Pelakon dan penyanyi popular, Janna Nick, tampil berkongsi pandangannya mengenai persepsi masyarakat terhadap penampilan seseorang apabila secara terbuka mengakui dirinya sering dilabel sebagai ‘rempit’.
Menurut Janna, latar belakang keluarga dan persekitaran tempat seseorang membesar memainkan peranan besar dalam membentuk keperibadian mereka hari ini.
Menerusi satu perkongsian di platform Threads, pemilik nama penuh Nurul Jannah Muner itu berkata dia tidak melihat gelaran tersebut sebagai sesuatu yang negatif, sebaliknya menganggap ia sebahagian daripada perjalanan hidup yang membentuk dirinya.
“Saya terbaca satu hantaran tentang perempuan cantik ‘classy’ dan cantik ‘rempit’. Saya ini rempit, bukanlah minah rempit pergi berlumba malam-malam, tetapi sebab saya membesar di kampung.
“Umur 11 tahun saya sudah bawa motosikal. Pergi sekolah pun bawa motosikal sendiri bertahun-tahun. Saya juga pernah membesar di kawasan flat.
“Jadi memang tidak boleh lari daripada nampak ‘rempit’,” katanya.
Dalam pada itu, Janna turut menegaskan bahawa tidak semua individu berpeluang membesar dalam suasana serba mewah atau dianggap berkelas, sekali gus menolak stereotaip yang sering dikaitkan dengan penampilan luaran.
Ads
Jelasnya, sifat ‘classy’ bukan sesuatu yang boleh dibuat-buat kerana ia banyak dipengaruhi oleh pengalaman hidup dan latar belakang seseorang.
“Saya cuma mahu cakap, bukan semua orang bernasib baik membesar dalam persekitaran ‘classy’.
“Dan ‘classy’ itu tidak boleh dibuat-buat. Kalau ‘rempit’ itu, rempit sahaja,” ujarnya lagi.
Ads
Perkongsian Janna itu hadir susulan perbincangan hangat dalam Threads mengenai kecenderungan sesetengah pihak mengkategorikan wanita berdasarkan penampilan sama ada ‘classy’ atau ‘rempit’.
Topik tersebut kemudiannya mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, dengan ramai yang berkongsi pandangan masing-masing mengenai persepsi masyarakat terhadap imej dan personaliti seseorang.
Bagaimanapun, terdapat juga segelintir pihak yang berpendapat bahawa label sebegitu tidak seharusnya dijadikan ukuran mutlak dalam menilai nilai seseorang individu, sebaliknya lebih menggambarkan persepsi dan tanggapan masyarakat semata-mata.
Hakikatnya, setiap individu mempunyai latar belakang dan perjalanan hidup yang berbeza, dan ia tidak sepatutnya menjadi alasan untuk meletakkan seseorang dalam kategori tertentu hanya berdasarkan penampilan luaran.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Muhammad Hairi Amin bin Hamdan atau lebih dikenali sebagai MK adalah antara penyanyi yang kini menjadi sebutan para peminat terutamanya kaum wanita. Berasal dari Tawau Sabah, anak muda berusia 24 tahun ini juga merupakan ahli kumpulan rap K-Clique.
Baru-baru ini, Remaja berkesempatan bertemu dengan penyanyi kegilaan ramai ini dan jelas sekali seperti yang pernah tular sebelumnya, MK sememangnya seorang personaliti yang mudah didekati. Tidak lokek berkongsi cerita, MK turut memberitahu satu rahsia tentang wanita idamannya.
Kalau korang nak tahu, MK sebenarnya seorang yang suka makan makanan pedas. Jadi tidak hairanlah jika dia ingin mencari seorang wanita yang pandai memasak lauk Masak Lemak Cili Api.
Ha, bolehlah korang cepat-cepat tanya mak macam mana nak masak lauk Masak Lemak Cili Api kan? Hiks!
Bagi yang sememangnya mengikuti perkembangan personaliti rap ini, MK juga sering dilabel sebagai ‘bad boys’ dikalangan masyarakat. Tidak melatah dengan tohmahan tersebut, anak kelahiran Sabah ini punya pendapatnya tersendiri.
