Kementerian Kesihatan Malaysia telah membenarkan penggunaan beberapa produk perubatan mengandungi kanabis atau ganja yang dikenali sebagai cannabidiol (CBD) pada tahun depan.
Keputusan ini dibuat setelah kajian awal kementerian dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) mendapati, terdapat bukti penggunaannya boleh membantu pesakit yang mengalami penyakit tertentu.
Walau bagaimanapun, produk CBD ini hanya boleh digunakan bagi tujuan perubatan dan diperoleh melalui preskripsi doktor di klinik serta hospital sekali gus tidak boleh dibeli dari mana-mana pihak.
Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, sekarang ini KKM dalam proses untuk melihat dalam keadaan mana produk CBD boleh diberikan.
“Bila bawa masuk CBD, ia tidak boleh dibeli di kaunter. Ia mesti melalui preskripsi. Bila dah ada produk di sini, doktor dah tahu macam mana nak bagi CBD. Tiada guna kita bagi kebenaran lesen untuk bawa masuk CBD tapi doktor tak tahu macam mana nak bagi preskripsi. Itu yang akan ambil masa sedikit. Jadi jangka masa tahun depan adalah realistik,” jelasnya.
IKLAN
Keputusan membenarkan produk CBD juga tidak perlu melalui mana-mana peruntukan akta mahu pun kelulusan di Parlimen. Produk-produk itu akan diusulkan oleh syarikat farmaseutikal dan dinilai NPRA sebelum didaftarkan pada tahun depan.
Khairy turut menjelaskan, ujian klinikal sedang dijalankan mengenai penggunaan CBD.
“Bila dah ada bukti dari segi ujian klinikal untuk penyakit tertentu maka akan bertambah penggunaan CBD yang boleh digunakan dan diberi oleh pegawai perubatan.
IKLAN
“Jadi pelbagai pendekatan digunakan, pendaftaran produk, kajian tentang produk yang akan didaftar, kita akan buka kepada semua untuk hantar usul nanti dan ujian klinikal oleh penyelidik di Malaysia tentang penggunaan CBD,” tambahnya lagi.
Walau bagaimanapun, soal penanaman ganja di negara ini masih jauh lagi kerana KJ memberitahu kita perlu ambil langkah demi langkah, langkah berhati-hati, mula-mula kita daftar produk CBD, kita tengok penerimaan doktor, penerimaan pesakit. Sekiranya penerimaannya tinggi, selamat dan berkesan, barulah kita memikirkan soal penanaman.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kerjaya dalam bidang perubatan sekian lama menjadi idaman ramai remaja (dan ibu bapa) kerana ia dianggap sebagai kerjaya yang boleh menjamin masa depan serta memberi peluang untuk kembali berbakti kepada masyarakat dan negara.
Namun, dek insiden pemergian seorang doktor pelatih di Pulau Pinang April lalu apabila mangsa dilaporkan terjatuh dari tingkat 23 sebuah apartment, masyarakat mulai skeptikal untuk memilih bidang perubatan kerana tekanan yang terpaksa dihadapi sejak awal lagi.
Umum mengetahui akan kebijaksaan yang selalunya dikaitkan dengan pelajar perubatan. Rata-rata memang geliga dan berjaya mendapatkan keputusan cemerlang sewaktu di bangku sekolah demi menempatkan diri dalam jurusan tersebut.
Begitupun, lain pula realiti yang terpaksa mereka hadapi setelah timbul isu buli secara emosi terhadap kelompok doktor pelatih di hospital sehingga menjurus kepada percubaan membunuh diri.
Dakwaan isu buli doktor pelatih ini telahpun mendapat perhatian ramai pihak termasuklah pakar bedah yang kini bertapak di United Kingdom, Dr. Amalina Che Bakri.
Menerusi hantaran di Instagram beliau, Dr. Amalina, mengakui isu ini bukanlah sesuatu yang baru terjadi dalam dunia perubatan. Sebaliknya, ia telah berlarutan sejak dahulu kala dan beliau menguatkan hujah tersebut dengan statistik yang dikongsikan bersama pengikutnya.
“Satu kajian ke atas 1,000 doktor pelatih di Malaysia menunjukkan bahawa kelaziman buli di tempat kerja adalah sebanyak 13 peratus.”
“Tinjauan terhadap 16,000 ahli yang dijalankan oleh Sistem Papan Buletin Doktor sahaja menunjukkan bahawa kira-kira 80 peratus daripada doktor di Malaysia (pernah) dibuli yang mana 17 peratus berfikir untuk membunuh diri kerana itu. Ini membimbangkan!” catatnya pakar berusia 33 tahun itu.
