Penerjun remaja lelaki dari Singpura, Avvir Pac Lun Tham yang memecah dominasi emas kontinjen Malaysia di Sukan SEA Thailand 2025 dalam acara terjun telah ‘membongkarkan’ kualiti di sebalik pingat yang dimenanginya, baru-baru ini.
Avvir telah menceriakan skuad Singapura pada hari pertama pertandingan di Aquatic Centre, Assumption University Suvarbhumi Campus setelah berjaya memenangi pingat emas dalam acara terjun 1 meter papan anjal lelaki dengan mengutip 370.35 poin.
Avvir mengenepikan saingan terdekatnya dari Thailand, Chawanwat Juntaphadawon yang mengutip 357.80 poin untuk meraih pingat perak. Sementara itu; wakil negara berusia 19 tahun, Yong Rui Jie berpuas hati di kedudukan gangsa dengan mengutip 354.55 poin.
Keputusan tersebut sekaligus menyaksikan negara pesaing mengenepikan dominasi skuad terjun Malaysia sejak edisi 2019.
Ads
Uji Kualiti Pingat Emas Sukan SEA 2025
Menariknya, menerusi akaun Instagram-nya Avvir telah membandingkan kualiti dan rekaan pingat di peringkat Sukan SEA yang pernah dimenanginya sebelum ini; seperti di edisi Vietnam 2021 (yang dilangsungkan pada 2022) dan di edisi Kemboja 2023.
Menurut Avvir, pingat Sukan SEA Thailand mempunyai rekaan yang lebih minimalis dengan paten menarik serta perkataan Thailand 2025 di bahagian tengah pingat. Penerjun berusia 21 tahun itu juga lebih berat berbanding jangkaannya. Ia juga lebih berat daripada pingat-pingat pertandingan yang pernah diraihnya sebelum ini.
Selain itu, setiap pemenang podium di Sukan SEA Thailand 2025 akan menerima cenderahati maskot edisi ke-33 bernama ‘The Sans’ yang simbolik kepada warna bendera rasmi Thailand serta semangat kesepakatan antara negara-negara rantau Asia Tenggara.
Ads
Sebagai info, emas yang dimenangi oleh Avvir ini juga cukup bermakna buat Singapura kerana ia merupakan kemenangan pertama negara republik itu di peringat Sukan SEA dalam tempoh 60 tahun.
Selain pingat berkenaan, Avvir turut membawa menceriakan kem terjun Singapura dengan memenangi pingat perak dalam acara terjun 3 meter papan anjal individu lelaki.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Barah atau kanser adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan ketidak seimbangan replikasi dan tindak balas sel dalam badan. Biasanya, sel ini akan bertambah (replikasi) mengikut aturannya bagi membolehkan tumbesaran badan dan pemulihan selepas berlakunya kecederaan.
Di negara kita, Malaysia National Cancer Registry Report 2012-2016 melaporkan kanser tertinggi di Malaysia dan dalam kalangan wanita ialah kanser payudara, manakala kanser tertinggi di kalangan lelaki ialah kanser kolorektal.
Laporan itu disediakan Institut Kanser Negara dan diterbitkan setiap lima tahun bagi melihat trend penyakit kanser di negara ini dan tindakan KKM seterusnya terutama langkah pencegahan.
Berikut kami senaraikan antara 10 jenis kanser tertinggi dalam kalangan masyarakat di Malaysia.
Sehingga kini, pakar-pakar masih tidak menemui penyebab sebenar kanser payudara yang menjadi sebab utama kematian wanita di seluruh dunia, termasuk di Malaysia.
Namun, pakar kesihatan bersetuju bahawa faktor usia yang semakin meningkat dan sejarah keluarga yang pernah menghidap kanser ini menambah lagi risiko terhadap kanser ini.
Kebanyakan kanser termasuk Kanser Payudara di Malaysia hanya dikesan pada Tahap 3 dan 4 yang mana pada tahap ini rawatan pemulihan tidak lagi berkesan. Malaysian Study on Cancer Survival’ yang diterbitkan pada Oktober 2018 menunjukkan semakin lewat kanser dikesan, semakin rendah kadar survival pesakit.
Menurut kajian itu, nisbah risiko kematian akibat kanser yang dikesan pada tahap 4 berbanding tahap 1 adalah 7.52 kali ganda lebih tinggi.
