Penyanyi popular, Ernie Zakri menegaskan jumlah lagu dalam sesebuah album bukanlah penentu utama kepada kualiti karya yang dihasilkan, sebaliknya setiap lagu perlu mempunyai nilai serta peranan tersendiri.
Perkara itu dikongsikan Ernie 34, selepas album terbaharunya, ATMA, menerima kritikan susulan hanya memuatkan tujuh buah lagu.
Menurut Ernie, kebebasan berkarya perlu diraikan tanpa terikat dengan format konvensional industri muzik, apatah lagi setiap artis mempunyai pendekatan kreatif serta hala tuju tersendiri dalam menghasilkan sesebuah album.
Jumlah Lagu Bukan Penentu Kualiti Album
Ernie menjelaskan bahawa industri muzik mengalami perubahan ketara berbanding zaman penyanyi seniornya dahulu, apabila album yang mengandungi 12 atau 15 lagu menjadi kebiasaan.
Bagaimanapun, situasi berbeza pada masa kini apabila pendengar mempunyai lebih banyak pilihan untuk menikmati muzik, termasuk memilih lagu kegemaran tanpa perlu mendengar keseluruhan album.
“Apabila menjadi penyanyi, kita turut diberi kebebasan untuk berkarya. Mungkin pada zaman penyanyi senior saya dahulu, album dengan 12 atau 15 lagu menjadi kebiasaan industri muzik.
“Apabila beli kaset, pendengar tidak boleh terus melangkau ke lagu seterusnya dengan mudah. Mereka perlu dengar keseluruhan karya.
“Sekarang, pendengar mempunyai banyak pilihan. Kita boleh mengeluarkan album dengan 10 atau lapan lagu, tetapi akhirnya mereka sendiri memilih lagu kegemaran untuk didengari,” katanya.
Ads
Tambah Ernie, tiada ketetapan khusus mengenai jumlah lagu yang perlu dimuatkan dalam sesebuah album kerana perkara itu bergantung kepada kreativiti dan kesesuaian karya seseorang artis.
Tidak Perlu Terikat Dengan Format Konvensional
Pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) itu turut berpendapat penghasilan album tidak semestinya perlu mengikut format konvensional yang menetapkan jumlah lagu tertentu.
Sebaliknya, artis seharusnya diberikan ruang untuk menghasilkan karya mengikut kesesuaian konsep dan penceritaan yang ingin disampaikan.
“Kenapa tidak boleh ada lima atau tujuh lagu, atau kita menghasilkan EP sahaja? Itu juga satu bentuk seni. Jangan kita meletakkan batasan atau peraturan terlalu ketat kerana kreativiti memerlukan kebebasan serta ruang untuk berkembang.
“Ada artis percaya album mereka perlu mempunyai 10 lagu dan itu pilihan masing-masing. Kita kena yakin dengan hasil kerja sendiri. Kalau ATMA ada tujuh lagu, maka tujuhlah. Kalau lima lagu utama, maka lima lagu utamalah,” ujarnya.
Ernie Tidak Percaya Lagu Pengisi
Dalam pada itu, Ernie turut menyuarakan pendirian bahawa dia tidak bersetuju dengan amalan memasukkan lagu pengisi atau filler song semata-mata untuk mencukupkan jumlah trek dalam sesebuah album.
Ads
Baginya, setiap lagu yang dihasilkan komposer mempunyai nilai tersendiri dan wajar diberikan penghargaan sewajarnya, bukannya sekadar dijadikan pelengkap kepada jumlah lagu.
“Saya tidak percaya pada lagu pengisi. Ada orang bertanya sama ada album ini tidak mempunyai lagu pengisi. Bagi saya, perkara itu tidak sepatutnya berlaku. Mengapa perlu memasukkan lagu semata-mata untuk mencukupkan jumlah trek?
“Bagaimana perasaan komposer apabila kita memberitahu hasil ciptaannya sekadar lagu pengisi untuk memenuhi kuota album? Bukankah itu seolah-olah kita tidak menghargai usaha mereka?
