“Kita tidak buat jugding awal seperti yang ditomahkan kepada kita..”
Acapkali malam kemuncak Angerah Juara Lagu melabuhkan tirainya, pasti ada sahaja yang melontarkan pelbagai spekulasi terhadap sistem penjurian yang dipraktikkan oleh barisan juri yang dilantik oleh penganjur.
AJL ke-38 semalam tidak terkecuali apabila ramai netizen di media sosial mendakwa bahawa para pemenang telah diputuskan lebih awal dari malam pertandingan. Kata mereka, tidak hairanlah ramai yang boleh meramalkan keputusan dengan tepat lalu sedikit sebanyak mencacatkan elemen kejutan dalam penentuan pemenang bagi setiap trofi yang dipertandingkan.
Mengulas dakwaan ini dalam sidang media semalam, pengarah dan konduktor muzik berkaliber, Datuk Mokhzani Ismail yang dilantik sebagai Ketua Juri menjelaskan wujud perbezaan antara sesi ‘pre-listening’ di mana para juri mendengar 12 buah lagu yang dipertandingkan dengan teliti dan ‘pre-judging’ seperti yang didakwa netizen.
Ketua Juri AJL38, Datuk Mokhzani Ismail.
“Juri mengupas lagu-lagu tersebut dalam bentuk notation semasa pre-listening.. bukan pre-judging; untuk kesemua 12 buah lagu ke dalam bentuk notation supaya kesemua juri-juri faham tentang kaedah lagu, form lagu, struktur, chord, changes dan genre.
“Itu sangat penting kerana kita mempertandingkan kesemua jenis lagu yang diletakkan ke dalam satu pertandingan.
Ads
“Desas-desus mengatakan kita ada pre-judging. Tidak sama sekali. Saya sebagai Ketua Juri menyangkal dakwaan sebegitu,” tegasnya.
Hasrat hasil ciptaan sepenuhnya oleh Amir Jahari diangkat sebagai Juara Lagu ke-38. Foto: TV3 Malaysia.
Tambah Datuk Mokhzani lagi, sukar untuk para juri terdiri daripada diri beliau bersama-sama Datuk Wah Idris, Datuk Acis, Azlan Abu Hassan, Jari, LY, Noryn Aziz, Ad Samad, Efry Arwis dan Adlin Aman Ramlie untuk meneliti kesemua kriteria selepas 12 buah lagu dipersembahkan dek waktu yang suntuk.
Oleh itu, proses pre-listening tersebut memainkan peranan yang cukup penting.
Ads
“Masing-masing diberikan tanggungjawab supaya malam ini kita akan mendapat satu jawapan yang tepat.
“(Tapi) kita tidak buat judging awal seperti yang ditomahkan kepada kita kerana mustahil. Melodi mungkin boleh buat (penjurian awal) tapi apa yang kita lihat dalam kriteria adalah melodi, lirik, gubahan dan vokal.
“Vokal pula kadang bertukar. Dalam audio lain, ada pula penyanyi gantian.. sudah lain. Itu kita ambil kira,” ujarnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap individu melalui fasa perubahan kehidupan, sama ada daripada segi fizikal mahu pun gaya hidup berbeza. Semakin melonjak usia, ramai yang menganggap seseorang individu itu akan berubah penampilannya dan kelihatan lebih tua.
Namun begitu, terdapat segelintir individu yang kelihatan lebih menarik dan bergaya sewaktu umur mereka meningkat usia, terutamanya dikalangan selebriti.
Jom kita lihat antara individu popular dunia yang berubah gaya menjadi lebih menawan ketika berusia.
Bekas pemain bola sepak terkenal dunia, David Beckham sudah memang dikenali dengan rupa parasnya yang kacak sewaktu di usia muda lagi. Namun, apabila menginjak di usia ‘emas’, David Beckham masih kekal tampan dengan gaya personaliti yang menarik.
Arab Saudi kini semakin mesra dengan dunia hiburan apabila dilihat semakin membuka ‘pintu’ negara dengan kahadiran konsert-konsert artis luar negara. Terbaharu, dunia hiburan Arab Saudi bakal digegarkan dengan kemunculan musim pertama Saudi Idol.
Rancangan tersebut merupakan rancangan antarabangsa Pop Idol yang popular seantero dunia diilhamkan oleh Simon Fuller. Kalau pembaca REMAJA ingat, dahulu Malaysia turut menghasilkan rancangan sama selama dua musim yang disiarkan disaluran 8TV.
Rancangan baharu itu akan dilancarkan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Hiburan Am Arab Saudi dan konglomerat media, MBC. Pengerusi Lembaga Pengarah Pihak Berkuasa Hiburan Am, Turki Al-Sheikh mengumumkan mengenai rancangan tersebut di Twitter dan turut mendedahkan nama juri untuk pertunjukan bakat baharu ‘Saudi Idol’.
“Gembira mengumumkan kerjasama baharu antara Pihak Berkuasa Hiburan dan Kumpulan MBC untuk melancarkan Saudi Idol,” ciap Turki Al-Sheikh.
Juri rancangan itu akan terdiri daripada penyanyi Arab Saudi Aseel Abubakr, penyanyi dan pelakon handal Emirati, Ahlam AlShamsi, penyanyi dan komposer Iraq-Saudi ,Majid Almohandis, dan penyanyi terkenal Syria, Assala.
Penerbitan rancangan Saudi Idol ini bertujuan untuk mempromosikan industri muzik Arab Saudi dan menonjolkan bakat-bakat rakyat negara tersebut. Seperti kebanyakan rancangan bakat Idol, pertandingan nyanyian akan dibahagikan kepada dua peringkat iaitu uji bakat dan pertunjukan langsung.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Peminat drama Meteor Garden pasti rindu wajah kacak Dao Ming Si yang dilakonkan oleh Jerry Yan!
Walau lebih 20 tahun fenomena drama bersiri popular tersebut sudah berlalu, namun penangan lakonan mantap aktor berkenaan di samping kumpulan penyanyi lelaki terkenal Taiwan waktu itu, F4 masih memberi kesan di hati penonton termasuk di Malaysia sampai sekarang!
Jerry Yan kini meniti usia 47 tahun. Dilahirkan pada 1 Januari 1977 , pelakon ini merupakan nama besar dalam industri seni Taiwan dan dikenali sebagai pelakon, model, penyanyi dan hos televisyen.
Biarpun kini berusia 47 tahun, kemunculan bintang drama bersiri Meteor Garden, Jerry Yan, tetap mengagumkan. Terbaru dia tampil berbeza dengan misai & janggut.
Selain menjadi pelakon, Jerry juga merupakan seorang penyanyi. Beliau sudah melancarkan tiga album solo setakat ini iaitu Jerry for you, Freedom dan My Secret Lover. Malah, Jerry turut menerima anugerah dalam Mnet Asia Music Award 2004 kategori Best Asia Pop Artis melalui album perdananya, Jerry For You.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!