Kanser Payudara boleh dirawat jika dikesan di peringkat awal dengan melakukan ujian saringan, salah satunya Mamogram.
Faktor boleh ubah seperti mengekalkan berat badan ideal, makan secara sihat, kerap bersenam, tidak merokok dan tidak minum alkohol boleh mengurangkan risiko terhadap kanser ini.
Para wanita juga dinasihatkan untuk melakukan pemeriksaan payudara sendiri di rumah atau pemeriksaan di klinik mahu pun hospital setidak-tidaknya setahun sekali.
Jom sama-sama tingkatkan kesedaran tentang kanser di kalangan kaum keluarga dan juga rakan-rakan terdekat.
Baru-baru ini, terdapat sebuah kenyataan yang mengatakan bahawa mesin pemanas antara punca peningkatan bil elektrik terutama ketika cuaca panas. Namun begitu, persoalannya adakah fakta ini benar atau tidak?
Menurut Root of Science, jawapannya adalah tidak. Pembersih air (water purifier) bukan punca bil elektrik naik kerana kerana hanya menggunakan kuasa sedikit sahaja. Jom kita lihat penjelasan yang telah dibuat oleh mereka.
Setiap pembersih air jenis lama mempunyai tangka simpanan air untuk menyimpan air sejuk dan panas. Katakanlah tangki simpanan air itu isipadunya 1 liter. Air panas disimpan dalam tangki tersebut bukan suhu didih, mungkin dalam suhu 60 darjah Celsius sahaja.
Berapa tenaga yang diperlukan untuk panaskan air isipadu 1 liter ke suhu
60 celcius? Dalam keadaan tangki kosong dan air suhu bilik masuk ke dalam tangki
Q = mcθ,
Q =thermal energy
m = mass
c = specific heat capacity
θ = suhu, celcius (60-26=34)
Q = (1)(4200)(34) = 142800 J = 142.8 kjoule
Contohnya di mesin Coway tertulis 270w-320w real power untuk memanaskan semua air 1 liter tersebut.
Pt = Q
Pt = 142800
jika 270w,
t = 142800/270
t = 529 saat = 8 minit lebih
jika 320w,
t = 142800/320
t = 447 saat = 7 minit lebih
So, dalam keadaan tangki penuh air tak panas, perlukan 7 hingga 8 minit gitu untuk panaskan air sepenuhnya menggunakan kuasa 270w ke 320w. Bil tak tinggi tetapi jika pembersih air dibiarkan on selama 24 ham, mesin tersebut akan digunakan tenaga untuk naikkan suhu jika suhu drop.
Katakanlah suhu drop 2 celcius setiao jam, Q yang diperlukan untuk panaskan semula air ialah, Q = 142002 = 8400
Pt=8400
jika 270w,
t = 8400/270
t = 32 saat
Jika 24 jam on, total mesin penapis air ni perlukan 768 saat sehari untuk reheat air bila suhu drop, 768 saat = 12 minit lebih
jika 320w,
t = 8400/320w
t = 27 saat
Jika 24 jam on, total mesin penapis air ni perlukan 648 saat sehari untuk reheat air bila suhu drop, 648 saat = 10 minit lebih.
Bagaimana pula dengan situasi air sejuk pada pembersih air?
Pengiraannya lebih rumit kerana melibatkan heat dissipation dan compressor. Semua pengiraan ini dianggarkan cuma 1 liter sahaja dan anggap ia tidak menggunakan air langsung. Jika situasi tidak menggunakan air, jumlah masa tidak banyak diperlukan untuk memanaskan dan menyejukkan air. Bil elektrik pembersih air pun silap-silap RM5 sahaja.
Tetapi, jika korang kerap menggunakan mesin penapis air di rumah, makin banyak air bersuhu bilik akan diisi dalam tangka pembersih air untuk disejukkan dan dipanaskan.
Jumlah masa yang diperlukan untuk panaskan dan sejukkan air tangki simpanan akan makin bertambah dan secara tidak langsung akan menambahkan jumlah bil elektrik untuk mesin pembersih air tersebut.
