
Pangako sa ‘yo. Ipaglalaban ko….
Siapa boleh lupa penangan telenovela terkenal Filipina, Pangako Sa Yo yang menjadi kegilaan ramai lebih 23 tahun lalu. Tidak kira golongan remaja hingga ke golongan dewasa, boleh dikatakan fenomena drama bersiri ini melekat di hati ramai.
Gandingan pelakon muda Filipina yang baru naik daun ketika itu iaitu Jericho Rosales dan Kristin Hermosa cukup serasi dan ikonik. Bayangkan, drama bersiri ini bukan hanya popular di negara Asia Tenggara bahkan ia turut disiarkan di Tanzania dan Kenya.
STILL HOT!
Jadi apa khabar terkini pelakon utama lelaki drama ini, Jerico Rosales yang meniti usia 44 tahun? Biarpun usia hampir setengah abad, namun kekacakannya masih jelas terlihat dan kekal awet muda. Dengan bentuk tubuh yang tegap, dia kerap menghiasi kempen dan juga muka hadapan majalah.

Masih lagi aktif sebagai seorang pelakon dan juga penyanyi, bapa kepada seorang cahaya mata ini turut berjinak-jinak sebagai seorang penerbit. Pada tahun 2018 dia menjadi penerbit kepada filem yang bertajuk The Girl In The Orange Dress yang menyaksikan dia turut berperanan sebagai pelakon utama lelaki.
Jerico yang memulakan langkah dalam dunia seni sejak berusia belasan tahun lagi sepanjang kerjanya telah memenangi lebih 30 anugerah yang merangkumi pengiktirafan terhadap kerja kerasnya sebagai seorang pelakon dan juga penyanyi.
KISAH CINTA & ANAK
Dikaitkan rapat dan pernah bercinta dengan rakan pelakonnya seperti Kristin Hermosa dan Heart Evangelista, hubungan tersebut tidak berakhir di jinjang pelamin. Sebaliknya pada tahun 2014, Jericho atau lebih mesra digelar Echo menikahi Kim Jones yang merupakan seorang warga Australia yang bekerja dalam bidang digital kreatif.


Walaupun perkahwinannya bersama Kim belum dikurniakan cahaya mata, Jericho memiliki seorang anak lelaki berusia 23 tahun hasil perhubungannya dengan model, Kai Polamores. Anaknya, Santino Rosales dilahirkan pada tahun 2000 ketika dia berusia 21 tahun.
Ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. Santino yang memiliki ketinggian 180cm menceburi dunia peragaan ketika berusia 17 tahun, dan pernah telah mengikat kontrak dengan syarikat pengurusan Viva Artist Agency.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Power Duo Thariq Ridzuwan: His Treasure, Edisi Digital Ogos 2025 Bersama Meerqeen & Qasrina Karim