“Oh yang tahu, tahulah (gelak). Saya sebenarnya tak kisah tentang pendapat orang tetapi untuk yang mengenali saya, yang tahu saya macam mana, bila mereka yang beri pendapat itu baru saya peduli. Tapi bagi saya kalau first impression orang itu tidak penting, kerana selepas mengenali saya baru mereka akan tahu siapa diri saya yang sebenarnya,” jelas MK.
Ditanya adakah perempuan memang suka kepada ‘bad boys’, MK berseloroh menjawab, “Terpulang. Saya bukannya bad boys tapi kalau dia mahu bad boys boleh, kalau nak jadi ‘baik’ boys pun boleh.”
MK juga turut meluahkan rasa kesyukuran apabila kumpulan K-Clique menerima pencalonan dalam kategori Best Southest Asia Act di MTV EMA 2020.
“Sejujurnya kami terkejut dengan pencalonan ini, so sama ada menang atau kalah bukan lagi isu kerana apa yang penting kami sudah mewakili Malaysia dalam acara anugerah tersebut,” katanya.
Undian boleh dibuat di laman web mtvema.com sekarang sehingga 3 November ini.
Suatu ketika dulu, Choi Jiwoo pernah menjadi perhatian anak muda apabila drama lakonannya Winter Sonata ditayangkan di stesen televisyen tempatan.
Wanita ini seterusnya sekali lagi menjadi bualan peminat dengan kemunculannya dalam drama Stairway To Heaven. Bakat yang ada pada Choi Jiwoo tidak perlu dinafikan lagi kerana setiap lakonannya, dia mampu untuk menghayati watak dengan baik sekali. Dan kerana itu, ramai yang menghargai bakat selebriti Korea ini.
Mungkin korang tak tahu yang Choi Jiwoo sudah pun mendirikan rumah tanyya dengan seorang ahli perniagaan dalam industri IT pada Mac tahun lalu. Dia berkahwin di usia yang agak lewat, iaitu 43 tahun tetapi pelakon wanita itu dilihat sangat bahagia dengan kehidupan barunya.
Terbaru, YG Entertainment selaku syarikat naugannya telah mengumumkan satu berita gembari bahawa Choi Jiwoo kini sedang mengandung dan dijangka melahirkan anak pada Mei tahun hadapan.
Ramai yang mengucapkan tahniah dan melahirkan rasa gembira apabila menerima berita ini.
Sekali lagi tahniah kami ucapkan kepada Choi Jiwoo. Mesti baby comel macam mommy dia kan?
Sebagaimana kita tahu, ahli anggota BTS iaitu Jung-kook kini sedang menjalani latihan ketenteraan. Namun beliau tetap aktif di media sosial untuk berkongsi perkembangannya bersama para peminatnya.
Menerusi hantaran terbaharu Jung-kook di Weverse, pelantun lagu ‘Standing Next To You’ itu memaklumkan dia berada dalam keadaan sihat dan kini sedang berkhidmat sebagai tukang masak di kem latihan tentera.
Saya sihat. Saya bekerja keras untuk bersenam. Saya juga sangat pandai membersihkan kawasan, hingga ke siling. Selain itu, saya juga telah memasak untuk kru.
Menurut laporan dari industri muzik dan pihak berkuasa yang berkaitan, Jung-kook telah beralih peranannya sebagai ‘tukang masak’ selepas menamatkan latihan asas di kem tentera.
Sebelum ini, Jung-kook juga sering menunjukkan kemahiran memasaknya sewaktu sesi siaran langsung di Weverse bersama para peminat.
#JUNGKOOK being the most athletic member of the group but then choosing cooking as his duty in the military is the most unexpected yet expected thing 😭you never know what to expect with him my cutie patooti chefpic.twitter.com/xykeqWOmjv
Menurut sumber, memasak adalah salah satu kerja yang sukar dalam tentera kerana pelatih perlu bangun awal dan bekerja lebih masa setiap hari. Tambahan, ia adalah kerja yang melibatkan pisau, api dan minyak, serta perlu membawa dan mengalihkan barang berat sepanjang masa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dinda Anwar muncul sebagai pemenang utama All Stars Influencers Award (ASIA) 2026 selepas menewaskan 109 pempengaruh dari 20 negara sekaligus membawa pulang hadiah US$10,000 dan trofi.