“Saya pernah mempunyai beberapa lagu pengisi dalam album terdahulu. Kita sudah menyanyikan lagu itu dengan baik, tetapi akhirnya orang tidak mengenalinya. Bagi saya, keadaan itu tidak adil,” ungkapnya.
ATMA Bawa Pendengar Menyelami Perjalanan Emosi
Mengulas mengenai album ATMA, isteri kepada penyanyi Syamel itu menjelaskan kesemua tujuh lagu yang dimuatkan mempunyai kesinambungan dan saling berkait dalam membentuk sebuah perjalanan emosi.
Justeru, pendengar disarankan menikmati album berkenaan mengikut susunan trek bagi memahami keseluruhan naratif yang ingin disampaikan menerusi setiap lagu.
“Tiada lagu pengisi dalam ATMA kerana trek pertama hingga ketujuh merupakan sebahagian daripada jalan cerita album ini. Jadi, rugilah kalau pendengar melangkau trek ketiga atau keempat kerana naratifnya mungkin tidak lagi lengkap.
“Album ini ibarat sebuah buku. Kalau kita melangkau beberapa bahagian ketika membaca, kita mungkin tidak dapat memahami keseluruhan cerita. Begitu juga dengan ATMA, setiap lagu mempunyai tempat dan peranannya sendiri,” jelasnya.
ATMA Dipersoalkan Susulan Hanya Memuatkan Tujuh Lagu
Terdahulu, album ATMA menjadi perhatian selepas seorang individu mempersoalkan jumlah lagu yang dimuatkan dalam karya terbaharu Ernie itu.
Individu berkenaan turut menyifatkan album tersebut tidak cukup lengkap untuk dianggap sebagai sebuah album penuh, selain mendakwa Ernie seolah-olah terburu-buru menerbitkan karya berkenaan tanpa memperincikan kandungannya secara menyeluruh.
Bagaimanapun, Ernie menegaskan jumlah lagu bukanlah perkara utama dalam menentukan mutu sesebuah album, sebaliknya setiap karya perlu mempunyai nilai, tujuan serta naratif tersendiri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pasti ramai peminat k-drama yang menantikan drama-drama terbaharu dari Korea pada tahun ini. Seperti biasa, senarai drama yang bakal dipertontonkan ini jarang gagal untuk menarik perhatian penonton.
Kali ini kami nak kongsikan dengan korang antara drama-drama Korea yang bakal ditayangkan di Netflix sepanjang tahun 2022.
1. All of Us Are Dead
Menceritakan tentang pelajar yang terperangkap di sekolah ketika virus zombie merebak dan mereka berhempas pulas berjuang untuk meneruskan hidup. Siri ini adalah berdasarkan webtoon popular dari Jong Dong Geun yang dikenali sebagai ‘novel grafik zombi gaya Korea’.
2. Juvenile Justice
Foto: What’s on Netflix
Kisah seorang hakim yang tidak suka kepada pesalah juvana yang akhirnya dilantik sebagai hakim di mahkamah juvana. Kim Hye Soo memainkan watak sebagai Sim Eun Seok, seorang hakim berkarisma yang baru dilantik di daerah yang mempunyai kes juvana yang tinggi.
3. Twenty Five, Twenty One
Drama remaja yang menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Kim Tae-ri, Nam Joo-hyuk, Kim Ji Yeon, Choi Hyun Wook dan Lee Ju Myung. Dalam masa ketika impian kelihatan di luar jangkauan, seorang seorang remaja pemain pedang mengejar cita-cita besar dan bertemu dengan seorang lelaki muda yang bekerja keras dalam usaha membina semula hidupnya.
4. Forecasting Love and Weather
Siri komedi romantis yang mengisahkan tentang pekerja-pekerja di Pentadbiran Meteorologi Korea, jatuh bangun mereka dalam kehidupan. Jin Ha Kyung yang berazam tidak mahu bercinta dengan rakan sepejabat dan akhirnya menjalin hubungan dengan seorang pekerja baru.