“It is always about trust…”
Secara kebetulan mahupun tidak, jawapan yang sama itu terpacul daripada bibir kedua-dua teraju utama drama bersiri hit masa kini, Thariq Ridzuwan: His Treasure sewaktu kami cuba mencungkil rahsia di sebalik kejayaan gandingan yang mereka terbitkan bersama.
Di antara Thariq Ridzuwan dan Husniya Radwa; timbul satu rasa yang membuatkan mana-mana penonton tersenyum, tersengih, tergelak dan menangis bersama. Sukar untuk diungkapkan apakah resepi yang membuatkan lakonan Meerqeen dan gandingannya, Qasrina Karim berjaya. Mungkin sekali kepercayaan yang mereka selitkan terhadap diri masing-masing itu ‘menjadi’.
REMAJA mendalami makna kepercayaan tersebut dan sejauh mana langkah mereka dalam industri lakonan ini telah mematangkan dua personaliti kegemaran skrin televisyen ini.
ketua bahagian New Gen FIEZREEN AHMAD penataan gaya & teks FZ AIMMAN perletakan grafik & arahan seni AZNIZA AZIZ dibantu oleh FATH ABU BAKAR, ZOE@ZULAIKHA & SURIA NUR AMIRA fotografi NIZA SUHAIMI pembantu foto JAZLAN NANGAR suntingan foto HEZRY ROKMAN penerbit video IZY ISMAIL, ADLI & IZZATI videografi AFIQ NAQIUDDIN, SUFYAN MARHABAN & EIMAN suntingan video ADAM & HAN solekan & dandanan Meerqeen ROSLAN NASIR persalinan DOT ARCHIVES & GLASHKA INDONESIA daripada COLLAB STORE KUALA LUMPUR aksesori SWROVSKI
MEERQEEN
“Sebelum kami mulakan penggembaran, saya katakan kepada Qas, ‘Semua yang kita lakukan adalah bersandarkan pada kepercayaan. Kau kena percaya aku buat sesuatu dan aku pun percaya terhadap kau…”
Begitulah gambaran Meerqeen saat ditebak mengenai makna kepercayaan yang dimaksudkan. Kali pertama digandingkan bersama Qasrina Karim dalam sesebuah naskah, Meerqeen mengakui ia mendatangkan satu pengalaman baharu buatnya.
“Dia seorang yang lain daripada karakter yang dia bawakan dan sesiapa sahaja di sekeliling boleh merasai cintanya terhadap dunia seni ini. Dia bukan seseorang yang pantang punya masa lapang terus lepak. Dia tidak bersikap diva. Sebaliknya jika ada masa terluang, dia gunakannya untuk menelaah karakter Radwa and that is refreshing,” katanya.
“On camera, it is always about Thariq and Radwa. Off camera, saya seorang yang garang sebenarnya.” Garang bagaimana agaknya? “Saya memandang serius terhadap kerja saya. Saya perlu tegas kerana saya ingin segalanya berjalan sempurna. Saya tahu tiada apa yang sempurna dalam hidup kita. Cuma bagi saya, apa yang kita sudah manifest… kalau ‘mengena’ ia sudah saya anggap sempurna.
“Sebagai seorang pelakon, saya percaya penting untuk kita set dalam kepala dahulu apa yang ingin kita capai. Letak sahaja dalam kepala tidak mencukupi, kita perlu cuba untuk kita execute. Barulah boleh bergerak ke arah kesempurnaan mengikut definisi kita sendiri. Lain orang lain definisinya. Kalau lelaki lain, kesempurnaan seorang perempuan itu mungkin terletak pada caranya menutup aurat tetapi bagi saya, seorang perempuan sudah cukup sempurna jika dia baik dengan parents saya. Kita tidak boleh generalize sesuatu perkara.”
Kadangkala matanya menjeling ke arah Qasrina di sebelah yang juga sedang didandan rapi tengah hari ini. Meerqeen yang saya kenali cukup gemar berseloroh dan menjadi man of the hour. Mungkin disebabkan faktor kematangan, mungkin juga disebabkan rasa hormat yang dia miliki terhadap Qasrina… ada sesuatu yang berbeza mengenai energinya pada momen tersebut. Chemistry yang tercetus dalam perbualan mereka berdua hadir secara semula jadi. Tidak perlu dimomok, tidak perlu dipaksa. Segalanya mengalir bak air jernih tanpa sekelumit rasa janggal.
“Kita jarang borak pun sebenarnya. Tapi bila kamera roll, kami layan sajalah chemistry itu dan dari situ, perasaan itu built up. Biarpun ada rakan saya seperti Hun yang terlebih dahulu mengenali Qasrina daripada projek terdahulu, saya memilih untuk mengenali Qas dari kaca mata sendiri. Setiap individu ada penerimaan berbeza, saya enggan kenali seseorang daripada orang lain.”

