Sambutan Aidilfitri bakal tiba kurang empat hari lagi. Semestinya perayaan tahun ini bakal menjadi meriah setelah dua tahun rakyat Malaysia tidak menyambutnya akibat sekatan yang dikenakan ketika pandemik Covid-19 melanda negara.
Apabila masyarakat sudah boleh pulang ke kampung, antara perkara yang bakal menerima faedah adalah sektor perniagaan. Peniaga barangan basah atau kering, makanan dan lain-lain pasti tidak cukup tangan melayan permintaan.
Namun begitu, lain pula halnya dengan perintah yang dikeluarkan oleh Majlis Daerah Pasir Puteh di negeri Kelantan dalam satu salinan notis yang dimuat naik di akaun Facebook organisasi tersebut. Notis berkenaan untuk memaklumkan berkaitan penutupan perniagaan Pasar Raya, restoran dan premis perniagaan sempena Hari Raya Aidilfitri.
Menurut maklumat yang dimuat naik itu, “Majlis telah menetapkan supaya pengusaha premis tidak dibenarkan menjalankan operasi perniagaan pada 01 dan 02 Syawal 1443H iaitu pada hari pertama dan hari kedua Syawal.”
Walaupun diwajibkan tutup pada hari raya pertama dan kedua, pihak Majlis Daerah Pasir Puteh membenarkan perniagaan dibuka pada hari raya kedua dengan syarat.
Dalam kenyataan tersebut, Noor Azman Md Nawi yang merupakan Setiausaha MDPP berkata, “Kelonggaran diberikan untuk menjalankan perniagaan pada hari raya kedua dengan syarat kakitangan diberi pilihan untuk bertugas dan hendaklah dibayar elaun lebih masa.”
Ads
Hantaran tersebut setakar artikel ini ditulis telah menerima lebih 163 tanda suka dan dikongsi lebih 58 pengguna Facebook. Keputusan yang dibuat MDPP ini merima pelbagai reaksi masyarakat. Jika diamati ramai yang kurang bersetuju dengan tindakan tersebut.
Berikut adalah beberapa perkongsian di ruangan komen hantaran terbabit.
“Datang dari mana idea nak suruh tutup habis kedai pada hari raya. Yang mana nak berniaga biarkanlah mereka berniaga, mesti majikan bayar gaji lebih. Waktu beginilah orang nak pergi kedai. Kalau buat jamuan makan kemudian bahan tak cukup, habis tu nak beli barangan di mana?
“Berapa ratus ribu orang di perantauan akan balik Pasir Puteh. Inilah masa untuk memperkukuhkan ekonomi. Waktu raya kalau jual gajah dan harimau pun anak perantauan beli. Mereka yang balik memang nak habiskan duit di kampung,” ujar individu bernama Siti Hafsha yang memberi pandangan.
Manakala seorang lagi pengguna facebook, Amizi Roy pula berkata, “Kena buka juga kedai. Kesian sekiranya ada barang kecemasan yang habis.”
Ads
“Susah macam ni, atas alasan apa kena tutup restoran dan pasar raya?” tanya Aminuddin Ghazali.
Pihak Majlis Daerah Pasir Puteh dilihat tidak memberi maklum balas kepada pelbagai persoalan yang diajukan oleh pengguna Facebook yang rata-rata kurang berpuas hati dengan notis tersebut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sepanjang minggu ini, kita semua tidak boleh move on daripada momen bersejarah dalam kehidupan penyanyi terkenal, Taylor Swift yang baru-baru ini diberikan penghormatan oleh New York University untuk menerima Ijazah Kedoktoran Terhormat.
Dalam ucapan Taylor – ahem – Dr. Taylor, banyak quotes menarik yang dapat kita petik dan pelajari. Jom lihat 5 quotes pilihan REMAJA yang amat bertepatan dengan korang yang baru saja bergelar graduan dan seterusnya bakal melangkah ke alam pekerjaan.
Lets face it, life is not a stroll in the garden..
*
“Anda tidak selalu akan mendapat semua benda yang anda telah piliih daripada ‘servis delivery’, itulah hidup. Anda akan dapat apa yang telah ditentukan dan anda patut berbangga dengan apa yang anda telah lakukan untuk mendapatkannya.”
“Hidup boleh menjadi terbeban jika anda cuba memikul semua benda sekaligus. Ketahuilah apa yang perlu disimpan dan apa yang perlu dibuang. Tentukan apa yang sepatutnya menjadi hak milik anda dan biarkanlah yang selebihnya ‘pergi’,
“Jangan pernah malu untuk mencuba. ‘Effortless’ itu adalah satu mitos. Teruskan mencuba dalam hidup.”
“Ingat, anda ada kuasa untuk memilih perkara yang wajar diberikan masa dan ruang dalam kehidupan anda. (Sebagai contoh, masa untuk keluarga, ruang untuk rehatkan minda). Jadilah arif dalam menentukannya.”
“Kita mempunyai budaya ‘unbothered ambivalence’ (Umpamanya, tidak kisah apa yang berlaku dalam hidup kita. Tanpa misi, ramai yang memilih untuk ‘go with the flow’ sahaja.) Ini menimbulkan stigma salah terhadap mereka yang ada misi, mereka yang ingin mencapai kejayaan. Ibaratnya, mereka ini tidak ‘cool’. That is wrong, make eagerness to succeed cool again.”