Drama kehidupan dan percintaan yang menyentuh hati di antara persahabatan, cinta dan kehidupan tiga sahabat yang akan mencecah umur 40 tahun. Kebetulan mereka merupakan BFF di sekolah menengah. Apabila umur mereka 39 tahun, mereka mengalami kehidupan yang tidak baik dan perlu mengucapkan selamat tinggal kepada persahabatan yang telah terjalin.
6. Tomorrow
Drama fantasi akhirat, Tomorrow menggambarkan bagaimana Choi Jun-woong yang sudah lama menganggur secara tidak sengaja terserempak dengan ‘gream reapers’ dalam sebuah misi khas dan menjadi pekerja kontrak di pasukan pengurusan krisis mereka.
7. Business Proposal
Drama percintaan pejabat, Business Proposal, adalah berdasarkan novel web dan webtoon terkenal di seluruh dunia mengisahkan tentang percintaan CEO dan pekerjanya.
8. The Sound of Magic
The Sound of Magic, berdasarkan webtoon popular Annarasumanara, ialah drama menyentuh tentang Yoon Ah-yi, seorang gadis yang terpaksa membesar terlalu cepat, dan Rieul, seorang ahli silap mata misteri yang — walaupun sudah dewasa — ingin kekal sebagai seorang kanak-kanak.
Mengisahkan Rex, ejen mencari jodoh ekslusif dan pakar dalam melayani permintaan pelanggannya untuk dijodohkan dengan golongan orang berada.
10. A Model Family
Kisah sebuah keluarga yang di ambang kehancuran akibat muflis dan masalah terjebak dengan sindiket pengedaran dadah.
11. Glitch
Mengisahkan seorang wanita yang cuba untuk menjejaki kekasihnya yang hilang dengan bantuan kelab UFO. Dalam proses itu, dia berhadapan dengan rahsia misteri.
12. Suriname
Mengisahkan seorang lelaki Korea yang menjadi tokan dadah di negara Suriname di Amerika Selatan. Drama ini merupakan drama paling mahal di Korea dengan kos mencecah 40 billion won (RM140 juta).
13. Money Heist: Korea – Joint Economic Area
Menceritakan ahli strategi yang genius dan krewnya yang berbakat terdiri daripada pencuri kelas atas yang cuba melakukan rompakan yang belum pernah berlaku di Semenanjung Korea.
14. Love to Hate You
Drama tentang seorang wanita yang tidak suka kalah dengan lelaki dan seorang lelaki yang curiga terhadap wanita yang kemudiannya menemui remedi kehidupan di sebalik ciri-ciri mereka yang bertentangan.
15. Somebody
Seorang pemaju sebuah aplikasi sosial terlibat dengan seorang lelaki misteri, ketika kes pembunuhan berlaku menerusi aplikasi sosial bernama Somebody yang dibangunkannya.
Wah, banyak betul kdrama sepanjang tahun ini. Harapnya korang terhibur. Selamat menonton!
Sumber: Netflix
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walaupun baru memasuki tahun kelima penganjuran acara Asia Artist Awards, itu tidak bermakna peminat dunia K-pop dan K-Drama tidak tertunggu-tunggu untuk menyaksikan siaran anugerah tersebut pada malam ini.
Apa yang membuatkan Asia Artist Awards berbeza dengan anugerah lain adalah ia memberi penghargaan kepada pelakon, penyanyi, selebriti rancangan berbentuk variety dan ramai lagi.
Jom lihat 15 stail pilihan REMAJA yang disarungkan oleh selebriti Korea kegemaran korang sama ada di atas pentas mahupun di karpet merah.