Tambahnya lagi, bukan hanya Malaysia yang menjadikan buli di tempat kerja sebagai budaya normal. Malah di negara maju seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat sendiri, ramai doktor pelatih yang terpaksa ‘menelan nasib’ menjadi ‘yes man’ kepada ahli perubatan senior kerana takut bersuara.
“Saya sangat bertuah kerana bekerja dalam persekitaran di mana saya secara peribadi tidak dibuli dan rakan sekerja saya sangat baik dan menghormati antara satu sama lain tanpa budaya hierarki.
“Di UK, terdapat sistem untuk mencegah buli. Kesemua doktor junior mempunyai penyelia masing-masing yang mana boleh dibawa berbincang mengenai perkembangan dengan kerap dan mendapatkan bantuan sekiranya perlu.
“Terdapat juga tinjauan yang dijalankan secara tanpa nama (anonymous) agar doktor pelatih boleh melaporkan sebarang isu yang terjadi; serta wujudnya Freedom to Speak Up Guardians oleh jabatan kesihatan di sana yang betindak membangkitkan isu buli dan gangguan,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mendedahkan lima nama yang didakwa sebagai doktor pembuli berpangkat doktor pakar di hospital yang terletak di Pulau Pinang terbabit.
Dalam waktu terdekat ini, REMAJA berharap agar akan ada usaha yang dilakukan ke arah menyempurnakan persekitaran tempat kerja di sini agar ia menjadi lebih positif untuk semua pihak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Foto seorang sami kacak telahpun tular di media sosial.
Oh my monk!
Lantas ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan pemuda ini, dari manakah asalnya dan apakah dia merupakan seorang sami sebenar.
Pemuda itu sebenarnya merupakan seorang selebriti di Myanmar dan dikenali sebagai Paing Takhon. Di sana, Paing yang baru berusia 24 tahun merupakan seorang pelakon, penyanyi dan model yang cukup popular terutamanya di laman Facebook.
Bayangkan sajalah, posting foto Paing dalam persalinan sami tersebut telah memperolehi 83,000 ribu likes dan 2,500 komen daripada peminatnya.
Yang menjadi persoalan ramai warganet sekarang adalah sebab utama mengapa Paing memilih untuk membotakkan rambut dan mengikuti kegiatan golongan agama di sana? Apakah benar dia sudah meninggalkan dunia glamor? Atau persalinan tersebut hanyalah kostum untuk watak terbaru lakonannya?
*
Yang sebenarnya guys, Paing bukannya sedang berlakon watak sami dalam mana-mana produksi. Dia benar-benar menjalani kehidupan sebagai seorang sami. NAMUN semua ini hanyalah untuk tempoh 10 hari sahaja.
Menurut status yang dimuat naik olehnya, ia berbunyi, “Menghabiskan tahun baru 2021 saya dengan menjadi sami untuk 10 hari dan saya merasa tenang dan mengetahui diri saya dengan lebih mendalam..”
Untuk pengetahuan, pengalaman seperti ini adalah sejenis tradisi keagamaan yang diamalkan secaa menyeluruh di negara majoriti penduduk beragama Buddha seperti Thailand, Laos, Kemboja, Myanmar dan Sri Lanka.
Golongan lelaki di sana boleh memilih untuk mengikuti kehidupan sebagai seorang sami untuk tempoh sependek 3 hari hingga selama 3 tahun.
*
Kerjaya glamor Paing bermula pada tahun 2014 apabila dia menjadi seorang model di pentas peragaan fesyen.
Tidak lama selepas itu, jejaka berdarah campuran Myanmar-Cina ini mula mendapat kepercayaan produksi untuk membintangi beberapa filem dan drama bersiri di negara itu.
Menariknya, pada tahun 2020, Paing telah tersenarai sebagai salah seorang jejaka paling kacak oleh TC Chandler pada kedudukan kesepuluh.
Memang patut pun, dia memiliki rupa dan bentuk badan yang menarik perhatian ramai walaupun dalam persalinan sami!
Selalukan kita dengar orang sebut, dosa fitnah itu lebih besar dari membunuh. Ramai beranggapan bahawa fitnah yang ditaburkan itu lebih teruk dari membunuh kerana biar masih hidup, orang yang difitnah itu akan “cedera” dari segi emosi dan perasaannya.
Tetapi ternyata, tanggapan itu salah kerana ayat Quran itu hanya diambil tidak menyeluruh dan tidak mengambil kira bagaimana ayat itu diturunkan. Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di laman entri fbnya.
Soalan: Assalamualaikum. Kita sering mendengar kata-kata ‘dosa memfitnah lebih besar daripada membunuh’ dan ada yang menyatakan ‘lebih baik membunuh daripada memfitnah!”. Benarkah pernyataan begini SS Datuk Mufti? Jazakallah.
