(Dari Kiri) Pengarah Mat Kilau, Syamsul Yusof dan adiknya, Syafiq Yusof yang juga merupakan pengarah Polis Evo 3.

Tayangan awal atau sneak preview filem Polis Evo 3 tempoh hari telah mencatatkan kutipan menakjubkan sebanyak RM1.3 juta.

Jelas, orang ramai tidak mahu melepaskan peluang untuk turut ke pawagam sepanjang hujung minggu lalu bagi merasai hype di sebalik filem arahan Syafiq Yusof berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia Boleh! Polis Evo 3 ‘Belasah’ Fast X, GOTG Vol 3 Dengan Kutipan RM1.3 Juta – REMAJA

Nampaknya, adik kepada Syamsul Yusof itu ‘enggan mengalah’ sebagai seorang pengarah kepada abangnya apabila beliau berjaya memecahkan rekod kutipan tiket yang pernah dicatatkan oleh filem Mat Kilau arahan Syamsul sebelum ini.

Memasuki empat hari tayangan rasmi di Malaysia, Brunei dan Singapura; filem Polis Evo 3 telahpun mengaut kutipan RM16 juta sekaligus mengatasi kutipan RM12.22 juta oleh filem Mat Kilau selepas empat hari tayangan pada tahun lalu.

IKLAN
RM16 Juta Dalam 4 Hari! Rekod Filem Mat Kilau Dipecahkan Polis Evo 3
Zizan Razak sebagai Inspektor Sani.
RM16 Juta Dalam 4 Hari! Rekod Filem Mat Kilau Dipecahkan Polis Evo 3
Shaheizy Sam sebagai Inspektor Khai.

Bercakap kepada pemberita, Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad menzahirkan rasa syukur di atas kejayaan luar biasa ini.

Alhamdulillah. Ia membuktikan penonton kita masih mempercayai filem tempatan serta mahukan filem berkualiti. Jutaan terima kasih kepada semua.

“Sokongan padu anda menjadi nadi untuk filem Malaysia terus bernafas dan  melangkah setanding naskhah luar negara. Terima kasih kepada rakan penerbit Skop,” katanya. 

IKLAN

Jumlah kutipan bagi Polis Evo 3 dijangka akan terus memuncak memandangkan minggu cuti sekolah telah bermula pada hari ini.

RM16 Juta Dalam 4 Hari! Rekod Filem Mat Kilau Dipecahkan Polis Evo 3
Syafiq Kyle sebagai Inspektor Dani, ahli pasukan UKAP dan pakar pemusnah bom.
RM16 Juta Dalam 4 Hari! Rekod Filem Mat Kilau Dipecahkan Polis Evo 3
Nora Danish sebagai Anis, adik kepada Sani (Zizan Razak) dan teman wanita Inspektor Khai (Shaheizy Sam).

Tentunya dengan kehadiran seisi keluarga ke pawagam dan ditambah pula dengan siri jelajah di beberapa zon terpilih seperti Pantai Timur (Kota Bharu pada hujung minggu lalu) dan Utara (3, 4 dan 5 Jun di Kedah, Pulau Pinang dan Perak pada minggu ini), tidak mustahil fenomena Polis Evo 3 akan terus meledak.

BACA LAGI: Sanggup Berlapar Demi Karakter, Shaheizy Sam Amal Diet Ekstrem Untuk Filem Polis Evo – REMAJA

IKLAN

Sebagai info, francais filem Polis Evo sentiasa mendapat sambutan penonton tempatan; bermula dari Polis Evo (2015) yang menjadi filem tempatan pertama menembusi kutipan box office lebih RM18 juta dan Polis Evo 2 (2018) dengan kutipan box office RM23juta. 

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI