Arab Saudi kini semakin mesra dengan dunia hiburan apabila dilihat semakin membuka ‘pintu’ negara dengan kahadiran konsert-konsert artis luar negara. Terbaharu, dunia hiburan Arab Saudi bakal digegarkan dengan kemunculan musim pertama Saudi Idol.
Rancangan tersebut merupakan rancangan antarabangsa Pop Idol yang popular seantero dunia diilhamkan oleh Simon Fuller. Kalau pembaca REMAJA ingat, dahulu Malaysia turut menghasilkan rancangan sama selama dua musim yang disiarkan disaluran 8TV.
ARTIKEL BERKAITAN: Tegur Kerajaan Arab Saudi Tentang Hiburan Melampau, Bekas Imam Masjidil Haram Dipenjara 10 Tahun!
Rancangan baharu itu akan dilancarkan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Hiburan Am Arab Saudi dan konglomerat media, MBC. Pengerusi Lembaga Pengarah Pihak Berkuasa Hiburan Am, Turki Al-Sheikh mengumumkan mengenai rancangan tersebut di Twitter dan turut mendedahkan nama juri untuk pertunjukan bakat baharu ‘Saudi Idol’.
سعيد بالإعلان عن شراكة جديدة بين #هيئة_الترفيه و مجموعة MBC لإطلاق برنامج #سعودي_أيدول 😍🇸🇦
مع الفنانين أصيل أبو بكر و أحلام و أصالة و ماجد المهندس في لجنة التحكيم ❤️🤩
🗓 يبدأ العرض الأول للبرنامج في ديسمبر 2022#saudi_idol pic.twitter.com/OayAVQ7aWD
— TURKI ALALSHIKH (@Turki_alalshikh) September 24, 2022
“Gembira mengumumkan kerjasama baharu antara Pihak Berkuasa Hiburan dan Kumpulan MBC untuk melancarkan Saudi Idol,” ciap Turki Al-Sheikh.
Juri rancangan itu akan terdiri daripada penyanyi Arab Saudi Aseel Abubakr, penyanyi dan pelakon handal Emirati, Ahlam AlShamsi, penyanyi dan komposer Iraq-Saudi ,Majid Almohandis, dan penyanyi terkenal Syria, Assala.
Penerbitan rancangan Saudi Idol ini bertujuan untuk mempromosikan industri muzik Arab Saudi dan menonjolkan bakat-bakat rakyat negara tersebut. Seperti kebanyakan rancangan bakat Idol, pertandingan nyanyian akan dibahagikan kepada dua peringkat iaitu uji bakat dan pertunjukan langsung.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.