Banyak Pahit Daripada Manis, Pengalaman Industri Mengajar Meerqeen
Menelusuri perjalanan kerjayanya sejak usia lewat belasan tahun dalam pencarian Hero Remaja 2020, graf diskografi Meerqeen pernah mencecah puncak kegemilangan apabila segalanya yang disentuhnya bertukar emas. Baik dari pengiktirafan trofi terhadap naskah lakonannya ke penerimaan jenama-jenama antarabangsa yang membolehkannya mendapat jemputan ke kota New York serta Milan sebagai satu-satunya wakil Malaysia. He has achieved more than his contemporaries of this age, masakan figura bernama Shameer Shauqeen ini mengenali erti downfall dalam kerjaya.
Telahan tersebut ditepisnya sama sekali. Jauh merenung bagi mengimbas detik hitam yang pernah dirasainya tidak lama dahulu, Meerqeen memendam satu rasa yang sukar untuk diungkapkan.
“Banyak perubahan dalam diri disebabkan pengalaman industri. Lebih banyak pahit daripada manis, itu yang membuatkan saya tegas in a way to protect my soul. At the end of the end, I have to respect myself. Barulah kemudiannya kita boleh cerminkan rasa hormat terhadap orang lain. Jika dibandingkan zaman dahulu dengan sekarang, sekarang saya tetapkan satu garis limitasi had untuk menjaga diri saya terlebih dahulu.
“This may be something new for my fans. But here it goes. Saya pernah rasakan saya paling ‘top’ di Malaysia. Saya juga pernah rasa saya paling bawah di Malaysia. Waktu saya rasa terpaling atas suatu ketika dulu, ibu saya selalu berpesan, ‘Terbanglah setinggi mana sekalipun. Akhirnya kau kena berpijak di bumi yang nyata.’ Itu kata-kata yang membuatkan saya tersedar daripada lamunan.
“That was my primetime sehinggakan segala tawaran kerja saya tolak bulat-bulat. Saya beritahu kepada pengurus pada waktu itu… saya luahkan keinginan saya untuk berehat setelah selama ini penat berhempas-pulas membina nama.
“Nak dijadikan cerita, enam bulan saya rehat. Sebabkan rasa angkuh dahulu, memang kata-kata itu bertukar menjadi doa. Memasuki kalendar 2023, saya terima reality check tersebut. Saya kuatkan ikhtiar untuk bangkit semula biarpun sudah terjatuh berpuluh kali. I am back on track dan saya harapkan, buah tangan Thariq Ridzuwan: His Treasure ini mengubati kerinduan peminat terhadap saya.

Tidak Mudah Untuk Menjadi Yang Pertama Buat Sesuatu Perkara
Apabila label ‘perfectionist’ diletakkan di bahu seseorang, pandangan insan di sekeliling acapkali bertukar menjadi polarizing. Ada yang akan menerimanya dengan rasa kagum, ada juga yang beranggapan ia satu indikasi bahawa si dia sukar untuk bekerjasama.
Buat Meerqeen yang mementing kesempurnaan seperti yang diungkap olehnya tadi, dalam apa jua yang dilakukan baik dalam persada lokal mahupun antarabangsa, dia akan menetapkan tahap ekspektasi sebagai kayu pengukur peribadinya.
“To be the first Malaysian ambassador for some big brands (merujuk kepada jenama YSL Beauty dan PUMA pada tahun 2024 serta jenama Tiffany & Co. pada tahun 2023) is hard. Saya tidak memandangnya sebagai beban, sebaliknya sebagai cabaran untuk saya menjayakannya. Tekanan itu tentunya ada, cuma kini saya sudah tahu mencorakkan tekanan itu kepada rasa syukur terhadap peluang yang saya terima.
“Bila dikenang semula sewaktu saya menjadi satu-satunya duta dari Asia untuk berada di Minggu Fesyen Paris bersama Austin Butler… dan sewaktu wajah saya terpampang di papan iklan gergasi New York semasa pelancaran stor Tiffany & Co. I have to be grateful for these opportunities yang meraikan nama saya dan nama Malaysia. InsyaAllah more to come.”
Menginjak Ke Usia 25 Tahun Tidak Lama Lagi…
Tanpa disedari, sewaktu saya mengajukan pertanyaan mengenai perancangan masa hadapannya dalam era kebangkitan semula ini, Meerqeen menyuakan skrin telefonnya dengan ‘wallpaper’ berupa trofi anugerah akademi buat tatapan saya.
Mana-mana peminat Meerqeen tentunya masih ingat tangkap layar ‘notes’ yang menyenaraikan misi Meerqeen baik dalam alam kerjaya mahupun kehidupan peribadi. Little did you know, pelakon tersebut tidak pernah gagal menyiapkan senarai ‘goals’ baharu saban tahun. 2023… 2024… 2025. Tersusun rapi segala impian yang ingin dicapai. Tertera misi berbunyi, ‘To be a better human being,’ dalam senarai berkenaan.
“Same goal, same mindset. Bagi saya berangan itu percuma. But how you execute your dreams, itu yang membezakan anda dengan orang lain. Perancangan saya untuk menjayakan beberapa projek besar itu ada, namun buat masa ini perancangan utama saya adalah untuk membina semula kepercayaan orang ramai terhadap saya yang pernah dilupakan suatu ketika dahulu,” katanya.