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
KDPB Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj mencipta detik bersejarah apabila baginda menyampaikan syarahan Oxford buat pertama kali di Universiti Oxford, salah sebuah pusat akademik paling berpengaruh di dunia.
Kehadiran baginda di pentas ilmu berprestij itu bukan sekadar simbol penghormatan antarabangsa, tetapi membuktikan bahawa tokoh dari Malaysia juga mampu membawa wacana intelektual yang bernilai tinggi ke mata dunia. Syarahan Oxford ini turut memperlihatkan bahawa warisan Melayu-Islam memiliki tempat signifikan dalam kajian moden jika diketengahkan dengan tepat dan ilmiah.
Syarahan Bertaraf Dunia Dari Bumi Pahang
Tepat jam 9.45 pagi waktu tempatan, baginda membentangkan syarahan bertajuk “Pahang: Warisan Perlembagaan dan Maritim Melayu-Islam Yang Dilupakan”.
Dalam syarahan itu, baginda mengupas kepentingan Hukum Kanun Pahang iaitu perlembagaan Melayu-Islam tertua yang masih relevan dan menjadi rujukan penting dalam memahami tamadun bangsa serta sistem pemerintahan tradisi.
Tengku Ampuan Pahang
Baginda juga menyampaikan bagaimana Pahang bukan sekadar negeri bersejarah, tetapi sebuah pusat ketamadunan yang pernah menjadi nadi ilmu, perdagangan maritim dan perundangan di rantau Melayu-Islam. Syarahan Oxford ini memberi ruang kepada dunia akademik antarabangsa untuk melihat Pahang dari lensa baharu yang lebih tepat dan mendalam.
Mengangkat Naratif Yang Lama Dipinggirkan
Tunku Azizah menegaskan bahawa sejarah kita tidak boleh hanya diterokai dari sudut pandang Barat. Sebaliknya, warisan Melayu-Islam perlu diberi tempat sewajarnya dalam penulisan akademik global.
Menurut baginda, pengiktirafan ilmiah terhadap warisan ini penting bagi memastikan sejarah bangsa tidak hilang, malah terus dihargai oleh generasi akan datang. Ucapan tersebut disampaikan dengan penuh keyakinan, teratur dan jelas, sehingga menarik perhatian para sarjana, pensyarah dan mahasiswa Oxford yang hadir.
Tengku Ampuan Pahang
Oxford Beri Pengiktirafan Antarabangsa
Syarahan Oxford ini menerima perhatian mendalam daripada komuniti akademik Oxford, menandakan penghormatan global terhadap warisan perundangan dan ketamadunan Pahang. Para penyelidik turut menunjukkan minat terhadap manuskrip lama, rekod sejarah dan sistem perundangan Melayu yang dibentangkan oleh baginda.
Ia sekali lagi membuktikan bahawa Malaysia memiliki khazanah ilmu yang besar dan tokoh diraja yang mampu mengangkat nama negara di arena antarabangsa.
Inspirasi Untuk Generasi Muda Malaysia
Bagi generasi remaja, pencapaian Tengku Ampuan Pahang bukan sekadar berita. Ia merupakan:
✨ Bukti bahawa ilmu boleh membawa sesiapa saja jauh ke pentas dunia.
✨ Inspirasi bahawa sejarah dan identiti bangsa adalah kekuatan, bukan beban.
✨ Dorongan untuk menghargai warisan sendiri dan memperjuangkannya.
Kejayaan ini membuka ruang baharu untuk anak muda Malaysia mengenali warisan Melayu-Islam dengan lebih mendalam, dan mungkin, suatu hari nanti — menjadi suara yang membawa ilmu ke peringkat global seperti baginda.
Syarahan Oxford oleh Tunku Azizah ini bukan hanya mengangkat martabat Pahang, tetapi turut meletakkan warisan Melayu-Islam dalam wacana sarjana antarabangsa dengan lebih kukuh. Ia merupakan detik penting dalam memulihkan naratif yang sudah lama dipinggirkan, dan memberi mesej jelas bahawa tamadun kita juga mempunyai nilai ilmiah yang tinggi.
Raya, Raya juga pada hari Isnin. Namun bagaimana dengan ‘nasib’ hari cuti umum pada hari Rabu ini?
Susulan pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semalam bahawasanya Hari Raya Aidilfitri tahun ini jatuh pada Isnin, 2 Mei 2022, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan telah memaklumkan bahawa cuti kelepasan am Hari Pekerja yang pada awalnya dibawa ke hari ini akan secara automatik diganjakkan ke hari Rabu.
Ini bermakna masyarakat seluruh negara masih akan bercuti selama tiga hari berturut-turut. *lega sikit!*
Menurut beliau, ia selaras dengan peruntukan Seksyen 3, Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369], Holidays Ordinance (Sabah Cap. 56) dan Public Holidays Ordinance (Sarawak Cap. 8).
Bagaimanapun untuk masyarakat di Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor, cuti ganti Hari Pekerja ini tidak terpakai memandangkan Ahad lalu merupakan hari bekerja bagi negeri-negeri terbabit dan mereka telahpun menikmati kelepasan am.
Jelas Perdana Menteri lagi, pihak berkuasa negeri tetap boleh memutuskan untuk membuat sebarang pengumuman berkenaan soal cuti ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!