Secara purata, rumah akan menggunakan minimum 50 ke 80 kilowattjam sebulan untuk penggunaan 6 orang iaitu sekitar RM10 ke RM16 sebulan untuk mesin pembersih air tersebut.
Namun begitu, ada perkara yang perlu korang fahami:
1. Jika mesin ini dibuka 24 jam, ia akan menggunakan lebih banyak masa untuk panas dan sejukkan air ketika air tersebut tidak digunakan. Lebih elok sekiranya mesin penapis air ini hanya ON ketika korang berada di rumah sahaja. Sewaktu keluar bekerja, bolehlah OFF terlebih dahulu mesin tersebut.
2. Dalam situasi cuaca panas seperti sekarang, kita akan lebih kerap dahaga air sejuk dan kerap menggunaka mesin tersebut. Logik jika jumlah masa yang lebih banyak digunakan oleh mesin tersebut untuk sejukkan semula air dan menggunakan lebih kuasa elektrik.
3. Jumlah isi rumah akan memberi kesan kepada penggunaan mesin air kerana pengambilan air pun semakin bertambah.
4. Bukan setakat bil elektrik saha yang meningkaty jika kerap menggunakan pembersih air, bil air pun akan naik kerana menggunakan air dengan kerap.
Secara kesimpulannya, apa yang pihak TNB jelaskan sebelum ini ada logiknya. Pengunaan mesin penapis air itu tidak salah, tetapi penggunaan daripada isi rumah itu yang menentukan bil elekrik menjadi mahal atau tidak. Itu yang TNB cuba sampaikan kepada masyarakat.
Jadi, selepas ini jika korang mahu jimatkan tenaga elektrik, bolehlah ikut cara yang disarankan iaitu tutup suis mesin penapis jika tidak berada di rumah.
Keputusan pembukaan semula kampus kepada warga Institut Pengajian Tinggi (IPT) termasuk pelajar dan pegawainya telah diumumkan sebentar tadi oleh Menteri Pengajian Tinggi, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.
Ini setelah mengambil kira sesi libat urus bersama-sama Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pengurusan Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang terdiri daripada Naib-Naib Canselor, Timbalan-Timbalan Naib Canselor dan wakil-wakil persatuan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) serta Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
“Sukacita saya mengumumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi akan melaksanakan kemasukan pelajar secara fizikal ke kampus secara berperingkatseperti mana yang diluluskan oleh MKN.
“Proses ini akan dijalankan bermula 15 Oktober 2021. Kemasukan pelajar yang lengkap divaksin di IPT ini melibatkan semua kategori pelajar dan semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) di mana keutamaan diberikan kepada pelajar berkeperluan,” jelasnya.
Kemasukan semula ke kampus ini hanyalah bagi warga IPT (termasuk pelajar, staf akademik dan staf bukan akademik) yang telah mendapat dua dos suntikan vaksin lengkap dan TELAH melepasi tempoh keberkesanan selepas divaksin.
Bagaimana pula dengan pelajar yang tidak boleh divaksin atas faktor kesihatan?
“Mereka diminta untuk menghubungi IPT masing-masing untuk penyelarasan,” katanya. Harus diingat juga ya, proses kemasukan semula ini masih tertakluk kepada kapasiti IPT demi mematuhi SOP yang ditetapkan.
Ia akan menggunakan SOP sektor pengajian tinggi dan pengoperasian IPT demi mewujudkan persekitaran Fasa 4 PPN di dalam kampus. Ini terutamanya bagi proses keluar-masuk kampus.
*
Dapatkan Vaksinasi Lengkap
Berita baik bagi pelajar yang masih belum divaksin.
Korang akan diberikan kemudahan mendapatkan vaksinasi lengkap sebelum kampus dibuka menerusi inisiatif VACC2Campus yang dilakukan oleh KPT dengan kerjasama Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF). Ia dijangka keseluruhan warga IPT (pelajar dan kakitangan) yang layak akan 100 peratus mendapat dos lengkap selewat-lewatnya pada akhir Oktober 2021.
Kini, warga IPT boleh mendapatkan vaksin secara ‘walk-in’ di Pusat Penerimaan Vaksin (PPV) dengan membawa kad pengenalan dan kad pelajar/kad pekerja. Bagi pelajar baharu, korang diminta membawa surat tawaran ke IPT tersebut dan kad pengenalan atau pasport.