QASRINA KARIM
Mengamati keperibadian si manis Qasrina Abd Karim yang mesra dengan panggilan Qas, siapa sangka anak kelahiran Subang Jaya, Selangor ini sanggup menerokai zon di luar keselesaannya untuk menjiwai diri Husniya Radwa yang sarat konflik.
Radwa yang merupakan karakter nukilan novelis, Huda Najwa bagi naskah Thariq Ridzuwan: His Treasure sebelum diadaptasi menjadi watak drama di samping teman gandingannya, Thariq lakonan Meerqeen diakui Qasrina sebagai satu transisi berbeza berbanding personaliti sebenarnya.
“Kali pertama saya ditawarkan skrip TRHT, saya was-was untuk mengatakannya ya terhadapnya. Kisah cerita watak Radwa itu sahaja sudah berat… dan tekanan itu lebih dirasai apabila melibatkan unit beruniform. Bolehkah saya meraih penerimaan peminat tegar novel ini? Jujurnya, saya tidak yakin untuk libatkan diri.
“Saya bertanyakan kepada produksi dan pengurus, mengapa saya menjadi pilihan untuk menjayakan Husniya Radwa? They gave me their reasons, they did their research on this character and they said I am the only one who fits the bill. Kepercayaan itu yang membuatkan saya tampil bersedia.
“Personaliti saya berlainan benar dengan Radwa, we are the complete opposite. Paling ketara adalah cara percakapan Radwa yang agak kasar seawal episod pertama lagi. How do I even say her dialogues naturally kerana saya tidak biasa bertutur sebegitu rupa meski dengan kawan-kawan akrab. Begitupun, saya faham ini semua sebahagian daripada resam dunia lakonan. Peminat sudah terbiasa dengan naskah lakonan saya yang lebih happy-go-lucky dan inilah cara saya keluar dari zon selesa,” ujar gadis berdarah kacukan Melayu-Irish ini.
Sesiapa yang sudah mengikuti peranan Radwa sepanjang empat minggu tayangan TRHT sudah dapat menangkap permainan emosi yang meliar di pemikiran watak tersebut. Untuk melayan perasaan Radwa selama 16 buah episod bukan satu kerja mudah. Untuk itu, Qasrina menoleh ke arah beberapa poin rujukan daripada pelakon berkaliber bagi menjayakannya.
“Untuk menuturkan dialog berbaur kasar secara semula jadi dengan karakter suaminya, Thariq sudah menguji kebolehan saya. Bila ada scene kena biadap itu… terasa pressure. Apatah lagi apabila Radwa berdepan episod tekanan histeria pula. Pengarah, Kak Eyra (Rahman) berpesan yang menonton suka melihat kita berdialog dan melebarkan ruang emosi.
“Oleh itu, saya lakukan homework dan melihat kepada cara Ummi Nazeera membawakan peranan wanita psiko. Rata-rata penonton mampu menjiwai caranya menyerlahkan watak tersebut suatu ketika dahulu dan saya berharap agar percubaan saya kali ini dengan watak sebegitu rupa ‘menjadi’. I want to reach a new level of acting demi kepuasan diri.”