NCT
Pemenang Album Terbaik (Daesang), Artis Terbaik Muzik (Lelaki), Emosi Terbaik Muzik (NCT Dream) & Selebriti Asia Terbaik (WayV)
Seo Ye Ji
Pemenang Artis Terbaik Televisyen/Filem (Wanita) & AAA Hot Issue Televisyen/Filem (Wanita)
Pemenang AAA Hot Issue Muzik (Wanita) & kategori Pilihan Peminat
Ahn Bo Hyun
Pemenang Emosi Terbaik Televisyen/Filem (Lelaki) & Anugerah Pilihan Peminat
Twice
Pemenang Artis Terbaik (Daesang) & kategori Populariti Muzik (Wanita)
GOT 7
Pemenang Persembahan Terbaik (Daesang)
Kim Soo Hyun
Pemenang AAA Hot Issue Televisyen/Filem (Lelaki)
Lee Sung Kyung
Pemenang Pelakon Terbaik (Wanita)
Lee Joon Hyuk
Pemenang Lakonan Terbaik (Lelaki)
Jeon Mi-do
Pemenang Lakonan Terbaik (Wanita)
*
*
Dua perkara yang menarik perhatian penulis adalah bagaimana kumpulan BTS tidak menghadiri acara tersebut walaupun memenangi 3 kategori utama iaitu AAA Best of Starnews Choeaedol Popularity Award, kategori Populariti Muzik (Lelaki) dan Lagu Terbaik 2020 (Daesang) menerusi single Dynamite.
Manakala, kumpulan sensasi yang mencetuskan fenomena di seluruh dunia, Blackpink tidak memenangi mana-mana kategori walaupun untuk kategori populariti dan pilihan peminat.
Hhm, pelik tak?
Apapun, ini adalah paparan ringkas mereka di karpet merah, malam ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak dinafikan, hujung tahun 2022 telah bertukar dramatik buat YG Entertainment setelah satu persatu artis kelolaannya meninggalkan agensi K-pop terkenal itu.
Pada 27 Disember 2022, anggota Big Bang Daesung secara rasminya telah meninggalkan YG Entertainment. Hanya pada 2 Januari semalam, penyanyi itu mengeluarkan kenyataan rasmi pertamanya.
Daesung.
Menerusi satu hantaran video di saluran YouTube, dia membacakan catatan di dalam sebuah buku lakaran yang ditujukan kepada syarikat berkenaan dan para peminatnya.
“Terima kasih, ‘Y’ou were ‘G’ood. Terima kasih. Saya benar-benar terhutang budi kerana anda menjaga saya selama ini dan membantu saya menjadi seorang dewasa seperti hari ini. Dengan perasaan syukur dalam diri ini, saya akan memulakan perjalanan baharu.”
“Tipulah jika saya katakan saya tidak takut.”
“Namun, secemas mana pun saya untuk mengambil langkah baharu ini, saya percaya ia akan membuahkan hasil,” catatnya.
“Tahun 2023 kini di hadapan kita. Tanpa mengetahui apa yang akan berlaku di masa hadapan, saya mengambil langkah ke hadapan dengan hati yang kental dan keazaman yang tinggi.
“Walaupun saya masih belum berpengalaman dan lemah dari banyak aspek, saya berharap anda akan terus menyokong perjalanan saya ini. Terima kasih. Selamat tahun baru, semua.
“Seseorang pernah berkata, tiada apa yang kekal. Tidak. Ada perkara yang kekal.. selamanya. Ia adalah Big Bang,” akhirinya.
Terlebih dahulu, rakan seangkatan Daesung iaitu T.O.P (Big Bang) meninggalkan YG Entertainment seawal Februari 2022.
Langkah itu diikuti oleh Taeyang (Big Bang) berpindah dari YG Entertainment ke THE BLACK LABEL iaitu sebuah syarikat cabang di bawah YG Entertainment. Manakala kontrak bekas ahli Big Bang, Seungri pula terlerai susulan kes mahkamah membabitkannya.
Selain tiga anggota Big Bang yang meninggalkan YG Entertainment, artis lain yang turut melakukan perkara sama sepanjang tahun 2022 ialah Bang Yedam (TREASURE), Mashiho (TREASURE) dan kumpulan iKON.
(Dari atas, kiri): Bang Yedam (TREASURE), Mashiho (TREASURE) dan kumpulan iKON.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!