*
Cara Pergerakan Pulang Ke Kampus
Timbul juga persoalan mengenai pergerakan besar apabila pelajar sudah dibenarkan pulang ke kampus nanti. Jangan risau, kemasukan akan dilakukan secara berperingkat dari tarikh 15 Oktober mengikut jadual yang ditentukan oleh IPT sendiri mengikut kalendar pendidikan.
Untuk pergerakan masuk, pelajar diberikan beberapa pilihan pergerakan iaitu :
1. Menggunakan kenderaan sendiri
2. Dihantar oleh ibu bapa atau penjaga yang telah lengkap 2 dos vaksin
3. Menggunakan pengangkutan udara
4. Menggunakan kenderaan mengikut kapasiti (seperti teksi dan servis e-hailing) di mana pemandu dan penumpang telah lengkap 2 dos vaksin
Bagi pelajar yang akan ke IPT di Semenanjung Malaysia, mereka hanya perlu membawa surat kebenaran kembali ke kampus yang dikeluarkan oleh IPT.
Bagi pelajar yang akan ke IPT di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pula, mereka perlu membawa surat kebenaran kembali ke kampus yang dikeluarkan oleh IPT dan surat kebenaran rentas daerah atau negeri daripada PDRM.
Mereka juga tertakluk kepada SOP yang dikuatkuasakan kerajaan negeri seperti perlaksanaan kuarantin dan ujian Swab RT-PCR. KPT mengambil kira kos ujian ini, lalu ia akan diberikan secara percumakepada warga IPT tersebut di klinik-klinik kesihatan kerajaan.
Pelajar antarabangsa juga tidak terkecuali daripada dibenarkan masuk; asalkan mereka terdiri daripada tiga kategori berikut :
1. Warganegara United Kingdom (UK)
2. Pelajar antarabangsa yang mengikuti program Mobiliti dan Edutourism
3. Tanggungan yang sah bagi pelajar antarabangsa yang ingin membawa keluarga bersama ke negara ini.
Itupun, mereka perlu berdaftar dengan pihak Education Malaysia Global Services (EMGS) sebelum dibenarkan masuk ke Malaysia oleh Jabatan Imigresen Malaysia. Mereka juga perlulah menjalani ujian Swab RT-PCR sebelum ke sini dan menjalani saringan kesihatan serta kuarantin di lokasi yang ditetapkan sebaik saja tiba di Malaysia.
*
Langkah Berhati-Hati
Dalam pada itu, aktiviti melibatkan kerja berkumpulan di makmal, bengkel, studio dan penyelidikan akan dibenarkan berpandukan SOP.
Universiti Teknologi MARA
REMAJA tahu akan ada ramai pihak yang masih risau dengan risiko penularan wabak COVID-19 di kampus. Justeru, KPT menetapkan supaya setiap IPT menyediakan pusat pengasingan di IPT masing-masing bagi menguruskan kes-kes bergejala atau jangkitan.
Tambah beliau, pihak IPT juga digalakkan untuk memberikan kit ujian kendiri COVID-19 kepada pelajar yang telah kembali ke kampus.
*
Pengurangan Yuran
Tiba ke pengumuman paling dinanti-nantikan pelajar IPT di seluruh negara apabila Dr Noraini mengesahkan pengurangan yuran sebanyak 20 peratus kepada semua pelajar warganegara di Universiti Awam bagi Semester 1 sesi 2021/2022.
Ia dijangka akan memanfaatkan seramai 555,340 orang pelajar dengan nilai RM175 juta di bawah inisiatif KPT Prihatin. KPT juga akan memberikan program berkaitan kesihatan mental dan perkhidmatan kaunseling bagi warga IPT yang memerlukannya.
Universiti Malaya
REMAJA berharap agar kemasukan semula warga IPT ke kampus ini akan berjalan lancar. Bagi korang yang mempunyai pertanyaan bolehlah menghubungi pegawai penyelaras di IPT masing-masing di samping menyemak laman web KPT.
Korang juga boleh menghubungi bilik gerakan COVID-19 KPT di talian yang beroperasi selama 24 jam. (03-8870 6777 / 6949 / 6623 / 6628)
Ikuti pengumuman penuh Menteri Pengajian Tinggi, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad di bawah :
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!