Penyatuan Jiwa Thariq & Radwa
Seiring dengan keinginan menjayakan Radwa yang berdepan tekanan hidup, Qasrina turut mencari titik persamaan yang boleh termeterai di antaranya dengan watak lakonan Meerqeen, Thariq. “Nak wujudkan chemistry bersama gandingan baharu tidak mudah… but we got there.” How fast? “ Saya dan Meerqeen sudah saling mengenali daripada persada industri… jumpa di majlis tertentu contohnya but it stops there.
“When it comes to working together… mungkin disebabkan tekanan yang saya hadapi untuk menghidupkan watak Radwa, saya selalu merasakan kudrat lakonan saya pada awalnya tidak cukup. Seakan tidak sampai rasa bila berada di set. Belum pernah lagi saya rasa tertekan sebegini untuk drama-drama lain sebelum ini.
“Maka hadirlah Meerqeen. Mudah untuk bekerja dengannya disebabkan sifat ramah yang dia miliki dan dia tahu saya nervous bila melihat air muka saya. Meerqeen mempunyai cara untuk membuatkan saya merasa selesa di set ini. Our chemistry just grew from there.
“I put my trust in him and he did the same. Orang yang dekat dengan saya tahu sukar untuk saya mempercayai seseorang. Trust is precious and important to me. Saya tahu, mustahil untuk kita jelmakan chemistry tanpa kepercayaan dalam drama seberat Thariq Ridzuwan. But we did it,” kongsi pelakon berusia 29 tahun ini.
Saya pernah bertanyakan kepada Qasrina sebelum ini mengenai penerimaannya terhadap lemparan gosip cinta lokasi yang selalu dikaitkan dengannya. Masuk ke set baharu, maka terciptalah gosip baharu. Menyedari fokus peminat terarah kepada gosip yang mengaitkannya pula dengan Meerqeen, Qasrina akui sudah lali dengan keinginan peminat yang menaruh impian agar mereka membawa rasa cinta Thariq-Radwa ke luar set.
“Bagi saya gosip sebegitu adalah normal. Sudah menjadi paten untuk pelakon bujang seperti saya digosipkan dengan teman gandingan. Jujurnya, dating scene within the industry can be difficult. It takes somebody special untuk menerima saya dan tugas saya.
“Meerqeen… is an open book. Peminat ingat dia seorang yang goofy tetapi Meerqeen yang saya kenali adalah seseorang yang cukup berdisiplin. Bila bekerja, dia akan pastikan bukan hanya dia sahaja yang menonjol tetapi juga mereka di sekelilingnya. In his book, everyone needs to deliver their parts and that is something that I admire about his work.”

Biarkan Kerja Berbicara
Lima tahun bergelar anak seni, pengalaman berada dalam industri seni menurut Qasrina menyedarkan dirinya untuk bersikap realistik terhadap profesion ini. Mana-mana kerjaya pasti hadir dengan dugaan dan seboleh mungkin, Qasrina akan cuba memilih untuk menoleh ke arah positif.
“Tidak adil untuk saya tunding jari terhadap industri semata, rasanya mana-mana bidang pekerjaan akan mendesak seseorang untuk mempunyai support system yang kental. Kalau tidakkan beberapa individu yang rapat dengan saya, saya sendiri merasakan sukar untuk terus bertahan dalam industri ini. Nama bersih pun, orang akan cari point untuk jatuhkan anda. Tidak kisahlah, yang penting orang yang saya sayang tahu diri saya yang sebenar.
“Alhamdulillah, saya gembira dengan perkembangan peribadi. It has always been my priority to let my work speaks for itself. Ramai sahaja yang memberi hint agar saya mencipta kontroversi untuk mendaki tangga populariti menjadi bualan masyarakat sentiasa. Cuma kita tahu, gosip liar akan dilupakan satu hari kelak dan apabila hari itu tiba… adakah saya akan kekal relevan tanpa naskah-naskah berkualiti di sisi saya? I don’t think so.
“Buat masa ini, saya belum lagi merasa puas untuk berdiri di sini. Every set is my new classroom. Thariq Ridzuan: His Treasure for sure has made me more confident in my acting skills, namun keinginan untuk mengejar lebih banyak watak-watak mencabar tidak akan terhenti di sini. InsyaAllah, kemasyuran hadir daripada hasil kerja.”

PESANAN MEERQEEN & QASRINA BUAT PEMINAT TRHT
“Enjoy the ride, enjoy the visual. Janganlah ‘tembak’ melulu dahulu. ‘Layan’ jalan ceritanya, kami di sini bekerja keras untuk menghiburkan anda semua. Saya mohon maaf sekiranya drama ini tidak selari dengan jalan cerita novel.” – MEERQEEN
“Terima kasih kepada peminat-peminat TRHT. They havee been amazing. Untuk yang tak berpuas hati dengan drama, from our end kami nak minta maaf kerana tidak capai expectatio anda. It is an adapted series dan kami harap anda boleh menerimanya.” – QASRINA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
2017 Tahun Swafoto Bersama PM Najib

Kebanyakan pemimpin dunia menghormati beliau sebagai seorang yang serius ketika bekerja dan sentiasa bercakap dengan poin yang tegas dalam teks ucapan.
Namun siapa sangka, di sebalik persona luaran beliau selaku Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak juga mempunyai tabiat normal seperti kita semua iaitu suka berswafoto bersama atau wefie!