Jawapan: Pernyataan atau dakwaan bahawa dosa memfitnah dalam erti kata membuat tuduhan palsu terhadap seseorang adalah lebih besar dosanya daripada membunuh telah tersebar luas dalam kalangan masyarakat.
Banyak nasihat dan peringatan diberikan akan bahayanya fitnah dan betapa besarnya dosa melakukan pertuduhan palsu terhadap seseorang atau mereka-reka berita yang tidak benar tentang sesuatu perkara. Mereka berdalilkan dua ayat al-Qur’an yang sering dipetik untuk menyokong pernyataan tersebut:
Maksudnya: … dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan… (Surah Al-Baqarah: 191)
Maksudnya: Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan. (Surah Al-Baqarah: 217)
Insya-Allah, pada kesempatan ini kami akan jelaskan maksud sebenar kedua-dua petikan ayat al-Qur’an ini berdasarkan konteks keseluruhan ayat dari sudut siyaq al-ayat (urutan sebelum dan selepas ayat) beserta tafsiran daripada para ulama’ tafsir yang mu’tabar.
Konteks Penurunan Ayat
Bagi ayat 191 Surah Al-Baqarah, ayat penuhnya ialah: Maksudnya: Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar masjid Al-Haraam sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir.
Manakala bagi ayat 217 surah yang sama pula, ayat penuhnya ialah: Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati; katakanlah: “Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjid Al-Haraam (di Makkah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah.
Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati). Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari ugama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian); dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya).
Komentar Ulama’ Tafsir
Kami nukilkan disini takrifan dan maksud kalimah fitnah yang terdapat dalam kedua-dua ayat di atas:
Imam at-Thabari
Makna fitnah dalam ayat فتialah syirik, maka ayat ini bermaksud penentangan kaum kafir musyrikin terhadap orang Mu’min sehingga dia kembali menjadi musyrik, adalah lebih dahsyat dan lebih memudaratkan berbanding dia dibunuh dalam keadaan dia tetap berpegang teguh pada agamanya (Islam). Beliau turut menukilkan pandangan Mujahid yang mempunyai maksud yang sama dalam hal ini. (Rujuk Jami’ul Bayan fi Ta’wil al-Qur’an, 3/565)
Imam al-Qurthubi
Menurut beliau, ayat ini turun berkenaan salah seorang sahabat yang bernama Waqid bin Abdillah at-Tamimiy r.a yang telah membunuh ‘Amru bin al-Hadhramiy pada akhir bulan Rejab (salah satu bulan haram) dalam satu ekspedisi bersama beberapa orang sahabat yang lain, dalam usaha menangani ancaman musyrikin Quraish di Mekah.
Maka, fitnah dalam ayat ini merujuk kepada usaha orang kafir untuk memaksa kaum Muslimin supaya kembali kepada kekufuran, dan ia adalah lebih besar kemudaratannya berbanding usaha balas kaum Muslimin untuk kembali memerangi mereka meskipun pada bulan-bulan haram. (Rujuk Tafsir al-Qurthubi, 2/351 dan 3/46)
Syaikh Abdurrahman as-Sa’di
Kata Syeikh as-Sa’di, berperang sewaktu bulan-bulan haram di Tanah Haram (Mekah) merupakan satu mafsadah, namun demikian fitnah yang dilakukan oleh kaum Musyrikin iaitu menghalang manusia daripada agama Allah dan melakukan syirik merupakan mafsadah yang lebih besar. Maka berperang dalam keadaan tersebut adalah diharuskan.
Daripada ayat ini jugalah salah satu kaedah fiqh yang masyhur diambil: Mengambil / melakukan mudharat yang lebih kecil untuk mengelakkan mudharat yang lebih besar. (Rujuk Taysir al-Karim ar-Rahman, 1/89 dan 1/97)
Kesimpulan Kesimpulannya, dua ayat al-Qur’an yang dipetik berkenaan fitnah itu tidak memberi maksud dosa memfitnah orang lain seperti tuduhan zina tanpa bukti adalah lebih besar dosanya berbanding membunuh. Istilah fitnah dalam konteks ayat di atas merujuk kepada penentangan kaum kafir musyrikin terhadap orang Mu’min dan kesyirikan mereka terhadap Allah SWT.
Sangkaan bahawa dosa memfitnah seperti menuduh seseorang adalah lebih besar dosanya berbanding membunuh adalah tidak tepat sama sekali dan tersasar daripada kehendak sebenar al-Qur’an.
Kefahaman terhadap al-Qur’an hendaklah bersumberkan daripada tafsiran para ulama’ mu’tabar, dan bukan sekadar sangkaan (zhann) atau ikut-ikutan tanpa penelitian.
Wallahu a’lam.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut menyelar tindakan segelintir pihak yang memaki dan mengecam selebriti dan pempengaruh yang disenaraikan dalam kempen...