur dan saya bangga,” kongsi Qistina di hantaran terbaharu di Instagram.
Tambahnya lagi, dia turut merasa bangga kerana dapat membeli kereta tersebut sendiri pada usia muda.
Pada masa sama, Qistina turut menzahirkan penghargaan kepada kedua orang tuanya atas sokongan mereka yang tidak putus-putus.

“Umur 16 tahun saya boleh bayar kereta saya sendiri.
“Terima kasih abah permudahkan urusan Qis beli kereta. Terima kasih ibu sentiasa sokong Qis,” katanya penuh rasa syukur.
Perkongsian tersebut telah mendapat sambutan hangat di media sosial dengan lebih 27,000 tanda suka selain pelbagai kata-kata semangat daripada peminat dan rakan-rakan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Qistina Raisah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Janna Nick Selamba Akui Diri ‘Rempit’, Bangga Dengan Latar Belakang Kehidupan
Pelakon dan penyanyi popular, Janna Nick, tampil berkongsi pandangannya mengenai persepsi masyarakat terhadap penampilan seseorang apabila secara terbuka mengakui dirinya sering dilabel sebagai ‘rempit’.
Menurut Janna, latar belakang keluarga dan persekitaran tempat seseorang membesar memainkan peranan besar dalam membentuk keperibadian mereka hari ini.
Menerusi satu perkongsian di platform Threads, pemilik nama penuh Nurul Jannah Muner itu berkata dia tidak melihat gelaran tersebut sebagai sesuatu yang negatif, sebaliknya menganggap ia sebahagian daripada perjalanan hidup yang membentuk dirinya.

“Saya terbaca satu hantaran tentang perempuan cantik ‘classy’ dan cantik ‘rempit’. Saya ini rempit, bukanlah minah rempit pergi berlumba malam-malam, tetapi sebab saya membesar di kampung.
“Umur 11 tahun saya sudah bawa motosikal. Pergi sekolah pun bawa motosikal sendiri bertahun-tahun. Saya juga pernah membesar di kawasan flat.
“Jadi memang tidak boleh lari daripada nampak ‘rempit’,” katanya.

Dalam pada itu, Janna turut menegaskan bahawa tidak semua individu berpeluang membesar dalam suasana serba mewah atau dianggap berkelas, sekali gus menolak stereotaip yang sering dikaitkan dengan penampilan luaran.
Jelasnya, sifat ‘classy’ bukan sesuatu yang boleh dibuat-buat kerana ia banyak dipengaruhi oleh pengalaman hidup dan latar belakang seseorang.
“Saya cuma mahu cakap, bukan semua orang bernasib baik membesar dalam persekitaran ‘classy’.
“Dan ‘classy’ itu tidak boleh dibuat-buat. Kalau ‘rempit’ itu, rempit sahaja,” ujarnya lagi.

Perkongsian Janna itu hadir susulan perbincangan hangat dalam Threads mengenai kecenderungan sesetengah pihak mengkategorikan wanita berdasarkan penampilan sama ada ‘classy’ atau ‘rempit’.
Topik tersebut kemudiannya mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, dengan ramai yang berkongsi pandangan masing-masing mengenai persepsi masyarakat terhadap imej dan personaliti seseorang.
Bagaimanapun, terdapat juga segelintir pihak yang berpendapat bahawa label sebegitu tidak seharusnya dijadikan ukuran mutlak dalam menilai nilai seseorang individu, sebaliknya lebih menggambarkan persepsi dan tanggapan masyarakat semata-mata.
Hakikatnya, setiap individu mempunyai latar belakang dan perjalanan hidup yang berbeza, dan ia tidak sepatutnya menjadi alasan untuk meletakkan seseorang dalam kategori tertentu hanya berdasarkan penampilan luaran.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-33, Lee Min Ho Terima Hadiah Penuh Satu Bilik
Dua hari lepas, pelakon kacak Lee Min Ho telah pun menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-33. Kebiasaan bagi selebriti popular, mereka akan menerima hadiah daripada para peminat dan aktor dari Korea Selatan ini tidak terkecuali.
Lee Min Ho berkongsi foto hadiah pemberian peminatnya di laman Instagram dan dilihat ia memenuhi segenap ruang kediamannya.


Aktor ini turut mengucapkan terima kasih kepada para peminat kerana telah memberikannya hadiah sekali gus menjadikan harinya lebih baik.
Di satu posting yang lain pula, Lee Min Ho turut bergurau dengan memberikan caption ‘내년엔 기필코 저 촛불을 끄겠어’ yang bermaksud saya akan habis meniup lilin tersebut sehingga tahun hadapan.
Pergh, bestnya jadi Lee Min Ho. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
RM16 Juta Dalam 4 Hari! Rekod Filem Mat Kilau Dipecahkan Polis Evo 3
Tayangan awal atau sneak preview filem Polis Evo 3 tempoh hari telah mencatatkan kutipan menakjubkan sebanyak RM1.3 juta.
Jelas, orang ramai tidak mahu melepaskan peluang untuk turut ke pawagam sepanjang hujung minggu lalu bagi merasai hype di sebalik filem arahan Syafiq Yusof berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia Boleh! Polis Evo 3 ‘Belasah’ Fast X, GOTG Vol 3 Dengan Kutipan RM1.3 Juta – REMAJA
Nampaknya, adik kepada Syamsul Yusof itu ‘enggan mengalah’ sebagai seorang pengarah kepada abangnya apabila beliau berjaya memecahkan rekod kutipan tiket yang pernah dicatatkan oleh filem Mat Kilau arahan Syamsul sebelum ini.
Memasuki empat hari tayangan rasmi di Malaysia, Brunei dan Singapura; filem Polis Evo 3 telahpun mengaut kutipan RM16 juta sekaligus mengatasi kutipan RM12.22 juta oleh filem Mat Kilau selepas empat hari tayangan pada tahun lalu.


Bercakap kepada pemberita, Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad menzahirkan rasa syukur di atas kejayaan luar biasa ini.
“Alhamdulillah. Ia membuktikan penonton kita masih mempercayai filem tempatan serta mahukan filem berkualiti. Jutaan terima kasih kepada semua.
“Sokongan padu anda menjadi nadi untuk filem Malaysia terus bernafas dan melangkah setanding naskhah luar negara. Terima kasih kepada rakan penerbit Skop,” katanya.
Jumlah kutipan bagi Polis Evo 3 dijangka akan terus memuncak memandangkan minggu cuti sekolah telah bermula pada hari ini.


Tentunya dengan kehadiran seisi keluarga ke pawagam dan ditambah pula dengan siri jelajah di beberapa zon terpilih seperti Pantai Timur (Kota Bharu pada hujung minggu lalu) dan Utara (3, 4 dan 5 Jun di Kedah, Pulau Pinang dan Perak pada minggu ini), tidak mustahil fenomena Polis Evo 3 akan terus meledak.
BACA LAGI: Sanggup Berlapar Demi Karakter, Shaheizy Sam Amal Diet Ekstrem Untuk Filem Polis Evo – REMAJA
Sebagai info, francais filem Polis Evo sentiasa mendapat sambutan penonton tempatan; bermula dari Polis Evo (2015) yang menjadi filem tempatan pertama menembusi kutipan box office lebih RM18 juta dan Polis Evo 2 (2018) dengan kutipan box office RM23juta.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