Berbanding dengan akaun Instagram beliau (add him now!), PM dilihat lebih aktif di platform Twitter yang kini mempunyai 3,97 juta pengikut. Tetapi, itu tidak bermakna beliau membiarkan saja akaun Instagram-nya itu ‘bersawang’.
PM Najib merupakan antara pemimpin dunia yang gemar berswafoto apabila tiba masa sengang. Tidak kiralah semasa di dalam gym peribadinya di rumah, semasa bersama cucu beliau Adam Razak mahupun semasa dalam urusan kerja di luar negara, beliau akan memuat naik gambar baru.
Cucu saya Adam Razak. Comel kan? Macam Atok dia ? #AdamRazak #CucuAtok
A post shared by Najib Razak (@najib_razak) on
Lebih Kerap Selfie Sepanjang Ogos
Ketika menelek (atau scroll ke bawah) gambar PM Najib di Instagram, ternyata bulan Ogos adalah bulan paling aktif berswafoto buat beliau.
Maklum sajalah, Ogos tahun ini diwarnai oleh pelbagai acara yang berlaku secara berselang-seli. PM Najib merakamkan kenangan dengan atlet kebangsaan seperti raja pecut negara, Khairul Hafiz Jantan dan pasukan ragbi negara yang memenangi pingat emas. Comel pula tengok hehe.
Malah, dalam beberapa keping gambar, beliau sempat bergambar bersama Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, bersama Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah dan juga tentunya bersama isteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.


Pemimpin Negara Pun Layan
Sepanjang waktu lawatan ke luar negara juga, PM Najib tidak ketinggalan untuk bergambar dengan kenalan pemimpin sesebuah negara. Antara yang ‘melayan’ aktiviti swafoto beliau termasuklah Perdana Menteri China Li Keqiang, Raja Arab Saudi Raja Salman dan juga Perdana Menteri India, Naredra Modi.
Setakat ini, beliau masih belum berkesempatan untuk berswafoto dengan Presiden kontroversi Amerika Syarikat, Donald Trump. Tetapi secara peribadi, penulis rasakan tak perlulah kot untuk bergambar mesra bersama. Takut kena kecam pulak.
Setakat hari ini saja, PM Najib sudah memuat naik 630 foto di akaun Instagram. Kami yakin pada tahun 2018, jumlah itu akan meningkat lebih satu kali ganda!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perayaan Utama Malaysia Tak Libatkan Balik Kampung Buat Kali Pertama, PM Minta Maaf

Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilanjutkan selama 4 minggu lagi (WHOA!) sehingga 9 Jun kelak.
Walaupun kelonggaran telah diberikan kepada rakyat, namun PKPB masih diutamakan bagi membendung sebarang kemungkinan berkaitan penularan wabak Covid-19.
Menerusi PKPB, kebanyakan perniagaan dapat beroperasi semula mengikut SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia.
ARTIKEL BERKAITAN: 23 Benda Dilarang Buat Semasa PKPB
Cumanya, satu perkara yang membuatkan ramai terkilan adalah larangan balik ke kampung sempena musim perayaan utama yang ditetapkan oleh kerajaan.
Ini termasuuklah perayaan Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.
“Minta maaf banyak-banyak. Saya mohon ampun, demi menjaga keselamatan dan kesihatan kita semua. Perjalanan balik kampung merentas sempadan negeri untuk beraya tidak dibenarkan.
“Walaupun negara kita sudah mencatatkan perkembangan positif dalam memerangi wabak Covid-19, kita masih belum berjaya sepenuhnya.
“Stesen TV dan radio bolehlah mainkan lagu Dendang Perantau sekali-sekala. Kalau dimainkan selalu, saya pun berasa sayu juga. Saya tahu ramai yang sedih tak dapat balik berhari raya di kampung. Bersabarlah, bila keadaan kembali pulih sedikit masa lagi, saudari-saudara bolehlah balik ke kampung halaman.
“Saya percaya, rakyat akan memahami keputusan ini dan berharap kerajaan terus mengambil langkah yang wajar untuk memerangi wabak ini,” jelasnya lagi.
Bersabarlah gaiss, ada rezeki kita akan bertemu juga dengan ahli keluarga masing-masing okay.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!


